Friday 5 September 2014

Pemeriksaan dan Rawatan Gigi di Klinik Pergigian UIAM

Assalamualaikum & Good Day.

I had a truly great experience yesterday at Klinik Pergigian UIAM Kuantan. Ramai yang tak tahu UIAM ada menyediakan perkhidmatan rawatan pergigian ni, so I think it is so worth sharing.

Macam mana saya boleh sampai ke Klinik Gigi UIA ni?
Al-kisahnya dari sakit sebelah muka. Sakit yang bermula dari gusi depan sebelah kanan, lepas tu merebak ke seluruh gusi sebelah kanan atas dan bawah, pastu dia menyerang batang hidung sebelah kanan, tulang kening dan tulang pipi kanan, kemudian telinga dan leher belah kanan.

Risau ok.. hubby lagi risau. Mula-mula pergi jumpa doktor gigi, dia check kata gigi sihat, mungkin gusi je yang tak sihat, so dia buat scaling dan bg mouthwash. Sakit berkurangan sekejap pastu datang balik. Then pergi jumpa specialist, bukan 1 tapi dua, pakar ENT dan Consultant Physicaian. Siap buat MRI, test movement semua anggota badan dan ambil blood test. The result came out with everything is normal and both specialist diagnose me with nerve inflamation/problem dekat saraf muka yang dipanggil Trigeminal nerve.

Gambar di bawah ni explain kat mana saya rasa sakit tu, all those areas in red and fair enough if both doctors suspected nerve tu lah yang bermasalah. Tapi doktor tak boleh bagi apa-apa ubat pada saya sebab saya tengah menyusu, dan yang terbaik mereka boleh beri adalah PANADOL.




Sakit makin kuat lepas jumpa doktor pakar kedua, rasa macam sakit nak beranak ok, cuma dekat muka dan berterusan. Kalau contraction nak beranak tu ada juga masa-masa yang lega sekejap. Akibat tidak puas hati dengan hanya diberi panadol saya pun carilah klinik gigi . Mungkin jugak gigi saya sebenarnya yang bermasalah. Allah gerakkan hati pergi UIAM Kuantan sebab rakan sekerja ada bagitahu yang UIAM ada X-ray dan prosedur standard mereka akan X-ray.

Itulah kisahnya macam mana saya boleh menjejakkan kaki ke Klinik Pergigian UIAM.

Lokasi

Klinik Pergigian UIAM ni terletak di dalam Kampus UIAM Kuantan di Kuliyyah of Dentistry. Bangunan Kuliyyah of Dentistry boleh nampak from our house. Untuk detail address dan contact number klinik boleh refer dekat sini. Klinik terletak di tingkat 1.

Kuliyyah of Dentistry, UIAM Kuantan

Pendaftaran

Saya sampai ke klinik tepat jam 4 petang. Terserempak dengan student yang dah habis sessi pembelajaran dan praktikal untuk hari itu. Mereka sangat ramah, tunjukkan jalan macam mana nak ke klinik dan buat pendaftaran. Siap terangkan prosedur seterusnya.

Saya daftar, isi borang personal details patient, sign consent letter dan bayar RM5 untuk pendaftaran.
kemudian dipanggil masuk bilik rawatan untuk screening. Tak sampai 1 minit pun prosedur tu. Apa dia buat? dia tgk gigi satu persatu dan buat charting tentang condition setiap gigi. Very quick one as it is just a formality. The actual full check up and diagnosis will be done by the student with appointment.
So lepas screening tu saya balik, dan tunggu SMS dari student untuk set appointment.

Pemeriksaan & Rawatan

The next day saya pergi untuk pemeriksaan dan rawatan mengikut temujanji yang dah dipersetujui dengan Dentistry student yang contact saya. Saya pergi dengan Hafiz. Masuk je bilik rawatan tu memang amazed! Dengan Hafiz pun excited. selalu pergi dentist ada satu or maximum dua je kerusi rawatan gigi tu kan, ni ada 150!! It is like a very huge office yang full dengan workstation tapi workstation dia tu ganti dengan dentist 'workstation'. Rasa macam ada kat another planet.. ok , itu dah over.. hehe.
Gambar kat bawah ni masa tempat ni baru siap rasanya, the actual condition is more exciting with at least 2 'dentist to be' at each workstation with complete uniform :) 

Dentist to-be workstations


Check up bermula dengan beberapa soalan basic as per standard form yang student pegang untuk tahu history of dental care, keadaan kesihatan dan masalah yang dihadapi oleh patient. Kemudian gigi akan diperiksa dan pemerhatian direkodkan oleh a pair of students. Lepas tu doctor pulak datang check untuk verify findings from the student. Doktor akan summarize the findings dan explain pada patient. Kemudian doktor arahkan untuk buat beberapa pemeriksaan lagi seperti X-ray dan Pulp Test.
Yang saya kagum, mereka tak simply buat diagnosis samaada untuk tampal atau untuk cabut. Pemeriksaan yang sangat rapi dibuat sebelum keputusan dibuat untuk apa rawatan yang perlu. 

I have to do 2 types of X-ray before I got treated and doctor explained in detail the condition of my teeth and briefed my on the options that I have so that I can made an informed decision. Takde lah cakap gigi awak dah teruk sangat ni, kita kena cabut. Being an engineer yang nak tahu the mechanism dan relation between the cause and effect saya sangat suka cara ni :)

So, keputusannya saya kena cabut gigi bongsu belah kanan atas sebab dah belubang teruk sampai ke dental pulp. Sebab tu lah saya rasa sakit seluruh muka tu, sebab dah kena saraf dan saraf gigi ni sangat lah dekat dengan Trigeminal nerve. erm.. doktors or dentists yang baca ni kalau salah betulkan ek.. pandai2 je I, tapi saya rasa camtu lah perkaitan dia.

Mari belajar anatomi gigi

Saya ingatkan bila dah cabut gigi bongsu tu akan sangat sakit sebab ye lah, gigi tu tak goyang pun dan hubby pesan suruh doktor bius betul-betul sebab akan sakit, tapi Alhamdulillah sakit sikit je masa doktor mula-mula tarik gigi tu then tak rasa apa dah. After ubat bius dah habis pun tak sakit..Alhamdulillah :)

Sakit muka dan kepala belah kanan yang sgt teruk sebelum cabut gigi tu hilang terus lepas gigi ditarik keluar.. owh.. mmg badly damaged dah gigi tu, separuh yang rapat dengan pipi tu dah hilang dan lubang dah sampai ke bahagian yg lembut- dental pulp tu I guess.

Layanan dan Kemudahan

Layanan from the students as well as the doctors and also the X-ray technicians saya boleh bagi A lah. Sopan dan ramah dan peka dengan keperluan kita. Check - up dan treatment saya kat klinik tu makan masa sehari tapi Hafiz boleh duduk sebab ada akak dan abang yang melayan dia, siap tengok cerita Upin ipin dan kartun-kartun lain masa ibu tengah sibuk diperiksa.

Dari segi kemudahannya saya rasa cukup lengkap dan agak canggih. Tools and instruments yang akan masuk dalam mulut kita adalah fresh from the sealed sterilised packaging for each patient dan hygene memang sangat dijaga. 

Hafiz syok tengok Upin Ipin

Kartun yang Hafiz tengok Ibu pun dapat tengok kat screen tu :)

'Menurut Pakar Pergigian Periodontik UIAM Kuantan, Dr. Suhaila Muhammad Ali pembinaan sistem klinikal dan simulasi pembelajaran ini adalah satu lagi usaha yang penting dalam rancangan strategik UIAM melahirkan lebih ramai pakar perubatan pergigian.

"Pembangunan dan pelaksanaan sistem kemudahan 150 kerusi rawatan yang diimport dari Jerman ini mampu meningkatkan persekitaran kondusif pembelajaran pelajar perubatan pergigian untuk melakukan simulasi dan merawat pesakit.

"Dengan kemudahan ini ia memberi penekanan latihan praktikal iaitu fasa klinikal kepada pelajar pergigian untuk merawat pesakit dengan persekitaran sebenar. Kebanyakan pesakit yang dirawat secara percuma ini merupakan orang awam di sekitar Kuantan, Pahang," katanya'


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kampus/20121224/ka_01/Khidmat-pergigian-UIAM#ixzz3CTWSUi55

All in all saya sangat berpuas hati lah dengan service yang ditawarkan oleh UIAM Dental Clinic ni. Dan semuanya PERCUMA! just bayar RM5 untuk pendaftaran sahaja.Makan masa sikit untuk go through semua examination/test yang ada tapi rasanya worth it. InsyaAllah we will have more visits in the future, bawak Imam-Imam Muda ni pulak check up gigi :)

Sungguh ada hikmah di sebalik setiap kejadian dan ujian yang Allah tetapkan untuk kita. Allah bagi saya sakit dah hikmahnya saya dapat experience yang berharga ini. Alhamdulillah :)

Satu tips sebelum saya mengundur diri.. Amek Zinc Complex Shaklee untuk bantu luka cabut gigi cepat sembuh dan darah cepat berhenti :)

owh yea, nak buat gigi palsu for FREE pun boleh kat Klinik Pergigian UIAM ni.

Semoga perkongsian ini bermanfaat..

ok, adios!
Wassalam :)




About Unknown

A mom to three adorable heroes, insyaAllah will be our Imam Muda(s). A wife to a loving and very supportive husband. Being blessed with all great family and friends around us. A Shaklee Independent Distributor by choice, SID 882031. Dedicated to spread the goodness of Shaklee and promote healthy life.

You Might Also Like

33 comments:

  1. saya staf juru X-ray di Kulliyyah Pergigian UIAM Kuantan (KOD IIUM). Maaf jika saya tegur, sebenarnya saya pernah memberi nasihat kepada sesiapa (tak kira staffs, patients, students mahupun pelawat) untuk tidak mengambil gambar di kawasan tersebut kecuali dengan keizinan daripada pihak staf juru x-ray dan pengurusan. Saya kira ada elemen lepas pandang di sini oleh pemilik blog tersebut memandangkan pihak cik / puan berkongsi gambar tersebut daripada pemilik blog lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Nasri Nasir, terima kasih atas teguran, saya akan remove gambar tersebut segera.

      Delete
    2. assalam en.nasri..tumpang tanya..klu nk cabut gigi bongsu yg kena buat minor surgery berapa charge ye klu buat di klinik UIAM ni??

      Delete
    3. Salam, en nasri.sy nk tnya dkt klinik prgigian uiam nie ada wat xray n cbut gg tuk pemsangn braces x?

      Delete
    4. Salam, en nasri.sy nk tnya dkt klinik prgigian uiam nie ada wat xray n cbut gg tuk pemsangn braces x?

      Delete
    5. Salam encik.sy ridzuandari kl.gigi saya dh mula trok dlm kuantiti yg banyak.dimanakah sy blh tanam gigi dgn kos yg rendah.clinic swasta terlalu mahal.info pm please whechat or whatsapp 0176046500 ridzuan

      Delete
    6. Salam encik.sy ridzuandari kl.gigi saya dh mula trok dlm kuantiti yg banyak.dimanakah sy blh tanam gigi dgn kos yg rendah.clinic swasta terlalu mahal.info pm please whechat or whatsapp 0176046500 ridzuan

      Delete
    7. nak tanya sikit, uia dentistry ada buat rawatan crowning x?

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  3. Rawatan di sini semua percuma.. Hanya perlu bayar RM5 utk pendaftaran

    ReplyDelete
  4. Salam, ada rawatan braces tak kat iium?

    ReplyDelete
  5. Masih ada lagi ke khidmat rawatan gigi pcuma di iium skrg...gigi dpn saya blainan warna sbatang...g klinik biasa smpai dekat 800...bleh ke buat di iium...

    ReplyDelete
  6. Masih ada lagi ke khidmat rawatan gigi pcuma di iium skrg...gigi dpn saya blainan warna sbatang...g klinik biasa smpai dekat 800...bleh ke buat di iium...

    ReplyDelete
  7. Rawatan gigi di uia mmg percuma. Melainkan kes2 tertentu yang perlu dibuat melalui pakar pergigian.
    1. Crowning gigi perlukan bayaran sebab kami hantar ke lab luar untuk fabricate.
    2. Braces fixed ade. Tapi dikenakan bayaran. Sebab hanya pakar sahaja yg boleh buat.
    3. Cabutan kalau dengan student free sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau braces tu berapa range bayaran dia tu?

      Delete
  8. cek gigi untuk baby 2 tahun 5 bulan blh x kat sini??

    ReplyDelete
  9. De lagi ke rawatan percuma ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ade lagi. Cumanya treatment drpd students shj free.

      Delete
    2. daripada student maksudnya macam mana eh ? macam kalau bukan student kena bayar rm5 ke ?

      Delete
  10. salam.saye skarang tgah menahan sakit yg amat sangat sgt.rse tampalan saye bocor dan skrang sakit yg amat smpai tak boleh tdo.dri ape saye baca,mngkin gigi dh bernanh di akar dia.byak saye bace org ckp kne wat rawatan root canal.tp rawatan die terlalu mahal(rm500) dan saye xmampu nk byar.adekah rawatan root canal boleh buat kt uia ni?lpas tu adekah free? 0129479041 hidayat.

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum, saya ada dua soalan

    1. buka pukul berapa?
    2. xray kena bayar ke?

    diharap persoalan saya terjawab.. thank you

    ReplyDelete
  12. Salam, kalau buat braces harganya berapa ya?

    ReplyDelete
  13. Salam...kalau kanak2 oku autisme ada bayaran ke untuk cabut gigi?

    ReplyDelete
  14. Bole dapat kan no fon klinik berkenaan?

    ReplyDelete
  15. Good morning.. Non-muslim blh x cabut Gigi kat uia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh.. sesiapa sahaja dialu-alukan :)

      Delete
  16. Salam.. Kalau cuci gigi boleh ke? Kena buat appointment tak?

    ReplyDelete
  17. Salam..kalau skrg tgh lockdown ni blh walk in ke atau kena buat appointment dulu..

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum...sy nk tnya..UIA dentistry ni ad buat pemasangan braces ke? Kalau ada berapa range harganya ya? Tq

    ReplyDelete
  19. Salam
    Sy puan mas
    Nk ty ada rawatan akar?
    Brp kos
    Klu saya nk buat bridge
    Kt klinik gigi uiam ada?

    ReplyDelete
  20. Asslm
    Saya nk tnyer...klau nk buat braces student boleh ke???Berapa bayaran untuk braces tu????

    ReplyDelete