Wednesday 21 January 2015

Rahsia Kekuatan Hati


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Satu hari dalam perjalanan pulang dari kerja terdengar satu lagu omputeh kat IKIM.. lagu yang penuh semangat dan memberi semangat.. bila diamati bait2 lagunya, memang sangat kena dengan cabaran yang kita hadapi zaman sekarang ni. Dan apa yang membuatkan kita kuat untuk menghadapai cabaran - cabaran itu serta mempertahankan akidah dan pegangan kita adalah hati yang kuat.

Sebelum kita bincangkan apakah rahsia hati yang kuat, mari kita layan dulu lagu ni.





STAND ALONE

Chorus
I am not afraid to stand alone.
I am not afraid to stand alone. If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone. Everything will be alright
I am not afraid to stand alone. Gonna keep my head up high

Single mother raising her children
Now she’s a Muslim
Started praying and wearing a headscarf
Was a healing for her heart

Struggling with no one to lean on
But with prayer she would be strong
Got a job but then she was laid off
Got a better education and it paid off

Got a call for a job that she dreamed of
Close by, great pay -she was in love – they said…
They brought her in, said she’s the number one pick
You got the job, but you gotta lose the outfit”

It’s a tough position that they put me in
Cause Ive been struggling with my two children
But I’ll continue looking for a job again
My faith in my religion now will never bend

Chorus

Peer pressure, they were insisting
And I was resisting
Some days I felt I would give in
Just wanted to fit in

I know when I’m praying and fasting’
They be teasing and laughing
So I called to my Lord for the power
For the strength every day, every hour…

Then one day there’s a new Muslim teacher
Single mom and the people respect her
Just seeing her strength I get stronger
They can break my will no longer

You don’t see me sweating when they’re jokes’re cracking
Never see me cussing’ with my pants saggin’
I aint never running yo I’m still standing
I ride with Allah to the very end

Chorus

I am not afraid to stand alone…

Now, I’m a tough one, who can bear their blows
The rest play dumb, they don’t dare say no
Scared of being shunned, but its clear they know
I aint never gonna run, I aint scared no more.

Man, these sisters be resolute
Never stressed when the rest say they wasn’t cute
And the get the respect of the other youth
Come best with the dress yo and that’s the truth

These sisters are strong gonna hand it down
So me I’m a brotha gotta stand my ground
I aint gonna shudder, when the gangs around
Peer pressure whatever, its my planet now

Others may fall, I’mma hold my own
With Allah’s help I’ll be strong as stone
And I’mma be brave and let Al Islam be shown
Cause you I know I not afraid to stand alone


Cabaran-cabaran yang ditunjukkan dalam video clip lagu I'm Not Afraid To Stand Alone ni bukan sahaja berlaku di negara2 yang Muslim adalah minoriti, tetapi hakikatnya ia berlaku juga di Negara2 Islam sendiri.

Jadi apakah yang boleh menguatkan hati untuk tetap pada pendirian kita, tetap patuh pada suruhan dan larangan Allah pada zaman yang di mana kebanyakan orang menerima maksiat itu adalah biasa dan trend semasa, amal soleh dah ketaatan itu adalah pelik dan ketinggalan zaman?

Apa yang jadikan kita kuat untuk menongkah arus seperti yang dinyanyikan dalam lagu di atas ialah tidak lain dan tidak bukan bila kita rasakan Allah bersama kita.


Bagaimana kita ingin mendapatkan keyakinan yang Allah bersama kita dan kita mampu menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang dengan hati yang teguh?

Banyak petua, doa dan amalan yang boleh kita lakukan.. tetapi suka saya petik kata-kata ini, kerana ia sangat praktikal dan mudah untuk kita sebagai orang awam untuk amalkan.


Pesan seorang Murabbi,
"Bila kita selalu sakit, maka rajinlah berpuasa. Bila kita berwajah gelap, rajinkanlah diri untuk berqiamulai (tahajjud). Bila kita punya hati yg sempit, maka banyakkan membaca Al-Quran. Bila kita terlalu susah untuk bahagia, solatlah tepat pada waktunya. Bila emosi kita sering terganggu, rajinkan berwudhuk dan ber-istighfar. Bila hati dan jiwa kita gelisah, banyakkan berdoa dan bersukan (beriadah). Bila kita dalam keadaan stress atau tertekan, seringlah membaca 'La haula wala quwwata illa billah'. Dan apabila kita merasa rezeki kita teramat sempit, maka perbanyakkanlah bersedekah.."


Semoga hati-hati kita kuat untuk tetap terus berada di jalan yang diredhaiNya.

Life is a struggle, constant struggle.. but fear not, coz Allah is always with us.. we just need to believe, with all out heart. :)
Read More

Thursday 15 January 2015

Tip Keibubapaan Dari Ustaz Pahrol Mohd Joi


 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera :)



Baru - baru ini saya ada dapat satu perkongsian tentang parenting tips yang dikongsi oleh rakan sekerja. Perkongsian ini dari seorang hamba Allah yang menghadiri majlis ilmu parenting bersama Ustaz Pahrol Mohd Joi di surau Al Kauthar S4 Bandar Baru Bangi pada 1 Januari lepas.


MasyaAllah, pada saya perkongsian ini sangat baik, dan kita sebagai ibu bapa yang berwawasan patut tahu supaya dapat mendidik dan membesarkan anak2 seperti yang kita harapkan dan mendapat redha Allah.

Apa yang menarik perhatian saya ialah, kita selalu meletakkan pelbagai harapan terhadap anak-anak kita. Nak anak jadi soleh, hafaz Al- Quran, bijak, berakhlak mulia, hormat orang tua, berdisiplin dan sebagainya.. tetapi kita lupa untuk meletakkan harapan, visi, misi serta target yang jelas pada diri kita sendiri. Apa yang kita sebagai ibu bapa perlu buat untuk merealisasikan harapan kita pada anak2 itu yang jurang kita beri perhatian

Oleh itu saya kongsikan di sini tips2 tersebut, semoga dapat menjadi rujukan dan panduan kami sebagai ibu bapa, panduan kepada Imam-Imam Muda kami kelak serta ibu bapa yang berpeluang singgah di sini.

1. Bersabarlah

Kalau kita rasa sukar mendidik anak bersabarlah. Tengoklah betapa sukar kita nak didik diri sendiri untuk istiqamah solat awal waktu, solat berjemaah, baca al -Quran sekurang2nya semuka sehari, puasa isnin khamis dan sebagainya..tambah2 lagilah utk mendidik org lain..maka bersabarlah dalam mendidik.
Dalam banyak keadaan matlamat kita untuk ank2 sudah benar tapi kebenaran kerap tewas kerana kita tidak sabar dan kurang bijaksana.


2. Tuntutlah Ilmu Berterusan

Semua perkara yang kita nak lakukan, nak lalui, nak harungi cabaran-cabaran hidup, persediaan untuk akhirat, semua perlukan ilmu. Walaupun ia perkara asas. Salah satunya ialah ilmu keibubapaan..Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.


3. Jangan Label Anak


Boleh kata anak malas tapi jangan label dia 'pemalas'. Panggil nama anak dengan nama yang baik sebab itu adalah labelnya.

4. Misi & Visi Yang Jelas 


Letakkan misi dan visi yg jelas pada anak. Jadi hamba Allah yang baik. Ilmu wahyu iaitu Al-Quran dan Hadith adalah asas menjadi hamba Allah yg baik. Ditambah dengan acquired knowledge ilmu akademik. Sesungguhnya lebih SUKAR didik anak jd BAIK drp didik anak jadi CERDIK.


5. Anak Adalah Amanah


Anak-anak bukan milik kita tetapi adalah amanah Allah kepada kita. Didiklah anak mengikut kehendak pemberi amanah. Jangan bawa anak2 kepada kita, bawalah anak2 kepada Allah.

6. Peranan Ibu


Ibu sama dengan Ramadhan sebab ibu adalah madrasah anak2 dan Ramadhan adalah madrasah ummah. Ibu ada cuaca dalam rumahtangga. Doa ibu lebih mustajab dari doa ayah kerana sayangnya lebih berakar kepada anak daripada ayah.

Sebab itu hadiah terbaik seorang ayah untuk anaknya adalah mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.

7. Pemilihan Isteri Asas Utama Pendidikan Anak


Pendidikan anak2 bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya.
Yg sudah berkahwin dan ada anak2 tidak terlambat untuk membuat kebaikan..didiklah isteri berterusan. Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.

                                                   

8. Didiklah Anak Dengan Al-Quran. 


Ibnu Sina Hafiz pada masa umurnya 7 tahun. Ini antaranya kerana semasa dalam kandungannya ia telah didik oleh ibu yg hafizah.

Kita bukan hafiz, tapi pastikanlah anak2 sekurang2nya kenal huruf al-Quran melalui kita. Ambillah barakah ini.

9. Ibu Bapa Pemimpin Anak-Anak


Pemimpin yang baik adalah yang besar pengaruhnya kepada anak2. Sekarang ni anak2 tadika lebih percaya ustazah di sekolah dari ibu bapanya. Anak remaja lebih percaya kawan dari ibu bapanya..akhirnya ibu bapa hilang pengaruh kerana dunia tanpa sempadan amat besar pengaruhnya.

Tingkatkanlah pengaruh dari rasa percaya dan kepercayaan. Dalam rumahtangga, dipercayai adalah lebih utama daripada dicintai. Contoh: Berapa ramai isteri yg mencintai suaminya tp tidak mempercayainya..

Walk the talk. Didiklah diri kita dalam usaha mendidik anak2 kita. Bantulah anak2 menjadi soleh dan solehah dengan membanyakkan amalan SUNAT. Oleh itu, untuk mendidik anak2 mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.

10. Niatkan Kebaikan Kita Untuk Anak


Niatkanlah kebaikan yg kita lakukan seperti sedekah banjir dsbnya sebagai tawasul anak2 menjadi baik. Contoh: moga dgn sedekah ini, tetaplah solat anak2ku..

11. Sayangi Anak Dengan Ikhlas


Sayangilah anak2 kerana kita sayang dia bukan kerana sayang diri kita. Contoh: kita jadikan anak2 kuda lumba untuk kebanggaan kita. Anak dapat result yang baik terus war-warkan..anak yang x dapat elok diamkan dan dimarah kerana memalukan kita..jangan membezakan anak2 yang pandai dengan yang kurang pandai..

Sedikit perkongsian untuk kebaikan bersama walaupun diri serba kekurangan....


Semoga dapat kita amalkan supaya jadi ibu bapa terbaik untuk menjaga amanah Allah yang sangat berharga, iaitu anak-anak kita

Wallahu alam
Read More

Tuesday 13 January 2015

Pengalaman Hari Pertama Persekolahan Abang Hakim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Tahun baru 2015 menjanjikan pelbagai pengalaman baru buat kami sekeluarga. Main highlight at the starting of the year is Imam Muda Amirul Hakim's first day of primary school. :)

Walaupun hari pertama persekolahan sesi 2015 ditangguhkan selama seminggu kerana banjir, ibu masih lagi rasa kelam kabut membuat persiapan-persiapan terakhir sebelum Abang Hakim masuk darjah satu. Mana tak nya, ni pun pengalaman pertama ibu dan ayah menguruskan anak masuk sekolah rendah. pastinya amat berbeza dengan rutin anak ke tadika.

Hari pertama persekolah, 12 Januari 2015, ibu bangun pukul 3 pagi..hehe.. tak boleh tidur, risau, gabra semua ada. agaknya macam ni lah mak-mak kita dulu bila kita nak masuk darjah satu kan?
Nak pastikan semuanya dah siap sedia untuk melancarkan hari pertama persekolah anak-anak. Tujuan utama adalah untuk memberi first impression yang baik kepada anak tentang persekolahan dan memberi rasa teruja untuk melangkah ke alam persekolahan.

Alhamdulillah Abg Hakim mudah bangun pagi bila dia tidur awal. Seperti biasa ibu kejutkan Abang Hakim dengan segelas susu Ilham bersama Mealshake. Walaupun mengantuk Abang Hakim akan cepat-cepat bangun  untuk minum susu kegemaran dia :). Waktu bangun Abang Hakim bila mula sekolah ni adalah 30 minit lebih awal berbanding masa pergi Tadika sebelum ni, sebab waktu rasmi persekolahan adalah pukul 7.50 pagi.

Abang Hakim sudah boleh berdikari untuk siapkan diri sendiri, jadi sementara ibu solat subuh Abang Hakim mandi dan pakai baju. Alhamdulillah persiapan hari pertama dipermudahkan Allah. Hafiz pun turut semangat nak pergi sekolah tadikanya. Kata Hafiz, nak belajar sampai pandai sebab nanti nak masuk sekolah Irsyad macam Abang Hakim :). Pukul 7 pagi kami sudah boleh keluar rumah.

Ibu dan Ayah cuti untuk big day Abang Hakim. Ibu ngan ayah sama-sama excited mcm Abang Hakim. sepanjang perjalanan ke sekolah tak putus-putus pesan ayah pada Abang Hakim. Ibu mencelah sikit-sikit je..hehe :)

Tiba di Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad pukul 7.30 pagi. Meriah suasana dengan ibu-bapa yang menghantar anak masing-masing. Bukan hanya ibu-bapa anak2 darjah 1, tapi sampai darjah 6. Hari pertama, nak tahu kelas anak kat mana, nak berjumpa, berkenalan dengan guru kelas, mungkin.

Abang Hakim ready for school

Semoga jadi pelajar yang baik Abang Hakim :)
Abang Hakim masuk ke kelas, letak bag, terus beratur untuk menghadiri perhimpunan sekolah.
Bila tengok perhimpunan sekolah teringat zaman-zaman kecik2 dulu :) Perhimpunan sekolah dimulakan dengan Tazkirah oleh Muallim yang menjadi pengerusi majlis. Tazkirah berkaitan dengan tema akhlak yang patut ditonjolkan oleh murid yang ditetapkan untuk minggu ini. Temanya taaruf dan taawun, berkenal-kenalan dan saling tolong menolong. Muallim pesan kepada Abang2, dan kakak2 darjah 2 sampai darjah 6 untuk berkenal-kenalan dengan murid darjah 2 dan bantu adik-adik menyesuaikan diri di sekolah.
Barisan pendidik SRAIB

Pelajar SRAIB

Perhimpunan hari pertama agak panjang sebab banyak pesanan dari pihak pentadbiran sekolah. Mudhirah (guru besar) pula menyentuh soal banjir dengan mengaitkan keadaan banjir dengan suasana hari kiamat dan hikmah di sebalik musibah besar yang melanda. Dan besar harapan beliau, pelajar-pelajar Irsyad akan menjadi insan-insan yang berguna pada ummah dan berebut memberi bantuan bila ada orang ditimpa musibah.

Selesai perhimpunan, bermula lah sesi orientasi murid darjah 1. Satu minggu orientasi mereka, melawat kawasan sekolah, diterangkan peraturan sekolah, perjalanan aktiviti harian di sekolah, adab-adab di dalam kelas, suai kena dengan guru-guru subjek dan rakan2 sekelas serta latih tubi menulis, mengira dan membaca sebelum kelas bermula minggu depan.

Masing-masing tengah tunggu ada apa lepas ni. :)

Waktu rehat pagi, ibu pantau Abang Hakim beli makanan di kantin. Maklum lah pertama kali pegang duit sendiri dan bayar sendiri. Ayah dah ajar panjang lebar masa dalam kereta. Alhamdulillah, Abang Hakim dapat faham. Ayah pesan, tanya harga berapa, bagi duit, lepas tu tanya ada baki tak? kalau ada, tunggu ambil baki, baru makan. Ibu sempat berborak dengan makcik kantin lepas murid-murid dah masuk kelas. Katanya, ada seorang murid, beli kuih 2 ketul, bagi duit RM5, lepas bagi duit terus jalan nak pergi makan, akak yang jual tak sempat nak bagi baki, dan tak nampak dah mana murid tu. Akak tu pulak baru kerja. Makcik kantin kata, memang biasa terjadi macam tu, dan dia terlupa nak pesan dekat akak tadi. Tapi seronok tengok makcik dan pekerja2nya jual makanan kat murid2, sebab mereka panggil murid2 tu 'sayang'. :) Murid-murid pulak tak perlu beratur panjang sebab banyak station.
Abang Hakim makan nasi lemak sampai licin.. sedap katanya :)

Sesi persekolahan Irsyad berkahir 3.30 ptg, jadi tengah hari ada rehat lagi untuk makan tengah hari dan solat Zohor berjemaah. Makan tengah hari disediakan oleh pihak sekolah (tak perlu beli), satu menu sahaja dan murid2 makan dalam talam secara berkumpulan. Yang ni ibu sangat suka!! Menerapkan sunnah Rasulullah kepada anak2 ini dan mengeratkan ukhuwah mereka. Alhamdulillah Abang Hakim tak kekok sebab pernah beberapa kali makan dalam talam. Kebanyakan murid pun macam dah biasa makan dalam talam, semuanya berselera makan ramai2 :)

Baca doa sebelum makan

Khusyuk semuanya makan

Menu simple, tapi kena dengan selera anak-anak,
 kalau tak cukup boleh tambah

Selesai makan, murid2 akan terus ambil wudhu dan bersedia untuk solat Zohor berjemaah. Solat Zohor dipimpin oleh murid-murid darjah 3 untuk tahap 1. Dari ketuai zikir, azan, iqamah sampailah menjadi imam, ada murid darjah 3 yang ditugaskan setiap hari. Subhanallah!! memang ibu kagum lah, anak2 seawal usia 9 tahun sudah boleh menggalas tanggungjawab tu dengan baik.  Ibu cakap kat ayah, nanti Abang Hakim dah darjah 3, boleh lah latih Abang Hakim jadi Imam kat rumah. :)
Pakaian pelajar perempuan menutup aurat
dengan sempurna dan solat ready

Nampak tak Muallimah tengah monitor kat belakang tu?

Semasa solat, ada guru-guru yang ditugaskan untuk periksa solat anak2, terutamanya pergerakan dan kedudukan semasa setiap rukun solat, yang ni pun ibu sangat suka!!. Muallimah siap betulkan kedudukan badan masa rukuk, betulkan kedudukan tangan dan kaki masa sujud. Anak2 juga diajar jawab azan, kenapa perlu jawab azan, saf mesti rapat dan lurus, zikir dan doa selepas solat.

Selesai solat jemaah, sesi pembelajaran disambung sehingga pukul 3.30ptg. Lagi satu yang menarik perhatian kami adalah, penggunaan kasut sekolah hanya untuk berjalan dari satu lokasi ke lokasi yang lain, bila sampai ke kelas, ke dewan, ke kantin, kasut ditanggalkan dan disusun elok2 kat rak kasut. InsyaAllah tahan lama kasut anak2 ni.. cuma stokinlah kena kerap tukar sikit. Sangat penting untuk kasut anak2 ditanda, dengan apa cara sekali pun supaya tak tertukar. Muallimah memang secara khusus pesan pasal ni masa perhimpunan pagi.
kalau kasut takde tanda memang susah nak cam
Alhamdulillah, hari pertama persekolahan Abang Hakim berjalan lancar. Abang Hakim seronok ke sekolah. Ibu dan ayah pun rasa bersyukur kerana Abang Hakim dapat menyesuaikan diri dengan sekolah baru dan rutin baru. 

Pastinya semua ibu bapa sudah memilih sekolah terbaik untuk anak masing-masing. InsyaAllah dengan komitmen dan dedikasi guru- guru di sekolah dan pendidikan berterusan oleh ibu bapa di rumah, bakal melahirkan anak-anak yang soleh, berilmu, berkemahiran, berakhlak mulia serta menjadi insan berguna kepada ummah dan masyarakat :)

Read More

Sunday 4 January 2015

OUR GIVEAWAY CONTEST WINNERS ARE....

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera.

Hari ini, 5 Januari 2015 adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh peserta giveaway contest blog ini.




InsyaAllah saya akan umumkan pemenangnya sebentar lagi.. :)
Sebelum itu saya ingin mengucapkan berbanyak TERIMA KASIH kepada readers yang menyertai contest ini. Terima kasih atas pendapat dan pandangan serta cadangan yang membina untuk penambahbaikan blog ini. Ia betul2 menjadi pencetus semangat untuk kami terus berkongsi secebis pengalaman dan buah fikiran kami dan  semoga terus memberi sedikit sebanyak manfaat kepada anda dan kami :)

Ingin kami kongsikan juga hadiah yang bakal diterima oleh para pemenang giveaway contest ini.









Dan pemenang-pemenangnya ialah:


TEMPAT PERTAMA
AIN NAZIHA BINTI ABDUL MAJID @ AHMAD (ainsenyum85)


TEMPAT KEDUA
NUR SHAFIRA EZANIE MALEK


TEMPAT KETIGA
NABEELAH ANIYYAH BAHARUDIN

TAHNIAH kami ucapkan kepada para pemenang!!
InsyaAllah hadiah anda akan di pos dalam minggu ini. 



Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi pada masa akan datang :) Mungkin rezeki anda pula nanti untuk membawa pulang hadiah menarik dari kami :D

Sekali lagi TERIMA KASIH & TAHNIAH!!


-Ummu Amirul-
Read More