Wednesday 13 August 2014

Home Made Baby Food utk Imam Muda Hadi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera

Hari ni datang mood nak share pasal home made baby food.. :)
Sekarang ni ibu tgh rajin buat makanan untuk hadi sebab imam muda kecik ni semangat makan..masa abg2 dulu buat juga tapi selang seli ngan nestum, dan biskut baby and all sorts of ready made baby food yang available kat kedai..

So far, hadi makan mostly home made baby food. Pernah try bagi biskut baby Milna tu time travel balik raya, dia tak berapa suka.. so ibu punya masakan jugak kegemaran adik yea.. walaupun tak berapa ada rasa..memang purposely tak letak garam ngan gula sebab baby under 2 years kalau boleh kita elakkan, kita elakkan garam ngan gula or any additional seasoning.

Ini kerana ginjal bayi masih belum mampu memproses garam berlebihan dan akan mendedahkan bayi anda dengan risiko kerosakan ginjal (buah pinggang).  Bayi juga boleh mendapat penyakit darah tinggi pada usia muda dan mengalami sawan. Sumber.

Pemberian gula pula boleh menyebabkan bayi lebih cenderung kepada makanan manis dan menyebabkan 'sweet tooth'. Bila terbiasa dengan makanan manis bayi mungkin akan menolak makanan2 yang tidak manis. Ia juga boleh menyebabkan gigi anak kita cepat rosak. Sumber.

Penting juga utk kita memberi perhatian makanan apakah yang sesuai mengikut umur bayi kita kerana perlu diingat, sistem penghadaman bayi kita masih belum matang. Pernah sekali tu akibat terlalu excited nak bagi Amirul Hadi makan sayur-sayuran, saya buatkan broccoli puree masa adik Hadi baru 7 bulan. Nasib baik ada kawan ingatkan dan terus saya cari chart untuk refer sebelum bagi baby apa2 makanan baru :)
Dan saya selalu refer kat wholesomebabyfood.momstastic.com untuk resepi, panduan serta tips2 penyediaan dan penyimpanan homemade baby food.



Panduan pengenalan makanan untuk bayi mengikut bulan (umur bayi)


Panduan di atas adalah hanya sebagai guideline dan nasihat doktor adalah lebih utama. Jika anda atau pasangan ada allergic to certain food dan baby yang dah start makan pun pernah kena allergic, mintalah nasihat doktor untuk panduan pemakanan baby supaya baby tak terdedah kepada makanan yang boleh mendatangkan alahan.

Saya pasti ibu2 semua bila anak dah masuk 6 bulan excited nak sediakan makanan untuk si comel anda kan? tak sabar tgk mulut dia mengunyah makanan. :) Saya sarankan, buat sedikit pembacaan atau ikuti pembelajaran tentang introducing solid food to your baby supaya kita menyediakan dan memberi makanan kepada anak kita dengan ilmu. Ini sangat penting agar kita tidak membahayakan anak kita sama ada dalam jangkamasa pendek atau panjang dek kerana keterujaan kita utk memberi makan kepada permata hati kesayangan kita.

Daripada anak pertama, Imam Muda Amirul Hakim, saya start introduce solid food dengan Avocado.
 Avocado - Nature's Perfect Food

Kenapa Avocado?
Avocado dikenali sebagai Nature's perfect food kerana ianya mengandungi semua nutrient yang perlu untuk seseorang meneruskan hidup. Avocado yang dilecek bersama susu ibu (atau susu formula) adalah sangat sesuai untuk dijadikan makanan pertama bayi kerana teksturnya yang halus dan rasanya yang berlemak.. creamy gitu..Ianya sesuai bagi bayi kerana kandungan lemak tidak tepunya akan membantu perkembangan fizikal dan mental bayi :)

Ia mengandungi Vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin), C dan E serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink selain tidak mengadungi kolesterol dan sodium.

Selain itu ia juga mengandungi antioksida dan potasium untuk mengelakkan daripada penyakit radang sendi dan kandungan asid foliknya pula dapat mengelak serangan jantung dan kanser. Actually Avocado ni pun bagus untuk kita2 orang dewasa ni kan?

Dan yang bestnya, Avocado tak perlu dimasak..hanya lenyek isinya sehingga lembut.. senang bukan? dan penuh khasiat! sebab tu saya suka. :) dan hadi pun suka : -D

Avocado puree

Berikut adalah sedikit gambar yang sempat di memorikan semasa menyediakan makanan pejal untuk Imam Muda Amirul Hadi yang tembam.. :)

Zucchini puree


Bubur nasi+ carrot+ zucchini + salmon

Sebagai seorang ibu bekerja, saya akan masak makanan utk Hadi dalam kuantiti yang byk sekali masak, cukup untuk 2-3 hari consumption. So saya akan letak dalam baby food cube untuk memudahkan saya ambil satu hidangan untuk dipanaskan. Untuk penggunaan lebih dari 2 hari saya akan letak dalam freezer.
Frzen baby food boleh tahan selama 3 bulan maksimum, tetapi sebaiknya guna secepat mungkin kerana makin lama di dalam freezer, khasiatnya semakin merosot.Sumber

Baby food cubes - 2 oz


Dek kerana seronok sangat sediakan makanan utk Imam Muda Amirul hadi ni, ke mana-mana saja kami pergi, saya akan usaha bawak bahan mentah dan blender comel untuk buatkan makanan adik Hadi.
As long as ada dapur dan periuk, insyaAllah boleh buat makanan Amirul Hadi di mana-mana sahaja.

Homemade baby food in the making
dan ini adalah Imam Muda Amirul Hadi yang tombam!

Ibu & Hadi

Semoga entry ini sedikit sebanyak memberi manfaat pada supermoms yang sudi singgah di blog ini. :)
Wassalam 

L0vE
Hanun

Read More

Thursday 7 August 2014

GLA Complex Teman Baik Setiap Wanita

Bila wanita mencapai akil baligh, rata2 dari kita akan biasa dengar EPO (Evening Primerose Oil) kan? ramai wanita mengambil EPO kerana kebaikannya untuk kesihatan wanita. Nak-nak kalau yang ada masalah dengan 'period' seperti kitaran haid tak teratur, senggugut dan simptom PMS yang agak mengganggu ketenteraman empunya diri dan orang2 disekitarnya..

Hari ni saya nak share pasal supplement Shaklee yang berfungsi seperti EPO malah lebih baik! Ianya adalah GLA Complex.
Betul ke?? Jangan percaya mentah2.. jom baca dulu :) 



Bahan berfungsi yang terkandung dalam EPO yang membantu kesihatan wanita ialah Gamma-linolenic acid atau lebih dikenali dengan GLA yang diekstrak dari bunga Evening Primerose. Manakala GLA Complex Shaklee mengandungi GLA yang diektrak dari biji Borage yang mengandung lebih dari 2 kali ganda GLA dari EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dai segi bioavialability (kadar penyerapan oleh badan) dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan, satu kawasan prairie di Canada.

Borage
Kelebihan GLA Shaklee

Setiap kapsul GLA Complex mengandungi lebih 300mg GLA yang mana isanya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terperlihara oleh ShakleeGuard, anti-pksidant semulajadi yang dipatentkan.Bioavailibitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.


Manfaat dan kebaikan GLA Complex Shaklee :

  • Herba tradisi - Merawat ulser, melegakan kelesuan, meningkatkan stamina.
  • Mengawal selia hormon estrogen dan testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, mengurangkan simptom pra-haid (PMS) seperti kesakitan pada payudara, mood swing dan retensi air.
  • Membantu mengurangkan gejala menopaus - Hot flashes, insomnia, stress dan lain-lain.
  • Membantu dalam pengurangan berat badan - Seperti asid lemak yang lain, GLA meningkatkan penghasilan serotonin, yang membantu memberi rasa kenyang.
  • Memperbaiki inflamasi kulit - Ekzema, alergi/alahan, kurap, kulit kering dan bersisik, jeragat/pigmentasi, kegatalan.
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi - Mencegah pembekuan darah, merangsang pengaliran darah dan mencegah masalah jantung.
  • Menghalang komplikasi diabetes - Merendahkan kadar gula dalam darah, mengurangkan kebas dan memperbaiki fungsi saraf. 
  • Mencegah kanser 
  • Meningkatkan kesuburan
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mencantikkan, menganjal dan melembapkan kulit

Kalau tengok dari manfaatnya, untuk wanita memang sinonim sangatlah rasanya. 
Nak period  teratur, elakkan PMS yang teruk, nak subur, nak slim cantik molek, kulit cantik licin berseri sesuai sangat lah amalkan GLA complex ni. Sebab tu dia dipanggil teman baik setiap wanita :)

Testimoni pengguna yang berpuas hati dan teruja setelah mengamalkan GLA ni pun dah banyak. Kalau google InsyaAllah akan jumpa dan saya juga akan share kompilasi testimoni GLA dalam blog ini dalam masa terdekat insyaAllah.

Tapi kan.. GLA ni bukan utk wanita sahaja.. GLA penting untuk semua orang dan tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia, dan hanya diperoleh dari makanan. Ianya sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel lembut dan campurkan isinya dengan makanan), remaja, dewasa dan juga selepas menopaus dan andropause(menopaus lelaki)

Oh yea.. bulan ni ada promo hebat dari Shaklee tau.. Beli 6 percuma 1 botol GLA Complex. Jimat RM91.25 tu. Tawaran hebat ni sah sampai hari Merdeka je yea :)



Untuk pembelian sebarang supplement Shaklee atau pertanyaan lanjut dan konsultasi sila hubungi saya 


Hanun Farha

SID: 882031
Call/SMS/Whatsapp: 0129503142
Read More

Tuesday 5 August 2014

Salam Syawal - Jom Puasa Sunat Syawal

Assalamualaikum wbt

Harapnya belum terlambat utk kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua :)

Alhamdulillah tahun ni kami dapat menyambut hari raya di kampung bersama sanak-saudara di Taiping dan juga di Machang. Seronok sangat dapat jumpa semua orang especially yang jumpa setahun sekali jer..
semoga silaturrahim kita kekal hingga ke Jannah.

Berlalunya Ramadhan tak bererti berlalunya juga semangat utk beribadah dan menuntut ilmu agama serta memperbaiki diri. Semoga dapat istiqamah dengan amal2 semasa di bulan Ramadhan.

Ayuh tanamkan niat untuk berpuasa Sunat Syawal pula.. kerana ganjarannya amatlah besar.



Tetapi setiap kali nak puasa sunat ni mesti kita tertanya-tanya, boleh ke puasa sunat dulu sebelum mengqadhakan puasa Ramadhan yg tertinggal sebab uzur, especially kita2 orang pompuan ni kan?
Ada 2 pendapat menurut ulamak. boleh baca kat sini yea.
http://abuanasmadani.blogspot.com/2011/09/puasa-sunat-enam-syawal-kelebihan-dan.html


Hubby bawa kereta lebih 1500km dari Kuantan-Gombak-Taiping-Machang-Kuantan. Alhamdulillah driver kekal bertenaga dengan Cinch Tea + Performance Shaklee. Anak - anak pula alhamdulillah sehat, ada lah batuk sikit2 sepanjang 9 hari travelling kami tapi tak melarat sebab ibu sentiasa standby  Nutriferon, Chewable Vitamin C dan Omega Guard. Ibu dan ayah pula tak perlu risau makan lemang dan rendang almost setiap rumah yang kami pergi di Taiping dan kenduri berderet kat Machang sebab kami ada Phytocol-ST :)

Salam Syawal dari kami sekeluarga :)


Kami sekeluarga bersama Imam- Imam Muda, InsyaAllah :)


Big Family Taiping

Taman Tasik Taiping

Big family Machang

Nenda tercinta

Hanun Farha
SID: 882031

Call/SMS/Whatsapp: 0129503142








Read More

Sunday 3 August 2014

Gaza, Palestin Berdarah - Apa Peranan Kita?

Sudah hampir sebulan Gaza diserang, dari Ramadhan hingga ke Syawal. Israel rakus menghancurkan Gaza tanpa belas kasihan. Setiap hari ada sahaja yang syahid. Mereka tidak mengira samaada bayi atau kanak2, kaum wanita atau warga tua, yang sakit mahupun lumpuh.. tujuan mereka adalah untuk menghapuskan bangsa Arab dari bumi Palestin.

Rumah, Masjid, sekolah, pejabat, kem2 pelarian, taman permainan, malah hospital juga tak terlepas dari bedilan2 roket tentera Zionis. Angka korban meningkat setiap hari dan kini mencecah 2000 orang.
Just imagine, orang2 yang terkorban itu suami kita, anak2 kita, ibu bapa kita.. x dpt nak gambarkan betapa sedihnya kan?




Setiap kali tgk update pasal Gaza, pasal Palestin, hati rasa mcm dirobek-robek, rasa sangat helpless sbb takde immideate action yg saya boleh buat. Tgk mereka berjuang, berjihad di sana dengan darah dan nyawa mereka, kita di sini hanya melihat dengan perasaan sedih, geram, marah dan berlandaskan emosi-emosi itu rasa ingin sangat ke sana bersama-sama mengangkat senjata. 

Tapi... tapi... mampukah kita? mampukan kita melangkah walau satu langkah ke hadapan jika Allah makbulkan keinginan kita utk berada di sana? Mampukah kita menghadapi trauma di zon perang dengan segala kekurangan dan segala keperitan? 
Jangan samakan kita dengan rakyat Palestin, kalau dibandingkan dengan anak2 kecil Palestin pun belum tentu kita seberani mereka. Kerana mereka adalah hamba-hambaNya yang terpilih.

Oleh itu apa PERANAN kita? 
Apa yg kita boleh buat untuk membantu saudara2 kita di Palestin? 
Apa yang kita boleh perjuangkan supaya kita tak rasa tak berdaya dan tak berguna?
Dan yang paling penting, apa yg boleh kita ambil tindakan supaya di akhirat kelak, bila ditanya Allah apa yg kamu buat utk saudara2 di Palestin, kita ada hujjah utk membela diri kita?

Ketahuilah, ada banyak perkara yg kita boleh dan mampu buat dari tempat kita bermukim.. yea tak perlu pergi ke Gaza.. Jihad kita di sini, di mana sahaja kita berada.

Berikut adalah beberapa langkah yg boleh kita ambil.

LANGKAH PERTAMA:

KONGSIKAN BERITA TERKINI- Sebarkan  apa yg berlaku pada masyarakat

Langkah ini paling mudah kerana tak memerlukan duit atau keringat pun utk lakukannya.. saya yakin kebanyakan dari kita ada akaun facebook yg kita takleh berenggang pun.. kejap2 mesti nak scroll newsfeed nak tgk update terkini. Apa kata like dan follow pages yang berterusan membawakan perkembangan terbaru di Palestin, yang boleh dipercayai contohnya page Aqsa Syarif atau  Aman Palestin. It just take one click to share the news. we never know that with this simple step, kita boleh sedarkan kenalan-kenalan kita dari terus dibuai mimpi, keselesaan dan keseronokan dalam dunia dia sendiri.


LANGKAH KEDUA

BOIKOT BARANGAN ISRAEL

Langkah ini sepatutnya mudah tapi mungkin jadi benda yang agak sukar sebab ita dah sebati dengan barangang keluaran Israel atau dari Syarikat-syarikat yang menyokong Israel. Jika kita dengan penuh kesedaran sedaya upaya memboikot barang2 yang kita biasa guna atas niat berjuang utk Palestin, InsyaAllah itulah jihad kita.. jihad melawan nafsu sendiri. Untuk senarai barangan dan syarikat yang mesti kita boikot, sila layari Inminds UK.

Cuba fahami juga kenapa kita perlu memboikot barangan dari syarikat-syarikat tersebut, bukan pukul rata memboikot barang keluaran Yahudi atau Amerika Syarikat. Syarikat2 yang disenaraikan tersebut menyalurkan beberapa % dari keuntungan syarikat kepada negara haram Israel yang digunakan utk menindas, membunuh dan mencabul hak2 rakyat Palestin.




Macam mana nak tahu produk mana yang kita harus boikot? takkan nak bawak list boikot tu ke mana-mana yea tak? haaa.. jangan risau, sekarang kan dah ada apps Buycott. Available for both iPhone and Androids.
Bila dah download apps tu, join the Long Live Palestine Boycott Israel campaign. Scan the barcodes dan dia akan beritahu samaada barang tu termasuk dalam senarai kita boikot atau tidak.


LANGKAH KETIGA

SEDEKAH, INFAQ, DERMA - Whatever you call it

Ini adalah antara langkah yang boleh kita buat secara aktif dan boleh memberi impak segera terhadap rakyat Palestin. Dengan konflik yang semakin meruncing, kebanyakan kemudahan di Palestin sudah musnah, tempat berteduh, air bersih dan juga elekrtik terputus, ubat-ubatan semakin kurang, adalah amat penting utk kita menghantar bantuan kemanusiaan dengan segera ke sana. Kenal pasti NGO2 yang mendedikasikan usaha mereka utk membantu rakyat Palestin secara berterusan dan salurkan sumbangan kita melalui NGO-NGO tersebut. kalau tak mampu untuk menyumbang atas kapasiti individu, anjurkan kempen, anjuran event utk mengutip dana bagi Palestin. Apa yang saya dan rakan2 pernah buat adalah menjual Choc 4 Gaza keluaran Coklat Gaza . Setiap seringgit dari penjualan satu bar coklat akan disalurkan ke Tabung Palestin di bawah pengurusan Aqsa Syarif.

Jikalau anda seorang usahawan, peruntukan 5-10% atau mungkin 50% daripada keuntungan perniaggan anda utk membantu Palestin. Oleh sebab itu lah sangat penting utk kita, memperkasakan ekonomi kita supaya kita boleh menyumbang sebanyak-banyaknya utk Palestin secara berterusan.

Berikut adalah organisasi yang kan mengurusakan sumbangan anda dengan baik dengan memberi bantuan berterusan kepada Palestin


LANGKAH KEEMPAT

TEGAKKAN ISLAM DALAM DIRI

Itu adalah pesan rakyat serta Pemimpin Palestin kepada kita, pemuda-pemuda di Malaysia. Hanya dengan mengamalkan Islam secara total berlandaskan Al-Quran dan sunnah umat Islam akan menjadi kuat, seperti mana zaman Nabi Muhammad Saw, Khalifah Ar-Rasyidin dan semasa zaman Kegemilangan Empire2 Islam yang telah menakluk 2/3 dunia.

Jangan biarkan diri kita, fikiran kita dijajah oleh agenda2 Yahudi yang melalaikan kita. Bangkitlah! 
Dalami ilmu agama, amalkan ilmu itu dan sebarkan, berkawan lah dengan orang2 soleh, tingkatkan ibadah kita,  dekatkan diri dengan masjid, lazimkan solat berjemaah di masjid.

Rakyat Palestin masih menegakkan solat berjemaah walaupun di keliling ancaman dari tentera zionist sentiasa ada, walaupun masjid-masjid mereka dibom. Apa alasan kita utk tidak pergi solat berjemaah di Masjid?
Tahu kah kita yang Zionis Israel hanya akan takut pada umat Isalam bilamana solat berjemaah subuh di masjid seramai solat Jumaat? Jika benar kita mahu Palestin bebas, jika benar kita mahu kekejaman terhadap rakyat Palestin berakhir, ayuh berjihad utk solat subuh di Masjid wahai Muslimin!!

LANGKAH KELIMA
TEMBAKKAN DOA UTK MEREKA & UTK KITA

Ingat mereka di dalam doa kita setiap masa. Kirimkan doa Qunut Nazilah setiap hari. rebutlah masa2 mustajab utk berdoa, contohnya waktu tahajjud, waktu hujan lebat, hari Jumaat, malam Hari Raya dan sebagainya.

Doa kita mesti seiring dengan usaha kita seperti yang disenaraikan dalam langkah 1-4. Doa dengan sepenuh hati dan usaha sedaya upaya. Mudah-mudahan Allah berikan ganjaran jihad kepada kita.


Jangan lupa didik anak2 kita untuk kenal siapa itu Israel, musuh terbesar kita, dan didik mereka untuk perihatin terhadap Palestin, tanah suci ketiga umat Islam, dan turun mendokong perjuangan kita untuk membantu Palestin sedari kecil lagi.

Alhamdulilla, anak saya Imam Muda Amirul Hakim, mendokong kuat usaha memboikot barangan Israel.
Pada usia seawal lima tahu, Abg Hakim sudah sensitif ttg pemboikotan ini. Setiap kali nampak lambang Nestle, terus dia cakap ' Ini Israel, tak boleh beli '. Pernah saya dileterinya sebab terbeli nestum bayi jenama Nestle.. huhu..
Imam Muda Amirul Hafiz pula, setiap kali tengok saya sedih bila baca tentang berita terkini di Palestin, dia akan cakap,' Takpe ibu, nanti Hafiz dah besar Hafiz gi lawan Israel!'

Semoga Imam- Imam Muda ibu menjadi pejuang pembebas Palestin mengikut kepakaran masing2.

Saya tinggalkan anda dengan satu doa yg boleh kita amalkan dan juga sebuah lagu yang menggambarkan keutuhan semangat rakyat Gaza walaupun dizalimi sebegitu rupa.

Ayuh sahabat2, kita aminkan doa ini

Ya Allah,
Jadikah hambaMu ini MAMPU mendidik anak2 menjadi hambaMu yg taat, mujahid penegak kebenaran, daie yg berpengaruh, menyampaikan risalahMu di segenap pelusuk dunia dan pejuang pembebas Al- Aqsa

Ya Allah,
Tunjukkan lah jalan dan permudahkanlah agar hambaMu ini MAMPU memperkukuhkan ekonomi umat Islam, menjadi jutawan dan membantu org lain menjadi JUTAWAN.. Agar umat Islam tak perlu takut, tak perlu tunduk kepada Israel dan sekutu-sekutunya, supaya kami dpt menyalurkan dana sebanyak-banyaknya kepada umat Islam yg ditindas di seluruh dunia, dpt menyumbang sebanyak2nya utk membantu Palestin

Ya Allah,
Tetapkan lah hati kami, semangat kami utk terus memboikot brg2 yg menyumbang kepada ekonomi Israel, dan berikan kekuatan kepada kami utk mengajak semua Muslim & non Muslim utk bersatu dlm usaha ini.

Ya Allah,
Jadikan lah suami, anak2, adik2, abang, ayah dan semua saudara lelaki kami mencintai rumahMu dan menjadi org yg meramaikan masjid2Mu setiap waktu solat, terutama sekali subuh..

Ya Allah,

Kurniakanlah kemenangan kepada Mujahidin di Palestin dan juga Syria..
Kurniakanlah kemenangan kepada kami.







Kemenangan akan menjadi milikmu Gaza..soon!!
InsyaAllah



"We Will Not Go Down (Song For Gaza)"

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In the night, without a fight
We will not go down
In Gaza tonight



#supportgaza
#freepalestine


Read More

Saturday 2 August 2014

Kesitimewaan Anggur Muscadine - Antara Bahan Utama Vivix

Antara bahan utama Vivix adalah Anggur Muscadine (Muscadine Grape).
Apa yang istimewanya anggur ini sehingga ia dipilihboleh saintis Shaklee sebangai bahan utama 'Tonik Ajaib'?
Mari kita tengok :)


Anggur muscadine atau nama saintifiknya Vitis rotundifolia tumbuh semulajadi ditempat yang panas dan lembab berlainan dengan anggur lain yang memerlukan tempat sejuk dan dingin.



Ia dikenali sebagai super grapes kerana saiznya yang boleh membesar sehingga sebesar BOLA GOLF!


Anggur muscadine mempunyai kulit yang keras dan tebal berbeza dengan anggur biasa yang mempunyai kulit yang lembut dan nipis .
Anggur muscadine tidak perlu di sembur dengan air dan bahan kimia kerana anggur muscadine boleh menahan suhu panas dan mampu melindungi dirinya dari bakteria dan fungus.



Anggur biasa mempunyai standard 19 pasang kromosom , anggur muscadin mempunyai 20 pasang yang menjadikannya lebih tahan lasak dan mampu merawat dirinya apabila diserang serangga dan burung.
Bukan itu sahaja kerana ia merupakan satu-satunya anggur yang tidak memerlukan semburan racun perosak !




Menurut Brunswick Biomedical Laboratories of Wareham , Massachusetts pada tahun 2003 , anggur muscadine mempunyai kandungan ORAC (Oxygen Radical Absorbing Capacity ) yang tertinggi antara yang mereka pernah kaji.






Kandungan ORAC ini menentukan tahap antioksidan di dalam sesuatu bahan itu. Antioksdian ini selalu dikaitkan dengan anti-penuaan. Maka tidak hairan lah kalau pengguna Vivix claim yang mereka kelihatan dan rasa lebih muda!



Muscadine Grape juga kaya dengan antioksidan yang dikenali sebagai Oligomeric proanthocyanidins(OPC). OPC dikatakan mempunyai kuasa antioksida yang lebih kuat berbanding vitamin C dan vitamin E.
Ia mempunyai kadar RESVERATROL 6x lebih tinggi dari anggur merah.

Ia satu-satunya anggur yang mengandungi Ellagic Acid – antikanser dan antiradang.

Kajian-kajian in vitro menunjukkan kesan positif anggur muscadine terhadap kanser darah, usus dan prostat [1],[2],[3]

Shaklee menggunakan keseluruhan buah anggur; kulit, isi & bijinya kerana:-


  • Anti oksidan & phytonutrients yang tinggi dalam kulit anggur
  • Kandungan Resveratrol yang tinggi di dalam biji anggur
  • Isinya juga mengandungi nutrien yang sangat berguna

Ternyata Anggur Muscadine ini sangat unik dan istimewa. Begitu juga kesannya terhadap kesihatan kita.


Anda ingin merasai kehebatan Anggur Muscadine ini digabungkan dengan 3 bahan hebat yang lain iaitu Purple Carrot, European Elderberry dan Polygonum Cuspidatum?



Dapatkan Vivix anda sekarang! :)


Untuk order sebotol Vivix, anda boleh terus klik di di bawah >>




Untuk pembelian 2 botol Vivix ke atas, sila hubungi saya kerana anda layak untuk mendapat FREE Shaklee Membership dan CASH Bonus!




Hanun Farha
SID: 882031

Call/SMS/Whatsapp: 0129503142


Credit to http://www.muscadinenaturals.com/muscadine_grape.htm
  1.  Mertens-Talcott SU, Percival SS (February 2005). "Ellagic acid and quercetin interact synergistically with resveratrol in the induction of apoptosis and cause transient cell cycle arrest in human leukemia cells". Cancer Letters 218 (2): 141–51.doi:10.1016/j.canlet.2004.06.007. PMID 15670891.Jump up
  2. ^ Mertens-Talcott SU, Lee JH, Percival SS, Talcott ST (July 2006). "Induction of cell death in Caco-2 human colon carcinoma cells by ellagic acid rich fractions from muscadine grapes (Vitis rotundifolia)". Journal of Agricultural and Food Chemistry 54(15): 5336–43. doi:10.1021/jf060563f. PMID 16848514.Jump up
  3. ^ Hudson TS, Hartle DK, Hursting SD, et al. (September 2007). "Inhibition of prostate cancer growth by muscadine grape skin extract and resveratrol through distinct mechanisms". Cancer Research 67 (17): 8396–405. doi:10.1158/0008-5472.CAN-06-4069. PMID 17804756.
Read More