Pengalaman Menunaikan Umrah Bersama Imam- Imam Muda Kami
Assalamualaikum,
Hari ni InsyaAllah saya akan berkongsi pengalaman kami menunaikan Umrah bersama anak.
Dah lama kami sebenarnya kami pergi Umrah iaitu pada bulan hujung bulan Jun 2013 tapi hari ni baru ada kelapangan dan mood untuk buat entry ni :)
Alhamdulillah tahun lepas Allah telah menjemput kami sekeluarga menunaikan Umrah di Tanah Suci Mekah dan menziarahi Makam Nabi Muhammad saw di kota Madinah al Munawwarah. Kami juga direzekikanNya utk melawat kota yg disebut dalam Hadith Nabi dan telah berjaya ditakluk oleh Kerajaan Islam truki Othmaniah, lebih 800 thn lepas nabi bersabda tentangnya.
”Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik
pemimpin, tenteranya sebaik-baik tentera," (Al Hadis)
Kami ambil pakej Umrah Ziarah Istanbul dengan Andalusia. Alhamdulillah servisnya sangat memuaskan.
Perjalanan kami bersama Andalusia ke Kota penuh bersejarah, Istanbul dan seterusnya ke Madinah dan Mekah bermula pada 26 Jun 2013 dan selamat kembali semula ke Malaysia pada 11 Julai 2013.
Pada masa tu saya sedang berbadan dua, bersama suami dan Imam-imam Muda kami, Amirul Hakim, 4 setengah tahun dan Amirul Hafiz, 2 setengah tahun melali perjalanan yg sangat bermakna dalam hidup kami :)
InsyaAllah saya akan kongsikan pengalaman kami dalam bentuk persoalan-persoalan yang sering ditanya berkaitan dengan Umrah dan Umrah bersama anak-anak kecil seperti:
- Apakah persediaan yang perlu untuk menunaikan Umrah?
- OK ke pergi Umrah semasa mengandung?
- Bawa anak2 menunaikan Umrah tak ganggu ibadah ke?
- Bilakah masa yang sesuai utk pergi menunaikan Umrah bersama anak2 kecil?
- Perlukah anak2 lelaki dikhatankan sebelum ke tanah suci?
- Macam mana nak pastikan anak tak hilang sebab tetamu Allah sangatlah ramai di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram
- Patut ke ambil Pil tahan haid bagi perempuan?
- Kenapa kami pilih Istanbul sebagai destinasi sebelum ke tanah Suci?
1. Apakah persedian yang perlu untuk menunaikan Umrah?
Persediaan untuk menunaikan umrah mungkin tidak serumit persediaan untuk menunaikan ibadah Haji, namun harus diberi perhatian yang sewajarnya juga kerana bukan senang kita hendak mendapat peluang ke sana, dijemput sebagai tetamu Allah ke dua tanah haramNya. Walaupun kita sihat dan cukup duit, belum tentu dapat pergi tanpa izinNya, oleh itu hargailah peluang jika anda dijemputNya.
Antara persedian yang kami lakukan adalah:
A. Lengkapkan Diri dgn Ilmu Tentang Ibadah Umrah
i. Baca Buku Panduan Umrah & Ziarah
Apabila dah register ngan travel agent, biasanya anda akan diberi buku Panduan Mengerjakan Umrah & Ziarah. Baca dan munkin buat nota sikit supaya senang ingat. Catatkan juga apa yang tak faham, boleh tanya masa kurus Umrah.
ii. Menghadiri Kursus Umrah
Kami menghadiri kursus Umrah yang dianjurkan oleh pihak Travel Agent kami, Andalusia. Diwajibkan semua bakal jemaah untuk menghadiri 3 sesi kursus supaya dapat dipelajari semua perkara asas yang perlu kita tahu berkaitan Ibadah Umrah seperti rukunnya, wajibnya, syarat sahnya, perkara-perkara yang dikenakan dam, kaifiah setiap rukun itu dan sebagainya. Kursus ini akan disampaikan oleh Ustaz yang bertauliah, teori beserta amali dan juga live demo. Kalau ada sebarang kemushkilan atau permasalahan, seelok-eloknya utarakan dapatkan penjelasan dari Ustaz semasa kursus ini.
Anak2 kami bawa bersama masa kursus ni untuk beri pendedahan pada mereka.
iii. Tengok video/YouTube pasal Ibadah Umrah
Video ni available kat kedai2 jual buku2 Islamik dan kalau search kat youtube pun senang jumpa InsyaAllah
iv Ikuti Pengalaman Orang Yang dah Pergi
Boleh tanya pengalaman sahabat dan saudara mara yang pernah pergi dan boleh juga baca kat blog-blog.
B. Persiapan Fizikal
Persiapan fizikal juga sangat penting sebagai salah satu usaha kita supaya perjalanan kita dan ibadah kita dapat dilakukan dengan lancar. Barang2 keperluan seperti pakaian, kelengkapan Umrah, ubat-ubatan, makanan anak2 hendaklah disediakan secukupnya. Kesihatan diri kena jaga dan stamina pun kena tingkatkan sebelum pergi.
i. Barang Kelengkapan Umrah
Bila kita register biasanya travel agent akan bg juga senarai cadangan kelengkapan utk dibawa masa pergi Umrah. Boleh dapatkan barang2 tu kat kedai yg jual barang kelengkapan Umrah.Online Shop pun banyak sekarang. Beli dan bawa ikut keperluan. Kedai jual barang2 ni biasanya akan bagi kita list jugak. Tak semestinya semua kena beli. Macam saya, jubah untuk pakai di tanah Suci bawak 4 pasang sahaja. Boleh basuh baju dalam bilik dan sidai dalam bilik. Kalau ada bajet lebih boleh je hantar dobi. Kebanyakan hotel ada khidmat dobi. Uncang kasut tu kalau guna plastik2 yang kita beli barang pun OK je.
Kain ihram untuk kanak2 pun ada di jual cumanya saiz dia just nice untuk budak2 sekolah rendah. Untuk toddler umur 2-4 tahun kena adjust sikit.
|
Contoh barang2 keperluan Umrah |
|
Contoh barang2 keperluan Umrah |
Toiletries, lotion dan lip balm yang boleh dipakai masa dalam ihram pun ada dijual. Highly recommended untuk bawa set ni.
|
Toilettries tanpa wangian boleh di pakai dalam ihram |
ii. Ubat-ubatan
Ubat kat Arab Saudi tak sama ngan ubat kat negara kita. Nak dapatkan ubat kat sana kosnya mahal dan mungkin tak sesuai ngan penyakit kita. So sebelum pergi pastikan ubat-ubatan anda cukup untuk keperluan di sana especially kepada mereka yang on medication. Yang sihat walafiat pun seeloknya sediakan ubat-ubatan yang basic mcm ubat demam, selsema, batuk, cirit birit, gatal2, sakit tekak dan sebagainya. Boleh dapatkan kat farmasi atau klinik.
iii. Susu dan Makanan Anak2
Susu dan makanan anak2 perlu dibawa secukupnya sebab susah nak cari susu yang biasa anak kita minum kat sana. Pantaulah pengambilan susu anak2 selama seminggu dan sediakan secukupnya untuk tempoh perjalanan kita tu. Mungkin kena bawa lebih sebab kadang2 makanan yang disedia di hotel atau tempat2 yang kita lawati tu tak kena dengan selera anak2, mereka lebih suka nak minum susu. Saya bawa 4 kotak susu untuk seorang anak selama 16 hari kami bermusafir. Kalau tak cukup juga, 2 atau 3 hari sebelum pulang ke Malaysia boleh cuba bg minum air susu kotak berperisa atau susu soya. Nak beli setin susu kanak2 kat sana yang belum tentu anak kita nak minum bagi saya tak perlu. Bawalah juga biskut2 kegemaran anak2 dan roti2 untuk bekalan mereka semasa dalam perjalanan.
iv) Vitamin dan Supplement
Bagi saya, vitamin dan supplement sangatlah penting masa travelling, lebih-lebih lagi bila kita pergi untuk mengerjakan Umrah. Waktu makan semasa perjalanan tidak menentu, cuaca yang panas/sejuk yang kering, dan terdedah kepada perlbagai jenis virus dan bakteria yang dibawa dari seluruh pelusuk dunia menyebabkan saya mengambil berat pengambilan supplement oleh kami sekeluarga. Since saya tengah mengandung masa tu, saya bawa
Set Hamil Shaklee ( Vitamin C, B- Complex, Vitalea, Omeaga Guard, Ostematrix + ESP) untuk memastikan saya kekal bertenaga untuk berjalan ulang alik ke masjid, menunaikan ibadah (Solat, tawaf & saie) di samping melayan kerenah anak2, tidak stress, mempunyai daya tahan badan yang baik dan tidak mengalami simptom tekanan darah rendah. Vitamin ini juga dikongsi bersama suami saya sebab dia juga perlu lebih bertenaga nak dukung anak2 dan lakukan kerja2 berat yang lain. Untuk anak2 pula saya bawakan
Chewable Vitamin C, Omega Guard dan Nutriferon untuk meningkatkan tahap immunisasi badan mereka dan untuk seisi keluarga saya bawa satu cannister
Performance Drink. Performance Drink ni untuk mengurangkan kadar kehilangan air dari badan kita kerana kat sana kelembapannya rendah. Sebelum keluar dari bilik hotel kami, saya akan pastikan semua minum Performance Drink ni.
v) Tingkatkan Stamina Diri
Jika berkesempatan, sebulan atau beberapa minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci, biasakan diri bersenaman atau paling kurang brisk walking atau berjalan jauh secara konsisten. Jalan pusing satu taman perumahan pun ok untuk bina stamina badan. Kebanyak kita kerja office yang tak perlu jalan banyak sangat so kena buat persediaan ni. hampir setiap hari kami perlu berjalan kaki dalam masa yang lama dari hari pertama perjalanan kami. Ibadah tawah dan saie pun kena 7 kali pusing, kalau tak biasa jalan jauh memang semput lah. Last day kami di Istanbul hampir 8 jam kami berjalan semasa melawat
Hagia Sophia dan
Topkapi Palace dan kemudiannya terus ke Airport untuk penerbangan ke Madinah.
C. Persediaan Mental
Persediaan mental juga sama penting dengan persedian fizikal, tambahan pula kita pergi bersama anak2 kecil. Kena imagine macam mana kerenah anak2 kat sana nak2 time dia penat, time pergi tempat yang luas yang buat dia excited dan kena expect apakah cubaan dan diugaan yang bakal kita hadapi sepanjang perjalanan dan semasa menunaikan ibadah. Siapkan skema macam mana kita sepatutnya react bila diuji sedemikian. Visualization bagus utk tolong kita lebih prepare. Macam mana kalau pampers anak bocor? macam mana kalau anak tertido masa nak solat? bayangkan senario2 yang bakal dihadapi. InsyaAllah kita akan lebih bersedia dah kurang stress.
Anggaplah cubaan2 itu semua dari Allah untuk menguji kita dan ada hikmahnya. Keep on remind diri sendiri dan pasangan untuk bersangka baik pada anak2, orang sekeliling dan paling penting bersangka baik pada Allah kerana Allah mengikut sangkaan hambaNya.
Dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah ï·º bersabda, AllahسبØانه وتعالى berfirman,
Ø£َÙ†َا عِÙ†ْدَ ظَÙ†ِّ عَبْدِÙ‰ بِÙ‰
“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.” (Muttafaqun ‘alaih).
Allah سبØانه وتعالى mengikut sangkaan hambanya Maksudnya, Allah سبØانه وتعالى menurut dan mengikut sebagaimana prasangka hambanya. Jika seorang hamba bertaubat dengan Taubatan Nasuha (yang tulus ikhlas), maka Allah سبØانه وتعالى akan menerima taubatnya. Jika dia yakin doanya akan dikabulkan, maka Allah سبØانه وتعالى akan mudah mengabulkan. Berbeza keadaannya, jika seseorang itu sejak awal, sudah berputus asa dan sudah
berburuk sangka terhadap Allah سبØانه وتعالى.
Hadis ini mengajarkan bagaimana seorang muslim harus husnuzon pada Allah سبØانه وتعالى dan mempunyai sikap berharap pada-Nya. (Sumber: Shafiqolbu)
D. Persediaan Spritual
Mak mertua saya pesan, sebelum ke Tanah Suci, lazimkan buat solat sunat taubat. Kita sebagai manusia biasa ni hari2 confirm ada buat dosa dan maksiat pada Allah. Kalau boleh nak pergi jadi tetamu Allah dalam keadaan yang bersih. Kalau mampu, rajinkanlah diri untuk bangun malam, tunaikan solat2 sunat dan rapatkan diri dengan Al-Quran. Selain memohon ampun pada Allah, meminta agar dipermudahkan urusan sepanjang perjalanan dan semoga diterima Ibadah di sana dan juga bila pulang nanti, amalan ini insyaAllah akan mendekatkan hati kita pada Allah dan jika kita diuji di sana nanti, InsyaAllah kita mampu menghadapinya dengan tenang dan redha. :)
2. OK ke pergi Umrah semasa mengandung?
Jawapan saya bergantung kepada kondisi anda semasa mengandung. Bagi saya alhamdulillah, inilah waktu paling sesuai saya mengerjakan Umrah kerana mejelang 4 bulan mengandung dah takde alahan sangat, janin dah agak kuat dan sebelum pergi saya buat pemeriksaan dengan pakar sakit puan dan minta pendapat beliau. Melihat kondisi kandungan saya dan kesihatan saya sendiri, pakar sakit puan saya malah menggalakan saya pergi Umrah waktu itu cuma dia berpesan jangan terlalu memaksa diri. Kalau rasa penat, rehat. Advantage pergi masa pregnant ni kita tak perlu risau datang haid dan tak sempat nak buat Umrah.
Alhamdulillah Allah beri saya kesihatan yang baik serta kekuatan untuk mermusafir dan menjalankan ibadah Umrah bersama suami dan anak-anak.
3. Bawa anak2 menunaikan Umrah tak ganggu ibadah ke?
Ini berbalik kepada niat dan cita-cita anda. tepuk dada tanya selera.Tidak dinafikan akan ada cabaran-cabaran bila bawak anak2 kecil bersama. Kalau anak yang dah sekolah rendah tu maybe lah kita boleh control. Saya dan suami memang bercita-cita untuk bawak anak bersama-sama menunaikan Umrah dan kami buat persediaan sewajarnya dari segi fizikal dan mental serta sentiasa berdoa kepada Allah supaya anak2 kami behave especially semasa menunaikan Umrah dan Alhamdulillah Amirul Hafiz hanya 2 kali menangis kerana mengantuk dan selebihnya dia sangat behave. Semasa pakai ihram dia tak gaduh nak cabut atau tukar baju pun, masa solat fardu di masjid sama ada hafiz tidur di tepi, atau duduk di sebelah sambil main kereta Hotwheelnya. Hanya sekali sekala mahu didukung kerana mengantuk dan takut dengan makcik2 Arab dan Turki kat tepi kitorng yang suka peluk dan cium dia. Saya bawa hafiz bersama ke ruang solat wanita masa di masjid dan Amirul Hakim ikut ayahnya.
Amirul Hakim pula walaupun baru berumur 4 tahun setengah dia sangat memberi kerja sama. Masa menunaikan tawaf wida' jemaah yang berkerusi roda tak dibenarkan masuk sebab ramai sangat orang (biasanya kami tolak dua beradik ni atas kerusi roda masa tawaf), kena tunggu satu masa yang dikhaskan so husband dukung Hafiz, dan saya pimpin abang Hakim. Abg Hakim berjaya menghabiskan 7 pusingan tawaf itu tanpa merengek. Subhanallah, Alhamdulillah. Ini semua berbalik kepada sangkaan kita pada Allah dan pengharapan kita padaNya.
Sangat ramai jemaah yang bawak anak2 kecil, yang baru lepas pantang pun ada dan orang2 Arab sangat mengalu-alukan anak kecil ke masjid. mesti ada je yang nak peluk, cium, tegur, cubit pipi, bagi gula2, biskut, kurma.. yang bagi duit pun ada.. Subhanallah.. memang pengalaman yang menarik dan mengharukan
4. Bilakah masa yang sesuai utk pergi menunaikan Umrah bersama anak2 kecil?
Saya sendiri pernah bertanya soalan ini kepada seseorang yang berkongsi pengalaman berUmrah bersama anak2 di blognya. Mula2 saya ingat kalau nak bawa anak2, waktu paling sesuai adalah musim sejuk sebab kalau musim panas, kat Arab bukan macam kat Malaysia. Dah lah panas, kering pulak tu. Suhu boleh mencecah 54oC. Tapi akak tersebut bgtau, bila2 masa pun takpe, InsyaAllah Allah perlihara mereka dan permudahkan urusan bersama mereka.
Kami pergi tahun lepas bulan 6, masa musim panas. Kalau keluar pukul 12 ke atas memang rasa macam dudk dekat api yang sedang marak. Bahangmya memang panas. Tapi Alhamdulillah, anak2 tidak sakit atau demam. Banyakkan minum air zamzam. Air zamzam kat Mekah ngan Madinah percuma dan free flow. Manfaatkannya sebaik mungkin. bila kami keluar untuk melawat tempat bersejarah di tengah hari dan terdedah kepada panas matahari, saya akan sapukan sedikit air zamzam ke muka dan kepala anak-anak, beri mereka minum sepuas-puasnya sambil berdoa supaya Allah perlihara mereka dan supaya mereka tak terkesan dengan cuaca yang panas itu.
5. Wajibkah anak2 lelaki dikhatankan sebelum ke tanah suci?
Ada beberapa pendapat tentang perkara ini. Carilah seorang Ustaz yang anda percayai dan ambil lah pendapatnya. Ustaz yang saya tanya kata tak mengapa kalau tak dikhatankan dahulu sebab waktu yang sesuai dikhatankan adalah semasa anak masih bayi, dari lahir sehingga umur 40 hari. Jika terlepas waktu itu, elok lah di tunggu sehingga anak berusia 7 tahun ke atas.
6. Macam mana nak pastikan anak tak hilang sebab tetamu Allah sangatlah ramai di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram?
Agak risau bila terfikir anak-anak boleh hilang dalam lautan manusia kat Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Kalau hilang susahnya nak jumpa. Antara usaha yang kita boleh buat untuk supaya anak kita tak hilang ialah:
- Pegang erat anak-anak ketika melalui kawasan yang sesak terutama bila nak keluar masjid, rushing masuk masjid bila dan masuk waktu solat dan ketika tawaf. Jika perlu dukung mereka.
- Pakaikan anak2 kecik bagpack yang berstrap ni, ikatkan kat tangan kita, insyaAllah tak terlepas jauh kalau yang jenis happy go lucky tak takut kat orang.
- Sentiasa remind anak2 supaya sentiasa ada di sisi parents. InsyaAllah diorng boleh paham tapi kena hati2 juga.
- Sentiasa pakaikan tag yg travel agent bagi sebab kalau terhilang jugak regardless of how carefull we are, at least orang boleh tolong hantar ke hotel.
- Berdoa dengan penuh harapan agar Allah lindungi dan pelihara anak2 kita setiap masa.
7.Kenapa kami pilih Istanbul sebagai destinasi sebelum ke tanah Suci?
Ramai orang bercita-cita nak lawat Istanbul lepas tgk cerita Istanbul Aku Datang sebab pemandangan dia sangat cantik. Kalau musim bunga tu memang superb lah scenery kat sana. Tapi kami pilih Istanbul kerana kota ini sarat dengan sejarah. Lambang kekuatan pemerintahan Islam, lambang kehebatan Empayar Turki Uthmaniah, kota yang menjadi saksi sabda Nabi SAW setelah lebih 800 tahun. Kota yang amat sinonim dengan nama Sultan Muhammad Al Fateh, sebaik-baik pemimpin yang memimpin sebaik-baik tentera yang berjaya membuka kota ini pada umurnya baru 21 tahun. Kota yang menyingkap kisah2 kehebatan dan kealiman pemerintah-pemerintah dan umat Islam di zaman kegemilangan Turki Othmaniah. Sejarah yang perlu kita ketahui, perlu kita hayati dan perlu kita ulangi. :)
Semoga Imam-Imam Muda ibu mewarisi ciri-ciri penakluk Kota hebat ini.
Kesimpulannya, kami sangat bersyukur diberi peluang oleh Allah Subhanahuwataala untuk mengalami perjalanan kerohanian yang begitu indah sekali bersama anak- anak dan kami doakan semua pembaca berpeluang merasai pengalaman yang sama atau lebih baik :)
Alhamdulillah, setakat ini dulu perkongsian saya kali ini. Jika ada kesempatan saya akan kongsikan pengalaman-pengalaman menarik dan cerita-cerita yang tak dapat di lupakan semasa melawat Istanbul.
Semoga perkongsian dari pengalaman kami yang sedikit ini memberi manfaat.
Jika ada persoalan, sila tinggalkan di bahagian komen. InsyaAllah kami cuba bantu apa yang kami mampu :).
|
Hafiz dengan kawan baru - orang Turki |
|
Hafiz ngan Mutawif kami, Ustaz Yusof Halib |
|
Abang Hakim di Jabal Rahmah |
|
Berihram sebelum bertolak dari Madinah |
|
Hafiz berihram |
|
Abang Hakim depan Masjid Quba' |
|
Kanak-kanak Ribena kat Istanbul |