Monday 29 September 2014

KOLESTEROL - BAHAYAKAH?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Yea.. tajuk pulihan hari ini adalah KOLESTEROL. Rasa teringin nak share pasal kolesterol sebab Hari Raya Haji/Aidiladha/Qurban akan menjelma tak lama lagi. kurang dari seminggu dah.

Alhamdulillah, Malaysia mempunyai masyarakat Muslim yang boleh dikatakan agak senang berbanding negara-negara lain dan masa Hari Raya Qurban memang sangat meriah dengan acara korban sama ada lembu atau kambing (mungkin ada kerbau atau unta).

Dah sudah tentu yang melaksanakan kurban dan yang mendapat sedekah/hadiah  berupa daging kurban ni akan berpesta makan daging goreng, daging singgang, sup tulang, sup gearbox, sup ekor, air asa/kerabu perut, paru goreng, otak lembu masak lemak dan macam2 lagi lah.. :) dan pesta ini akan berlangsung dalam masa lebih kurang seminggu dari hari pertama Aidiladha.

Memang seronok, memang meriah namun jangan kita lupa, bahagian2 badan lembu mempunyai kandungan kolesterol yang agak tinggi.


APAKAH ITU KOLESTEROL?

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.


FUNGSI KOLESTEROL

Kolesterol adalah bahan yang penting untuk badan. Oleh itu kita tidak sepatutnya langsung tidak mengambil kolesterol dalam diet harian kita.

Antara fungsi kolesterol adalah:

  • Membina dan menjaga membran sel
  • Membantu dalam penghasilan jus hempedu
  • Terlibat dalam penghasilan adrogen dan estrogen
  • Penting untuk metabolisma nutrien-nutrien larut lemak
  • Penting untuk penghasilan hormon yang dibebaskan oleh kelenjar adrenal
  • Menukarkan cahaya matahari kepada Vitamin D
  • Menjadi penebat kepada jaringan saraf




KOLESTEROL BAIK, KOLESTEROL JAHAT


Terdapat  dua jenis Kolesterol dalam badan kita iaitu, Low Density Lipoprotein (LDL) dan High Density Lipoprotein (HDL).

Jika paras LDL tinggi di dalam salur darah kita, ia akan menyebabkan pembentukan lemak di dalam salur darah kita. Plak ini akan menyempitkan salur darah kita dan boleh jadi  lebih teruk sehingga meyumbatkan salur darah kita. Bila aliran darah tersekat, terjadilah serangan jantung atau strok.

Oleh sebab itu kolesterol LDL ini dikenali sebagai 'kolesterol jahat'.

Manakala HDL pula membantu darah mengangkut semula LDL dalam darah ke hati untuk disingkirkan. HDL membantu membersihkan salur darah dari mendapat kolesterol LDL.

Oleh itu HDL ini dikenali sebagai "kolesterol baik'.




BAHAYAKAH KOLESTEROL?


Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.


Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung). Jika ada salur darah ke organ2 lain di seluruh badan tersumbat, ia juga boleh menyebabkan strok (angin ahmar).

Partikel kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh partikel kolesterol LDL.

Kandungan kolesterol yang tinggi juga boleh menyumbang kepada masalah ketidaksuburan, tekanan darah tinggi dan penyakit hati

Untuk kekal sihat dan lindungi diri dari serangan jantung dan penyakit-penyakit lain, kita perlu:

  • Mengekalkan kolesterol HDL pada tahap yang tinggi
  • Menurunkan parasa kolesterol LDL

Macam mana nak tahu tinggi ke rendah tahap kolesterol dalam badan kita? Yang ni kita kena buat pemeriksaan berkala di pusat-pusat kesihatan. Dengan teknologi terkini pemeriksaan tahap kolesterol amat lah mudah dan mengambil masa kurang dari 10 minit. Dapatkan bacaan kolesterol anda dan bandingkan dengan paras kolesterol sihat dalam darah seperti dalam gambar di bawah. :)



FAKTOR PENYEBAB TINGGI KOLESTEROL


Antara faktor yang utama menyebabkan paras kolesterol kita naik ialah;
  • Pemakanan yang tak seimbang
  • Merokok
  • Stress
  • Minum minuman keras
  • Hati yang tidak sihat.


Ok, berbalik kepada muqaddimah kita seperti di atas, pemakanan adalah faktor paling utama kenaikan paras kolesterol dalam salur darah kita sehingga ke tahap yang membahayakan.


SARANAN PENGAMBILAN KOLESTROL HARIAN

Berdasarkan guideline yang dikeluarkan oleh American Heart Association, saranan pengambilan kolesterol adalah seperti berikut:


  • Bagi individu normal, tidak melebihi 300mg sehari
  • Untuk pesakit jantung, tidak melebihi 200mg sehari


Mcm mana nak tahu berapa mg kolesterol yang kita amek seharian?

Jom kita lihat kandungan kolesterol dalam beberapa jenis daging dalam jadual di bawah. cuba tengok berapa kandungan kolesterol dalam otak lembu tu? tak pernah makan?? selamat lah.. :) tapi kalau yang pernah makan tahu lah betapa sedapnya.. tapi bab kolesterol tu kena hati-hati lah yea :)



Ok, sekarang mari kita tengok hidangan seharian kita, orang Malaysia, mematuhi ke tak saranan/ had selamat yang dicadangakan oleh American Heart Association?



Haa itulah realitinya.. satu hari biasa, hari2 kita pergi kerja tu je dah lebih 3 kali ganda pengambilan kolesterol dari yang sepatutnya, cuba bayangkan kalau ada celebration, keraian atau hari raya..
ok.. tak tahu berapa puluh kali ganda especially masa raya haji ni.


Ok, boleh buat kira-kira sendiri yea berapa pengambilan kolesterol kita seharian.

Jadi, apa yang perlu saya buat utk menyelamatkan diri dari menjadi mangsa kolesterol tinggi yang membahayakan itu?

7 LANGKAH MENURUNKAN PARAS KOLESTEROL DALAM DARAH


1. Senaman – melakukan senaman selama kira-kira 30 minit senaman 3 atau 4 kali seminggu boleh mengurangkan risiko penyakit yang boleh mengancam nyawa

2. Pengambilan Makanan Yang Sihat

• Pengambilan serat larut air. Dengan meningkatkan pengambilan serat larut air 10 gram sehari, anda boleh menurunkan paras kolesterol anda dengan banyak, Sumber serat yang terbaik termasuklah beberapa jenis buah-buahan, oat  dan pelbagai jenis sayur-sayuran.

• Mengurangkan lemak tepu dan lemak trans.
Lemak tepu yang terdapat dalam makanan yang berasaskan haiwan, termasuk daging, mentega, susu penuh produk tenusu (termasuk, yogurt, keju dan Aiskrim), dan kulit ayam. Lemak tepu juga terdapat dalam minyak sawit. Oleh itu kurangkan makanan bergoreng.

• Kurangkan pengambilan daging merah, telur, & susu penuh – daging merah, susu penuh, dan kuning telur adalah makanan kolesterol yang pekat.

• Asid lemak omega-3 –  Asid lemak Omega 3 meningkatkan HDL dan merendahkan tahap kolesterol LDL.

• Blueberry, bawang putih, & epal – makanan ini tiga yang lazat dan boleh mudah digabungkan dengan pelbagai makanan lain di resipi buatan. Bawang putih dan blueberry merendahkan tekanan darah dan kolesterol. Pectinfiber dalam epal mengurangkan jumlah kolesterol yang dihasilkan di dalam hati. Menggunakan bahan-bahan ini dalam makanan anda boleh mengawal kolesterol dalam badan

• Kacang soya. Produk-produk soya adalah satu lagi contoh makanan yang merendahkan kolesterol. Beberapa kajian mencadangkan bahawa makanan yang mengandungi soya boleh mengurangkan kolesterol buruk seseorang oleh kira-kira 10 peratus. Kacang soya mengandungi bahan kimia semulajadi yang dikenali sebagai isoflavones. Penyelidik percaya bahawa isoflavones, bersama-sama dengan protein yang terkandung dalam soya, membantu mengurangkan kolesterol jahat.

3. Perhatikan pengambilan kolesterol - sekarang kita sudah tahu anggaran kolesterol dalam hidangan biasa masakan malaysia. hadkan pengambilannya seperti yang disarankan di atas

4. Mengurangkan tekanan - Tekanan dan kebimbangan menyebabkan bahan kimia dilepaskan ke dalam tubuh, meningkatkan tekanan darah anda, dan mengurangkan aliran darah kepada jantung anda. Beriadhah, melancong, beribadah dan berzikir mampu mungurangkan tekanan anda.

5. Berhenti merokok - Rokok membina plak di dalam arteri, memburukkan lagi tahap kolesterol LDL.

6. Mengurangkan berat badan – berat badan berlebihan mengubah kadar metabolisma anda dan cara tubuh berurusan dengan lemak dan kolesterol. Kehilangan berat badan secara perlahan-lahan dan berterusan meningkatkan kesihatan anda dan merendahkan kolesterol anda. Diet semulajadi mengakibatkan penurunan berat badan yang konsisten dan mengurangkan risiko penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.

7. Mengambil makanan tambahan untuk menurunkan kolesterol. Makanan tambahan boleh mengurangkan kolesterol secara semulajadi tanpa kesan sampingan .


APA YANG SHAKLEE BOLEH BANTU?

Shaklee menyediakan makanan tambahan atau supplemen untuk membantu mengurangkan paras kolestrol LDL di dalam badan. Antara produk cadangan adalah Phytocol-ST dan Omega Guard.

Mari kita lihat secara ringkas apa kelebihan Phytocol ST dan Omega Guard dan bagaiman mereka berfungsi menurunkan paras kolesterol di dalam badan dan mengawalnyan utk mendapat tahap kolesterol yang sihat

PHYTOCOL-ST

Phytocol-ST  diperbuat daripada adunan mantap fitosterol yangmembekalkan sebanyan 2000mg fitosterol sehari, memenuhi keperluan harian berdasarkan saranan Institut Kesihatan Kbenagsaan (NIH).

Kandungannya ialah daripada badah semulajadi iaitu minyak Tall.

Phytocol-ST, menurunkan paras kolesterol secara semulajadi

Bagaimanakah fitosterol (atau dikenali jugak sebagai plant sterol) dalam Phytocol-ST bertindak menghalang penyerapan kolesterol jahat LDL ke dalah salur darah dari sistem penghadaman kita.

Saksikan.
Sebelum pengambilan Phytocol, perhatikan kolesterol masuk tanpa halangan





Selepas mengambil Pyhtocol, fitosterol/sterol mengawal dinding salur darah dan menyekat kemasukan kolesterol LDL dan hanya membenarkan koleseterol HLD sahaja melepasi dinding salur darah


OMEGA GUARD

Omega Guard merupaka minyak ikan paling tulen di dunia dan ia mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.

Kelebihan Omega Guard:
  • Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)
  • Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.
  • Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
  • Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu- satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
  • 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.
  • Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

Omega Guard menurunkan paras kolesterol dengan meningkatkan paras kolesterol HDL yang menghantar LDL kolesterol ke hati untuk disingkirkan


Pendek kata, Phytocol akan membekalkan fitosterol yang akan jadi bodyguard dalam sistem penghadaman kita. Apa kita makan hari tu, fitosterol tahan dari masuk ke salur darah. Omega Guard bertindak mengurangkan LDL kolesterol yang sedia ada dalam salur darah dengan membantu menghantar ke ahti untuk disingkirkan

Ok, dah panjang lebar cerita pasal kolesterol, kandungannya dalam makanan harian kita, macam mana boleh jadi bahaya dan cara2 mengawal paras kolesterol. So sama-sama lah kita sayangi diri kita dan jangan biarkan kolesterol 'jahat' terus masuk dan bersarang di dalam salur darah kita.. bahaya!!

Untuk persediaan pesta makan daging korban Raya Haji tahun ni saya dah standby siap2 Phytocol-ST dan Omega Guard.. Anda bagaimana?


Macam mana nak dapatkan? Boleh order terus di sini



Atau hubungi saya untuk dapatkan Set Kolesterol Shaklee anda:


Hanun Farha
SID: 882031
Call/SMS/Whatsapp: 0129503142






.


About Unknown

A mom to three adorable heroes, insyaAllah will be our Imam Muda(s). A wife to a loving and very supportive husband. Being blessed with all great family and friends around us. A Shaklee Independent Distributor by choice, SID 882031. Dedicated to spread the goodness of Shaklee and promote healthy life.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment