Friday 24 January 2014

Kenapa Saya Suka Shaklee

Tajuk macam tajuk surat cinta kan?
kenapa saya suka awak..
ada ke lagi orang tulis surat cinta zaman cyber ni? hehe..

Memang saya dah jatuh cinta ngan Shaklee. Saya suka Shaklee dan saya suka share pasal kebaikan produk-produk Shaklee.

'Tak kenal maka tak cinta',ungkapan yang biasa kita dengar..betul mmg betul..

Kisah perkenalan saya dengan Shaklee bermula tahun 2011, lepas melahirkan Imam Muda kedua kami Muhammad Amirul Hafiz. Masa tu Amirul Hakim baru masuk 2 tahun, tengah aktif, tengah banyak cakap dan banyak tanya dan masih memerlukan banyak perhatian dari ibu ngan ayah..tambah pulak lagi sorang baby laki yang bulat dan kuat menyusu. Alhamdulillah rezeki Allah pada kami.

Bila masuk kerja balik selepas habis cuti bersalin, saya rasa sangat tertekan. Badan masih lagi dalam proses pemulihan lepas bersalin, kat pejabat kerja banyak, kat rumah nak handle 2 orang anak, kerja rumah lagi. Kerja banyak saya boleh terima sama ada di rumah atau kat pejabat sebab tu memang dah tanggungjawab kita, yang menjadi masalah nyer badan asyik penat. Banyak yang tertangguh, tu pun syukur sangat husband dah banyak tolong.

So saya pun decide nak amek supplement utk tambah tenaga.. memang byk kat pasaran, macam2 brand.. tapi saya tertarik nak cuba produk Shaklee sebab saya tgk seorang kawan saya yang guna Shaklee ni macam super human. She's a mother of 3 heros, kerja as engineer kat anak syarikat minyak dan gas macam saya jugak, takde maid, everyday balik kerje masak, pastu ada bisnes sana sini joint venture ngan kawan dan dia adalah ahli aktif (not sleeping partner yea), sempat baca buku2 ilmiah (bukan novel yea) dan sempat tulis beberapa buku (e-books pasal breasrfeeding, pasal tips bisnes dan macam2 lagi lah), update blogs regularly, saya ulangi.. blogs, bukan satu tapi ada lah beberapa blog dan aktif ngan pelbagai aktiviti yang non work related.

So saya agak2 je lah yang dia bertenaga macam super saiyya ni salah satu sebabnya kerana dia mengamalkan vitamin-vitamin Shaklee. Tanpa buang masa saya terus dapatkan my first Shaklee's supplement dengan kawan saya ni. Alhamdulillah, saya jadi lebih bertenaga dan kurang stress bila mengamalkan Shaklee.

And now, 3 years later saya masih setia bersama Shaklee. Daripada makan untuk diri sendiri, sekarang kami sekeluarga menjadi pengguna tegar Shaklee. Saudara mara dan rakan-rakan pun sudah merasai kebaikan Shaklee. Daripada jadi pembeli sekarang ramai pun yang dah jadi ahli.


Okay, berbalik kepada persoalan kenapa saya suka Shaklee. These are the reasons:


  1. First and foremost sebab produk Shaklee adalah 100% natural.Saintis Shaklee telah membuat kajian di seluruh pelusuk dunia untuk mencari sumber ramuan asli semulajadi. NO chemical and NO synthetic elements.
  2. Sentiasa Selamat. Keselamatan produk-produk Shaklee dijamin. 350 ujian dijalankan atas setiap ramuan baru untuk mengesan bahan2 berbahaya seperti logam berat, racun perosak dan bahan pencemar berbahay yang lain dan lebih 100,000 ujian kualiti dijalankan setahun utk menjamin ketulenan dan keselamatan produk
  3. Sentiasa Berkesan. Lebih 100 scientific study papers membuktikan bahawa produk-produk Shaklee berkesan meningkatkan tahap kesihatan pengamalnya. Dan semestinya berkesan, kalau tak takkan lah orang yang dah try Shaklee terus menerus amek Shaklee. Shaklee dah jadi Syarikat Nutrisi Semulajadi #1 di US and soon di Malaysia perhaps sebab semakin ramai org mempercayai Shaklee. bukan saja pada tubuh badan tapi juga pada emosi kita :)
  4. Sentiasa Mesra Alam. Shaklee sangat concern pasal alam semujadi dan alam sekitar. Lebih 55 tahun Shaklee menjadi peneraju dalam pergerakan alam sekitar. 1st company yang diiktiraf sebagai Climate Neutral bagi mengimbangi pengeluaran gas rumah hijau. Kira complete package, we take care of our health and also care for the precious planet we live in.
  5. Harga berpatutan. Kalau kita tengok produk-produk Shaklee, i would say it's affordable and very reasonable for what it's worth. Cuba amek contoh Vitamin C Shaklee, sebiji jatuh 50sen je, Zinc complex, 30 sen je sebiji. Vivix mahal? memnag lah mahal kalau kita bandingkan dengan vitamin C. Cuba bandingkan dengan produk brand lain yang setaraf kandungan dan khasiatnya dengan Vivix. Baru namanya perbandingan yang setara. Apple to apple comparison orang putih kata
  6. Konsultasi penggunaan produk dan tips2 kesihatan percuma . Bila kita membeli produk dari Shaklee Independent Distributor kita berhak mendapat panduan penggunaan produk untuk menjamin kita dpt kebaikan maksimum dari produk yg kita ambil dan tujuan kita amek satu2 supplement tu tercapai. Contoh kalau kita beli set penyusuan, kita akan diterangkan pasal fundamental of breasfeeding dan tips2 untuk meningkatkan penghasilan susu badan. Mereka akan follow up sehingga kita dapat rasa kesan supplement2 tu. Pastikan anda dpt hak itu.
  7. Dapat Insentif. Beli dan guna produk Shaklee boleh dapat BONUS dalam bentuk CASH kalau cukup point. Tapi kena jadi ahli dulu lah. Dah lah dapat harga ahli yang jauh lebih murah dari harga pasaran, dapat cash back pulak tu.. sapa yang tak suka kan? Untuk makan sendiri dah boleh dapat Cash Bonus, kalau share kebaikan ngan suadara mara, rakan2, jiran, office mate, bos, x lecturer kat uni ke, insyaAllah boleh dapat CAR Bonus ngan CONVENTION Incentive - trip jalan2 sana sini secara PERCUMA. :)
  8. Last but the most important one ianya Dijamin Halal. Walaupun Shaklee ni produk keluaran US tapi produk-produk yang dibuat khas untuk dihantar ke Malaysia are certified HALAL by Islamic Service or America (ISA) yang diiktiraf oleh JAKIM. So selamat digunakan tanpa was-was yea.

One a plus note, harga produk Shaklee ni tak naik-naik lagi since saya join ahli tahun 2012. Satu nikmat di kala semua barang pun nak naik harga. :)



Anda nak berkenalan dan seterusnya jatuh cinta dengan Shaklee?
Jom hubungi saya.

Hanun Farha
SID: 882031
Call/SMS/Whatsapp: 0129503142
fb:https://www.facebook.com/hanunfarha






Read More

Saturday 18 January 2014

Cara Mendaftar Sebagai Ahli Shaklee

Akhir2 ni ramai orang tanya camner nak jadi ahli Shaklee.

Alhamdulillah dengan pertambahan pesat orang Malaysia celik IT ni, kebaikan dan keistimewaan supplement Shaklee ni dapat dikongsi secara meluas.
Makin ramai orang dah ter’expose’ dgn vitamin2 Shaklee dan rasa nak try amek vitamin Shaklee for various reasons.

Sekali try, insyaAllah dapat merasai sendiri manfaat dan keberkesanannya dan pengambilan supplement ni bukannyer sekali sahaja.. ianya berterusan. Shaklee ni bila dah try memang akan jatuh cinta. So bila dah jatuh cinta, mmg takleh berenggang lah kan.. itu lah jadinya yang asyik repeat order jer.

Apabila dah selalu repeat order, mesti lah rasa macam nak dapat keistimewaan lebih sikit kan? Diskaun lebih sikit kan??
Haa..kalau dah rasa macam tu, elok lah anda daftar sebagai Ahli Shaklee. Selain dapat diskaun, banyak lagi keistimewaan yag kita boleh dapat J
                                              

Macam Mana Nak Daftar Sebagai Ahli Shaklee?

Ada 2 cara utk jadi ahli, berbayar ataupun free.
1.       Cara pertama ialah dengan membayar Yuran Pendaftaran sebanyak RM 65*.
Dengan yuran ini, anda akan mendapat Member Kit yang mengandungi Katalog Produk, Senarai Harga Produk dan Business Manual.

*RM 10 (kos pos Opportunity Kit)perlu ditambah jika pendaftaran dibuat secara online

2.       Cara kedua ialah dengan membuat pembelian sebanyak 200 UV(Unit Value) dalam satu resit utk dapat KEAHLIAN PERCUMA.
200 UV ini bersamaan dengan RM 650 (approximately). Anda akan mendapat keahlian percuma yg bernilai RM 65 dan juga CASH BONUS (bernilai RM30+).
Penjimatan sehingga RM95!!
Kalau anda ingin mendaftar sendiri di mana-mana cawangan Shaklee, boleh guna ID saya, Hanun 882031 sebagai sponsor atau hubungi saja saya untuk menguruskan pendaftaran secara ONLINE.
Senang je kan?

Apa Nak Buat Bila Dah Jadi Ahli?

Ok, sekarang anda dah jadi ahli dan sah bergelar Shaklee Independent Distributor.
Apa nak buat?

Anda ada pilihan samaada guna produk utk diri sendiri dan keluarga dengan menikmati harga ahli dan layak untuk mendapat CASH BONUS jika pembelian bulanan anda melebihi 150 UV.

ATAU

Untuk menjana pendapatan dengan Shaklee dengan serius berbisnes mempromosikan dan menjual produk2 Shaklee.

Pengalaman saya sendiri, daftar sebagai Ahli Shaklee utk dapatkan produk Shaklee dengan harga ahli jer, untuk kegunaan sendiri dan keluarga saya.
Tapi bila dah amalkan supplement Shaklee, dapat rasa kebaikannya dan rasa nak share  dengan orang di sekeliling kita, contohnya saudara mara, kawan-kawan, dan  rakan sekerja.
Orang sekeliling kita pun boleh perasan perubahan yang baik pada diri kita dan tanya apa rahsianya.. Bila dah nampak life testimoni, mereka akan teruja untuk mencuba produk-produk Shaklee ni .
Saya pun tolong lah orderkan untuk mereka supaya sama-sama dapat menikmati kebaikan Shaklee ni. Apabila pembelian bulanan dah banyak dapat lah CASH BONUS dari Shaklee pada tengah bulan.
Daripada makan sendiri, kemudian tolong belikan untuk kawan-kawan dan saudara mara, tiba-tiba dapat income!! Dari situlah tercetusnya minat untuk serius menjana pendapatan dengan Shaklee.

Pilihan di tangan anda!!

Dan satu lagi yang istimewanya, Yuran Pendaftaran Keahlian Shaklee ni kena bayar SEKALI je SEUMUR HIDUP.
Ini bermaksud Shaklee membership takde expiry date.. Best kan??

Anda TIDAK dipaksa untuk membuat pembelian minimum setiap bulan/ tahun untuk mengekalkan keahlian anda.


KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

1.       Dapat menikmati rangkaian produk Shaklee yang terbukti berkesan dan selamat (100% natural) dengan harga yang jauh lebih MURAH dari harga runcit.
2.       Boleh bantu ahli keluarga dan rakan2 untuk mendapatkan produk Shaklee dengan lebih senang.
3.       Berpeluang mendapat BONUS TUNAI bulanan dalam lingkungan 5%-21% dari jumlah pembelian bulanan.
4.       Memiliki ruang untuk menjana pendapatan yang tiada hadnya (berdasarkan usaha masing-masing).
5.       Menikmati peluang untuk bersama-sama dalam group kami yang SUPER HEBAT dengan ahli keluarga yang sangat HARMONI untuk meningkatkan pengetahuan tentang produk, tips2 kesihatan dan tips berjaya dalam bisnes Shaklee.
6.       Mendapat pas masuk ke dalam special group di facebook bersama leader-leader Shaklee yang dah mantap-mantap dan bersedia berkongsi pengalaman dan tips-tips menjana puluhan ribu sebulan bersama anda.



Anda berminat?
Hubungi saya untuk mendaftar sebagai ahli atau jika anda ada sebarang pertanyaan. J

Hanun Farha
SID: 882031
Call/SMS/Whatsapp: 0129503142

fb:https://www.facebook.com/hanunfarha
Read More

Thursday 9 January 2014

Pengalaman Berpantang Dengan Set Bersalin Shaklee Lengkap

Tanggal 4 Disember 2013, tgh dalam kelam kabut banjir, takde letrik dan takde air kat Kuantan ni, saya selamat melahirkan Imam Muda ketiga kami, Muhammad Amirul Hadi.. hehe.. mmg mencemaskan at the same time rasa mcm Allah bg smooth je semuanya masa nak bersalin ni..panjang ceritanyer.. nanti saya share dalam special entry utk kisah ni.. hehe..

Hari ni Adik Hadi dah berumur 39 hari.. apa maksudnyer tu?? Ibu dah nak habis pantang!!! hoorey! :D
Alhamdulillah rasa seronok sgt berpantang kali ni.. Seronok ke pantang? hehe.. iya seronok sbb rasa byk accomplishment.. idok ler makan, tido, menyusu, basuh berak baby jer..

Berpantang kali ni mmg lain dari time berpantang Abg Hakim ngan Hafiz. Badan rasa lebih segar, emosi stabil, lebih kepada rasa gembira dan cool jer, takde sengal2 badan, baby pun sehat..tak meragam sangat, senang nak handle. Alhamdulillah, syukur sgt Amirul Hadi tak kena jaundice (org panggil demam kuning).. kalau tak jenuh nak ulang alik klinik amek darah dia.. sian sungguh tgk baby2 kena cucuk kat tapak kaki tu selang sehari utk check bacaan bilirubin budak2 kena kuning ni..

Masih kena uruskan Imam Muda 2 org lagi walaupun tgh dalam pantang sebab dua-dua manja ngan ibu.. anak omak ler katakan..Abg Hakim at 5 years still nak ibu buatkan certain things utk dia, Hafiz pulak, segalanyer nak ibu.. padahal ada jer ayah ngan opah offer nak buat.. nak ibu jugak.. Alhamdulilllah lah ibu sehat, tak lemah badan dlm pantang ni, so ikutkan je lah kehendak anakanda sorang ni selagi tak melibatkan benda yg kena angkat berat or pergerakan yg lasak sgt.. I dalam pantang kannn.. hehe..
Sempat jugak ajar Abg Hakim baca Al-Furqan, layan diorng main2 ( just be there and layan celoteh diorg)
Syukur tak stress melayan kerenah anak2 teruna saya yg masih dahagakan layanan dan belaian ibu ni..hehe..tak kena gaya boleh meroyan org kata.

Persediaan sebelum bersalin kali ni tak byk, sebab most benda dah ada turun termurun dari abg2 Amirul Hadi ni.. pastu adik ipar bg semua kain baju baby, bantal, bantal, selimut, tilam anak dia punya.. (kitorng pass2, lagipun baju baby ni pakai kejap je, tak sempat lusuh pun.. jimat :D).. beli benda2 yg pakai buang jer.. and of course for ibu kena lah ada set bersalin kan..

Biasanya orang nak bersalin sibuk survey sana sini utk pilih set bersalin mana yang paling best dan value buy untuk bantu proses pemulihan diri ibu selepas bersalin.. Ingat, know your intention when buying set2 bersalin ni.. bukan sekadar ikut2 trend sahaja.. sbb akhirnya set bersalin yang beratus ringgit tu tak fully utilized pun..
Ketahuilah apa benda yang ada dalam set bersalin tu, fungsi2 dia dan what to expect apabila kita dah guna benda-benda tu. Kali ni saya pilih Set Bersalin Lengkap Shaklee..
Jom saya share kenapa saya pilih Set Bersalin Shaklee, apa yang ada dalam set ni, apa fungsi setiap vitamin utk ibu dan baby dan pengalaman saya sendiri menggunakan set ini.

Kenapa saya pilih Set Bersalin Shaklee ni?

Semua produk dalam set ni senang dimakan, mostly tablets dan produk-produk ni bukan ubat, bukan jamu tapi vitamin yang dijamin natural dan halal. Boleh terus dimakan lepas bersalin, tak perlu tunggu seminggu or dua minggu macam jamu or ubat2 herba yang lain. Set Shaklee ni kita mengandungi semua benda yang perlu utk pemulihan ibu dan yg lebih best kita boleh pilih produk apa yang kita nak amek berdasarkan bajet kita.. dan lagi boleh terus guna walaupun dah habis pantang sebagai set menyusu jugak.. i like!! 

Apa yang ada dalam Set Bersalin Shaklee ni?



Apakah fungsi dan manfaat setiap jenis Vitamin dalam Set Bersalin Shaklee?

Jom tgk video ni..

Atau boleh baca kat bawah  ni bagi anda yang lebih suka baca or tak dapat bukak video di atas.

Anda ada option utk amek Set Bersalin Asas (Vitalea, B- Complex, Vitamin C & Zinc Complex) ataupun ambil Set Bersalin Lengkap ( Set Asas + Ostematrix, ESP, Alfalfa dan Lecithin)










 Testimoni saya

Setelah hampir 40 hari saya guna set bersalin Shaklee ni secara konsisten, saya ulang.. secara konsisten, saya sangat berpuas hati lah.. mcm saya cerita kat atas tu, saya rasa seronok sepanjang tempoh pantang kali ni.
Badan tak rasa lemah, muka tak pucat, badan rasa bertenaga, boleh uruskan baby dan 2 anak lain, rasa ceria, tak stress, lebih cool, tak rasa seram sejuk sepanjang berpantang.
Luka jahitan cepat sembuh, pusat baby pun cepat kering, hari ke-5 dah tanggal. Alhamdulillah baby dan ibu tak demam atau sakit setakat ini.
Kombinasi ESP + Alfalfa mmg terbaik! Susu badan saya banyak, walaupun pam sejurus lepas baby dah kenyang menyusu boleh dapat 5-7 oz sekali pam. :) Baby cepat kenyang bila menyusu, takde lah all the time nak nenen. So far, tak kena bengkak susu lagi.
Tiada lagi masalah sembelit bila amek alfalfa dengan konsisten dan Alhamdulillah, now dah dapat balik berat sebelum mengandung.

Tinggal beberapa hari je lagi untuk habis pantang.. doakan saya terus sehat untuk menjaga dan mendidik hero2 saya menjadi Imam Muda.. nanti 3-3 boleh masuk rancangan Imam Muda, tak pun Pencetus Ummah..ahaqs.. :P
Thanks a lot to my dearest hubby and MIL yang banyak tolong uruskan rumah dan anak2 dan jaga saya time pantang ni.. sayang kamu!!

Haa.. sebelum saya sign off hari ni, kalau anda berminat nak tahu lebih lanjut pasal Set Bersalin Shaklee ni atau nak order set bersalin/berpantang, boleh ler contact saya yea.. Saya pengedar Shaklee yang sah :)

ATAU
anda boleh terus membuat pembelian di sini




Hanun Farha
SID: 882031
Call/SMS/Whatsapp: 0129503142


till we meet again in next entry..
Read More