Sunday 7 September 2014

Imam Muda Amirul Hakim - Journey to SRAIB

Assalamualaikum & Good Day

I can't remember since when but I always hope that our Imam Mudas dapat belajar di Sekolah Rendah Agama Al Irsyad Balok (SRAIB). Ini disebabkan ibu dan ayah berpendapat kefahaman tentang Islam sejak dari kecil lagi sangat-sangat penting untuk membina sahsiah dan jati diri anak2 kami dalam mengharungi dunia yang penuh fitnah dan pancaroba ini.

Kami memilih SRAIB ini berdasarkan faktor-faktor berikut:

  • Falsafah dan Matlamat Sekolah yang bertepatan dengan apa yang kami inginkan untuk Imam- Imam Muda kami.
  • Suasana sekolah yang kondusif dengan kemudahan yang baik
  • Reputasi sekolah dan tenaga pengajar yang komited untuk melahirkan pelajar yang Soleh dan Musleh
  • Penekanan Bahasa Arab di mana semua matapelajaran tentang agama Islam (Aqidah, Fiqah, Sirah,dll) diajar dalam Bahasa Arab
SRAIB 

Dulu, ibu ingatkan nak masuk sekolah swasta ni senang sahaja, daftar dan bayar dah dapat masuk.. rupa-rupanya tak semudah yang disangka. Sekarang ni, nak masuk sekolah rendah pun ada exam dan interview. Bukan setakat anak2, yapi ibu bapa pun kena jawab soalan bertulis. Kami dapat tahu tentang ini tahun lepas dari rakan-rakan sekerja yang menghantar anak-anak ke SRAIB. 

Disebabkan ramai sangat ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak ke SRAIB ni, pihak sekolah terpaksa buat saringan sebab tawaran terhad. Oleh kerana matapelajaran yang agak banyak dan diajar pula dalam Bahasa Arab, pihak sekolah perlu memastikan kanak2 yang bakal belajar di SRAIB mampu untuk suasana pembelajaran yang agak demanding. Sekurang-kurangnya anak2 ini sudah boleh membaca.

Bila ibu ajar Abg Hakim baca Iqra' ibu selalu beritahu yang dia perlu pandai baca Iqra' dan Al-Quran supaya dapat masuk sekolah yang elok tapi tak pernah sebut sekolah Irsyad. Satu hari balik dari sekolah tadika, Abg Hakim kata dia nak masuk sekolah Irsyad. Hairan jugak sebab tak pernah bagitahu dia dan kami tak pernah nampak pun sekolah tu. Rupanya ada kawan sekelas dia yang cerita. Dalam hati rasa syukur sebab Abg Hakim sendiri ada keinginan belajar di SRAIB.

Dapat tahu je borang permohonan ke Darjah 1 SRAIB dibuka bulan April tahun ni, ibu terus isi borang dan hantar. Dan dari hari itu memang dah berdebar-debar sebab berharap sangat Imam Muda Amirul Hakim dapat belajar di situ. Ujian saringan untuk pengambilan murid Darjah 1 biasanya dijalan pada bulan 8.

Pertengahan bulan Ogos, masa tu kami dalam perjalanan dari KL ke Kuantan, jiran bgtau yang mereka dah dapat surat tawaran temuduga dari SRAIB dan perlu dijawab pada keesokan harinya. Risau kenapa kami tak terima surat tawaran itu walhal borang dah hantar awal. Ibu pun telefon pihak sekolah untuk bertanya.
Rupa-rupanya surat dah dihantar awal bulan Ogos tapi tak sampai ke rumah. Syukur sangat2 sebab jiran bgtahu pasal surat tu, Kalau tak, mestilah kami tak respond pada pihak sekolah mengikit tarikh yang ditetapkan dan dianggap kami tak berminat. 

So ibu pun tanpa membuang masa pergi ke SRAIB untuk ambil surat dan terus berikan jawapan untuk hadir temuduga. SATU MINGGU je lagi dari tarikh bg jawapan tu! Memang tak senang duduk lah ibu macam ibu yang nak amek exam besar. Risau sangat sebab ada soalan Bahasa Arab dan Jawi yang mana Abg Hakim memang tak belajar di tadika. So, apa lagi.. gerak gempur lah ibu dengan Abg Hakim, Check balik bacaan Iqra' dia, latih baca Bahasa Melayu, Bahasa Arab sempat ajar anggota badan sahaja, Jawi tak sempat sentuh sebab dalam seminggu tu juga lah kami kena balik ke Taiping sebab Arwah Tok Wan Abg Hakim kembali ke rahmatullah.

Alhamdulillah walaupun ada masa berperang ngan Abg Hakim suruh dia belajar tapi dia agak tekun ulang kaji sebab memang dia nak masuk SRAIB. Sehari sebelum temuduga baru kami balik ke Kuantan. Bila tanya Abg Hakim dia dah sedia ke? Jawabnya dah sedia sebab dia dah hafal anggota-anggota badan dalam Bahasa Arab.. :) confident je Abg Hakim ni. Ibu jer yang kecut perut sebab rasa cam tak fully prepared. Ye lah, Jawi tak sempat ajar, English tak sempat check. Doa yang berterusan je dapat ibu buat.

Zikir dan Doa semasa Abg Hakim tekun jawab soalan bertulis
 
Abang Hakim sangat tekun jawab soalan bertulis. Rakan-rakan sebaya dia, dalam sejam dah siap jawab dan keluar untuk ujian lisan pulak. Abang Hakim gunakan sepenuh masa yang diberikan, hampir 2 jam dia menjawab soalan bertulis. Katanya Abang fikir sampai pening, tapi lama-lama Abang faham macam mana nak jawab. :) Ibu dah pesan siap-siap kalau abg tak faham arahan soalan tu tanya Ustaz.. Alhamdulillah dia tanya. 
Abang Hakim menjalani ujian lisan

Semasa ujian lisan kami dapat tengok sebab Abg Hakim dapat tempat tepi tingkap, Alhamdulillah dia boleh baca walaupun tak selancar sesetengah budak perempuan , tapi dia boleh baca. Masa tu ibu dan ayah rasa bangga sangat dengan Abg Hakim atas ketekunan dan kesungguhan dia. Tak kira lah macam mana keputusannya pun kami sangat bangga :)

Ustazah yang bagi briefing bgtau result akan keluar dalam masa 2 minggu. Setiap hari kami berdoa semoga Allah izinkan Abg Hakim belajar di Irsyad. Setiap kali selepas solat dan waktu hujan, ibu sentiasa pesan kat Abg Hakim supaya dia pun berdoa sama :) sampai sekarang pun bila hujan dia akan doa " Ya Allah ya Tuhanku, Bagi lah Abg Hakim masuk Sekolah Irsyad".

Dan Khamis lepas, Ayah balik kerja terus tunjukkan ibu SMS yang kami tunggu2.. :)

"...SRAIB: TAHNIAH, anak tuan telah berjaya dalam temuduga kemasukan Tahun 1/2015..."

Alhamdulillah!! tak terkata gembira rasanya :) Perasaan tu lagi seronok dari amek result SPM sendiri. Syukur sangat2.. :) Semoga ia adalah kesinambungan yang terbaik untuk mendidik Imam Muda Amirul Hakim menjadi anak yang Soleh wa Musleh, Mujahid yang berjuang menegakkan kebenaran dan Daie yang Muwajjih serta pejuang pembebas Al-Aqsa.


Ibu dan ayah sayang Abg Hakim kerana Allah :)
Semoga Abg Hakim membesar menjadi Amirul Hakim (ketua yang bijaksana) yang dapat membimbing dan membawa orang di sekeliling anakanda untuk meraih Nur Islam dan melalui jalan yang lurus ke Jannah.



About Unknown

A mom to three adorable heroes, insyaAllah will be our Imam Muda(s). A wife to a loving and very supportive husband. Being blessed with all great family and friends around us. A Shaklee Independent Distributor by choice, SID 882031. Dedicated to spread the goodness of Shaklee and promote healthy life.

You Might Also Like

1 comment:

  1. Tahniahhh.. bestnyee.. sy baru nk pindah ke kuantan.. survey jugaa sekolah irsyad ni.. tq for sharing..

    ReplyDelete