Sunday, 19 March 2017

TIPS BERBISNES BAGI IBU YANG SIBUK DAN BEKERJAYA

Saya pernah dpt soalan camni.

'Akak ni dah ler keje, anak ramai, rumah lagi, usrah lagi, sempat pulak tu berbisnes, coaching2 bagai.

Macam akak boleh manage ek?'

Saya tersenyum saja.. biarkan soalan itu berlalu tanpa jawapan.

Saya reflect balik.. alhamdulillah..dah masuk tahun ke empat saya buat shaklee ni..alhamdulillah paling2 kurang pun setiap bulan dpt bonus ratus2. Bila dah jadi leader, merasa bonus 4 angka.

So hari ni saya nak share mcm mana saya manage dan masih setia bershaklee😊


1. TUJUAN YG JELAS

APA niat kita buat bisnes? Sebab apa kita nak buat bisnes ni? Apa yg kita nak capai, da apa penentu kejayaan kita?

Kalau suka2 je, mmg cepat je kalah dengan kesibukan dan kepenatan harian. Kita kena jelas ngan tujuan kita berniaga mcm mana kita jelas dengan tujuan Allah ciptakan kita.

Saya bukan target nak buat bisnes sambil  sambilan nak dpt seribu dua duit extra tapi akak bershaklee utk jadi bebas hutang, boleh sedekah tanpa berkira-kira dan of course time freedom utk keluarga tersayang. So tujuan akak berbisnes nak bina empire..empire yg boleh diwariskan.

Mesti tahu apa BIG WHY kita buat bisnes.


2. PUSH FACTOR YANG KUAT

Push factor saya adalah saya nak MASA utk anak2, untuk didik anak2 seperti yg saya impikan.. dan nak bantu anak2 shaklee saya jana pendapatan, kurangkan beban kewangan keluarga. Itu utk jangkamasa terdekat.

Untuk jangka masa panjang ada BANYAK! 😄 Antaranya nak lebih ramai org kenal shaklee dan lebih sihat dgn shaklee😉. Saya nak semua orang dapat pilih supplement yang terbaik untuk diri mereka dan keluarga.

Push factor sgt2 penting. Ia jadi something yg kita pegang dan pejuangkan. Kalau ujian dtg mcm mana skali pun. InsyaAllah kita takkan mudah give up bila kita ingat push factor kita. Benda ni akan keep pushing us forward.


Macam mana nak tentukan Prioriti kita

3. DAHULUKAN APA YG PENTING

Mmg sembang lah kalau saya kata saya cukup masa utk buat semua benda. Nak buat kerja rumah, sehari suntuk pun belum tentu cukup dengan anak2 kecik, hero2 pulak tu kan. Kalau jadi suri rumah pun kerja rumah tak habis habis yea tak?

Jadi time management dan tahu kita punya priority adalah benda yg kita harus titikberatkan. Dahulukan yg urgent dan penting. Get all the help you can get. Mintak pertolongan suami mana yang boleh. Kita kena kerja as a team.

Kalau nak buat semua sendiri dan semua nak settle dalam sehari mmg fengsan dik non oi. 😅😅


4. BELI MASA

Ni ramai org tahu. Tapi x ramai org amal.
Baca quran 😊. Bila kita rasa kita makin sibuk, masa 24 jam tu rasa cam 2-3 jam je, lagi lah kena byk baca quran.
InsyaAllah terasa lebih lapang, kerja cepat siap dan otak tak serabut sgt.

Sentiasa doa pada Allah supaya diberi keberkatan waktu juga.


5. BISNES ON THE GO

Yes!! Saya rasa, bisnes on the go ni sgt2 sesuai utk org mcm saya..lebih2 lagi most of activity bisnes saya boleh buat online.

Lagi lah jimat masa, jimat ongkos.
Nak coaching anak2, nak buat kelas, nak consult customer, nak buat sharing, boleh je buat sambil urus anak, masa dlm kereta, sambil masak 😄😄. Gitu ler.

Anak2 shaklee akak pun dah makin hebat mengorak langkah. Ada yg sibuk ngan kerja, sambil tu sambung master lagi tapi makin kencang bershaklee. Alhamdulillah. 😊😊

When there's a will, there's a way, omputeh kata 😄

Belum cuba belum tahu kan?
Nak cuba meh contact saya.. kita sembang2 camner nak mula dan buat sampai jadi.

Yuk!!

Hanun Farha
📲 012 950 3142
Shaklee Business Mentor


Read More

Wednesday, 15 March 2017

JUJUR DALAM BERNIAGA FORMULA BUILT TO LAST



Semenjak dua menjak ni saya suka sgt dengan phrase Built To Last ni.

Bila kita berniaga, mesti lah kita nak perniagaan kita tu terus berkembang dan kekal sampai boleh diwarisi sampai 7 keturunan kita kan?

Semestinya kita bukan nak melompat dari satu biz ke biz yg lain kan? Rugi modal tau! Walaupun biz shaklee ni modal RM 80 sahaja, tenaga, masa, pergi kelas, susah payah perah idea tu pun modal.

Bagi saya untuk bina perniagaan yg built to last ni, tunjang dia adalah JUJUR.

Alhamdulillah produk shaklee produk yg sgt berkualiti, berkesan dan selamat. Terbukti dengan pelbagai kajian sains dan ujian klinikal.

Cuma kita sebagai distributor tak boleh overclaim, tak boleh janjikan bulan dan bintang pada customer.

Bagitahu siap-siap macam mana setiap produk ni akan bertindak.

Kesannya pulak bergantung pada diri setiap individu.

Kalau ada baranga  promo yg expiry date lagi dah hampir, contohnya lagi 2 ke 3 bulan pun bagitau awal awal.

Bila customer ada healing crisis, bantu, terus consult sampai lah stabil.

Jangan jual dan terus tinggalkan customer terkontang kanting.

Paling penting, jangan buat customer rasa TERTIPU.

Bisnes kita tak berkat nanti, org hilang kepercayaan.. mcm mana nak terus berkembang dan kekal kan?

Itu bab jujur pada customer..Tapi yg paling penting kita kena jaga adalah JUJUR PADA ALLAH.

Kenapa?

Bila kita jujur dengan Allah, secara otomatik kita jujur dengan pelanggan, dengan pesaing dan dengan diri sendiri.

Tiada sesuatu pun yang dapat kita sembunyikan dari Allah. Hatta bisikan hati kita ini, apa-apa saja yang terdetik, baik atau buruk semuanya Allah tahu.
Subhanallah, Astghfirullah, semoga semua niat-niat aku berniaga ini semuanya diredai Allah.

Orang berniaga sangat memerlukan kabel yang kuat dengan Allah.
Kerana Allah la yang berupaya menggerakkan hati pelanggan2 kita untuk membeli dari kita, berurusan dengan kita.

Kita mahukan rezeki yang halal dan rezeki yang membawa keberkatan, jadi bila berniaga, kita kenalah jujur dengan Allah dan makhluk-makhluknya.

Berlaku jujur dengan Allah juga bermakna kita kena sentiasa berprasangka baik dengan Allah.

Perniagaan akan ada pasang surutnya.. akan ada ujian2 melanda..tapi selagi kita JUJUR pada customer, pada diri sendiri, pada pesaing dan juga dengan Allah, insyaAllah kita akan dpt bisnes yg Built To Last 😊

Hanun Farha
📲 012 950 3142
Shaklee Business Mentor



Read More

Tuesday, 14 March 2017

ESP DAN DIABETES

KEPENTINGAN ASID AMINO UTK PESAKIT DIABETES

Hari ni saya nak share sikit info pasal diabetes, insulin dan asid amino

Dalam keadaan sihat dan normal, insulin akan dilepaskan bila gula dlm darah kita tinggi. Bila paras gula rendah, pengeluaran hormon insulin di hentikan.

Insulin ni kerja dia tukar gula dlm darah ke tenaga utk sel guna. Dengan cara ni, badan dpt kawal paras gulan dlm darah

Sel badan pesakit diabetes tidak dapat menyerap insulin akibat sel mereka kehilangan sensitiviti terhadap hormon insulin.

Kehilangan sensitiviti terhadap insulin ni menyebabkan gula dalam darah x dpt ditukarkan kepada tenaga yg diperlukan oleh sel. Badan lemah dan gula dlm darah semakin naik. Lama kelamaan keadaan ini ada rosakkan salur darah yg menyebabkan pesakit diabetes terdedah pada risiko sakit jantung atau stroke.

Ada beberapa kajian yg dijalankan menunjukkan bahawa asid amino,  (Arginine) memberi kesan positif terhadap sensitiviti sel terhadap insulin dengan  membantu meningkatkan metabolisma glukosa dalam darah

Oleh itu ia amat baik untuk pesakit diabetes.

Disamping itu, Arginine juga meningkatkan bahan glucagon-like-peptide-1 (GLP-1) dalam usus yang akan membantu mengawal selera makan dan meningkatkan metabolisma glukosa.

Arginine boleh didapati dalam bentuk suplemen yang boleh diambil setiap hari.
Arginine juga amat baik meningkatkan paras Nitric Oxide (NO) yang penting untuk membuka saluran darah arteri dan melancarkan pengaliran darah kita.

Jadinya utk mereka yg ada diabetes, akak sgt syorkan amek ESP.. sebab ESP ni membekalkan kesemua asid amino yg diperlukan oleh badan kita.

ESP ni jugak rendah GI dan juga dari Non GMO soya.

InsyaAllah salah satu ikhtiar yg baik utk kawal gula dlm darah.

012 950 3142
Hanun Farha
Shaklee Consultant



Read More

Wednesday, 15 February 2017

Umat Islam Perlu Proaktif dan Progresif- Teladan Dari Kisah Sahabat

Akaun Bank Saidina Uthman bin Affan

Kisah ni diceritakan oleh mentor saya. Saya share semula supaya ramai dapat manfaat. InsyaAllah.

Tahu tak bahawa akaun bank atas nama Uthman Bin Affan masih wujud hingga ke hari ini?

Ia bermula semasa awal penghijrahan penduduk Islam Mekah ke Madinah. Di madinah ada sebuah perigi yang airnya tak pernah kering. Ada banyak perigi lain tapi perigi2 lain akan kering bila tiba musim kemarau... tapi perigi nan satu tu tak pernah kering.

Perigi tu dimiliki oleh seorang Yahudi. Org Yahudi ni mengambil kesempatan menjual air periginya kepada org2 Madinah. Secara langsung, penduduk Madinah berada dlm keadaan tertekan setiap kali tiba musim kemarau kerana masalah air.

Maka Rasulullah bersabda kepada sahabat2, "Sesiapa yg membeli perigi tersebut & menyumbangkan airnya maka tempatnya di Syurga"

Saidina Uthman adalah bilionaire (bukan acah2 kaya) tapi beliau sgt humble. Senyap2 beliau pi jumpa tuan perigi tu dan offer nak beli periginya.

After so many negotiation, akhirnya orang tu setuju jual SEPARUH periginya kepada Saidina Uthman. Ada yg kata harganya 22k dirham, ada yg kata 100k dirham, tapi pendekata memang mahal tak masuk akal.

Maka dipersertujui mereka berdua tu memiliki perigi tu selang sehari. Masa hari saidina Uthman, dia bagi free water for all. Masa hari lelaki tu, dia kenakan bayaran. Tapi takde siapa pun datang sebab dah dapat free on alternate days. Akhirnya beliau setuju jual semua kepada Saidina Uthman (kat sini jelas bijaknya Saidina Uthman punya strategi dgn beli separuh je dulu dan akhirnya dpt semua).

Kawasan sekitar perigi tu berubah menjadi ladang kurma yang subur. Hasilnya separuh diberi kpd charity & separuh diinvest semula kepada ladang tu. Dan harini bank akaun kepunyaan SaidinaUthman masih berjalan dari hasil ladang tu & diwakafkan sbg hotel berhampiran Masjid Nabawi (tak sure mana satu ni, kena tanya org balik umrah).

Kesimpulannya,

1. Nabi dan para sahabat sgt kaya raya tp diorang hidup dlm keadaan biasa & sederhana walaupun harta berjuta tapi org taktau pun mereka sebenarnya kaya.

2. Dont judge the book by its cover. Buku yang kulitnya koyak rabak tu biasanya ada ilmu bernilai, koyak rabak tu sebab asyik dibelek dibaca 😊

3. Jgn sesekali sandarkan kemalasan kita kepada agama. Jangan peralatkan agama! Agama mana2 pun ajar penganutnya proaktif dan berdikari bukan harap belas ihsan orang.

Jom buka minda dan berazamlah utk jadi orang kaya seperti para sahabat dan para tabien. Ramai sangat ulamak silam yg kaya raya, ada kilang ada ladang tp mereka dok rumah kecik dan nampak mcm org miskin je. Dan ada juga yg duk rumah besar mcm istana namun semua tu takde apa2 pun bg mereka, hanya sekadar rumah. Tak terikat pun dgn dunia.

Kalau nak jadi zuhud, kita kena jadi kaya dulu. Kalau duit pun cukup2 (most of the time tak cukup), tu belum level Zuhud tapi terpaksa.

Jangan takut bila kawan2 kata kejar dunia. Pahala kita bukan terletak pada undian masyarakat 😊 itu akademi Fantasia.


Tertarik sangat dengan hadith ni

“Barangsiapa memberi makan orang lapar, Allah akan memberinya makanan dari buah-buahan syurga. Barangsiapa memberi minuman kepada orang haus, Allah pada hari kiamat nanti akan memberinya minuman syurga yang amat lazat (ar-rahiq al-makhtum), dan barangsiapa memberi pakaian orang yang telanjang, Allah akan memberinya pakaian syurga yang berwarna hijau (khudhr al-jannah).” HR Abu Daud, Tirmizi

Beruntung lah orang yang banyak BERSEDEKAH kan?

Nak bersedekah amat susah, nak2 kalau kita punya HARTA pun cukup2 makan je..

Sebagai Umat Islam kita mesti nak kejar ganjaran bersedekah ni kan? Ada ke yg x nak masuk SYURGA.

Rasanya agama2 lain pun sgt menggalakkan amalan bersedekah ni kan?

Oleh sebab tu jangan sesekali kita berasa selesa dengan apa yg ada utk kita dan keluarga kita. Tak boleh berpeluk tubuh di kala saudara2 kita di Malaysia dan seluruh dunia sgt ramai lagi memerlukan bantuan kita.

Jom kita jadi orang yang proaktif, sentiasa berfikir ke hadapan mcm mana utk memajukan diri dan progresif (sentiasa ada kemajuan) dari segi ilmu, amal dan ekonomi.

Pendek kata kita kena KAYA seperti Saidina Uthman Bin Affan

Kaya hati dan kaya harta supaya dpt kejar syurga yang MAHAL itu. 😊

Untuk yang masih tercari2 peluang untuk menjana mendapat unlimited, jom bersama saya berniaga. Kita berniaga produk yang sudah establish, yang dijamin halal, berkesan dan selamat dengan modal hanya serenda RM80 😉

Hanun Farha
📲 012 950 3142
Ummu Amirul & Amira
Shaklee Business Mentor


Read More

Wednesday, 7 December 2016

Cara Jimat Nak Beli Supplement



Sepanjang terjebak dengan  bisnes ni, mcm2 org kita jumpa..

Kebanyakan customers saya adalah kawan2 fb saya.. yea lah, dah promote pun thru fb jer.. i is pemalu ok 😁

Alhamdulillah, setakat ni kawan2 sgt support bisnes saya.

Bila buat biz shaklee, jarang ada masalah kawan2 mintak harga diskaun.. sbb harga retail shaklee mmg dah standard.. mereka pun dah tahu quality produk shaklee mcm mana.

Saya selalunya akan bgtau kawan2 kalau nak jimat, jom jadi ahli..confirm dpt harga termurah.. untung2 beli banyak utk kegunàan sendiri ngan family, cukup point boleh dpt cash bonus lagi 😉


Kelebihan menjadi ahli shaklee

Di kala harga barang2 makin naik tahun demi tahun, harga produk shaklee tak naik pun since saya join ahli tahun 2011 sampai sekarang..


Untuk mula biz ni pun x perlu modal  riban2..dengan rm 80 je saya dah boleh jadi distributor.. tak perlu simpan stock pun. Memang sesuai sgt utk yg tgh cari2 peluang nak tambah pendapatan nak tampung kos sara hidup yg makin naik dan terus naik ni. Bonus Shaklee agak lumayan bergantung pada usaha kita


Nak kurangkan perbelanjaan rasanya dah habis catu dah.. so apa kata kita tambahkan pendapatan 😉

Nak join membership shaklee?
Nak guide yang lengkap untuk start bisnes shaklee?

Contact saya di
0129503142

Hanun Farha

SID: 882031

Call/SMS/Whatsapp: 0129503142

fb:https://www.facebook.com/hanunfarha

Fan Page: My Precious Health Cube

IG : https://www.instagram.com/hanun_farha


Read More

Tuesday, 29 November 2016

ESP

ESP - All Time Favourite

All time favourite

Akak kan jual shekley..
Kalau ditanya product apa yg akak suka..jawabnya, sumer yg akak tgh amek ni akak suka..hahaha

Tapi akak ada 2 product yg paling akak suka lah.. my all time fav gitu.

Salah satunyer minuman Protin Soya yg Memberi Tenaga atu nama glamernyer ESP 😁

Asalnya amek sbb menyusu...tapi sudahnya sekarang all the time minum..pregnant ke dah wean off ke..tak pernah stop 😊

Apa yg best sgt ESP ni? Meh nak story sket

1. Yg paling utama semestinya meet expectation akak utk bantu akak menyusu anak (exclusive breastfeeding) sampai 6 sebulan dan terus menyusu sampai more than 1 year🍼

2.  Anak2 happy, jarang kembung dan jarang meragam sbb x puas nyusu👶

3. Mak lebih bertenaga..nak manage anak2 kecik dan anak2 besar yg tgh lasak..penting utk elakkan ibu stress melampau sampai jadi mak ko hijau👽

4. Lepas satu satu side effect akak dpt tau, mula2 rasa kulit makin #licin dan #lembut..pastu lebih #anjal.. lama2 makin #cerah! Ni akak paling suka 😍😍😁 wanita dan kecantikan berpisah tiada..ye dok?
Badan pun cepat kembali #slim lepas beranak.😊😊Pastu akak perasan #parut2 makin pudar, #keloid2 makin nipis. Kulit anak2 pun cantik je tau

5. Jimat!! Anak2 akak ni jenis kuat menyusu..dah makan solid pun minum susu maintain camtu gak..dah ada gigi byk pun, masih suka menyusu..kalau bg formula mau sekotak tak dan semingu..nak pulak kalau yg jenis alah susu lembu..susu soya baby mahal diknon!! Untung lah dpt susukan anak2 sampai setahun lebih..belanja rm150 je sebulan amek ESP(harga ahli lg murah tau)

6. Pastu akak tak perlu risau nak amek ESP ni bertahun-tahun.. sbb #ESP dari soya Non GMO, semuanya semulajadi, takde kolesterol, takde lemak, bahan awet, pemanis tiruan sumer takde. Pastu pulak ada Landmark study yg bgtau org yg amek shaklee dlm jangkamasa panjang (20 thn), risiko nak kena sakit kronik lebih rendah dari yg tak amek supplement langsung 😉

7. Dan bila akak jual ESP kat customer, hampir setiap hari dpt testimoni dan feedback yg best dari ibu2 yg happy.. seronok tau dpt bantu ibu2 merealisasikan impian nak bg susu terbaik utk anak2 syurga diorg. 😍😍😍😊

Apa lagi..akak akan jadi ESP lover, dulu kini dan selamanya..💗💗💗

Sekarang kan dah ada susu kurma Farm Fresh tu.. shake ngan ESP MasyaAllah!! Sedaaaapppp sgt rasa mcm terbang ke bulan 😁😁

Serius uols kena try

Nak order sekarang?
Meh2 whatsapp akak

0129503142
Hanun Farha
Your Shaklee Consultant






Read More

Sunday, 27 November 2016

Ada Apa Dengan Hobi?

Ada apa dengan HOBI?

Teringat dulu2, bila perkenalkan diri bila masuk company baru orang mesti nak tanya hobi.. masa tu mmg takde specific hobi..masa lapang tgk anime ataupun baca buku je lah.

Tapi bila dah kawen dan beranak pinak ni, tv ke anime ke korea ke x dan dah nak tgk.. dan sekarang dah ada hobi yg lagi best tau- TRAVELLING aka jenjalan.

Setiap tahun akan pasang angan2 nak gi travel ngan suami dan anak2..tak kira lah dalam ke luar negara..makin byk anak makin membuak2 rasa nak gi travel around the world.. lagi2 lah dok dlm group #iReach Travel..terbakor je setiap hari tgk diorg share tempat2 menarik, tips2 travelling, tiket murah 😃

Travelling ni bukan saja2 syok2 gi makan angin tau.. byk membina diri dan family jugak sebenarnya..

Bila hobi travel ngan family, kita belajar cara nak uruskan kewangan keluarga. Mesti nak kena ada saving utk gi travel. Kalau gaji cukup2 makan je kena ada plan nak dpt extra income..saya target bonus shaklee..simpan 10% dari bonus bulanan utk travel..lg gemuk bonus lg byk lah duit utk gi jln2 kan 😁😁

Bukan ibu ayah je yg kena menyimpan..anak2 pun berusaha jugak menabung..abg hakim dah kumpul duit singgit2 blanja sekolah dia cukup dah nak beli tiket masuk Legoland utk kami sekeluarga

Jalan2 ngan family bukan semudah jalan2 ngan geng bujang.. byk persiapan kena buat. Dari situ kita belajar utk buat perancangan awal dan lebih teliti, tak boleh main hentam je pergi. Rancang perjalanan supaya x stress, supaya anak2 happy. Kena bayangkan apa yg akan jadi sepanjang pengembaraan kita tu, sediakan pape yg patut dan mesti ada plan B, plan C.

Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan.. selain dari menikmati panorama yg cantik kat negara org, kita dpt blajar budaya yg berbeza, nilai2 yg bgs dari org2 tempatan dan boleh try speaking2 bahasa depa😁. Travelling ni byk membuka mata kitorng utk lebih bersyukur dan dlm masa yg sama kena usaha jadi lebih baik.

Masa travel especially with kids, kita belajar tawakkal dan redha.. sbb tak semua dlm kita punya control dan tak semua berjalan mcm kita rancang. Enjoy every moment of it walaupun adakalanya tersesat, brg hilang, anak2 termuntah dan mcm2 lagi lah.😅

Time travel ke Istanbul 3 thn lepas dan tahun lepas terasa sgt izzah jadi org Islam. Rasa byk sgt lagi kena buat utk kembalikan kegemilangan khalifah macam time Sultan Muhammad Al Fateh.

Next destination InsyaAllah Kundasang, nak menikmati suasana obersee kat negara sendiri..pastu Jepun nak tgk sakura blossom, pastu Korea nak gi Nami Island, then New Zeland, Switzerland dan Iceland nak melihat pemandangan yg MasyaAllah..mcm bayangan syurga kat dunia ni😊😊😊

Dan the list goes on.. Kashmir, Europe, Al- Andalus, Morocco dan hopefully Palestin satu hari nanti 😀

Sekarang jalan2 family kecik kami je..teringin jugak nak bawak mak, umi, ayah dan adik beradik jalan sama2 satu hari ni.. insyaAllah..tiada yg mustahil..


Apa hobi anda? Kalau suka travel mcm saya kat mana tempat impian anda nak pergi?
Jom share ;)


Read More