Tuesday 7 October 2014

ESP Buat Orang Jadi Gila??

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera

ESP Buat Orang Jadi Gila??
Betul ke??

Ada betulnya juga.. ramai yang kita nampak cam sudah hilang akal, especially bila time ESP tengah ada promotion. senang2 jer orang borong 6 tong ESP tu terus.. bukan sekali dua, tapi tiap2 kali ada promotion, dan adakalanya sampai habis stock kat branch2 Shaklee.

Walaupun ada jer rumours dan statement2 yang tak dapat dibuktikan kesahihan tentang keburukan ESP ni, tetapi ESP tetap mendapat tempat di hati pengguna dari zaman saya sekolah rendah sampai sekarang, dah lebih 20 tahun tu.. ESP tetap menjadi keGILAan ramai! :)

Kenapa yea?

Pada pendapat saya yang baru guna ESP hampir 4 tahun ni, ESP masih menjadi kegilaan penduduk Malaysia dan seluruh dunia dari dulu kini dan selamanya InsyaAllah sebab ianya terbukti:

SELAMAT, SEMULAJADI,BERKESAN & HALAL

Formulasi minuman berprotin tinggi yang terbaik, bermutu tinggi dari Non GMO Soy, sesuai utk pelbagai golongan dan tujuan pada harga berpatutan. :)

Ok saya tak berniat nak cerita panjang pasal ESP ni hari ini. kalau anda nak tahu lebih lanjut boleh baca kat sini ---> Faedah dan Kebaikan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee
dan di sini ---->  What is Isofalvones found in Shaklee ESP


Hari ni saya hanya ingin kongsikan sedikit tentang apa kata mereka yang berpuas hati dan tegar menggunakan ESP Shaklee dan telah mengalami #shakleeEffect moment mereka :)


Testimoni ESP untuk Gastrik

Testimoni ESP dan Gastrik

ESP bersifat alkali, membantu meneutralkan asid yang berlebihan di dalam perut yang menjadi penyebab gastrik

Testimoni ESP untuk Kulit Cantik

Testimoni ESP dan Kulit Cantik

Kulit lembut, strechmark hilang, parut semakin pudar, putih gebu, kurang berminyak dan makin cerah

Testimoni ESP untuk Puasa

Testimoni ESP untuk Berpuasa

Kenyang sampai petang, tak kena gastrik, aktif masa puasa, bertenaga sampai petang, tak penat melayan kerenah anak2 murid semasa berpuasa


Testimoni 'Side Effects' of ESP
Testimoni ESP side benefit
Asalnya ambil ESP untuk tujuan tertentu seperti hamil, menyusu, bagi tenaga.. tapi byk pulak kesan2 baik yang lain datang sekali.. multiple bonus in one package.
testimoni saya?? ada kat atas tu :)

So, sekarang kita semua dah boleh dapat feel kan kenapa ESP boleh buat orang jadi gila kan?
Bukan gila kurang siuman, tapi teruja amat dengan kesannya yang superb :D

Sekarang tengah promo ESP yea my dearies. Samapi hujung bulan September 2014 ni sahaja

Jangan lepaskan peluang :) Dapatkan sekarang sebelum stok kehabisan.

Hubungi saya utk cadangan supplement Shaklee dan FREE consultation dan order supplement anda sekarang :)


Hanun Farha
SID: 882031

Call/SMS/Whatsapp: 0129503142

fb:https://www.facebook.com/hanunfarha
Fan Page: My Precious Health Cube


Read More

Sunday 5 October 2014

Riadhah Bersama Imam-Imam Muda- Bukit Gambang Safari Park



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera

Imam-Imam Muda ibu dan ayah adalah permata hidup kami dan merupakan prioriti dalam hidup kami kerana anak-anak syurga ini adalah amanah yang besar dari Allah untuk kami. Salah satu cara kami menjaga amanah ini adalah dengan berusaha mendidik mereka mengenal Allah dengan mentadabbur ciptaan Allah yang Maha Hebat, Maha Teliti dan Maha Sumpurna dengan aktiviti yang menyeronokkan dan membangunkan jiwa mereka.

Salah satu aktiviti yang sempat kami lakukan bersama walaupun masa tu ayahanda tengah sibuk dengan tuntutan kerja ialah melawat ke Bukit Gambang Safari Park.

Terletak di dalam kawasan hutan sekunder seluas 138 ekar dan hanya 35km dari bandar Kuantan, Bukit Gambang Safari Park adalah Zoo Safari yang terbesar di Malaysia. MasyaAllah.. memang tersangat besar :)

Antara yang menarik tentang taman safari ni ialah:
  • Ada White Lion yang pertama dan satu-satunya di Malaysia
  • White Lion

  • Wild Savannah (macam safari kat Africa tu) yang boleh drive through yang paling besar. Kira macam masuk dalam habitat semulajadi binatang2 tu
  • Tempat jalan kaki yang berbumbung ( tak kena terik matahari) dan stroller friendly, very thoughtful lah sapa yang design tempat ni :)
  • Taman ini terbahagi kepada 2 bahagian, satu untuk pengunjung berjalan melihat binatang2, satu lagi kawasan khas untuk Tram Drive-through.
  • Ada juga taman siang dan taman malam (night Safari ouls!!)

Plan kami ke sana adalah plan yang agak last minute juga sebab the day nak pergi tu baru decide nak pergi Safari Park ni, Tapi tak perlu much preparation pun. Just make sure anak2 cukup rehat, bawak bekal anak2 macam biasa dan air masak kalau boleh bawak banyak sikit.

Kami sampai di Kawasan Bukit Gambar Resort City dalam pukul 1 tgh hari. Sementara tunggu adik ipar sampai masuk waktu zohor, dan kami solat dulu kat surau yang ada kat bangunan resort. Dah siap solat kami terus ke kawasan entrance Safari yang terletak bersebelahan dengan entrance Water Theme Park. Actually nak solat dekat Theme Park tu pun boleh, ada surau kat Lobby Water Park tu dan juga surau bila dan masuk dalam Safari Park tu. Very convenient for Muslim visitors :)

Ok, tiket kami beli kat situ at the ticketing counter. Harga tiket seperti di bawah. Sekali pandang macam mahal, tapi it is so worth the experience! For us, harga dia very reasonable :)


Mykad (RM)Non Mykad (RM)
Admission
Adult 
 Child/ Senior Citizen
Adult 
Child/ Senior Citizen 
Safari Park & Night Jungle
 38  
28
68 
48 
 Night Jungle
 28 
 18
48
28

Notes:
  • (RM) Ringgit Malaysia
  • FREE Admission for children below the height of 90cm
  • Kindly present Mykad / Mykid during purchase of tickets
  • Last Entry for Wild Savannah : 5.00pm
  • Last Tram to Wild Savannah : 6.00pm
  • Last Entry for Night Jungle : 9.00pm 

Ok, satu lagi info penting, Safari Park ni bukak tengah hari untuk hari2 bekerja dan TUTUP pada setiap hari RABU, tapi kalau Rabu tu jatuh pada hari cuti umum atau dalam masa cuti sekolah, Rabu pun bukak. Operating hours Gambang Safari Park ni seperti tertera di bawah :)

Bukit Gambang Safari Park Operating Hours
Masuk saja ke Safari Park tu kami bergegas ke Forest Arena untuk tgk Bird Show. Memang awesome lah bird show kat situ. :) Ia menunjukkan betapa bijaknya makhluk Allah dari spesis burung ni sebenarnya. Sebab tu lah orang zaman dulu guna burung untuk hantar surat, memang boleh dipercayai kalau burung itu dilatih dengan baik. Kepakaran mengecam mereka sangat baik. Dan mereka juga boleh diajar bertutur. 

Subhanallah, seekor burung kakak tua ni boleh sebut simple words, boleh buat bunyi orang nangis, ketawa, bunyi ayam berkokok!!.. ahaqs.. bunyi kucing, bunyi anjing menyalak.. MasyaAllah!! first time tengok OK! Pastu another bird dioarng panggil Professor, boleh ngeja ngan boleh jawab soalan matematik!! Hehe.. Abg Hakim sgt kagum bila burung tu jawab sama mcm dia jawab, 18 + 6 = 24!! 
Dan beberapa jenis burung lain yang keluar dari satu pintu, terbang dalam satu flock ke pintu yang lain, sebelum tu berlegar diatas kepala penonton bersama-sama dalam satu formation yang menakjubkan :) Helang besar pun ada uols!  Bukan budak2 je yang seronok, mak bapak budak, atuk nenek budak semua sama excited.

Kemudian dan habis bird show kami menjamu selera sekejap sambil menunggu Animal Show yang dijadualkan bermula pukul 4ptg. Shows kat situ semua start on time. Satu lagi benda yang boleh dipuji.

Animal Show pulak menampilkan pelbagai jenis binatang mamalia dan reptilia. Ada Pony and the Cowboy, ada binturung, unta kecil, walabi, ular dan mcm2 lagi lah.. ayam serama pun ada..hehe..

All in all animal and bird show kat Safari Park ni sangat menghiburkan, at the same time a very good educational activities untuk anak. Imam2 muda kami boleh mengenal nama2 haiwan, apa kebolehan haiwan2 tersebut  dan sedikit fakta-fakta menarik tentang haiwan2 itu. Kita sebagai parents cuba raikan keterujaan anak2 melihat aksi2 menarik haiwan ciptaan Allah dan ambil peluang untuk membuka mata mereka kepada kehebatan dan kebijaksanaan Allah swt dengan melihat kehebatan ciptaanNya.

Jadual Partunjukan di Bukit  Gambang Safari Park
Next kami bergegas pulak menaiki tram untuk round the Wild Savannah. Tram di Safari ni dicat seperti kulit binatang yang ada kat dalam safari tu. Sebab apa? Sebab nak blend dengan environment tu.. takde lah binatang2 tu terkejut tgk mcm alien machine masuk dalam hutan tempat duduk diorng kan.


Tram untuk bawak pengujung mengelilingi Safari Park ini

Yes, Wild Savannah ni macam dekat safari yang kat Afrika yang kita selalu tengok kat dalam TV tu kan..It's like kita masuk ke dalam natural habitat binatang-binatang liar ni. Cumanya tak dapat lah tengok aksi pemangsa mengejar mangsa tu sebab binatang2 liar ni diasingkan oleh pagar2 besi yang besar dan tinggi. setiap satu spesis tu ada at least sepasang dalam kandang mereka yang sgt besar tu. hopefully lagi 2-3 tahun boleh tgk anak2 lion, cheetah, tiger, elephant, zebra, hippopotamus,hyena, wildebest,gemsbok etc pulak. Banyak jugak binatang kat safari ni, Oh yea, ada Albino Water Buffalo jugak.. very interesting :)  

Dan sangat mengujakan ialah pengunjung boleh tgk binatang- binatang liar ni secara close up ok, dari dalam tram la of course. Bila lalu kat tempat Hyena tu. sepasang Hyena menghampiri tram kami dan tenung je orang2 kat dalam bas tu.. memang tgk eye to eye lah.. Kena sangat dengan tagline Bukit Gambang Safari Park ni. 'eye to eye with the wild'.

Tapi kat sini tak ambil gambar sgt, ada sket kot dalam phone hubby tapi saya tak share lah kali ni.. let you all experience sendiri the excitement and the surprises :)
Tagline Bukit Gambang Safari Park

Awesome!!!
It was an awesome dan exciting experience untuk kami sekeluarga. Highly recommended untuk anda yang ingin datang bercuti atau transit di Kuantan. Nak makan senang, nak solat senang, baby friendly. Overall memang puas hati, really worth your money.

That time kami pergi dah tengah hari, sempat tgk show dan pergi Wild Savannah sahaja. banyak lagi binatang  tak sempat tengok dan aktiviti yang tak sempat kami sertai. Kalau nak round semua secara santai maybe boleh datang pukul 10 pagi.. and later jika ada rezeki, nak pergi the Night Safari pulak.. adakah comparable dengan Singapore Night Safari.

Another interesting place to be visited and enjoyed in (near) Kuantan. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmatMu yang tak putus2, Imam- Imam Muda kami memang sangat seronok, tambahan pulak pergi ramai-ramai dengan sepupu..

Hope you'll enjoy the place as much as we do. Sedikit gambar kenang-kenangan di Bukut Gambang Safari Park.

Rombongan Cik Mah :)
Bird Show



Parrot mengeja
Ibu dan Imam Imam Muda
Eagle
Kami
Opah sangat happy

Tgh syok tgk animal show
Uncle, Aunty & Rayyan Syafiq


untuk info lanjut mengenai Bukit Gambang Safari Park, boleh refer website rasminya di http://www.bgrc.com.my/theme-parks/safari-park

Wassalam :)



Read More

Saturday 4 October 2014

Salam Aidil Adha 1435 Hijrah

Assalamualaikum wbt :)

Di kala Jemaah Haji di Mekah menunaikan rukun Islam ke-5, kita menyambut Hari Raya Aidil Adha.
berbondong-bondong masyarakat Muslim di Malaysia menunaikan ibadan korban bermula hari ini hingga 13 Zulhijah.

Iklaskan lah niat kita menunaikan korban itu, niatkan hanya semata-mata untuk Allah SWT, tidak kepada selain daripada-Nya, sebagai tanda syukur terhadap apa yang telah dianuggerahkan Allah yang tidak terhingga banyaknya.

Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Tiada satu amalan yang paling dicintai Allah SWT. daripada Bani Adam a.s ketika Hari Raya Aidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.”   (Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.)

Semoga sirah di sebalik pensyariatan ibadah korban itu kita fahami dah hayati. Betapa besarnya pengorbanan seorang hamba kerana taat pada Sang Pencipta.

Berikut adalah perkara-perkara sunat yang dianjurkan untuk kita lakukan pada Hari Raya Pertama Aidiladha iaiyu pada 10 Zulhijah dan juga amalan sunat ketika melakukan ibadah korban

PAGI 10 ZULHIJAH

  1. Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
  2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
  3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
  4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
  5. Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.
  6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
  7. Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
  8. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
  9. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
  10. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
  11. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
  12. Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak

PERKARA SUNAT KETIKA KORBAN

  1. Menjelang 10 Zulhijah, tidak digalakkan empunya korban memotong rambut dan kukunya hingga dia melaksanakan ibadat korban.
  2. Ketika menyembelih haiwan korban disunatkan :
  • Membaca Bismillahirrohmanirrahim.
  • Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
  • Menghadapkan haiwan itu ke arah kiblat di atas rusuk kirinya.
  • Bertakbir sebelum membaca Bismillah dan selepasnya.
  • Membaca doa, maksudnya: “Ini adalah nikmat daripada-Mu dan aku mendekatkan diri kepada-Mu dengannya.”

Semoga amalan kita diterima oleh Allah subhanahuwataala. Taqabbalallahu minna wa minkum

Salam Eidul Adha dari kami sekeluarga di raisingupimammudas.blogspot.com



Read More

Wednesday 1 October 2014

OCTOBER DOUBLE PROMOTION - ESP & Mealshake

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Memang tak sabar nak share dengan anda semua pasal Promosi Hebat Bulan Oktober ni. :)

Masih lagi Double Promotion sebab promosi Mealshake, Beli 3 Percuma 1 - sambil berJIMAT sambil menDERMA masih lagi berlangsung sehingga ke akhir bulan ini.

Dan promosi baru bulan ini ialah Energizing Soy Protein, ESP, Beli 6 Percuma 1!!




Yea! Promosi superb ESP kembali lagi!!

Tentunya ia berita gembira buat ibu2 menyusu, mengandung, adik akak pakcik makcik yang nak kekal cergas bertenaga untuk belajar mahupun bekerja dan uols yang nak kulit halus mulus, licin gebu, cerah berseri :D


Baru nak berkenalan dengan ESP? 

Nak tahu:


  • Apakah itu ESP?
  • Kandungannya?
  • Fungsi dan Kebaikannya?
  • Kelebihan ESP berbanding produk berasaskan soya yang lain?
  • Siapa yang patut ambil dan yang tak boleh ambil ESP?
  • Apa istimewanya ESP untuk ibu menyusu?
  • Kombinasi menarik ESP dan Supplement Shaklee yang lain utk memenuhi keperluan kesihatan anda?


Jom tgk kat sini :) Faedah dan Kebaikan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee

ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda atau nikmatinya dengan kelazatan home made smooties. Pelbagaikan cara anda menikmatinya. Untuk resepi sila klik di sini.

Dan ESP bukan saja boleh diminum, malah boleh dijadikan masker untuk kulit muka yang anjal, lebih sekata, halus, lembap dan glowing! anda pasti sukakannya. Boleh dapatkan cara membuat masker di Natural Home Made Masker ESP

Sedikit 'sneak peak' tentang apa kata mereka tentang ESP :)

Testimoni ESP Shaklee
Nantikan lebih banyak testimoni yang pasti membuatkan anda teruja untuk sama-sama menikmati kebaikan pada entry akan datang ;D

Untungnya Beli Set Promo ESP


Apa yang menanti anda jika anda pilih untuk membeli Set Promo ESP ini?
Anda boleh jimat sebanyak RM 150 (harga pasaran satu canister ESP). Bukan itu sahaja, anda layak untuk mendapat keahlian Shaklee secara PERCUMA jugak yg bernilai RM65 dan lagi menarik, layak juga mendapat CASH bonus bulan depan bernilai RM35 terus dimasukkan ke akaun anda!
Untung bukan??

Anda baru nak cuba, tak mahu beli banyak? 
Jangan risau, hubungi sahaja saya, dan saya akan kongsikan bagaimana caranya untuk mendapat penjimatan hebat sempena promosi hebat ESP ni :D

Jangan lepaskan peluang PENJIMATAN hebat dengan Double Promotion bulan ini :) 
Dapatkan supplement terbaik untuk anda dan orang-orang tersayang.

Hubungi saya utk cadangan supplement Shaklee dan FREE consultation dan order supplement anda sekarang :)


Hanun Farha
SID: 882031

Call/SMS/Whatsapp: 0129503142

fb:https://www.facebook.com/hanunfarha
Fan Page: My Precious Health Cube
Read More