Friday 21 March 2014

Natural Home Made Masker ESP

Masker Semulajadi ESP dan Yogurt

Assalamualikum wbt

InsyaAllah hari ni saya akan share 1 tip kecantikan ngan ESP. :)
Selain diminum dengan pelbagai air kegemaran kita ataupun dibuat smoothy utk dinikmati seisi keluarga, ESP ni jugak boleh dipakai kat muka sebagai mask.. haaa.. menarik kan?

Saya mmg excited  bila tahu ESP boleh dibuat mask  :). Salah satu sebab ialah kalau pergi buat facial kat spa so far, ada satu spa jer yang mask dia rasa dan bau natural. Tapi package kat Spa tu memang agak mahal lah. sekali tu je kot pergi..hehe.. Yang lain ada sedikit rasa dan bau 'tajam' yang saya rasa adalah dari campuran bahan kimia. Sama juga kalau yang dibeli kat kedai face mask yang ready made dan hanya balik tampal kat muka. Sementara nak tunggu mask tu kering rasa agak tak selesa. So seronok sangatlah dpt tahu ada alternative mask yg natural yang boleh dibuat sendiri.

Lagi satu sebab murah dan senang nak dibuat sendiri kat rumah :) dan boleh pakai bila2 masa jer.. boleh mintak hubby or anak2 tolong sapukan. Nak sapukan kat muka diorng pun boleh sebab mask ni sangatlah selamat. :) boleh jadikan aktiviti family yang FUN! hehe.

Eh, banyak pulak berceloteh saya ni. :P
Meh2 saya sharekan resepi ESP + Plain Yogurt Mask ni :)

Resepi Masker ESP
Bahan2nya:
1. Setengah cawan natural plain yogurt (pape brand pun boleh)
2. Satu sudu teh ESP

Caranya:
1. Kacau sebati 2 bahan di atas
2. Sapukan rata pada muka dan juga pada leher (kalau nak lah)
3. Biarkan selama 20-30 minit atau sampai kering
4. Basuh dengan air suam

Buat 2 atau 3 kali seminggu untuk kesan terbaik.

Senang sangat kan? Jom lah sama2 try :) insyaAllah anda akan rasa best masa pakai dan LAGI best bila dah basuh. :)

Kenapa yogurt bagus digunakan untuk dibuat masker?
  • Dalam yogurt ada asid laktik yang berfungsi sebagai exfoliator atau agen pengelupasan yang menjadikan kulit wajah makin lembut. Dengan yogurt, pengelupasan berlaku secara lembut, so sesuai utk kulit sensitif jugak.
  • Yogurt bantu membekalkan kelembapan pada kulit 
  • Yogurt juga adalah anti-fungul dan anti-bakteria - boleh bantu kurangkan jerawat, kecutkan jerawat, pulihkan tona kulit yang tak sekata
  • Memberi kelegaan pada kulit dan memulihkan kesan sun burn sebab yogurt juga mengadungi zink
Dan bila digabungkan dengan ESP yang mempunyai kandungan protein yang tinggi yg sangat diperlukan untuk membaikpulih sel2 dan tisu2 dalam badan kita (dan kulit kita), hasilnya InsyaAllah takkan mengecewakan malah akan membuat anda teruja!



Ayuh ibu2, kakak2, adik2 kita cuba ESP + Plain Yogurt Masker ni. Abang2, pakcik2 nak cuba pun apa salahnyer.. :)

Senang, semulajadi, jimat dah selamat untuk kulit lembut, licin, lembap, anjal dan cerah sekata!
Kalau belum ada ESP kat rumah kena lah dapatkan dulu? Mana nak beli?

Boleh contact saya utk dptkan ESP anda sebab saya pengedar sah Shaklee :D
Selamat mencuba!!

Hanun Farha
SID: 882031
Call/SMS/Whatsapp: 0129503142
fb:https://www.facebook.com/hanunfarha
Fan Page: My Precious Health Cube


About Unknown

A mom to three adorable heroes, insyaAllah will be our Imam Muda(s). A wife to a loving and very supportive husband. Being blessed with all great family and friends around us. A Shaklee Independent Distributor by choice, SID 882031. Dedicated to spread the goodness of Shaklee and promote healthy life.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment