Wednesday, 23 April 2014

Flawless Beautiful Skin Dengan Set NutriWhite Shaklee

Kulit Cantik Tanpa Cela dengan  Set Penjagaan Kulit NutriWhite Shaklee


Assalamualaikum & Salam Sejahtera J

Hari ni rasa nk share pasal skin care set yang saya tgh guna sekarang J

Saya sebelum ni mmg tak berapa rajin untuk pakai skin care set yg ada toner, masker, moisturiser dan krim2 bagai tu.. ada cubaan membeli satu set safi and safi rania tapi 2-3 hari pakai stop.. just consistent guna facial wash je sbb yang tu mmg tak boleh tinggal especially kalau nak solat saya akan cuci muka guna facial wash dek kerana kulit yg berminyak ni.

Start tahun lepas saya cuba berjinak-jinak dengan pencuci muka NutriWhite Shaklee – Gentle Deep Foaming Cleanser. Mula2 dapat cleanser tu agak terkejut dengan ‘kegabakkan’(besarnya) bekas facial wash tu.. tak pernah saya tgk lagi kat kedai tube facial wash sebesar itu..hehe..pastu kaler tube tu putih plain,  150ml hanya ada tulisan sket kat bawah tu.. memang basic ler.. so immediately saya rasa Shaklee ni tak invest unnecessarily on design of bekas skin care set dia sbb dia nak bg kita the content yang worth our $$$.. J

Ok, pastu saya terus cuba sbb excited dapat facial wash baru kan.. hihi.. facial wash dia takde bau, buih halus dan tebal.. tepat ler dgn nama dia ‘foam’ tu..
Bla disapu pada muka rasa lembut dan natural sangat2 J Hasil cucianya??  Semestinya rasa sangat bersih dan lembut je kulit muka ni.. kalau konsisten pakai mmg rasa pipi cam bontot baby gitu.. J Haaa.. disebabkan bekas dia yg besar tu, tahan lah 3-4 bulan  jugak dengan kadar cucian 5-7 kali sehari.. hehe.. yup.. mmg saya cuci muka byk kali (sebelum solat dan time mandi). Kalau guna 2 kali sehari jer mau tahan sampai 8-12 bulan (mmg ada rakan SID guna satu tube tu setahun). Rasa sangat lah berbaloi !!

Wah!! Apa lagi..,terus lah den jatuh chenta ngan facial wash NutriWhite nih.. Pastu start lah gatal nak beli kawan2 dia yang lain, so bulan 4 tahun lepas saya start cuba  Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 dengan Spot Whitening Treatment.. Kesannnya memang mengujakan!! Masa tu saya tengah kerja outdoor, ada plant shutdown. Memang setiap hari berjemur paling kurang 2 jam solid duduk bawah direct sunlight witness orang buat kerja. Amazingly kulit muka saya tak burnt teruk.. dan kulit muka makin lembut dan sekata.. husband pun heran.. ingat lagi dia ckp lepas saya mandi  satu hari tu dan tunjuk muka kat dia sbb rasa cam tak gelap sangat. ‘A’ah lah.. org shutdown makin gelap, ebie makin cerah’.. so ni bukan perasaan sendiri yea..hehe..
Actually takdelah makin putih tapi makin sekata, tu yang nampak cerah tu..

kulit saya dulu mmg agak kusam dan kalau pergi wat facial kat spa2 mesti diorng kata kulit muka saya tak sekata..huhu.. terima je lah kan time tu.. tapi sekarang Alhamdulillah, kulit muka makin cerah sekata... dan lembut halus cam kulit bontot baby Hadi.. hikhik.. I like!! Bulan ni insyaAllah nak amek  Gentle Action Makeup Remover pulak sebab eventhough saya tak pakai makeup, Gentle Action Makeup Remover bagus utk remove minyak2 asap2, habuk2  dan kekotoran lain yg lekat kat muka kita sepanjang hari kita bekerja. Tak sabar.. tak sabar..hehe. :P

Ok lah, cukup ler tu pasal citer saya ngan cinta hati baru saya NutriWhite Shaklee nih.. Jom tgk apa yang ada lagi dalam set NutriWhite dan macam mana produk NutriWhite ni bekerja utk memulihkan dan menjaga kecantikan kulit wajah kita yg semestinya sangat penting utk kita sebagai wanita kan.




Sistem NutriWhite bertindak dengan 5 cara
1.      Mencegah – melindunggi kulit secara aktif daripada sinar UV, cahaya matahari dan alam sekitar yg dpt menggelapkan kulit
2.     Mngurangkan – mengurangkan penghasilan pigmen hitam pada kulit. Untuk kulit lebih cerah
3.     Menyekat – menyekat pemindahan pigment hitam daripada dalamsel kulit ke lapisan atas untuk mencegak kemunculan tompok hitam
4.     Memperbaharui – memperbaharui dengan menghilangkan sel mati yang mengandungi melamin berlebihan agar kulit cantik berseri
5.     Mencerahkan – mencerahkan warna melamin yang sedia ada serta tompok hitam. Juga menyerlahkan wana kulit secara keseluruhan



Gentle Action Makeup Remover-
ü  Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
ü  Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
ü  Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
ü  Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri

Gentle Deep Foaming Cleanser-
ü  Membersihkan dan menyegarkan kulit
ü  Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
ü  Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
ü  Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
ü  Lembut dan menyegarkan

Soothing Radiance Whitening Softener-
ü  Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
ü  Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
ü  Kudzu menegangkan dan mencerahkan
ü  Marshmallow melembapkan

Daily Defense Whitening Essence
Diformulasi dgn:
ü  Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,
ü  Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
ü  Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok2hitam
ü  Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan dari matahari
ü  Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit, mengembalikan seri wajah

Spot Whitening Treatment-
ü  Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
ü  Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
ü  Cats Claw menegangkan kulit
ü  Vitamin C aktif membawa kecerahan untuk kulit dan lebih halus

Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15-
ü  Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran

Overnight Renewal Whitening Cream-
ü  Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
ü  Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
ü  Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
ü  Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
ü  Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri


And of course being part of Shaklee product, set NutriWhite ni dijamin dari sumber semulajadi, selamat dan berkesan J

“Flawless beauty sourced from nature, perfected by science- NutriWhite Shaklee”
 
Set NutriWhite Shaklee
I am soooo in love with NutriWhite Shaklee!! J

Hanun FarhaSID: 882031Call/SMS/Whatsapp: 0129503142fb:https://www.facebook.com/hanunfarhaFan Page: My Precious Health Cube

About Unknown

A mom to three adorable heroes, insyaAllah will be our Imam Muda(s). A wife to a loving and very supportive husband. Being blessed with all great family and friends around us. A Shaklee Independent Distributor by choice, SID 882031. Dedicated to spread the goodness of Shaklee and promote healthy life.

You Might Also Like

1 comment: