Wednesday, 15 May 2013

Teacher's Day Tribute

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Good Day,

Lately selalu dengan perbincangan tentang membina Guru Murrabi dan Guru Muaddib di radio IKIM. Saya sgt tertarik dengan kedua-dua topik ni dan I think it is really a good effort untuk memartabatkan kembali peranan dan kedudukan guru sebagai Role Model dan Reference Figure dalam masyarakat kita hari ni yang menjangkau lebih daripada tugasan guru di dalam bilik darjah di mana fokus utama ialah hanya untuk memastikan silibus yang ditetapkan dapat dihabiskan.

Guru Murrabbi berperanan sebagai da'ie atau pendakwah di mana akan sentiasa bijak mengambil ruang dan peluang untuk menarik pelajar mengenal Rabb kita dengan lebih dekat. Manakala Guru Muaddib pula berperanan untuk membina akhlak dah sahsiah yang baik di kalangan pelajar dengan menitiskan adab kepada murid2 secara berterusan. Kedua2 peranan ini sangat penting utk melahirkan seorang insan yang mantap akidahnya, indah akhlaknya dan menjadi orang yang berjaya dia dunia dan akhirat.

Ok, both terms ni bukan utk melahirkan guru yang bertitle guru Murabbi dan guru Muaddib tapi utk membentuk semua guru2 utk mempunyai ciri2 seperti ni. Dan ia bukan perkara baru, cuma mungkin semakin luput akhir2 ini. Masa zaman saya sekolah dulu masih ramai yang guru yang pada pandangan saya membawa kedua-dua peranan ini. Dan Alhamdulillah, di sekolah saya tidak hanya belajar subjek yang diajar di dalam kelas but a lot more beyond that.

First and foremost I can feel the love from my teachers. Each and everyone of us gets fair attention from the teachers. Saya juga belajar hormat kepada guru bila cikgu2 mengajar dengan bersungguh-sungguh dan sabar dengan karenah kitorng yang hyper, byk tanya dan suka main2. Cikgu2 menangani kitorng dgn penuh berhemah, bukan secara emosional. Rotan, cubit, berdiri atas kerusi tu memang ada, tapi sedikit pun rasa benci tak timbul pada cikgu yang menghukum tu sebabnye cikgu2 saya menjalankan hukuman tu as part of the learning process and they did it professionally not emotionally.

I also learnt passion and hardwork will bring you success. Ni saya belajar byknya time aktiviti ko-kurikulum kat skolah. Cikgu2 yang handle nasyid, pertandingan bercerita, games and sport, quizzes memang bersungguh-sunnguh melatih saya dah kawan2 utk buat the best we can. Bila ada kesungguhan yang tinggi, insyaAllah kejayaan akan datang. Even tak menang pun we were satisfied because we gave a great fight.

Rumah2 cikgu mmg tak pernah sunyi lah dari kunjungan kitorng, especially kalau dekat hari sukan. Kitorng akan berkumpul kat rumah cikgu nak buat costume utk perarakan rumah sukan ngan brg2 hiasan khemah. Memang seronok! And bila exam years, ada lah yang bertandang ke umah cikgu utk kelas tuisyen, kelas intensive lah, latih tubi lah.. I had a great experience with this scenario. My mum was a teacher, english teacher. So masa kecik, belum skolah bila ummi buat kelas tuisyen kat rumah saya sibuk je nak duduk skali ngan abang2, kakak2 yang datang.. Kadang2 diorng sibuk melayan saya dari buat apa yang ummi suruh diong buat.. Hehe.. Sorry yea ummi. But when i had entered primary school, saya pulak join tution class umi dan adik2 pulak yang kacau.. Hehe

Yes, i have learn so much in school dan berkat didikan dan asuhan cikgu-cikgu semua I am what I am today. Alhamdulillah :). Sempena hari guru hari ni, saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua guru yang telah mendidik dan membentuk saya secara langsung atau tidak langsung. First and foremost of course to my lifelong teachers, ummi (teacher Ruhana) and ayah ( Cikgu Di). Cikgu tadika saya, tapi tak ingat nama.. huhu.. mintak maaf Ustazah, tak ingat sbb panggil Ustazah jer..hehe..cikgu2 skolah rendah..Cikgu darjah satu Cikgu Noriha & Cikgu Kamariah, Sir Amin cikgu English, Cikgu Anwar cikgu maths yg sgt terer, Cikgu che Rahmah guru muzik yg sgt best, Ustaz Abu Bakar yg mengajar dgn penuh perasaan, cikgu Siti Rahim cikgu BM. Cikgu2 skolah menengah, Pn Nora cikgu sejarah yang super saiyya, buku text sejarah tu sumer dalam kepala dia jer, Pn Siti Hawa cikgu kimia yang lemah lembut tapi nampak ketegasannya, Cikgu Che Rahmah, guru akaun saya yang buat saya bercita-cita nak jadi akauntan tapi tak kesampaian..hehe, Mr Tan Hock Ann, cikgu Bio yg sgt prihatin, bila nampak sudent ramai dah ngantuk, dia bg kitorng tido jap 10 minit.. Mmg cool!

I can only mention a few of them here, ramai sgt lagi cikgu2 saya.. Tak dapat nak sebut sumer kang sampai lusa pun tak abis (hehe.. Padahal masalah memori).

But I love you all so much, and really appreciate what you have taught us, anak2 bangsa Malaysia and all the sacrifices you made, only Allah can repay them. May Allah bless your life here in and here after.

Tak lupa juga kepada teacher2 Taska &Tadika Ar-Raudah dan Tadika Muslim Kreatif for taking care, nurture and develop my kids Muhammad Amirul Hakim & Muhammad Amirul Hafiz to be good Muslims. Really appreciate your time, effort and patience.

Juga kepada my beloved aunties and uncle yang bergelar Guru, sahabat dan saudara mara serta semua guru2 di mana saja anda berada. Kerjaya guru adalah kerjaya yang sgt mulia kerana setiap masa anda mendidik dan membentuk anak2 bangsa untuk menjadi insan yang berguna dan berjaya di dunia dan di akhirat. Apa yang dicurahkan pada murid2 adalah amal jariah yang berkekalan selagi mana mereka menggunakan ilmu yang anda ajarkan utk kemaslahatan diri dan masyarakat.

Semoga Allah membalas jasamu CIKGU dgn balasan yang lebih baik. Jazakumullahu khairan kathira.

SELAMAT HARI GURU! 😊









About Hanun Farha Rasdi

A mom to three adorable heroes, insyaAllah will be our Imam Muda(s). A wife to a loving and very supportive husband. Being blessed with all great family and friends around us. A Shaklee Independent Distributor by choice, SID 882031. Dedicated to spread the goodness of Shaklee and promote healthy life.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment