Assalamualaikum wbt :)
Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur dipanjatkan pada Allah kerana telah mengurniakan kami seorang puteri, untuk menambah seri keluarga kecil kami bersama tiga Imam Muda kami.
Saya selamat melahirkan anakanda Amira Humaira pada 23 Disember 2015, 11 Rabiul Awwal 1437H. Ibunye berharap bersalin lepas maghrib sebab nak tarikh lahir cam kelahiran Nabi saw, tapi baby tak sabar nak keluar, sebelum Asar 11 Rabiul Awwal, baby Humaira dah melihat dunia.
Amira Humaira |
Regular contraction saya rasai pada malam sebelum hari bersalin. selang 10-15 minit akan terjaga dek contraction yang kuat. Masih tenang lagi dan sambung tidur bila contraction hilang sebab hospital 5 minit je dari rumah :)
So pagi2 tu ajak En Hubby ke KMC sebab contraction makin kuat. Macam biasa, kat hospital nurse akan buat ECG, untuk tengok heart beat baby dan kekuatan contraction. Agak kecewa sebab baru 1 cm buka. Tapi bila Doctor Su datang check lepas sejam dah 3 cm. Hubby, Hadi dan Mak peneman di wad. Hadi sangat lah baik masa time ibu melayan contraction, dia sama2 buat squat dengan ibu, buat2 muka comel untuk hiburkan ibu.
Dipendekkan cerita, masuk labour room hampir tengah hari, sempat solat zohor di labour room sebab nurse dah tak balik keluar labour room. So, guna je kain apa yang ada untuk tutup aurat dan solat. Pukul 3 petang contraction makin kuat. Genap pukul 4 petang bermula lah sorakan-sorakan di dalam labour room nak guide ibu bantu adik baby keluar dan pada pukul 4.07 minit, adik meluncur keluar :)
Ibu Ayah yang sangat happy :) |
InsyaAllah, di sini saya ingin kongsikan beberapa Tips Mudah Bersalin yang saya amalkan sepanjang kehamilan dan semasa proses bersalin.
7 TIPS MUDAH BERSALIN
1. Banyakkan Amalan Rohani
Bila saja dapat tahu kita berbadan dua, zahirkan kesyukuran kita dengan memperbanyakkan amalan yang mendekatkan diri pada Sang Pencipta yang Maha Memberi Rezeki. Allah telah merezekikan kita satu nyawa di dalam rahim kita yang sangat kita inginkan, jadi banyakkan bersujud padaNya tanda terima kasih padaNya.
Perbaiki ibadah-ibadah wajib dan tambahkan ibadah sunat seperti solat-solat sunat dan zikir2. Mulakan dulu dengan apa yang senang. Ibu mengandung juga sangat digalakkan untuk menunaikan solat taubat. Amalan-amalan ini boleh menyucikan hati kita dan kita berharap amalan2 ini menjadi asbab Allah memberi kemudahan semasa kita bertarung nyawa untuk melahirkan anak syurga kita
2. Jaga Kesihatan Fizikal
Ibu- ibu yang hamil WAJIB jaga kesihatan. Jaga makan, amalkan gaya hidup sihat dan jangan skip antenatal check up. Biasalah ibu2 akan mengalami alahan pada awal kehamilan, malah ada yang sampai akhir kelahiran. Tapi janganlah dilayan sangat rasa loya, tak lalu makan itu. Cuba ikthiar cari cara untuk kurangkan loya, cari cara untuk badan dapat juga nutrisi yang diperlukan oleh baby dan ibu walaupun ibu asyik muntah2.
Berpada-pada juga bila melayan selera makan, terutamanya benda manis sebab ibu2 mengandung ni craving dia untuk benda manis ni lain macam :). Pengambilan supplement juga sangat penting untuk ibu mengandung bagi memastikan ibu dan baby cukup khasiat untuk perkembangan yang sihat. Saya pilih Set Hamil Shaklee.
Kesihatan yang baik penting supaya ibu tidak menghadapi sebarang komplikasi semasa hamil dan bersalin. Badan yang sihat jugak bantu ibu rasa positif, tenang dan bertenaga untuk proses bersalin.
3. Amalkan Minum Minyak Kelapa Dara/Minyak Zaitun
Semasa mengandung kali ke empat ni baru tergerak hati untuk mengamalkan minum minyak kelapa dara dan minyak zaitun sebelum tidur dan sebelum sarapan pagi. Itu pun dan masuk bulan terakhir kehamilan.
Alhamdulillah memang rasa perbezaan ;) sangat membantu masa kita push tu.
Bila push baby meluncur keluar.. sampai hubby kata doktor pun terkejut sebab baby keluar laju.. dan rambut baby macam disapu minyak, hitam berkilat, kemas je.
Owh yea.. pastikan minyak kelapa dara yg anda beli tu yang tulen yea..sebab banyak yang fake sekarang. Jadi berhati-hati semasa memilih. Untuk minyak zaitun saya guna Palestine Extra Virgin Olive Oil (Pevoo).
4. Doa Mohon Mudah Bersalin
Jangan lupa untuk berdoa memohon agar Allah mudahkan kita untuk bersalin. Ada banyak doa2 untuk mudah bersalin. Kalau dapat hafal dan amalkan setiap kali lepas solat sangat lah bagus. Tetapi doa dalam bahasa Melayu atau apa2 bahasa yang kita faham pun boleh. Yang penting, ikhlas dari hati dan penuh pengharapan pada Allah.
5. Zikir Semasa Labour
Semasa start contraction, basahkan mulut dengan zikrullah. Ucapkan apa2 sahaja zikir yang kita ingat. Baca juga ayat2 quran yanh dihafal. Semasa contraction datang, saya akan baca doa Nabi Yunus. Setiap kali contraction itu lah yang saya ulang2 hingga saat terakhir nak bersalin.
Kalau kita tak penuhi masa dengan berzikir, dibimbangi kita hanya menhaduh kesakitan atau menjerit dan membentak-bentak mereka di sekeliling kita. Sakit contraction boleh buat kita hilang kawalan.
Untuk bersalin kali ni saya ada juga membaca ayat Al-Quran dari surah Al-Insyiqaq, ayat 1-5. Terima kasih sahabat yang sarankan saya untuk baca ayat ini
Saya cadangkan baca ayatnya dan hayati terjemahannya. Memang sangat kena dengan proses bersalin. MasyaAllah
6.Bernafas
Hehe..memang lah bernafas kan? Kalau tak bernafas habis dah lah.
Maksud saya controlled breathing. Amalkan apa yang kita belajar dalam kelas antenatal atau macam yang kita tengok kat you tube tu.
Start je contraction tarik nafas dalam-dalam ikut hidung dan hembus lama-lama beberapa kali ( nak kira pun x leh fokus dah) ikut mulut bilamana contraction semakin kuat. InsyaAllah kita mampu mengharungi sakit contraction tu .
Seelok eloknya berlatih lah bernafas dulu sebelum anda rasa nak bersalin. Berlatih bersama suami sebab masa dalam labour room suami lah yang akan guide kita utk amalkan breathing technique ni.
7. Nikmatilah Proses Bersalin
Haaa..dan last skali enjoy the process. Macam kawan saya cakap, "Embrace the pain'. :)
Bayangkan setiap kali contraction anak anda sedang berusaha untuk keluar jumpa ibu dia yang tersayang. Datangkan rasa gembira setiap kali sakit tu datang, sebab tak lama lagi insyaAllah anda dpt melihat anak anda yang comel itu!
Cuba lah amalkan 7 tips ni. Saya doakan proses kelahiran anak syurga anda dipermudahkan oleh Allah :)
Doakan saya jadi anak solehah yea :) |
Okay, setakat ni saya perkongsian saya untuk kali ini.
Jupa lagi di lain entry ;)
Wassalam
Salam... just nk share. Sy alami Hyperemesis Gravidarum utk ketiga2 anak sy. So maybe awk kena adjust sikit ayat tntg JANGAN DILAYAN SANGAT LOYA tu sbb bg mums yg didiagnose HG mcm sy, kenyataan puan tu sgt2 buat kami rasa down, rasa bersalah sbb mengandung, rasa depression dan even ada yg dh buat keputusan utk gugurkan kandungan kerana kenyataan seperti tu. Maaf.
ReplyDeleteMerit Casino de Calcio : Review | CAFCasino.com
ReplyDeleteMerit Casino de Calcio septcasino is a well-known & legit online casino that has been operating since 2002 and is now part of 메리트 카지노 the prestigious 인카지노 Casino Rewards program.