Thursday 27 February 2014

My Breastfeeding Journey

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya percaya menyusukan anak-anak dengan susu ibu adalah impian setiap wanita bergelar ibu, kerana susu ibu adalah susu yang terbaik yg dibuat readymade oleh Sang Pencipta untuk anak kita.



Minat saya pada breastfeeding started even before saya get pregnant with my first child. Masa tu tgk akak2 yg dah ada baby, rancak memerah susu di waktu rehat. Belajar tips2 menyusu dan memerah susu dari diorng and masing2 promote pump mereka.

Masa pregnant Abg Hakim, saya survey2 what was the best breastpump yg available that time and it brought me to medela freestyle and the cheapest price offered in Malaysia that time is by Ajasu, mybreastpumpshop.com

Medela Freestyle Breastpump


Bila Amirul Hakim lahir 6 years ago on 20 Disember 2008, semangat nak fully breastfeed dia membuak- buak.. Tapi ia bukan semudah yg disangka. walaupun saya rasa saya dah byk membaca pasal breastfeeding fundamentals, saya tewas jugak kerana terpaksa akur dgn pujukan2 di sekeliling utk memberi susu formula pd Abg Hakim setelah beberapa kali mencuba tapi tak dpt proper latching.. I thought I have equiped myself enough on breastfeeding knowledge but I was wrong.. Dgn sakit dah badan lemah time tu, I gave in.

Dua minggu jugak lah Abg Hakim minum susu formula sementara kami berdua berlatih dan belajar utk menjayakan penyusuan susu ibu ni. Dalam pada tu jugak saya mula pam sebab susu bengkak, belum fikir nak buat stock. Ingat lagi first time pump tak keluar pape pun, sakit je dapat. 2nd time dapatlah satu oz. maximum production time dlm pantang tu sekali pump dapatlah 1.5 oz.

Then Alhamdulillah dapat fully breastfeed, tapi tak banyak stok susu sebab tak rajin pump. Saya ambil unpaid leave selama 6 bulan untuk jaga Abang Hakim sendiri masa tu dan sangat complacent bila 24 jam bersama dia, saya kurang pam susu. Bila kena masuk kerja balik, saya just bawak 12 bottles of 3 oz each sahaja sebagai stok ke Bintulu..masa tu saya tak bujet lah yang 12 botol tu hanya cukup utk 3 hari..hehe..so bermulalah episod mengepam susu secara serius bila masuk kerja, dan bermulalah kisah, kais pg makan pg, kais ptg mkn ptg sebab Abang Hakim minum 12oz per day..A bit lucky coz Abg Hakim already started on solid. 

Memang mencabar bila masuk kerja, sekali pump dpt 3oz shj.. So untuk cukupkan 12 oz, kenalah  pump 4 kali sehari.. Bila tgk org lain pump, skali pump boleh dpt 6-10 oz mmg ler sedih.. Tapi motivation kawan2 dan explanation yg production susu saya sesuai ngan keperluan anak saya, yang keep me going.
Cuba mcm2 untuk tambahkan milk production.. oat, horlicks, milo,lobak putih, etc. Tak pernah2 makan lobak putih ni , masak sendiri, buat sup ngan ayam.. rasanya agak alien bagi saya tapi demi Amirul Hakim ku habiskan jugak :)

Cuba pump at night but x berjaya sbb stress asyik dok pk stock makin sikit..huhu.. tu yang penting masa expressing milk kita tenang, fikir benda best2. Kalau stress memang susu tak keluar.. Zikir during expressing really helps.

Alhamdulillah time puasa production yg cukup2 makan tu boleh dimaintain. Saya siapkan jadual apa yg patut dimakan, minum time berbuka ngan sahur.. Air mmg minum byk, air masak, oat plus milo, air madu+ limau  nipis dan sebagainya.. Time terawih, bwk air, moreh minum, sebelum tido minum.
Masa tu ada seorang housemate yg tegar telan supplement setiap kali lps makan sahur.. Tapi saya tak pernah terfikir yg ada supplement yg boleh bantu increase milk production..

Dengan susah payah dan keazaman utk fully bf my son selama setahun serta doa dan zikir, dpt lah jugak bf for 1 year.. Lps his 1st birthday baru campur susu formula. Totally weaned masa umur dia 1 thn setengah- time tu dah pregnant with Amirul Hafiz.

Hafiz bf experience is smoother.. Alhamdulillah, no bottles or formula introduced until he was 1 year 4 months.. He latched perfectly the first time and ibu pun dah ada experience. 
Stock EBM banyak sikit dari Abg Hakim, sbb rajin sket pump time dlm pantang. Alhamdulillah, penuhler jugak satu tray freezer tu ngan storage bottles with 3oz of milk each. Ni siap2 utk one feeding.. Your baby's consumption might be different, maybe less or maybe more.

Masa ni saya dah start amek Shaklee, Basic Bf set (Vitalea,B complex, Vita-C, Alfalfa ) plus ESP.  yup.. Dari 3 oz per pumping session, alhamdulillah dapat 6oz per pumping.. Sama ngan abg, Hafiz consume 12 oz per day, tapi bila dah besar sikit, dia consume 15oz per day.

Hafiz menyusu sampai umur dia 2 tahun setengah. Weaned time dah pregnant ngan Adik Hadi. Syukur rezeki dia dapat menyusu lama. Starting from Basic Breastfeeding Set plus ESP,saya tambahkan supplement intake as Hafiz grew bigger utk tampung nutrient yang diperlukan oleh badan saya untuk menghasilkan susu yang berkhasiat. Saya consume set Tripple M.


As for Amirul Hadi my milk production increase further. I believe it is partly because saya consistently ambil supplement Shaklee since my pregnancy with him, terus sampai masa pantang dan menyusu. Tahap kesihatan badan ibu, fikiran yang tenang dan ceria sayang mempengaruhi penghasilan susu ibu dari segi volume dan kandungan khasiatnya. Masa pantang Amirul Hadi saya lebih bersemangat untuk buat stock EBM supaya cukup untuk bekalan bila dah start kerja. Alhamdulillah with 1 or two pumping session per day, saya dapat kumpul dalam 250oz sebelum start kerja.

I feel more confident. more comfortable and happier with breastfeeding now, setelah 3 kali experience.. dan insyaAllah sangat suka untuk share experience saya dengan kawan2 dan adik2, especially those yang baru nak menceburkan diri dalam breastfeeding ni..:)

Several Tips yang saya boleh share kat sini on breastfeeding

  • Before start breastfeeding, obtain as much knowledge as possible, during pregnancy is the best, beli buku dan baca, chat with mothers yg dah experience, baca experience org2 kat blog.
  • Choose someone to be your lactation counsellor, kalau ada budget boleh jumpa professional lactation counsellor, or else mommies2 yg dah 2-3 kali meyusu anak pun boleh,asalkan kita yakin ngan dia
  • zikir, tenangkan fikiran,pk benda2 best during penyusuan dan semasa memerah susu. ini untuk penggalakan penghasilan Oxytocin (hormon yang critical untuk pengeluaran susu). Cuba tgk gambar baby masa pump, or tgk video baby, sound of your baby will have wonderful effect on your milk flow.
  • Eat well, make sure your body get enough nutrient for you and you baby. Taking supplements really helps sebab sangat susah zaman sekarang ni kita dapat makanan seimbang, yang cukup zat dan kuantitinya untuk badan kita.
  • Kena cekal, azam tinggi, hardcore punya utk bg susu terbaik utk anak anda and also pray hard mintak ada rezeki utk anak2 kita. Mmg byk godaan dan paksaan supaya kita bg formula sepanjang 2 thn breastfeeding tu but if you do all the necessary things, you should be steadfast with your decision. Mintak hubby support, and mom and MIL support by explaining to them sket2, dgn berhemah yea..


Some facts you need to know:

  • Milk production based on your baby's need. Kadang2 4oz a day dah cukup for your baby, and for other baby, 30oz pun blum cukup utk one day consumption. Know your baby's consumption.
  • A lot of things can be done to improve your milk production, makan certain food, take supplements, milk booster (make sure yang safe one yea),frequently pumping. Org yg takde susu pun boleh relactating bila di stimulate. i.e. continuously letting the baby suck for several times
  • InsyaAllah susu cukup utk baby if you start bf starting from his/her first day, and bf based on demand. 1st day rasa mcm takde susu sbb susu tak memancut keluar but setitik dua tu cukup utk baby.. Just let him suck sbb it is good for stimulation and bonding..just let him/her suck :)
Amount of milk you baby need by day (since day 1 until 1 week after birth)

Okay, setakat ni dulu perkongsian ilmu dan pengalaman saya yang sedikit ini pasal my breastfeeding journey. insyaAllah will share more from time to time.. so stay tune :)


Hubungi saya utk cadangan supplement Shaklee dan FREE consultation :) Atau and boleh menghubungi saya setelah anda membuat pembelian Set Menyusu Shaklee dari blog ini (klik butang di bawah) untuk konsultasi cara pengambilan supplement dan tips2 penyusuan. :)





Hanun Farha
SID: 882031
Call/SMS/Whatsapp: 0129503142
fb:https://www.facebook.com/hanunfarha
Fan Page: My Precious Health Cube
About Unknown

A mom to three adorable heroes, insyaAllah will be our Imam Muda(s). A wife to a loving and very supportive husband. Being blessed with all great family and friends around us. A Shaklee Independent Distributor by choice, SID 882031. Dedicated to spread the goodness of Shaklee and promote healthy life.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment