Tuesday 13 January 2015

Pengalaman Hari Pertama Persekolahan Abang Hakim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Tahun baru 2015 menjanjikan pelbagai pengalaman baru buat kami sekeluarga. Main highlight at the starting of the year is Imam Muda Amirul Hakim's first day of primary school. :)

Walaupun hari pertama persekolahan sesi 2015 ditangguhkan selama seminggu kerana banjir, ibu masih lagi rasa kelam kabut membuat persiapan-persiapan terakhir sebelum Abang Hakim masuk darjah satu. Mana tak nya, ni pun pengalaman pertama ibu dan ayah menguruskan anak masuk sekolah rendah. pastinya amat berbeza dengan rutin anak ke tadika.

Hari pertama persekolah, 12 Januari 2015, ibu bangun pukul 3 pagi..hehe.. tak boleh tidur, risau, gabra semua ada. agaknya macam ni lah mak-mak kita dulu bila kita nak masuk darjah satu kan?
Nak pastikan semuanya dah siap sedia untuk melancarkan hari pertama persekolah anak-anak. Tujuan utama adalah untuk memberi first impression yang baik kepada anak tentang persekolahan dan memberi rasa teruja untuk melangkah ke alam persekolahan.

Alhamdulillah Abg Hakim mudah bangun pagi bila dia tidur awal. Seperti biasa ibu kejutkan Abang Hakim dengan segelas susu Ilham bersama Mealshake. Walaupun mengantuk Abang Hakim akan cepat-cepat bangun  untuk minum susu kegemaran dia :). Waktu bangun Abang Hakim bila mula sekolah ni adalah 30 minit lebih awal berbanding masa pergi Tadika sebelum ni, sebab waktu rasmi persekolahan adalah pukul 7.50 pagi.

Abang Hakim sudah boleh berdikari untuk siapkan diri sendiri, jadi sementara ibu solat subuh Abang Hakim mandi dan pakai baju. Alhamdulillah persiapan hari pertama dipermudahkan Allah. Hafiz pun turut semangat nak pergi sekolah tadikanya. Kata Hafiz, nak belajar sampai pandai sebab nanti nak masuk sekolah Irsyad macam Abang Hakim :). Pukul 7 pagi kami sudah boleh keluar rumah.

Ibu dan Ayah cuti untuk big day Abang Hakim. Ibu ngan ayah sama-sama excited mcm Abang Hakim. sepanjang perjalanan ke sekolah tak putus-putus pesan ayah pada Abang Hakim. Ibu mencelah sikit-sikit je..hehe :)

Tiba di Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad pukul 7.30 pagi. Meriah suasana dengan ibu-bapa yang menghantar anak masing-masing. Bukan hanya ibu-bapa anak2 darjah 1, tapi sampai darjah 6. Hari pertama, nak tahu kelas anak kat mana, nak berjumpa, berkenalan dengan guru kelas, mungkin.

Abang Hakim ready for school

Semoga jadi pelajar yang baik Abang Hakim :)
Abang Hakim masuk ke kelas, letak bag, terus beratur untuk menghadiri perhimpunan sekolah.
Bila tengok perhimpunan sekolah teringat zaman-zaman kecik2 dulu :) Perhimpunan sekolah dimulakan dengan Tazkirah oleh Muallim yang menjadi pengerusi majlis. Tazkirah berkaitan dengan tema akhlak yang patut ditonjolkan oleh murid yang ditetapkan untuk minggu ini. Temanya taaruf dan taawun, berkenal-kenalan dan saling tolong menolong. Muallim pesan kepada Abang2, dan kakak2 darjah 2 sampai darjah 6 untuk berkenal-kenalan dengan murid darjah 2 dan bantu adik-adik menyesuaikan diri di sekolah.
Barisan pendidik SRAIB

Pelajar SRAIB

Perhimpunan hari pertama agak panjang sebab banyak pesanan dari pihak pentadbiran sekolah. Mudhirah (guru besar) pula menyentuh soal banjir dengan mengaitkan keadaan banjir dengan suasana hari kiamat dan hikmah di sebalik musibah besar yang melanda. Dan besar harapan beliau, pelajar-pelajar Irsyad akan menjadi insan-insan yang berguna pada ummah dan berebut memberi bantuan bila ada orang ditimpa musibah.

Selesai perhimpunan, bermula lah sesi orientasi murid darjah 1. Satu minggu orientasi mereka, melawat kawasan sekolah, diterangkan peraturan sekolah, perjalanan aktiviti harian di sekolah, adab-adab di dalam kelas, suai kena dengan guru-guru subjek dan rakan2 sekelas serta latih tubi menulis, mengira dan membaca sebelum kelas bermula minggu depan.

Masing-masing tengah tunggu ada apa lepas ni. :)

Waktu rehat pagi, ibu pantau Abang Hakim beli makanan di kantin. Maklum lah pertama kali pegang duit sendiri dan bayar sendiri. Ayah dah ajar panjang lebar masa dalam kereta. Alhamdulillah, Abang Hakim dapat faham. Ayah pesan, tanya harga berapa, bagi duit, lepas tu tanya ada baki tak? kalau ada, tunggu ambil baki, baru makan. Ibu sempat berborak dengan makcik kantin lepas murid-murid dah masuk kelas. Katanya, ada seorang murid, beli kuih 2 ketul, bagi duit RM5, lepas bagi duit terus jalan nak pergi makan, akak yang jual tak sempat nak bagi baki, dan tak nampak dah mana murid tu. Akak tu pulak baru kerja. Makcik kantin kata, memang biasa terjadi macam tu, dan dia terlupa nak pesan dekat akak tadi. Tapi seronok tengok makcik dan pekerja2nya jual makanan kat murid2, sebab mereka panggil murid2 tu 'sayang'. :) Murid-murid pulak tak perlu beratur panjang sebab banyak station.
Abang Hakim makan nasi lemak sampai licin.. sedap katanya :)

Sesi persekolahan Irsyad berkahir 3.30 ptg, jadi tengah hari ada rehat lagi untuk makan tengah hari dan solat Zohor berjemaah. Makan tengah hari disediakan oleh pihak sekolah (tak perlu beli), satu menu sahaja dan murid2 makan dalam talam secara berkumpulan. Yang ni ibu sangat suka!! Menerapkan sunnah Rasulullah kepada anak2 ini dan mengeratkan ukhuwah mereka. Alhamdulillah Abang Hakim tak kekok sebab pernah beberapa kali makan dalam talam. Kebanyakan murid pun macam dah biasa makan dalam talam, semuanya berselera makan ramai2 :)

Baca doa sebelum makan

Khusyuk semuanya makan

Menu simple, tapi kena dengan selera anak-anak,
 kalau tak cukup boleh tambah

Selesai makan, murid2 akan terus ambil wudhu dan bersedia untuk solat Zohor berjemaah. Solat Zohor dipimpin oleh murid-murid darjah 3 untuk tahap 1. Dari ketuai zikir, azan, iqamah sampailah menjadi imam, ada murid darjah 3 yang ditugaskan setiap hari. Subhanallah!! memang ibu kagum lah, anak2 seawal usia 9 tahun sudah boleh menggalas tanggungjawab tu dengan baik.  Ibu cakap kat ayah, nanti Abang Hakim dah darjah 3, boleh lah latih Abang Hakim jadi Imam kat rumah. :)
Pakaian pelajar perempuan menutup aurat
dengan sempurna dan solat ready

Nampak tak Muallimah tengah monitor kat belakang tu?

Semasa solat, ada guru-guru yang ditugaskan untuk periksa solat anak2, terutamanya pergerakan dan kedudukan semasa setiap rukun solat, yang ni pun ibu sangat suka!!. Muallimah siap betulkan kedudukan badan masa rukuk, betulkan kedudukan tangan dan kaki masa sujud. Anak2 juga diajar jawab azan, kenapa perlu jawab azan, saf mesti rapat dan lurus, zikir dan doa selepas solat.

Selesai solat jemaah, sesi pembelajaran disambung sehingga pukul 3.30ptg. Lagi satu yang menarik perhatian kami adalah, penggunaan kasut sekolah hanya untuk berjalan dari satu lokasi ke lokasi yang lain, bila sampai ke kelas, ke dewan, ke kantin, kasut ditanggalkan dan disusun elok2 kat rak kasut. InsyaAllah tahan lama kasut anak2 ni.. cuma stokinlah kena kerap tukar sikit. Sangat penting untuk kasut anak2 ditanda, dengan apa cara sekali pun supaya tak tertukar. Muallimah memang secara khusus pesan pasal ni masa perhimpunan pagi.
kalau kasut takde tanda memang susah nak cam
Alhamdulillah, hari pertama persekolahan Abang Hakim berjalan lancar. Abang Hakim seronok ke sekolah. Ibu dan ayah pun rasa bersyukur kerana Abang Hakim dapat menyesuaikan diri dengan sekolah baru dan rutin baru. 

Pastinya semua ibu bapa sudah memilih sekolah terbaik untuk anak masing-masing. InsyaAllah dengan komitmen dan dedikasi guru- guru di sekolah dan pendidikan berterusan oleh ibu bapa di rumah, bakal melahirkan anak-anak yang soleh, berilmu, berkemahiran, berakhlak mulia serta menjadi insan berguna kepada ummah dan masyarakat :)

About Unknown

A mom to three adorable heroes, insyaAllah will be our Imam Muda(s). A wife to a loving and very supportive husband. Being blessed with all great family and friends around us. A Shaklee Independent Distributor by choice, SID 882031. Dedicated to spread the goodness of Shaklee and promote healthy life.

You Might Also Like

7 comments:

  1. Best kan ibu? Teringat zaman kita dolu2. My son lg 2 thn nak darjah 1.. Cepatnya masa berlalu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. :) boleh start survey2 sekolah mana dah untuk Abang tu Ja :)

      Delete
  2. coretan yg sgt baik,tahniah ibu abg hakim

    ReplyDelete
  3. tahniah ats coretan yg sgt baik dr ibu y menitikberatkn pndidik agama pd ank2..

    ReplyDelete
  4. semoga Abg Hakim mnjdi ank soleh dlm memprjuangkn agama & semoga ALLAH merhmati kita semua,aminn..teharu rsa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih En Sufian, Amiinn.. :) Semoga Allah merahmati tuan sekeluarga juga..
      Tugas kita sangat besar untuk melahirkan generasi soleh wa musleh.. sama2 lah kita berusaha sebaik mungkin.

      Delete
  5. Terima kasih atas entry ini Puan. Saya memang tengah mencari review SRI Al Irsyad ni dan jumpa blog Puan ni. Insya Allah memang nak usahakan supaya anak saya dapat masuk utk kemasukan darjah 1 tahun 2019.

    ReplyDelete