Sunday 30 March 2014

Detox Usus Dengan Herblax

Baru-baru ni ada dgr kat radio yg speaker tu kata 80% penyakit berasal dari perut.. Dari apa yg kita makan dan dari apa yg stay inside our colon, maksudnya tak terbuang masa kita membuang.

Dan dlm artikel ni dinyatakan yg it is recently being validated by medical physicians and surgeons that 90% of degenerative diseases can be related to keadaan usus kita.

Selama berpuluh tahun kita hidup, macam2 yg kita makan.. Dan macam2 yg melekat dindinding usus kita, daripada sisa bahan makanan yg mereput, bahan2 kimia, parasit, mukus dan sel2 mati yang mana menyumbang kepada pengitaran semula toksin ke seluruh badan dan menyumbang kpd rantaian penyakit yg tak berkesudahan melanda diri kita.

Bukan itu sahaja, dinding usus yg kotor ini, terutama usus kecil kita menyebabkan penyerapan nutrien2 lain oleh badan kurang berkesan.

Menyedari akan hakikat ini, Dr Shaklee telah mencipta Herb-lax, hasil kombinasi 9 jenis herba yg membantu badan utk detox(menyahkan toksin) melalui pembuangan air besar yg lebih baik, juga membantu detoxifikasi sel2 badan.




Those who are faithful in using Herb-Lax for internal cleanliness will get surprisingly good side benefits as the days, weeks and months go by. These benefits include a better complexion, no headaches, no bad breath, little odor during bowel movements, plus more energy and clearer thinking.

Original article http://www.healthtrains.net/Herb-Lax.html.

Hanya pada RM 52.50 sebotol yg mengandungi 120 biji Herb-lax anda sekeluarga boleh detox kan usus anda supaya lebih sehat, segar dan ringan serta berpeluang merasai manfaat sampingan seperti berikut dgn pengambilan yg konsisten, biiznillah.
  • Kulit yang sekata
  • Tiada sakit kepala
  • Nafas tak berbau
  • Najis kurang berbau
  • menghilangkan jeragat


Call/sms/whatsapp:
0129503142
Hanun Farha
SID 882031
Read More

Saturday 29 March 2014

HANDLE YOUR STRESS WITH B COMPLEX

When i had my second child, the stress was unbearable.
I was tired all the time, dealing with demanding boss at work, piles of housework, managing a baby and a toddler.. It really was overwhelming.. That was when i started taking b complex..
Alhamdulillah, now that i had just had my third son, i feel like everything is manageable.. No more overwhelming stress..

Taking b- complex consistently plus lots of zikrullah really help me to deal with stress

How Do B-vitamins help with Stress?

B-vitamins help the body deal with stress in so many ways. First of all, B vitamins, especially B-12 help to improve the function of our nervous system. When our nervous is healthy we are better able to handle the responses that stress puts on our body. We will naturally have more energy and become more productive.

People who are tired are not able to deal with stress as well because it puts an extra burden on the body. B-vitamins improve energy levels and reduce stress when they are taken on a daily basis. The vitamins help our body deal adrenaline (stress hormone) in a more efficient way.

B-vitamins support the function of neurotransmitters in the brain that help to regular feel good hormones such as serotonin. This is why B-vitamins help us to have a more positive outlook on life.

.... And i choose SHAKLEE B-complex coz it is 100% natural, always safe and always workable..







So mommies out there, let say goodbye to the unbearable stress.. Take your b complex today!!

:)

More tips to manage your stress:
1. Always take time for yourself, at least 30 minutes per day.
2. Be aware of your own stress meter: Know when to step back and cool down.
3. Concentrate on controlling your own situation, without controlling everybody else.
4. Daily exercise will burn off the stress chemicals.
5. Eat lots of fresh fruit, veggies, bread and water, give your body the best for it to perform at its best.
6. Forgive others, don't hold grudges and be tolerant -- not everyone is as capable as you.
7. Gain perspective on things, how important is the issue?
8. Hugs, kisses and laughter: Have fun and don't be afraid to share your feelings with others.
9. Identify stressors and plan to deal with them better next time.
10. Judge your own performance realistically; don't set goals out of your own reach.
11. Keep a positive attitude, your outlook will influence outcomes and the way others treat you.
12. Limit alcohol, drugs and other stimulants, they affect your perception and behaviour.
13. Manage money well, seek advice and save at least 10 per cent of what you earn.
14. No is a word you need to learn to use without feeling guilty.
15. Outdoor activities by yourself, or with friends and family, can be a great way to relax.
16. Play your favourite music rather than watching television.
17. Quit smoking: It is stressing your body daily, not to mention killing you too.
18. Relationships: Nurture and enjoy them, learn to listen more and talk less.
19. Sleep well, with a firm mattress and a supportive pillow; don't overheat yourself and allow plenty of ventilation.
20. Treat yourself once a week with a massage, dinner out, the movies: Moderation is the key.
21. Understand things from the other person's point of view.
22. Verify information from the source before exploding.
23. Worry less, it really does not get things completed better or quicker.
24. Xpress: Make a regular retreat to your favourite space, make holidays part of your yearly plan and budget.
25. Yearly goal setting: Plan what you want to achieve based on your priorities in your career, relationships, etc.
26. Zest for life: Each day is a gift, smile and be thankful that you are a part of the bigger picture.

Contact me for more details and to order your Shaklee Supplements :)

Hanun Farha Rasdi
SID 882031
0129503142
Read More

Friday 21 March 2014

Natural Home Made Masker ESP

Masker Semulajadi ESP dan Yogurt

Assalamualikum wbt

InsyaAllah hari ni saya akan share 1 tip kecantikan ngan ESP. :)
Selain diminum dengan pelbagai air kegemaran kita ataupun dibuat smoothy utk dinikmati seisi keluarga, ESP ni jugak boleh dipakai kat muka sebagai mask.. haaa.. menarik kan?

Saya mmg excited  bila tahu ESP boleh dibuat mask  :). Salah satu sebab ialah kalau pergi buat facial kat spa so far, ada satu spa jer yang mask dia rasa dan bau natural. Tapi package kat Spa tu memang agak mahal lah. sekali tu je kot pergi..hehe.. Yang lain ada sedikit rasa dan bau 'tajam' yang saya rasa adalah dari campuran bahan kimia. Sama juga kalau yang dibeli kat kedai face mask yang ready made dan hanya balik tampal kat muka. Sementara nak tunggu mask tu kering rasa agak tak selesa. So seronok sangatlah dpt tahu ada alternative mask yg natural yang boleh dibuat sendiri.

Lagi satu sebab murah dan senang nak dibuat sendiri kat rumah :) dan boleh pakai bila2 masa jer.. boleh mintak hubby or anak2 tolong sapukan. Nak sapukan kat muka diorng pun boleh sebab mask ni sangatlah selamat. :) boleh jadikan aktiviti family yang FUN! hehe.

Eh, banyak pulak berceloteh saya ni. :P
Meh2 saya sharekan resepi ESP + Plain Yogurt Mask ni :)

Resepi Masker ESP
Bahan2nya:
1. Setengah cawan natural plain yogurt (pape brand pun boleh)
2. Satu sudu teh ESP

Caranya:
1. Kacau sebati 2 bahan di atas
2. Sapukan rata pada muka dan juga pada leher (kalau nak lah)
3. Biarkan selama 20-30 minit atau sampai kering
4. Basuh dengan air suam

Buat 2 atau 3 kali seminggu untuk kesan terbaik.

Senang sangat kan? Jom lah sama2 try :) insyaAllah anda akan rasa best masa pakai dan LAGI best bila dah basuh. :)

Kenapa yogurt bagus digunakan untuk dibuat masker?
  • Dalam yogurt ada asid laktik yang berfungsi sebagai exfoliator atau agen pengelupasan yang menjadikan kulit wajah makin lembut. Dengan yogurt, pengelupasan berlaku secara lembut, so sesuai utk kulit sensitif jugak.
  • Yogurt bantu membekalkan kelembapan pada kulit 
  • Yogurt juga adalah anti-fungul dan anti-bakteria - boleh bantu kurangkan jerawat, kecutkan jerawat, pulihkan tona kulit yang tak sekata
  • Memberi kelegaan pada kulit dan memulihkan kesan sun burn sebab yogurt juga mengadungi zink
Dan bila digabungkan dengan ESP yang mempunyai kandungan protein yang tinggi yg sangat diperlukan untuk membaikpulih sel2 dan tisu2 dalam badan kita (dan kulit kita), hasilnya InsyaAllah takkan mengecewakan malah akan membuat anda teruja!



Ayuh ibu2, kakak2, adik2 kita cuba ESP + Plain Yogurt Masker ni. Abang2, pakcik2 nak cuba pun apa salahnyer.. :)

Senang, semulajadi, jimat dah selamat untuk kulit lembut, licin, lembap, anjal dan cerah sekata!
Kalau belum ada ESP kat rumah kena lah dapatkan dulu? Mana nak beli?

Boleh contact saya utk dptkan ESP anda sebab saya pengedar sah Shaklee :D
Selamat mencuba!!

Hanun Farha
SID: 882031
Call/SMS/Whatsapp: 0129503142
fb:https://www.facebook.com/hanunfarha
Fan Page: My Precious Health Cube


Read More

Monday 17 March 2014

Umrah Bersama Anak-Anak


Pengalaman Menunaikan Umrah Bersama Imam- Imam Muda Kami


Assalamualaikum,

Hari ni InsyaAllah saya akan berkongsi pengalaman kami menunaikan Umrah bersama anak.

Dah lama kami sebenarnya kami pergi Umrah iaitu pada bulan hujung bulan Jun 2013 tapi hari ni baru ada kelapangan dan mood untuk buat entry ni :)

Alhamdulillah tahun lepas Allah telah menjemput kami sekeluarga menunaikan Umrah di Tanah Suci Mekah dan menziarahi Makam Nabi Muhammad saw di kota Madinah al Munawwarah. Kami juga direzekikanNya utk melawat kota yg disebut dalam Hadith Nabi dan telah berjaya ditakluk oleh Kerajaan Islam truki Othmaniah, lebih 800 thn lepas nabi bersabda tentangnya.



”Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tenteranya sebaik-baik tentera," (Al Hadis)

Kami ambil pakej Umrah Ziarah Istanbul dengan Andalusia. Alhamdulillah servisnya sangat memuaskan.
Perjalanan kami bersama Andalusia ke Kota penuh bersejarah, Istanbul dan seterusnya ke Madinah  dan Mekah bermula pada 26 Jun 2013 dan selamat kembali semula ke Malaysia pada 11 Julai 2013.

Pada masa tu saya sedang berbadan dua, bersama suami dan Imam-imam Muda kami, Amirul Hakim, 4 setengah tahun dan Amirul Hafiz, 2 setengah tahun melali perjalanan yg sangat bermakna dalam hidup kami :)

InsyaAllah saya akan kongsikan pengalaman kami dalam bentuk persoalan-persoalan yang sering ditanya berkaitan dengan Umrah dan Umrah bersama anak-anak kecil seperti:

  1. Apakah persediaan yang perlu untuk menunaikan Umrah?
  2. OK ke pergi Umrah semasa mengandung?
  3. Bawa anak2 menunaikan Umrah tak ganggu ibadah ke?
  4. Bilakah masa yang sesuai utk pergi menunaikan Umrah bersama anak2 kecil?
  5. Perlukah anak2 lelaki dikhatankan sebelum ke tanah suci?
  6. Macam mana nak pastikan anak tak hilang sebab tetamu Allah sangatlah ramai di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram
  7. Patut ke ambil Pil tahan haid bagi perempuan?
  8. Kenapa kami pilih Istanbul sebagai destinasi sebelum ke tanah Suci?


1. Apakah persedian yang perlu untuk menunaikan Umrah?

Persediaan untuk menunaikan umrah mungkin tidak serumit persediaan untuk menunaikan ibadah Haji, namun harus diberi perhatian yang sewajarnya juga kerana bukan senang kita hendak mendapat peluang ke sana, dijemput sebagai tetamu Allah ke dua tanah haramNya. Walaupun kita sihat dan cukup duit, belum tentu dapat pergi tanpa izinNya, oleh itu hargailah peluang jika anda dijemputNya.

Antara persedian yang kami lakukan adalah:

A. Lengkapkan Diri dgn Ilmu Tentang Ibadah Umrah

i. Baca Buku Panduan Umrah & Ziarah
 Apabila dah register ngan travel agent, biasanya anda akan diberi buku Panduan Mengerjakan Umrah &        Ziarah. Baca dan munkin buat nota sikit supaya senang ingat. Catatkan juga apa yang tak faham, boleh          tanya masa kurus Umrah.

ii. Menghadiri Kursus Umrah
Kami menghadiri kursus Umrah yang dianjurkan oleh pihak Travel Agent kami, Andalusia. Diwajibkan semua bakal jemaah untuk menghadiri 3 sesi kursus supaya dapat dipelajari semua perkara asas yang perlu kita tahu berkaitan Ibadah Umrah seperti rukunnya, wajibnya, syarat sahnya, perkara-perkara yang dikenakan dam, kaifiah setiap rukun itu dan sebagainya. Kursus ini akan disampaikan oleh Ustaz yang bertauliah, teori beserta amali dan juga live demo. Kalau ada sebarang kemushkilan atau permasalahan, seelok-eloknya utarakan dapatkan penjelasan dari Ustaz semasa kursus ini.

Anak2 kami bawa bersama masa kursus ni untuk beri pendedahan pada mereka.

iii. Tengok video/YouTube pasal Ibadah Umrah
Video ni available kat kedai2 jual buku2 Islamik dan kalau search kat youtube pun senang jumpa InsyaAllah

iv Ikuti Pengalaman Orang Yang dah Pergi
Boleh tanya pengalaman sahabat dan saudara mara yang pernah pergi dan boleh juga baca kat blog-blog.

B. Persiapan Fizikal

Persiapan fizikal juga sangat penting sebagai salah satu usaha kita supaya perjalanan kita dan ibadah kita dapat dilakukan dengan lancar. Barang2 keperluan seperti pakaian, kelengkapan Umrah, ubat-ubatan, makanan anak2 hendaklah disediakan secukupnya. Kesihatan diri kena jaga dan stamina pun kena tingkatkan sebelum pergi. 

i. Barang Kelengkapan Umrah
Bila kita register biasanya travel agent akan bg juga senarai cadangan kelengkapan utk dibawa masa pergi Umrah. Boleh dapatkan barang2 tu kat kedai yg jual barang kelengkapan Umrah.Online Shop pun banyak sekarang. Beli dan bawa ikut keperluan. Kedai jual barang2 ni biasanya akan bagi kita list jugak. Tak semestinya semua kena beli. Macam saya, jubah untuk pakai di tanah Suci bawak 4 pasang sahaja. Boleh basuh baju dalam bilik dan sidai dalam bilik. Kalau ada bajet lebih boleh je hantar dobi. Kebanyakan hotel ada khidmat dobi. Uncang kasut tu kalau guna plastik2 yang kita beli barang pun OK je.
Kain ihram untuk kanak2 pun ada di jual cumanya saiz dia just nice untuk budak2 sekolah rendah. Untuk toddler umur 2-4 tahun kena adjust sikit.

Contoh barang2 keperluan Umrah

Contoh barang2 keperluan Umrah

Toiletries, lotion dan lip balm yang boleh dipakai masa dalam ihram pun ada dijual. Highly recommended untuk bawa set ni.
Toilettries tanpa wangian boleh di pakai dalam ihram

ii. Ubat-ubatan
Ubat kat Arab Saudi tak sama ngan ubat kat negara kita. Nak dapatkan ubat kat sana kosnya mahal dan mungkin tak sesuai ngan penyakit kita. So sebelum pergi pastikan ubat-ubatan anda cukup untuk keperluan di sana especially kepada mereka yang on medication. Yang sihat walafiat pun seeloknya sediakan ubat-ubatan yang basic mcm ubat demam, selsema, batuk, cirit birit, gatal2, sakit tekak dan sebagainya. Boleh dapatkan kat farmasi atau klinik.

iii. Susu dan Makanan Anak2
Susu dan makanan anak2 perlu dibawa secukupnya sebab susah nak cari susu yang biasa anak kita minum kat sana. Pantaulah pengambilan susu anak2 selama seminggu dan sediakan secukupnya untuk tempoh perjalanan kita tu. Mungkin kena bawa lebih sebab kadang2 makanan yang disedia di hotel atau tempat2 yang kita lawati tu tak kena dengan selera anak2, mereka lebih suka nak minum susu. Saya bawa 4 kotak susu untuk seorang anak selama 16 hari kami bermusafir. Kalau tak cukup juga, 2 atau 3 hari sebelum pulang ke Malaysia boleh cuba bg minum air susu kotak berperisa atau susu soya. Nak beli setin susu kanak2 kat sana yang belum tentu anak kita nak minum bagi saya tak perlu. Bawalah juga biskut2 kegemaran anak2 dan roti2 untuk bekalan mereka semasa dalam perjalanan.

iv) Vitamin dan Supplement
Bagi saya, vitamin dan supplement sangatlah penting masa travelling, lebih-lebih lagi bila kita pergi untuk mengerjakan Umrah. Waktu makan semasa perjalanan tidak menentu, cuaca yang panas/sejuk yang kering, dan terdedah kepada perlbagai jenis virus dan bakteria yang dibawa dari seluruh pelusuk dunia menyebabkan saya mengambil berat pengambilan supplement oleh kami sekeluarga. Since saya tengah mengandung masa tu, saya bawa Set Hamil Shaklee ( Vitamin C, B- Complex, Vitalea, Omeaga Guard, Ostematrix + ESP) untuk memastikan saya kekal bertenaga untuk berjalan ulang alik ke masjid, menunaikan ibadah (Solat, tawaf & saie) di samping melayan kerenah anak2, tidak stress, mempunyai daya tahan badan yang baik dan tidak mengalami simptom tekanan darah rendah. Vitamin ini juga dikongsi bersama suami saya sebab dia juga perlu lebih bertenaga nak dukung anak2 dan lakukan kerja2 berat yang lain. Untuk anak2 pula saya bawakan Chewable Vitamin C, Omega Guard dan Nutriferon untuk meningkatkan tahap immunisasi badan mereka dan untuk seisi keluarga saya bawa satu cannister Performance Drink. Performance Drink ni untuk mengurangkan kadar kehilangan air dari badan kita kerana kat sana kelembapannya rendah. Sebelum keluar dari bilik hotel kami, saya akan pastikan semua minum Performance Drink ni.

v) Tingkatkan Stamina Diri
Jika berkesempatan, sebulan atau beberapa minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci, biasakan diri bersenaman atau paling kurang brisk walking atau berjalan jauh secara konsisten. Jalan pusing satu taman perumahan pun ok untuk bina stamina badan. Kebanyak kita kerja office yang tak perlu jalan banyak sangat so kena buat persediaan ni. hampir setiap hari kami perlu berjalan kaki dalam masa yang lama dari hari pertama perjalanan kami. Ibadah tawah dan saie pun kena 7 kali pusing, kalau tak biasa jalan jauh memang semput lah. Last day kami di Istanbul hampir 8 jam kami berjalan semasa melawat Hagia Sophia dan Topkapi Palace dan kemudiannya terus ke Airport untuk penerbangan ke Madinah.

C. Persediaan Mental

Persediaan mental juga sama penting dengan persedian fizikal, tambahan pula kita pergi bersama anak2 kecil. Kena imagine macam mana kerenah anak2 kat sana nak2 time dia penat, time pergi tempat yang luas yang buat dia excited dan kena expect apakah cubaan dan diugaan yang bakal kita hadapi sepanjang perjalanan dan semasa menunaikan ibadah. Siapkan skema macam mana kita sepatutnya react bila diuji sedemikian. Visualization bagus utk tolong kita lebih prepare. Macam mana kalau pampers anak bocor? macam mana kalau anak tertido masa nak solat? bayangkan senario2 yang bakal dihadapi. InsyaAllah kita akan lebih bersedia dah kurang stress.
Anggaplah cubaan2 itu semua dari Allah untuk menguji kita dan ada hikmahnya. Keep on remind diri sendiri dan pasangan untuk bersangka baik pada anak2, orang sekeliling dan paling penting bersangka baik pada Allah kerana Allah mengikut sangkaan hambaNya.

Dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah ï·º bersabda, Allahسبحانه وتعالى berfirman,
Ø£َÙ†َا عِÙ†ْدَ ظَÙ†ِّ عَبْدِÙ‰ بِÙ‰
“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.” (Muttafaqun ‘alaih).

Allah سبحانه وتعالى mengikut sangkaan hambanya Maksudnya, Allah سبحانه وتعالى menurut dan mengikut sebagaimana prasangka hambanya. Jika seorang hamba bertaubat dengan Taubatan Nasuha (yang tulus ikhlas), maka Allah سبحانه وتعالى akan menerima taubatnya. Jika dia yakin doanya akan dikabulkan, maka Allah سبحانه وتعالى akan mudah mengabulkan. Berbeza keadaannya, jika seseorang itu sejak awal, sudah berputus asa dan sudah berburuk sangka terhadap Allah سبحانه وتعالى.
Hadis ini mengajarkan bagaimana seorang muslim harus husnuzon pada Allah Ø³Ø¨Ø­Ø§Ù†Ù‡ وتعالى dan mempunyai sikap berharap pada-Nya. (Sumber: Shafiqolbu)

D. Persediaan Spritual

Mak mertua saya pesan, sebelum ke Tanah Suci, lazimkan buat solat sunat taubat. Kita sebagai manusia biasa ni hari2 confirm ada buat dosa dan maksiat pada Allah. Kalau boleh nak pergi jadi tetamu Allah dalam keadaan yang bersih. Kalau mampu, rajinkanlah diri untuk bangun malam, tunaikan solat2 sunat dan rapatkan diri dengan Al-Quran. Selain memohon ampun pada Allah, meminta agar dipermudahkan urusan sepanjang perjalanan dan semoga diterima Ibadah di sana dan juga bila pulang nanti, amalan ini insyaAllah akan mendekatkan hati kita pada Allah dan jika kita diuji di sana nanti, InsyaAllah kita mampu menghadapinya dengan tenang dan redha. :)

2. OK ke pergi Umrah semasa mengandung?

Jawapan saya bergantung kepada kondisi anda semasa mengandung. Bagi saya alhamdulillah, inilah waktu paling sesuai saya mengerjakan Umrah kerana mejelang 4 bulan mengandung dah takde alahan sangat, janin dah agak kuat dan sebelum pergi saya buat pemeriksaan dengan pakar sakit puan dan minta pendapat beliau. Melihat kondisi kandungan saya dan kesihatan saya sendiri, pakar sakit puan saya malah menggalakan saya pergi Umrah waktu itu cuma dia berpesan jangan terlalu memaksa diri. Kalau rasa penat, rehat. Advantage pergi masa pregnant ni kita tak perlu risau datang haid dan tak sempat nak buat Umrah.
Alhamdulillah Allah beri saya kesihatan yang baik serta kekuatan untuk mermusafir dan menjalankan ibadah Umrah bersama suami dan anak-anak.

3. Bawa anak2 menunaikan Umrah tak ganggu ibadah ke?

Ini berbalik kepada niat dan cita-cita anda. tepuk dada tanya selera.Tidak dinafikan akan ada cabaran-cabaran bila bawak anak2 kecil bersama. Kalau anak yang dah sekolah rendah tu maybe lah kita boleh control. Saya dan suami memang bercita-cita untuk bawak anak bersama-sama menunaikan Umrah dan kami buat persediaan sewajarnya dari segi fizikal dan mental serta sentiasa berdoa kepada Allah supaya anak2 kami behave especially semasa menunaikan Umrah dan Alhamdulillah Amirul Hafiz hanya 2 kali menangis kerana mengantuk dan selebihnya dia sangat behave. Semasa pakai ihram dia tak gaduh nak cabut atau tukar baju pun, masa solat fardu di masjid sama ada hafiz tidur di tepi, atau duduk di sebelah sambil main kereta Hotwheelnya. Hanya sekali sekala mahu didukung kerana mengantuk dan takut dengan makcik2 Arab dan Turki kat tepi kitorng yang suka peluk dan cium dia. Saya bawa hafiz bersama ke ruang solat wanita masa di masjid dan Amirul Hakim ikut ayahnya. 

Amirul Hakim pula walaupun baru berumur 4 tahun setengah dia sangat memberi kerja sama. Masa menunaikan tawaf wida' jemaah yang berkerusi roda tak dibenarkan masuk sebab ramai sangat orang (biasanya kami tolak dua beradik ni atas kerusi roda masa tawaf), kena tunggu satu masa yang dikhaskan so husband dukung Hafiz, dan saya pimpin abang Hakim. Abg Hakim berjaya menghabiskan 7 pusingan tawaf itu tanpa merengek. Subhanallah, Alhamdulillah. Ini semua berbalik kepada sangkaan kita pada Allah dan pengharapan kita padaNya.

Sangat ramai jemaah yang bawak anak2 kecil, yang baru lepas pantang pun ada dan orang2 Arab sangat mengalu-alukan anak kecil ke masjid. mesti ada je yang nak peluk, cium, tegur, cubit pipi, bagi gula2, biskut, kurma.. yang bagi duit pun ada.. Subhanallah.. memang pengalaman yang menarik dan mengharukan

4. Bilakah masa yang sesuai utk pergi menunaikan Umrah bersama anak2 kecil?

Saya sendiri pernah bertanya soalan ini kepada seseorang yang berkongsi pengalaman berUmrah bersama anak2 di blognya. Mula2 saya ingat kalau nak bawa anak2, waktu paling sesuai adalah musim sejuk sebab kalau musim panas, kat Arab bukan macam kat Malaysia. Dah lah panas, kering pulak tu. Suhu boleh mencecah 54oC. Tapi akak tersebut bgtau, bila2 masa pun takpe, InsyaAllah Allah perlihara mereka dan permudahkan urusan bersama mereka.

Kami pergi tahun lepas bulan 6, masa musim panas. Kalau keluar pukul 12 ke atas memang rasa macam dudk dekat api yang sedang marak. Bahangmya memang panas. Tapi Alhamdulillah, anak2 tidak sakit atau demam. Banyakkan minum air zamzam. Air zamzam kat Mekah ngan Madinah percuma dan free flow. Manfaatkannya sebaik mungkin. bila kami keluar untuk melawat tempat bersejarah di tengah hari dan terdedah kepada panas matahari, saya akan sapukan sedikit air zamzam ke muka dan kepala anak-anak, beri mereka minum sepuas-puasnya sambil berdoa supaya Allah perlihara mereka dan supaya mereka tak terkesan dengan cuaca yang panas itu.

5. Wajibkah anak2 lelaki dikhatankan sebelum ke tanah suci?

Ada beberapa pendapat tentang perkara ini. Carilah seorang Ustaz yang anda percayai dan ambil lah pendapatnya. Ustaz yang saya tanya kata tak mengapa kalau tak dikhatankan dahulu sebab waktu yang sesuai dikhatankan adalah semasa anak masih bayi, dari lahir sehingga umur 40 hari. Jika terlepas waktu itu, elok lah di tunggu sehingga anak berusia 7 tahun ke atas.

6. Macam mana nak pastikan anak tak hilang sebab tetamu Allah sangatlah ramai di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram?

Agak risau bila terfikir anak-anak boleh hilang dalam lautan manusia kat Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Kalau hilang susahnya nak jumpa. Antara usaha yang kita boleh buat untuk supaya anak kita tak hilang ialah:
  • Pegang erat anak-anak ketika melalui kawasan yang sesak terutama bila nak keluar masjid, rushing masuk masjid bila dan masuk waktu solat dan ketika tawaf. Jika perlu dukung mereka.
  • Pakaikan anak2 kecik bagpack yang berstrap ni, ikatkan kat tangan kita, insyaAllah tak terlepas jauh kalau yang jenis happy go lucky tak takut kat orang. 



  • Sentiasa remind anak2 supaya sentiasa ada di sisi parents. InsyaAllah diorng boleh paham tapi kena hati2 juga.
  • Sentiasa pakaikan tag yg travel agent bagi  sebab kalau terhilang jugak regardless of how carefull we are, at least orang boleh tolong hantar ke hotel.
  • Berdoa dengan penuh harapan agar Allah lindungi dan pelihara anak2 kita setiap masa.

7.Kenapa kami pilih Istanbul sebagai destinasi sebelum ke tanah Suci?

Ramai orang bercita-cita nak lawat Istanbul lepas tgk cerita Istanbul Aku Datang sebab pemandangan dia sangat cantik. Kalau musim bunga tu memang superb lah scenery kat sana. Tapi kami pilih Istanbul kerana kota ini sarat dengan sejarah. Lambang kekuatan pemerintahan Islam, lambang kehebatan Empayar Turki Uthmaniah, kota yang menjadi saksi sabda Nabi SAW setelah lebih 800 tahun. Kota yang amat sinonim dengan nama Sultan Muhammad Al Fateh, sebaik-baik pemimpin yang memimpin sebaik-baik tentera yang berjaya membuka kota ini pada umurnya baru 21 tahun. Kota yang menyingkap kisah2 kehebatan dan kealiman pemerintah-pemerintah dan umat Islam di zaman kegemilangan Turki Othmaniah. Sejarah yang perlu kita ketahui, perlu kita hayati dan perlu kita ulangi. :)
Semoga Imam-Imam Muda ibu mewarisi ciri-ciri penakluk Kota hebat ini.


Kesimpulannya, kami sangat bersyukur diberi peluang oleh Allah Subhanahuwataala untuk mengalami perjalanan kerohanian yang begitu indah sekali bersama anak- anak dan kami doakan semua pembaca berpeluang merasai pengalaman yang sama atau lebih baik :)

Alhamdulillah, setakat ini dulu perkongsian saya kali ini. Jika ada kesempatan saya akan kongsikan pengalaman-pengalaman menarik dan cerita-cerita yang tak dapat di lupakan semasa melawat Istanbul.

Semoga perkongsian dari pengalaman kami yang sedikit ini memberi manfaat.
Jika ada persoalan, sila tinggalkan di bahagian komen. InsyaAllah kami cuba bantu apa yang kami mampu :). 


Hafiz dengan kawan baru - orang Turki

Hafiz ngan Mutawif kami, Ustaz Yusof Halib

Abang Hakim di Jabal Rahmah

Berihram sebelum bertolak dari Madinah


Hafiz berihram
Abang Hakim depan Masjid Quba'

Kanak-kanak Ribena kat Istanbul


Read More

Monday 10 March 2014

Resepi Bancuhan ESP Shaklee

ESP Shaklee ni adalah all time favourite drink saya dan sememangnya HOT product Shaklee sebab kalau dah suba confirm jatuh chenta I cakap you. ESP ni rasa dia mild soya, very natural flavor, bancuh ngan air kosong or air suam pun dah ok :) tapi untuk first timer maybe rasa dia yang agak mild tu tak berapa kena ngan tekak anda atau bagi yang dah lama minum, dah bosan jer asyik2 bncuh ngan air suam or susu boleh try variasikan bancuhan ESP ni untuk tambahkan excitement dalam setiap bancuhan ESP anda! :)

Hari ni saya nak kongsikan beberapa resepi bancuhan ESP, kompilasi dari resepi yg saya pernah cuba selama 3 tahun consume ESP dan cadangan rakan2 yang hardcore ESP lover.

  • ESP + plain water (suam/sejuk)
  • ESP + Fresh Milk
  • ESP + susu kotak berperisa
  • ESP + susu tepung (any brand, any perisa)
  • ESP + susu kambing strawberry..nyum!!!
  • ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee (breakfast segera saya)
  • ESP + Nesvita 3in1
  • ESP + jus twister tropicana
  • ESP + Yogurt drink
  • ESP + Ribena
  • ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  • ESP + Milo/Horlicks/Vico
  • ESP + sirap bandung
  • ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP...boleh add on almond or fruits.bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)
  • ESP + fresh milk + oat+serbuk koko+madu (ni resipi Dr Muhaya)

haaa.. macam2 resepi ESP ni kan.. ada lagi tak?? boleh share kat ruang komen resepi ESP kegemaran anda.
Actually ESP boleh bancuh ngan apa saja air kegemaran anda sesedap rasa tekak kita, cuma avoid minuman bergas, teh dan coffee sebab air2 ni akan mengganggu penyerapan nutrient yang berkesan dari ESP ni.

Selamat berESP!! :)

Hubungi saya utk cadangan supplement Shaklee dan FREE consultation dan order supplement anda sekarang :)

Hanun Farha
SID: 882031
Call/SMS/Whatsapp: 0129503142
fb:https://www.facebook.com/hanunfarha
Fan Page: My Precious Health Cube
Read More

Tuesday 4 March 2014

Faedah dan Kebaikan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee



Energizing Soy Protein - ESP

Energizing Soy Protein atau lebih dikenali sebagai ESP adalah produk Shaklee yang paling mendapat sambutan di seluruh dunia. Ianya sangat sesuai untuk diambil oleh semua lapisan umur dan mempunyai pelbagai manfaat dan kebaikan terhadap kesihatan, kecergasan dan kecantikan kita.

Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan

Jom baca apakah itu ESP, apakah kandungannya,kelebihannya dan fungsinya .



Shaklee Energizing Soy Protein - ESP



Apa itu Energizing Soy Protein atau ESP?

ESP adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. Setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya. Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Selain itu, dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.

Protein soya Non-GMO(genetically modified organism) ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya

Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.



Kandungan ESP

Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO yang diproses di bawah suhu rendah.
Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

Kelebihan ESP


  • Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39; menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap kencing manis. G.I yang rendah memecahkan gula perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula yang rendah dalam badan anda amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan jangka panjang.
  • ESP adalah rendah lemak, tiada kolesterol. tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.
  • Kandungan protein yang tinggi membantu dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta merupakan komponen utama hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi.
  • Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.
  • Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atau muda.



Fungsi dan Kebaikan ESP

Fungsi utama ESP adalah seperti berikut.

Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan
Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan yang terdiri daripada Asid Amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.

Mempertingkat Fungsi Hormon Wanita
Khasiat berikutnya adalah untuk mempertingkat fungsi hormon wanita. Ramuan yang ini terdiri dari kacang soya. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal
Bagi wanita yang mementingkak kecantikan kulit. Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.

Membantu Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki
Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser darip merebak. Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovary serta kitaran haid dan prostat.

Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif
Salah-satu rahsia yang menjadi pilihan kebanyakan para pembeli adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan member tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak. ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.

Bantu Mengurangkan Masalah Pigmentasi
Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain. Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam. Disamping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.

Meningkatkan Keupayaan Memori
Semakin meningkat usia seseorang bermakna daya keupayaan untuk mengingat akan menurun. Keupayaan memori seseorang memang berkadar langsung dengan peningkatan usia. Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan. Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.

Antara fungsi lain adalah:

  • Membantu pembentukan sel-sel baru.
  • Terbaik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
  • Terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
  • Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak. Justeru, anda boleh kongsi dengan anak yang berusia 1 tahun ke atas & keluarga.
  • Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.


Kesimpulannya, ESP Shaklee mempunyai sangat banyak manfaat dan setiap individu dalam keluarga anda berpeluang untuk berkongsi dan mengambil ESP Shaklee bagi pelbagai tujuan.



Siapa yang tidak boleh mengambil ESP? Siapa yang boleh mengambil ESP?

Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.

ESP terbukti sesuai untuk semua lapisan:

  1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.
  2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama.
  3. Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.
  4. Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
  5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri.
  6. Lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, untuk kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata semua org yang ingin kembali sihat dan ingin kekal sihat


Antara manfaat ESP untuk golongan ibu adalah:

  • ‘Milk booster’ bagi ibu yang menyusukan anak
  • ‘Energy booster’ bagi ibu hamil, menyusukan anak serta mereka yang ingin menurunkan berat badan
  • Membantu menganjalkan badan menggeleber ibu lepas bersalin
  • Membantumengembalikan kepejalan otot; membentuk bentuk badan yang cantik
  • Membantu ibu yang ingin re-laktasi
  • Membantu memperbaiki kesan ‘stretch mark’ & luka cesear selepas bersalin
  • Membantu menjadikan kulit anjal, gebu & licin
  • Membantu mengekalkan rasa kenyang berpanjangan bagi yg ingin menurunkan berat badan
  • Membantu memelihara kestabilan hormon wanita
  • Membantu menegang & menganjalkan payudara


ESP juga boleh digabungkan dengan pelbagai vitamin Shaklee yang lain bagi memberikan kesan yang lebih optimum seperti berikut:

1. ESP + Vita-E Complex - kulit cantik dan cerah/natural beauty tanpa perlu bermekap.

2. ESP + OmegaGuard - kurangkan risiko keguguran @ bayi pra-matang.

3. ESP + Vita-Lea Iron Formula - kesihatan optimum.

4. ESP + Lecithin - mengembalikan bentuk badan selepas bersalin/kurus.

5. ESP + Alfalfa Complex - payudara anjal/milk booster.

6. ESP + GLA Complex - ikhtiar untuk hamil.

7. ESP + OsteMatrix - sakit kepala/kurangkan jaundis untuk bayi yang menyusu ibu dan kesihatan tulang

8. ESP + Zinc Complex - sembuhkan luka bersalin @ pembedahan.

9. ESP + Performance Drink - kekal bertenaga sepanjang hari dan ketika berpuasa.

Berapa harga satu canister ESP?

Harga satu canister ESP ialah RM150, flat rate bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Dengan kadar pengambilan sebanyak 3 sudu sehari, satu canister ESP boleh bertahan sehingga satu bulan setengah.


Berita baik utk warga Malaysia, bulan March ini ada promosi yang hebat dari Shaklee. Beli 6 PERCUMA 1. Anda boleh jimat sebanyak RM 150. Bukan itu sahaja, anda layak untuk mendapat keahlian Shaklee secara PERCUMA jugak yg bernilai RM65 dah lagi menarik, layak juga mendapat CASH bonus bulan depan bernilai RM35.
untung bukan?

Anda tak mahu beli banyak? Jangan risau, hubungi sahaja saya, dan saya akan kongsikan bagaimana caranya untuk mendapat keuntungan seperti di atas :)




Apa tunggu lagi?
Jom sehat, cantik, ceria dan cergas bersama ESP!!

Hubungi saya utk cadangan supplement Shaklee dan FREE consultation dan order supplement anda sekarang :)

Hanun Farha
SID: 882031
Call/SMS/Whatsapp: 0129503142
fb:https://www.facebook.com/hanunfarha
Fan Page: My Precious Health Cube

Read More

What is Isofalvones found in Shaklee ESP

Isoflavones

The consumption of soy products has many health benefits, including protection against breast cancer, prostate cancer, menopausal symptoms, heart disease and osteoporosis. Shaklee ESP contains Isoflavones. Many of the health benefits of soy are derived from its isoflavones.  Isoflavones remain the subject of many scientific studies, as illustrated by the more than 1700 scientific publications mentioning isoflavones in their title or abstract. Most of these studies show that isoflavones may have some health benefit.

The chemical structure of isoflavones is very similar to that of our own estrogen. Because of this similarity in structure, they can interfere with the action of our own estrogen. Depending on the type of estrogen receptor on the cells, isoflavones may reduce or activate the activity of estrogen. Isoflavones can compete with estrogen for the same receptor sites thereby decreasing the health risks of excess estrogen. They can also increase the estrogen activity. If during menopause the body's natural level of estrogen drops, isoflavones can compensate this by binding to the same receptor, thereby easing menopause symptoms as a result. The best way to consume isoflavones is in the form soy or soyfoods, so you can benefit from other healthy components of soy. Soy contains many types of isoflavones, but the most beneficial are genistein and daidzein. The highest amounts of soy isoflavones can be found in soy nuts and tempeh. Another natural source of isoflavones is red clover.



What are isoflavones?


isoflavonesIsoflavones are secondary vegetable substances, which can act as estrogens in the body and have protective functions. The estrogen effects of isoflavones are much less powerful than the estrogen hormones (it’s effectiveness represents around 1/1000 of the estrogen hormones). This is why isoflavones and phyto-estrogens exercise a balancing effect when the level of estrogens is low, such as during the menopause, and cause less menopause symptoms. Isoflavones can also reduce the effect of the estrogen on cells and skin layers when the hormone levels are high, and then essentially reduce the risk of estrogen linked cancers.


As nutrition related observations have shown, diseases and troubles mentioned above are uncommon in countries where a lot of soybeans are consumed, because soybeans bring to the organism isoflavones.
Scientific literature contains data about the synergy effects. Within the isoflavones we find daidzein and genistein. 


Health benefits of isoflavones

Research in several areas of healthcare has shown that consumption of isoflavones may play a role in lowering risk for disease. They can fight disease on several fronts. The following potential health benefits are attributed to isoflavones:
  • Ease menopause symptoms - The benefits of soy go beyond reducing long-term cancer risk. Recent studies have found that soy isoflavones can reduce menopause symptomssuch as hot flushes and increase bone density in women. Indeed, many menopausal and post-menopausal health problems may result from a lack of isoflavones in the typical Western diet. Although study results are not entirely consistent, isoflavones from soy or red clover may be helpful for symptoms of menopause. A study carried out by "Health Test" in 2004 investigated the prescription behaviour of 27 doctors for women with menopause symptoms. It showed that isoflavones were recommended twice (44%) as often as hormonal treatment (22%). The prescribed supplements were mainly based on the following plants: soy, black cohosh and hops.
  • Reduce heart disease risk - Soy isoflavones also appear to reduce cardiovascular disease risk via several distinct mechanisms. Isoflavones inhibit the growth of cells that form artery clogging plaque. These arteries usually form blood clots which can lead to a heart attack. A review of 38 controlled studies on soy and heart disease concluded that soy is definitely effective for improving cholesterol profile. There is some evidence that isoflavones are the active ingredients in soy responsible for improving cholesterol profile.
  • Protect against prostate problems - Isoflavones may be benificial for men's health because they may protect against enlargement of the male prostate gland. Studies show isoflavones slowed prostate cancer growth and caused prostate cancer cells to die. Isoflavones act against cancer cells in a way similar to many common cancer-treating drugs.
  • Isoflavones improve bone health - Soy Isoflavones help in the preservation of the bone substance and fight osteoporosis. This is the reason why people in China and Japan very rarely have osteoporosis, despite their low consumption of dairy products, whereas in Europe and North America the contrary happens. Unlike estrogen, which helps prevent the destruction of bone, evidence suggests that isoflavones may also assist in creating new bone. Other studies are not entirely consistent, but evidence suggests that genistein and other soy isoflavones can help prevent osteoporosis.
  • Reduce cancer risk - Isoflavones seem to be protect agains tumors because they act against cancer cells in a way similar to many common cancer-treating drugs. Population-based studies show a strong association between consumption of isoflavones and a reduced risk of breast and endometrial cancer. Women who ate the most soy products and other foods rich in isoflavones reduced their risk of endometrial cancer by 54%.

Isoflavones are natural antioxidants

A recent study has demonstrated that isoflavones have potent antioxidant properties, comparable to that of the well known antioxidant vitamin E. The antioxidant powers of isoflavones can reduce the long-term risk of cancer by preventing free radical damage to DNA. Genistein is the most potent antioxidant among the soy isoflavones, followed by daidzein.

Source: http://www.isoflavones.info/

Read More