Monday, 17 March 2014

Umrah Bersama Anak-Anak


Pengalaman Menunaikan Umrah Bersama Imam- Imam Muda Kami


Assalamualaikum,

Hari ni InsyaAllah saya akan berkongsi pengalaman kami menunaikan Umrah bersama anak.

Dah lama kami sebenarnya kami pergi Umrah iaitu pada bulan hujung bulan Jun 2013 tapi hari ni baru ada kelapangan dan mood untuk buat entry ni :)

Alhamdulillah tahun lepas Allah telah menjemput kami sekeluarga menunaikan Umrah di Tanah Suci Mekah dan menziarahi Makam Nabi Muhammad saw di kota Madinah al Munawwarah. Kami juga direzekikanNya utk melawat kota yg disebut dalam Hadith Nabi dan telah berjaya ditakluk oleh Kerajaan Islam truki Othmaniah, lebih 800 thn lepas nabi bersabda tentangnya.



”Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tenteranya sebaik-baik tentera," (Al Hadis)

Kami ambil pakej Umrah Ziarah Istanbul dengan Andalusia. Alhamdulillah servisnya sangat memuaskan.
Perjalanan kami bersama Andalusia ke Kota penuh bersejarah, Istanbul dan seterusnya ke Madinah  dan Mekah bermula pada 26 Jun 2013 dan selamat kembali semula ke Malaysia pada 11 Julai 2013.

Pada masa tu saya sedang berbadan dua, bersama suami dan Imam-imam Muda kami, Amirul Hakim, 4 setengah tahun dan Amirul Hafiz, 2 setengah tahun melali perjalanan yg sangat bermakna dalam hidup kami :)

InsyaAllah saya akan kongsikan pengalaman kami dalam bentuk persoalan-persoalan yang sering ditanya berkaitan dengan Umrah dan Umrah bersama anak-anak kecil seperti:

  1. Apakah persediaan yang perlu untuk menunaikan Umrah?
  2. OK ke pergi Umrah semasa mengandung?
  3. Bawa anak2 menunaikan Umrah tak ganggu ibadah ke?
  4. Bilakah masa yang sesuai utk pergi menunaikan Umrah bersama anak2 kecil?
  5. Perlukah anak2 lelaki dikhatankan sebelum ke tanah suci?
  6. Macam mana nak pastikan anak tak hilang sebab tetamu Allah sangatlah ramai di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram
  7. Patut ke ambil Pil tahan haid bagi perempuan?
  8. Kenapa kami pilih Istanbul sebagai destinasi sebelum ke tanah Suci?


1. Apakah persedian yang perlu untuk menunaikan Umrah?

Persediaan untuk menunaikan umrah mungkin tidak serumit persediaan untuk menunaikan ibadah Haji, namun harus diberi perhatian yang sewajarnya juga kerana bukan senang kita hendak mendapat peluang ke sana, dijemput sebagai tetamu Allah ke dua tanah haramNya. Walaupun kita sihat dan cukup duit, belum tentu dapat pergi tanpa izinNya, oleh itu hargailah peluang jika anda dijemputNya.

Antara persedian yang kami lakukan adalah:

A. Lengkapkan Diri dgn Ilmu Tentang Ibadah Umrah

i. Baca Buku Panduan Umrah & Ziarah
 Apabila dah register ngan travel agent, biasanya anda akan diberi buku Panduan Mengerjakan Umrah &        Ziarah. Baca dan munkin buat nota sikit supaya senang ingat. Catatkan juga apa yang tak faham, boleh          tanya masa kurus Umrah.

ii. Menghadiri Kursus Umrah
Kami menghadiri kursus Umrah yang dianjurkan oleh pihak Travel Agent kami, Andalusia. Diwajibkan semua bakal jemaah untuk menghadiri 3 sesi kursus supaya dapat dipelajari semua perkara asas yang perlu kita tahu berkaitan Ibadah Umrah seperti rukunnya, wajibnya, syarat sahnya, perkara-perkara yang dikenakan dam, kaifiah setiap rukun itu dan sebagainya. Kursus ini akan disampaikan oleh Ustaz yang bertauliah, teori beserta amali dan juga live demo. Kalau ada sebarang kemushkilan atau permasalahan, seelok-eloknya utarakan dapatkan penjelasan dari Ustaz semasa kursus ini.

Anak2 kami bawa bersama masa kursus ni untuk beri pendedahan pada mereka.

iii. Tengok video/YouTube pasal Ibadah Umrah
Video ni available kat kedai2 jual buku2 Islamik dan kalau search kat youtube pun senang jumpa InsyaAllah

iv Ikuti Pengalaman Orang Yang dah Pergi
Boleh tanya pengalaman sahabat dan saudara mara yang pernah pergi dan boleh juga baca kat blog-blog.

B. Persiapan Fizikal

Persiapan fizikal juga sangat penting sebagai salah satu usaha kita supaya perjalanan kita dan ibadah kita dapat dilakukan dengan lancar. Barang2 keperluan seperti pakaian, kelengkapan Umrah, ubat-ubatan, makanan anak2 hendaklah disediakan secukupnya. Kesihatan diri kena jaga dan stamina pun kena tingkatkan sebelum pergi. 

i. Barang Kelengkapan Umrah
Bila kita register biasanya travel agent akan bg juga senarai cadangan kelengkapan utk dibawa masa pergi Umrah. Boleh dapatkan barang2 tu kat kedai yg jual barang kelengkapan Umrah.Online Shop pun banyak sekarang. Beli dan bawa ikut keperluan. Kedai jual barang2 ni biasanya akan bagi kita list jugak. Tak semestinya semua kena beli. Macam saya, jubah untuk pakai di tanah Suci bawak 4 pasang sahaja. Boleh basuh baju dalam bilik dan sidai dalam bilik. Kalau ada bajet lebih boleh je hantar dobi. Kebanyakan hotel ada khidmat dobi. Uncang kasut tu kalau guna plastik2 yang kita beli barang pun OK je.
Kain ihram untuk kanak2 pun ada di jual cumanya saiz dia just nice untuk budak2 sekolah rendah. Untuk toddler umur 2-4 tahun kena adjust sikit.

Contoh barang2 keperluan Umrah

Contoh barang2 keperluan Umrah

Toiletries, lotion dan lip balm yang boleh dipakai masa dalam ihram pun ada dijual. Highly recommended untuk bawa set ni.
Toilettries tanpa wangian boleh di pakai dalam ihram

ii. Ubat-ubatan
Ubat kat Arab Saudi tak sama ngan ubat kat negara kita. Nak dapatkan ubat kat sana kosnya mahal dan mungkin tak sesuai ngan penyakit kita. So sebelum pergi pastikan ubat-ubatan anda cukup untuk keperluan di sana especially kepada mereka yang on medication. Yang sihat walafiat pun seeloknya sediakan ubat-ubatan yang basic mcm ubat demam, selsema, batuk, cirit birit, gatal2, sakit tekak dan sebagainya. Boleh dapatkan kat farmasi atau klinik.

iii. Susu dan Makanan Anak2
Susu dan makanan anak2 perlu dibawa secukupnya sebab susah nak cari susu yang biasa anak kita minum kat sana. Pantaulah pengambilan susu anak2 selama seminggu dan sediakan secukupnya untuk tempoh perjalanan kita tu. Mungkin kena bawa lebih sebab kadang2 makanan yang disedia di hotel atau tempat2 yang kita lawati tu tak kena dengan selera anak2, mereka lebih suka nak minum susu. Saya bawa 4 kotak susu untuk seorang anak selama 16 hari kami bermusafir. Kalau tak cukup juga, 2 atau 3 hari sebelum pulang ke Malaysia boleh cuba bg minum air susu kotak berperisa atau susu soya. Nak beli setin susu kanak2 kat sana yang belum tentu anak kita nak minum bagi saya tak perlu. Bawalah juga biskut2 kegemaran anak2 dan roti2 untuk bekalan mereka semasa dalam perjalanan.

iv) Vitamin dan Supplement
Bagi saya, vitamin dan supplement sangatlah penting masa travelling, lebih-lebih lagi bila kita pergi untuk mengerjakan Umrah. Waktu makan semasa perjalanan tidak menentu, cuaca yang panas/sejuk yang kering, dan terdedah kepada perlbagai jenis virus dan bakteria yang dibawa dari seluruh pelusuk dunia menyebabkan saya mengambil berat pengambilan supplement oleh kami sekeluarga. Since saya tengah mengandung masa tu, saya bawa Set Hamil Shaklee ( Vitamin C, B- Complex, Vitalea, Omeaga Guard, Ostematrix + ESP) untuk memastikan saya kekal bertenaga untuk berjalan ulang alik ke masjid, menunaikan ibadah (Solat, tawaf & saie) di samping melayan kerenah anak2, tidak stress, mempunyai daya tahan badan yang baik dan tidak mengalami simptom tekanan darah rendah. Vitamin ini juga dikongsi bersama suami saya sebab dia juga perlu lebih bertenaga nak dukung anak2 dan lakukan kerja2 berat yang lain. Untuk anak2 pula saya bawakan Chewable Vitamin C, Omega Guard dan Nutriferon untuk meningkatkan tahap immunisasi badan mereka dan untuk seisi keluarga saya bawa satu cannister Performance Drink. Performance Drink ni untuk mengurangkan kadar kehilangan air dari badan kita kerana kat sana kelembapannya rendah. Sebelum keluar dari bilik hotel kami, saya akan pastikan semua minum Performance Drink ni.

v) Tingkatkan Stamina Diri
Jika berkesempatan, sebulan atau beberapa minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci, biasakan diri bersenaman atau paling kurang brisk walking atau berjalan jauh secara konsisten. Jalan pusing satu taman perumahan pun ok untuk bina stamina badan. Kebanyak kita kerja office yang tak perlu jalan banyak sangat so kena buat persediaan ni. hampir setiap hari kami perlu berjalan kaki dalam masa yang lama dari hari pertama perjalanan kami. Ibadah tawah dan saie pun kena 7 kali pusing, kalau tak biasa jalan jauh memang semput lah. Last day kami di Istanbul hampir 8 jam kami berjalan semasa melawat Hagia Sophia dan Topkapi Palace dan kemudiannya terus ke Airport untuk penerbangan ke Madinah.

C. Persediaan Mental

Persediaan mental juga sama penting dengan persedian fizikal, tambahan pula kita pergi bersama anak2 kecil. Kena imagine macam mana kerenah anak2 kat sana nak2 time dia penat, time pergi tempat yang luas yang buat dia excited dan kena expect apakah cubaan dan diugaan yang bakal kita hadapi sepanjang perjalanan dan semasa menunaikan ibadah. Siapkan skema macam mana kita sepatutnya react bila diuji sedemikian. Visualization bagus utk tolong kita lebih prepare. Macam mana kalau pampers anak bocor? macam mana kalau anak tertido masa nak solat? bayangkan senario2 yang bakal dihadapi. InsyaAllah kita akan lebih bersedia dah kurang stress.
Anggaplah cubaan2 itu semua dari Allah untuk menguji kita dan ada hikmahnya. Keep on remind diri sendiri dan pasangan untuk bersangka baik pada anak2, orang sekeliling dan paling penting bersangka baik pada Allah kerana Allah mengikut sangkaan hambaNya.

Dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah ï·º bersabda, Allahسبحانه وتعالى berfirman,
Ø£َÙ†َا عِÙ†ْدَ ظَÙ†ِّ عَبْدِÙ‰ بِÙ‰
“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.” (Muttafaqun ‘alaih).

Allah سبحانه وتعالى mengikut sangkaan hambanya Maksudnya, Allah سبحانه وتعالى menurut dan mengikut sebagaimana prasangka hambanya. Jika seorang hamba bertaubat dengan Taubatan Nasuha (yang tulus ikhlas), maka Allah سبحانه وتعالى akan menerima taubatnya. Jika dia yakin doanya akan dikabulkan, maka Allah سبحانه وتعالى akan mudah mengabulkan. Berbeza keadaannya, jika seseorang itu sejak awal, sudah berputus asa dan sudah berburuk sangka terhadap Allah سبحانه وتعالى.
Hadis ini mengajarkan bagaimana seorang muslim harus husnuzon pada Allah Ø³Ø¨Ø­Ø§Ù†Ù‡ وتعالى dan mempunyai sikap berharap pada-Nya. (Sumber: Shafiqolbu)

D. Persediaan Spritual

Mak mertua saya pesan, sebelum ke Tanah Suci, lazimkan buat solat sunat taubat. Kita sebagai manusia biasa ni hari2 confirm ada buat dosa dan maksiat pada Allah. Kalau boleh nak pergi jadi tetamu Allah dalam keadaan yang bersih. Kalau mampu, rajinkanlah diri untuk bangun malam, tunaikan solat2 sunat dan rapatkan diri dengan Al-Quran. Selain memohon ampun pada Allah, meminta agar dipermudahkan urusan sepanjang perjalanan dan semoga diterima Ibadah di sana dan juga bila pulang nanti, amalan ini insyaAllah akan mendekatkan hati kita pada Allah dan jika kita diuji di sana nanti, InsyaAllah kita mampu menghadapinya dengan tenang dan redha. :)

2. OK ke pergi Umrah semasa mengandung?

Jawapan saya bergantung kepada kondisi anda semasa mengandung. Bagi saya alhamdulillah, inilah waktu paling sesuai saya mengerjakan Umrah kerana mejelang 4 bulan mengandung dah takde alahan sangat, janin dah agak kuat dan sebelum pergi saya buat pemeriksaan dengan pakar sakit puan dan minta pendapat beliau. Melihat kondisi kandungan saya dan kesihatan saya sendiri, pakar sakit puan saya malah menggalakan saya pergi Umrah waktu itu cuma dia berpesan jangan terlalu memaksa diri. Kalau rasa penat, rehat. Advantage pergi masa pregnant ni kita tak perlu risau datang haid dan tak sempat nak buat Umrah.
Alhamdulillah Allah beri saya kesihatan yang baik serta kekuatan untuk mermusafir dan menjalankan ibadah Umrah bersama suami dan anak-anak.

3. Bawa anak2 menunaikan Umrah tak ganggu ibadah ke?

Ini berbalik kepada niat dan cita-cita anda. tepuk dada tanya selera.Tidak dinafikan akan ada cabaran-cabaran bila bawak anak2 kecil bersama. Kalau anak yang dah sekolah rendah tu maybe lah kita boleh control. Saya dan suami memang bercita-cita untuk bawak anak bersama-sama menunaikan Umrah dan kami buat persediaan sewajarnya dari segi fizikal dan mental serta sentiasa berdoa kepada Allah supaya anak2 kami behave especially semasa menunaikan Umrah dan Alhamdulillah Amirul Hafiz hanya 2 kali menangis kerana mengantuk dan selebihnya dia sangat behave. Semasa pakai ihram dia tak gaduh nak cabut atau tukar baju pun, masa solat fardu di masjid sama ada hafiz tidur di tepi, atau duduk di sebelah sambil main kereta Hotwheelnya. Hanya sekali sekala mahu didukung kerana mengantuk dan takut dengan makcik2 Arab dan Turki kat tepi kitorng yang suka peluk dan cium dia. Saya bawa hafiz bersama ke ruang solat wanita masa di masjid dan Amirul Hakim ikut ayahnya. 

Amirul Hakim pula walaupun baru berumur 4 tahun setengah dia sangat memberi kerja sama. Masa menunaikan tawaf wida' jemaah yang berkerusi roda tak dibenarkan masuk sebab ramai sangat orang (biasanya kami tolak dua beradik ni atas kerusi roda masa tawaf), kena tunggu satu masa yang dikhaskan so husband dukung Hafiz, dan saya pimpin abang Hakim. Abg Hakim berjaya menghabiskan 7 pusingan tawaf itu tanpa merengek. Subhanallah, Alhamdulillah. Ini semua berbalik kepada sangkaan kita pada Allah dan pengharapan kita padaNya.

Sangat ramai jemaah yang bawak anak2 kecil, yang baru lepas pantang pun ada dan orang2 Arab sangat mengalu-alukan anak kecil ke masjid. mesti ada je yang nak peluk, cium, tegur, cubit pipi, bagi gula2, biskut, kurma.. yang bagi duit pun ada.. Subhanallah.. memang pengalaman yang menarik dan mengharukan

4. Bilakah masa yang sesuai utk pergi menunaikan Umrah bersama anak2 kecil?

Saya sendiri pernah bertanya soalan ini kepada seseorang yang berkongsi pengalaman berUmrah bersama anak2 di blognya. Mula2 saya ingat kalau nak bawa anak2, waktu paling sesuai adalah musim sejuk sebab kalau musim panas, kat Arab bukan macam kat Malaysia. Dah lah panas, kering pulak tu. Suhu boleh mencecah 54oC. Tapi akak tersebut bgtau, bila2 masa pun takpe, InsyaAllah Allah perlihara mereka dan permudahkan urusan bersama mereka.

Kami pergi tahun lepas bulan 6, masa musim panas. Kalau keluar pukul 12 ke atas memang rasa macam dudk dekat api yang sedang marak. Bahangmya memang panas. Tapi Alhamdulillah, anak2 tidak sakit atau demam. Banyakkan minum air zamzam. Air zamzam kat Mekah ngan Madinah percuma dan free flow. Manfaatkannya sebaik mungkin. bila kami keluar untuk melawat tempat bersejarah di tengah hari dan terdedah kepada panas matahari, saya akan sapukan sedikit air zamzam ke muka dan kepala anak-anak, beri mereka minum sepuas-puasnya sambil berdoa supaya Allah perlihara mereka dan supaya mereka tak terkesan dengan cuaca yang panas itu.

5. Wajibkah anak2 lelaki dikhatankan sebelum ke tanah suci?

Ada beberapa pendapat tentang perkara ini. Carilah seorang Ustaz yang anda percayai dan ambil lah pendapatnya. Ustaz yang saya tanya kata tak mengapa kalau tak dikhatankan dahulu sebab waktu yang sesuai dikhatankan adalah semasa anak masih bayi, dari lahir sehingga umur 40 hari. Jika terlepas waktu itu, elok lah di tunggu sehingga anak berusia 7 tahun ke atas.

6. Macam mana nak pastikan anak tak hilang sebab tetamu Allah sangatlah ramai di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram?

Agak risau bila terfikir anak-anak boleh hilang dalam lautan manusia kat Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Kalau hilang susahnya nak jumpa. Antara usaha yang kita boleh buat untuk supaya anak kita tak hilang ialah:
  • Pegang erat anak-anak ketika melalui kawasan yang sesak terutama bila nak keluar masjid, rushing masuk masjid bila dan masuk waktu solat dan ketika tawaf. Jika perlu dukung mereka.
  • Pakaikan anak2 kecik bagpack yang berstrap ni, ikatkan kat tangan kita, insyaAllah tak terlepas jauh kalau yang jenis happy go lucky tak takut kat orang. 



  • Sentiasa remind anak2 supaya sentiasa ada di sisi parents. InsyaAllah diorng boleh paham tapi kena hati2 juga.
  • Sentiasa pakaikan tag yg travel agent bagi  sebab kalau terhilang jugak regardless of how carefull we are, at least orang boleh tolong hantar ke hotel.
  • Berdoa dengan penuh harapan agar Allah lindungi dan pelihara anak2 kita setiap masa.

7.Kenapa kami pilih Istanbul sebagai destinasi sebelum ke tanah Suci?

Ramai orang bercita-cita nak lawat Istanbul lepas tgk cerita Istanbul Aku Datang sebab pemandangan dia sangat cantik. Kalau musim bunga tu memang superb lah scenery kat sana. Tapi kami pilih Istanbul kerana kota ini sarat dengan sejarah. Lambang kekuatan pemerintahan Islam, lambang kehebatan Empayar Turki Uthmaniah, kota yang menjadi saksi sabda Nabi SAW setelah lebih 800 tahun. Kota yang amat sinonim dengan nama Sultan Muhammad Al Fateh, sebaik-baik pemimpin yang memimpin sebaik-baik tentera yang berjaya membuka kota ini pada umurnya baru 21 tahun. Kota yang menyingkap kisah2 kehebatan dan kealiman pemerintah-pemerintah dan umat Islam di zaman kegemilangan Turki Othmaniah. Sejarah yang perlu kita ketahui, perlu kita hayati dan perlu kita ulangi. :)
Semoga Imam-Imam Muda ibu mewarisi ciri-ciri penakluk Kota hebat ini.


Kesimpulannya, kami sangat bersyukur diberi peluang oleh Allah Subhanahuwataala untuk mengalami perjalanan kerohanian yang begitu indah sekali bersama anak- anak dan kami doakan semua pembaca berpeluang merasai pengalaman yang sama atau lebih baik :)

Alhamdulillah, setakat ini dulu perkongsian saya kali ini. Jika ada kesempatan saya akan kongsikan pengalaman-pengalaman menarik dan cerita-cerita yang tak dapat di lupakan semasa melawat Istanbul.

Semoga perkongsian dari pengalaman kami yang sedikit ini memberi manfaat.
Jika ada persoalan, sila tinggalkan di bahagian komen. InsyaAllah kami cuba bantu apa yang kami mampu :). 


Hafiz dengan kawan baru - orang Turki

Hafiz ngan Mutawif kami, Ustaz Yusof Halib

Abang Hakim di Jabal Rahmah

Berihram sebelum bertolak dari Madinah


Hafiz berihram
Abang Hakim depan Masjid Quba'

Kanak-kanak Ribena kat Istanbul


About Unknown

A mom to three adorable heroes, insyaAllah will be our Imam Muda(s). A wife to a loving and very supportive husband. Being blessed with all great family and friends around us. A Shaklee Independent Distributor by choice, SID 882031. Dedicated to spread the goodness of Shaklee and promote healthy life.

You Might Also Like

39 comments:

  1. Perkongsian yg menarik kerana sy sentiasa ada pertanyaan ini...mohon Allah murahkn rezeki kmi sekeluarga utk ke sna jg ����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semoga dpt membantu najah salwa sedikit sebanyak.. InsyaAllah saya doakan sis sekeluarga direzekikan ke sana x lama lagi :)

      Delete
  2. Salam...alhamdulillah seronoknya dpt umrah ....hajat nk bw anak2 jg....berapa lama di turki dan brapa lama di saudi?? Ikut travel agency mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummu Ahmad.
      Alhamdulillah, rezeki Allah :).
      kami di Turki 4 hari, saudi 12 hari, ngan Andalusia.. semoga perjalan ummu ahmad ke sana dipermudahkan Allah :)

      Delete
  3. Alhamdulillah..bergenang air mata saya membaca.. Saya baru merancang dengan suami untuk membawa anak2 (sulung 5 thn - girl dan second, almost 2 th boy) untuk kerjakan umrah tapi kami masih tidak pasti ... risau dengan cabaran membawa anak2...ALLAH..kerdilnya saya... bila baca 'rezeki' puan di sana, saya rasa bersemangat semula untuk bawa anak bersama..
    Sebenarnya macam-macam yang saya fikirkan sebab anak2 saya nie jenis aktif.. saya nie pulak kadang2 kurang sabarnya... ;(
    Puan pergi dgn agensi mana ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cerita Citra AwLiya,

      Kalau dah kuat kata hati nak bawak anak2, bawak aje lah.. tak perlu fikir byk2 sangat, nak benda yang kita takleh nak kawal.. doa byk2, serahkan pada Allah setelah kita buat persiapan yang terbaik.. Anak2 saya pun sgt aktif, dalam bilik hotel asyik melompat-lompat atas katil, x duduk diam.. tapi bila keluar ke masjid atau tempat ziarah, alhamdulillah bisa diurus.. kami suami isteri selalu ingatkan satu sama lain, jaga emosi, jaga mulut.. bykkan sabar dengan anak2, insyaAllah, moga dipermudahkan urusan puan sekeluarga..
      saya pergi dengan Andalusia :)

      Delete
  4. Slm..nk tanya..bli kain ihram kanak2 kecil dimana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pn Farizah. kedai jual barang Umrah biasanya ada, Pn boleh tanya.. saya beli di kedai jual barang Umrah di Kuantan

      Delete
    2. saya beli tuala budak2 jek yg kaler putih...

      Delete
  5. salam akak..ni kali pertama saya bca blog ni, tengah search pasal bawa anak ke mekkah, saya nak tanya anak kak yg kecil tu pakai ihram dia pakai pampers jugak ke? kalau pakai pampers kena bayar dam lah kan?

    ReplyDelete
  6. Asmak, pampers boleh ustaz bgtau, jgn pakai jenis pant tu mcm drypantz x boleh

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,saya ingin bertanya dimana kita boleh beli backpack bertali yg macam puan paparkan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam Pn Marina. Saya beli di kedai Anakku. Mungkin Puan boleh cari kat di kedai-kedai menjual barangan baby :)

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Assalam puan, saya first time bc blog puan ni..sbb sy tgh cari2 info or any tips yg bole diambil memandangkan kami sekeluarga insya Allah akan menunaikan umrah pd pertengahan disember ini. terima kasihpuan di atas perkongsian yg telah puan share kn pd entry ini.. skit sebanyak dpt mmberikan gambaran pd sy.. sy ada nmpk pd komen di atas puan ada mention yg kalo boleh jgn pki jenis pant terutama drypants ..kenapa ya? sy ingatkan kalo guna pants lg memudahkan untuk tukar pampers anak. TIA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Pn tna :)
      terima kasih sudi singgah di blog ini., pampers jenis pants adalah dikategorikan sebagai pakaian berjahit di mana adalah salah satu larangan ihram. Kalau pakai juga akandikenakan dam. Oleh itu Ustaz nasihatkan pakai pampers biasa sebab dia hanya gunakan pekekat, tidak disambung mengggunakan jahitan.
      Harapnya jelas penerangan saya. mungkin Pn tna boleh mengajukan soalan ini kepada Mutawif yang membawa puan sekeluarga nanti untuk lebih kepastian.

      Semoga perjalan Umrah puan sekeluarga dipermudahkan dan selamat menjalani satu perjalanan yang sungguh menyentuh hati dan menakjubkan :)

      Delete
  10. tersentuh hati bila baca enti puan, saya juga sgt berharap dipermudahkan untuk umrah bersama anak2 kecil... :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya doakan puan Eija direzekikan Allah utk berumrah bersama anak-anak, InsyaAllah :)

      Delete
  11. Assalamualaikum.. sronok baca prjalanan umrah puan dprmudahkan., insyaAllah sy akan mnunaikan umrah ke 2 sy pd 13hb jan ni, kali ini sy mbawa ank prempuan berusia setahun.. sy ade prtnyaan
    1. Btul ke utk bwa ank tawaf kna pastikan tiada najis pd pampers ank trsbut?
    2. Bgaimana dgn tawaf? Sy ade trbca yg kite prlu mlakukan tawaf utk dri sdri kemudian br la tawaf utk ank trsebut. Brmakna 14tawaf, betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Pn,

      Alhamdulillah.. saya doakan Allah permudahkan urusan perjalanan Umrah Puan bersama anak :)
      1.Semasa tawaf, antara syarat sahnya adalah suci dari hadas kecil dan besar serta mesti ada wudhu. Oleh itu seeloknya sebelum melakukan tawaf, puan tukar pampers anak dan bersihkan air kencing serta najisnyer, serta ambilkan wudhu untuk anak.
      2. Yang ini mungkin ada khilaf iaitu ada beberapa pendapat berbeza. ada baiknya Puan tanya kepada yang lebih arif, para ustaz/ustazah atau Mutawwif yang membawa Puan sekeluarga nanti.

      Semoga semuanya berjalan lancar :) insyaAllah :)

      Delete
  12. Amin, insyaAllah.. terima kasih :)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum..... Nak minta pendapatan....saya dan suami berhajat nak pergi menunaikan umrah cuti sekolah bln 12 ni dan berhajat nak bawa sekali baby yg pada masa itu berumur sethn 2bln....rasa musykil dan rasa berbelah bagi. Saper2 ada pengalaman membawa baby sekecil itu bersama bolehlah share pengalaman yea

    ReplyDelete
  14. Mana nk cr bag pack cm kt gambar tu

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum.
    Terkesan sy baca cerita puan, sy nak bw anak sy menunaikan umrah tahun nie. terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum.
    Terkesan sy baca cerita puan, sy nak bw anak sy menunaikan umrah tahun nie. terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dipermudahkan perjalanan puan...doakan kami juga di sana yea.. ;)

      Delete
  17. Terima kasih atas perkongsian. Bole syvtau berapa bnyk puan bawa pampers? Tiap kali nk masuk masjid mesti kna tukar pampers kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bajet 6 keping pampers satu hari.. bawaklah extra 10-12 keping

      Delete
    2. Saya bajet 6 keping pampers satu hari.. bawaklah extra 10-12 keping

      Delete
  18. Assalamualaikum..terima kasih krn sudi berkongsi tips dan pengalaman umrah ziarah. InsyaAllah pd mgu dpn, sy akan mengerjakan umrah ziarah Istanbul mll travel Andalusia. Cuma sy ingin tahu, agak2 brp budget shopping/belanja puan sms di turki?sy xbercadang nk shopping sakan cuma nk tahu belanja yg digunakan kot la teringin nk mkn pape kt sana or nk beli cenderahati ke..agak2 brp budget duit kt ckp spnjng berada di turki?

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  19. Perkongsian yang sangat baik dan membantu. terima kasih. semoga Allah swt membalas dengan sebanyak kebaikan pada puan.

    ReplyDelete
  20. Assalaamu'alaikum . Terima kasih banyak2 atas perkongsian. Kami satu family bercadang nak mengerjakan umrah soon. Nak bawak 4 org anak dan yg paling kecil umur 2 tahun. Alhamdulillah sedikit sebanyak dpt membantu kami dengan perkongsian ini. - noor

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah...info yg diberi sgt berguna..berhasrat utk mengerjakan umrah bersama suami dan ank2..termasuk si kecil berusia 5 thn..moga2 dipermudahkanNya

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah...info yg diberi sgt berguna..berhasrat utk mengerjakan umrah bersama suami dan ank2..termasuk si kecil berusia 5 thn..moga2 dipermudahkanNya

    ReplyDelete
  23. mohon izin untuk copy paste content dan gambar ye?
    .
    terima kasih sharing untuk kebaikan
    .
    https://www.facebook.com/Mutawwif.comPage/
    .
    kami mutawwif sari Andalusia.

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillah ..Suka sy membeca coretan puan... Sy juga berhajat utk membawa anak2 kami bersama melakukan umrah. .Semoga Allah permudahkan urusan kami bersama2 4 imam muda kami...aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih puan sudi singgah di blog saya. Saya doakan Allah permudahkan puan menunaikan Umrah bersama empat orang imam muda puan. Semoga mendapat pengalaman yang amat indah

      Delete