Showing posts with label Imam Muda. Show all posts
Showing posts with label Imam Muda. Show all posts

Tuesday, 2 December 2014

Arjuna Beta - Dedikasi Untuk Anakanda



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Beberapa kali dengan lagu Arjuna Beta dari Fynn Jamal ni rasa best sangat, satu luahan perasaan kasih sayang ibu terhadap anaknya dan sarat dengan pesanan.

Ibu nak dedikasikan lagu ini untuk anak2 ibu Imam-Imam Muda ibu..

Hayatilah ia :)




Lirik Arjuna Beta by Fynn Jamal


Takkanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur
Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa
Kan ada satu ketika
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul, anakanda, tak jelas mata
Ambil yang sarat duri
Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhanmu ada
Takkan engkau tercela
Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu, anakanda
Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela
Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa
-----------------------------------------------------------------------------
Semoga anak2 ibu dan anak2 ibu seluruh dunia membesar menjadi insan yang kuat dan hatinya sentiasa dekat ngan Tuhan Yang Esa dan mampu berdikari bila ibu2 dah tiada lagi di dunia ini.
Jadilah anak yang Soleh dan jangan lupa doakan ibu :)
Kita tak tahu siapa yang akan dijemput bertemu Yang Maha Mencipta dulu, namun kita harapkan akan bersatu kembali di Jannatul Firdaus :)
InsyaAllah

Imam Muda Amirul Hadi


Imam Muda Amirul Hafiz


Imam Muda Amirul Hakim

Read More

Wednesday, 12 November 2014

Cara Didik Anak, Pesan UZAR (PART 1)


Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh & Sejahtera

Bila belum dapat anak, beria-ia nak dapatkan anak, usaha, doa, makan itu makan ini, ikut petua itu, amalkan nasihat ini.. tetapi, bila dah dapat anak, macam mana kita jaga, kita didik, kita lengkapi anak itu, permata yang tiada tolok banding nilainya itu?
Anak permata hati ibubapa

Ramai ibu bapa mengeluh, anak2 zaman millenium ini sukar diurus, sukar dibentuk, macam2 masalah, macam2 karenah.. internet, rakan2, TV, cikgu, semuanya dipersalahkan.. bagaimana pula dengan ibu ayah? Yang melahirkan dan menjadi contoh telandan pertama dan utama anak2?

Bagaimana cara kita mendidik anak? adakah kita pernah muhasabah?

Semalam terbaca artikel tulisan Ustaz Zaharudin Abdul Rahman ynag dishare di group Mak Tak Marah Anak MTMA. Sungguh menyentap perasaan, menusuk ke jiwa, merentap kesedaran diri.

Ingin saya kongsikan intipati artikel itu di sini, semoga menjadi panduan dan pedoman kepada kita, ibu bapa dan juga kepada imam-imam muda ibu..juga sebagai platform itu kita muhasabah diri, sejauh mana kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai ibubapa, pemengang amanah terbesar kepada anak2 kurnian Allah. 

Kita harapkan anak yang soleh, hormatkan orang tua, anak yang bertanggunjawab, kasihkan ibu bapa.. namun adakah kita sudah menunjukkan contoh sebagai orang yang soleh pada anak2?  adakah kita layani anak2 dengan hormat, sudahkan kita penuhi semua tanggungjawab kita kepada anak2? percakapan kita, perlakuan kita, marah kita, adakah dipenuhi dengan kasih sayang? atau sebaliknya
Ibu memberi pengarauh besar terhadap anak-anak


Ulama & Penjenayah Dibentuk Dari Rumah : Fikirkan Wahai Ibubapa

 Oleh Zaharuddin Abd Rahman





Minggu lalu, ketika menjamah makanan makan malam di sebuah restoran semasa dalam perjalanan ke airport, rakan-rakan yang bersama menghantar saya berbicara berkenaan pelbagai isu. Hj Rosman kemudian menzahirkan kebimbangan beliau berkenaan kes jenayah yang wujud di Malaysia. Kes-kes sedemikian agak kurang berlaku di Bahrain.

Natijah dari kebimbangan tersebut, beliau bertanya

"pada pandangan ustaz, macam mana cara untuk selesaikan masalah ini"

Saya berfikir sejenak, sudah tentulah jawapan paling mudah bagi seorang ustaz adalah berkata

"kita kena kembali kepada Islam"

Tetapi disebabkan jawapan itu terlalu umum, maka saya mengambil keputusan untuk tidak memberikan idea itu.

"Ia perlukan penyelesaian secara kolektif, semua pihak perlu ada kesedaran untuk merubah keadaan" demikian jawapan permulaan saya.

"Namun yang paling utama perlu berperanan, adalah ibu bapa atau keluarga"

Saya mengulang kembali ingatan sedih dan pedih kita kepada kes Al-Marhumah Nurin Jazlin yang dibunuh kejam dan masih gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa Malaysia sehingga kini.

"Bukankah Nurin dibunuh oleh seorang manusia?, sudah tentunya manusia ini dilahirkan ke dunia oleh seorang ibu dan pastinya dia punyai bapa dan keluarga"

"Namun apakah yang menjadikannya sebegitu kejam?" saya menerang sambil mengajak berfikir.

Memang benar, pelbagai faktor menyumbang, namun bagi saya ia bermula dari hasil didikan pertama ibubapa, sesuai dengan apa yang disabdakan oleh nabi s.a.w

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya? (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Sudah tentu juga ibubapa yang berperanan untuk mencorakkan seorang bayi sehingga menjadi seorang Muslim, mukmin yang bertaqwa.

Kita tidak nafikan faktor persekitaran yang sentiasa menghurungi anak-anak kita khususnya di sekolah, melalui internet, rakan-rakan, games, TV dan lainnya.
Bapa membentuk jiwa anak-anak


JANGAN DIDIK ANAK SECARA SPONTAN


Namun tidak boleh dinafikan, ibubapa mempunyai saham terbesar. Anak-anak adalah satu tugas terbesar buat ibubapa yang sering diabaikan. Sedangkan mereka semua adalah suatu aset dan ‘pelaburan' terpenting. Namun amat kerap mereka menjadi mangsa kurang teliti, kurang perhatian dan tiada perancangan jitu oleh sang ibubapa.

Akhirnya, sebuah aset yang ditangani secara lebih kurang akan menghasilkan hasil yang bukan lebih kurang juga, tetapi hasil lebih buruk malah membawa padah.

Memang benar, kegagalan merancang pendidikan anak-anak adalah sebuah kegagalan masa depan.

Ramai yang merasakan, pendidikan anak-anak boleh dibuat secara spontan, bergantung kepada hari dan masa. Dalam kata lain, bergantung kepada keadaan.

Hakikatnya, anak tidak boleh dididik secara spontan, ia memerlukan satu pelan perancangan khas untuk menjadikan lebih mudah dibentuk. Mendidik mereka seperti mengendalikan sebuah syarikat awam yang sentiasa memerlukan plan induk, teknik khas, contingency plan dan monitoring system.

Kerana itu kita perlukan seorang Chief Operating Officer (COO) untuk anak-anak. Menurut teori ideal Islam, COO yang paling ideal bagi pendidikan anak-anak adalah seorang IBU. Bapa bertindak sebagai Chief Executive Officer(CEO) yang mana,, ruang lingkup tugasan, peranan dan tanggungjawabnya lebih besar dan menyeluruh.

"Namun apabila hari ini kedua-dua ibubapa sibuk mencari nafkah, aset di rumah terabai dek kerana pendapatan RM 2,000 (purata) atau RM 5,000 sebulan si ibu"

Anak-anak diswastakan kepada nursery yang kurang pengalaman. Kurang penghayatan, kurang sensitiviti dan seumpamanya.

Kita boleh menghantar mereka ke pelbagai jenis kursus dan kem untuk menyuntik sesuatu, namun pokok pangkalnya tetap di atas bahu kita selaku ibubapa. Kalaupun anak telah berubah hasil tarbiyah di dalam kursus, mereka akan tetap melupakan nilai baik tersebut jika ibu bapa masih di takuk lama.
Artikel asal
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tepuk dada tanya diri kita, kita ada cara tertentu kah didik anak kita? Cara didik anak yang bagaimana kita amalkan?
hakikatnya memang kita didik anak secara spontan, tiada plan, tiada perancangan, hari ni nak terapkan nila apa, masa makan apa yang kita nak ajar anak2, anak2 tersepit di celah aktiviti rutin harian kita yang fokus terbesarnya adalah kerja kita. Selalunya anak2 harus mengikut jadual aktiviti harian kita yang tiada satu pun kita khususkan semata-mata untuk mereka, untuk mendidik akhlak mereka, jiwa mereka dan nilai2 hidup yang menentukan sama ada mereka bakal menjadi Ulama atau Penjenayah..

Ada lagi pesan UZAR, nantikan  Part 2
Read More

Sunday, 5 October 2014

Riadhah Bersama Imam-Imam Muda- Bukit Gambang Safari Park



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera

Imam-Imam Muda ibu dan ayah adalah permata hidup kami dan merupakan prioriti dalam hidup kami kerana anak-anak syurga ini adalah amanah yang besar dari Allah untuk kami. Salah satu cara kami menjaga amanah ini adalah dengan berusaha mendidik mereka mengenal Allah dengan mentadabbur ciptaan Allah yang Maha Hebat, Maha Teliti dan Maha Sumpurna dengan aktiviti yang menyeronokkan dan membangunkan jiwa mereka.

Salah satu aktiviti yang sempat kami lakukan bersama walaupun masa tu ayahanda tengah sibuk dengan tuntutan kerja ialah melawat ke Bukit Gambang Safari Park.

Terletak di dalam kawasan hutan sekunder seluas 138 ekar dan hanya 35km dari bandar Kuantan, Bukit Gambang Safari Park adalah Zoo Safari yang terbesar di Malaysia. MasyaAllah.. memang tersangat besar :)

Antara yang menarik tentang taman safari ni ialah:
  • Ada White Lion yang pertama dan satu-satunya di Malaysia
  • White Lion

  • Wild Savannah (macam safari kat Africa tu) yang boleh drive through yang paling besar. Kira macam masuk dalam habitat semulajadi binatang2 tu
  • Tempat jalan kaki yang berbumbung ( tak kena terik matahari) dan stroller friendly, very thoughtful lah sapa yang design tempat ni :)
  • Taman ini terbahagi kepada 2 bahagian, satu untuk pengunjung berjalan melihat binatang2, satu lagi kawasan khas untuk Tram Drive-through.
  • Ada juga taman siang dan taman malam (night Safari ouls!!)

Plan kami ke sana adalah plan yang agak last minute juga sebab the day nak pergi tu baru decide nak pergi Safari Park ni, Tapi tak perlu much preparation pun. Just make sure anak2 cukup rehat, bawak bekal anak2 macam biasa dan air masak kalau boleh bawak banyak sikit.

Kami sampai di Kawasan Bukit Gambar Resort City dalam pukul 1 tgh hari. Sementara tunggu adik ipar sampai masuk waktu zohor, dan kami solat dulu kat surau yang ada kat bangunan resort. Dah siap solat kami terus ke kawasan entrance Safari yang terletak bersebelahan dengan entrance Water Theme Park. Actually nak solat dekat Theme Park tu pun boleh, ada surau kat Lobby Water Park tu dan juga surau bila dan masuk dalam Safari Park tu. Very convenient for Muslim visitors :)

Ok, tiket kami beli kat situ at the ticketing counter. Harga tiket seperti di bawah. Sekali pandang macam mahal, tapi it is so worth the experience! For us, harga dia very reasonable :)


Mykad (RM)Non Mykad (RM)
Admission
Adult 
 Child/ Senior Citizen
Adult 
Child/ Senior Citizen 
Safari Park & Night Jungle
 38  
28
68 
48 
 Night Jungle
 28 
 18
48
28

Notes:
  • (RM) Ringgit Malaysia
  • FREE Admission for children below the height of 90cm
  • Kindly present Mykad / Mykid during purchase of tickets
  • Last Entry for Wild Savannah : 5.00pm
  • Last Tram to Wild Savannah : 6.00pm
  • Last Entry for Night Jungle : 9.00pm 

Ok, satu lagi info penting, Safari Park ni bukak tengah hari untuk hari2 bekerja dan TUTUP pada setiap hari RABU, tapi kalau Rabu tu jatuh pada hari cuti umum atau dalam masa cuti sekolah, Rabu pun bukak. Operating hours Gambang Safari Park ni seperti tertera di bawah :)

Bukit Gambang Safari Park Operating Hours
Masuk saja ke Safari Park tu kami bergegas ke Forest Arena untuk tgk Bird Show. Memang awesome lah bird show kat situ. :) Ia menunjukkan betapa bijaknya makhluk Allah dari spesis burung ni sebenarnya. Sebab tu lah orang zaman dulu guna burung untuk hantar surat, memang boleh dipercayai kalau burung itu dilatih dengan baik. Kepakaran mengecam mereka sangat baik. Dan mereka juga boleh diajar bertutur. 

Subhanallah, seekor burung kakak tua ni boleh sebut simple words, boleh buat bunyi orang nangis, ketawa, bunyi ayam berkokok!!.. ahaqs.. bunyi kucing, bunyi anjing menyalak.. MasyaAllah!! first time tengok OK! Pastu another bird dioarng panggil Professor, boleh ngeja ngan boleh jawab soalan matematik!! Hehe.. Abg Hakim sgt kagum bila burung tu jawab sama mcm dia jawab, 18 + 6 = 24!! 
Dan beberapa jenis burung lain yang keluar dari satu pintu, terbang dalam satu flock ke pintu yang lain, sebelum tu berlegar diatas kepala penonton bersama-sama dalam satu formation yang menakjubkan :) Helang besar pun ada uols!  Bukan budak2 je yang seronok, mak bapak budak, atuk nenek budak semua sama excited.

Kemudian dan habis bird show kami menjamu selera sekejap sambil menunggu Animal Show yang dijadualkan bermula pukul 4ptg. Shows kat situ semua start on time. Satu lagi benda yang boleh dipuji.

Animal Show pulak menampilkan pelbagai jenis binatang mamalia dan reptilia. Ada Pony and the Cowboy, ada binturung, unta kecil, walabi, ular dan mcm2 lagi lah.. ayam serama pun ada..hehe..

All in all animal and bird show kat Safari Park ni sangat menghiburkan, at the same time a very good educational activities untuk anak. Imam2 muda kami boleh mengenal nama2 haiwan, apa kebolehan haiwan2 tersebut  dan sedikit fakta-fakta menarik tentang haiwan2 itu. Kita sebagai parents cuba raikan keterujaan anak2 melihat aksi2 menarik haiwan ciptaan Allah dan ambil peluang untuk membuka mata mereka kepada kehebatan dan kebijaksanaan Allah swt dengan melihat kehebatan ciptaanNya.

Jadual Partunjukan di Bukit  Gambang Safari Park
Next kami bergegas pulak menaiki tram untuk round the Wild Savannah. Tram di Safari ni dicat seperti kulit binatang yang ada kat dalam safari tu. Sebab apa? Sebab nak blend dengan environment tu.. takde lah binatang2 tu terkejut tgk mcm alien machine masuk dalam hutan tempat duduk diorng kan.


Tram untuk bawak pengujung mengelilingi Safari Park ini

Yes, Wild Savannah ni macam dekat safari yang kat Afrika yang kita selalu tengok kat dalam TV tu kan..It's like kita masuk ke dalam natural habitat binatang-binatang liar ni. Cumanya tak dapat lah tengok aksi pemangsa mengejar mangsa tu sebab binatang2 liar ni diasingkan oleh pagar2 besi yang besar dan tinggi. setiap satu spesis tu ada at least sepasang dalam kandang mereka yang sgt besar tu. hopefully lagi 2-3 tahun boleh tgk anak2 lion, cheetah, tiger, elephant, zebra, hippopotamus,hyena, wildebest,gemsbok etc pulak. Banyak jugak binatang kat safari ni, Oh yea, ada Albino Water Buffalo jugak.. very interesting :)  

Dan sangat mengujakan ialah pengunjung boleh tgk binatang- binatang liar ni secara close up ok, dari dalam tram la of course. Bila lalu kat tempat Hyena tu. sepasang Hyena menghampiri tram kami dan tenung je orang2 kat dalam bas tu.. memang tgk eye to eye lah.. Kena sangat dengan tagline Bukit Gambang Safari Park ni. 'eye to eye with the wild'.

Tapi kat sini tak ambil gambar sgt, ada sket kot dalam phone hubby tapi saya tak share lah kali ni.. let you all experience sendiri the excitement and the surprises :)
Tagline Bukit Gambang Safari Park

Awesome!!!
It was an awesome dan exciting experience untuk kami sekeluarga. Highly recommended untuk anda yang ingin datang bercuti atau transit di Kuantan. Nak makan senang, nak solat senang, baby friendly. Overall memang puas hati, really worth your money.

That time kami pergi dah tengah hari, sempat tgk show dan pergi Wild Savannah sahaja. banyak lagi binatang  tak sempat tengok dan aktiviti yang tak sempat kami sertai. Kalau nak round semua secara santai maybe boleh datang pukul 10 pagi.. and later jika ada rezeki, nak pergi the Night Safari pulak.. adakah comparable dengan Singapore Night Safari.

Another interesting place to be visited and enjoyed in (near) Kuantan. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmatMu yang tak putus2, Imam- Imam Muda kami memang sangat seronok, tambahan pulak pergi ramai-ramai dengan sepupu..

Hope you'll enjoy the place as much as we do. Sedikit gambar kenang-kenangan di Bukut Gambang Safari Park.

Rombongan Cik Mah :)
Bird Show



Parrot mengeja
Ibu dan Imam Imam Muda
Eagle
Kami
Opah sangat happy

Tgh syok tgk animal show
Uncle, Aunty & Rayyan Syafiq


untuk info lanjut mengenai Bukit Gambang Safari Park, boleh refer website rasminya di http://www.bgrc.com.my/theme-parks/safari-park

Wassalam :)



Read More

Wednesday, 17 September 2014

Doa Memohon Anak Soleh

Assalamualaikum :)

Menjadi impian setiap ibu mempunyai anak2 yang soleh.
Orang kata sejuk perut ibu mengandung tengok anak2 mempunyai sahsiah yang baik dan melalukan amal2 yang soleh.

Bukan setakat itu sahaja, ibu2 juga berharap anak2 yang ditinggalkan seleah meninggalkan dunua yang fana ini ke alam baqa' mampu mendoakan kesejahteraan, keampunan dan keselamatan ibunya dia alam baqa dan akhirat kelak berdasarkan Hadith Nabi Muhammad saw seperti berikut:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)


Mendidik anak supaya menjadi hambaNya yang soleh memerlukan usaha yang berterusan dari ibu bapa. Doa yang penuh pengharapan serta Istiqamah kepada Allah supaya Allah menjadikan kita orang2 yang soleh dan solehah, begitu juga zuriat keturunan kita.

Doa ibubapa untuk anak-anaknya sangat makbul. Jangan sia-siakan kemuliaan yang Allah kurniakan kepada ibubapa iaitu mustajabnya doa ibubapa untuk anak-anak.

Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Majjah menegaskan tiga golongan jika berdoa pasti dimakbulkan iaitu orang dizalimi, orang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya.

Tidak tahu macam mana nak doa? Jangan risau jgn gundah gulana.. :)
Di dalam Al-Quran ada banyak doa2 utk anak yand diamalkan oleh para Nabi.
Juga para ibu bapa boleh melafazkan apa yang diharapkan dari Allah kepada anaknya

Antara doa yang ibu amalkan supaya Imam - Imam Muda ibu menjadi anak2 yang soleh adalah seperti berikut.

1. Doa Nabi Ibrahim, Dari Surah Ibrahim Ayat 40



Ibu sangat2 berharap Imam-Imam Muda ibu akan menjadi orang yang mendirikan solat, bukan setakat solat tetapi solat dengan sebenar-benarnya sehinggakan solat itu mampu mencegah anak2 ibu dari melakukan perkara mungkar.

Biasanya doa ini dibaca masa sujud terkahir solat fardhu.


2. Doa Ibadul Rahman, Dari Surah Al-Furqan Ayat 74


Ertinya"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri/pasangan dan keturunan kami menjadi penyenang hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa

Doa ini elok diamalkan setiap kali selepas solat. Bila rasa anak2 kurang dengar kata, mudah hilang sabar dengan karenah anak2, lazim2 kan lah membaca doa ini.

3. Doa-doa amalan harian yang dilafazkan dari hati

Ya Allah, kurniakan rahmat, sakinah dan mawaddah ke dalam rumah tangga kami supaya ruma tangga kami ini menjadi tempat yang baik untuk kami mendidik anak2 kami menjadi anak yang soleh


Ya Allah, Ya Rahman, kurniakanlah kesabaran yang tinggi, akhlak yang baik, kebijaksanaan dan hikmah supaya kami dapat mendidik anak2 kami emnjadi hambaMu yang soleh, pejuang menegakkan kebenaran dan pejuang pembebas Al-Aqsa.

4. Amalan Ibu Imam Shafie Ketika Meyusukan Anak


Ibu amalkan ayat2 dari Surah Luqman ini ketika menyusukan Imam Muda Hadi. Masa abang2 dulu x tahu lagi. Tapi setakat ni hanya berjaya baca sampai ayat 19 sahaja.. ayat 20 masih belum menjadi amalan. Setiap kali menyusu sambil berwudhu pun belum ikut sepenuhnya. huhu.. masih byk yang perlu diperbaiki

Membaca Surah Luqman ayat 16 ketika menyusukan di sebelah kanan

يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِن تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ فَتَكُن فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ فِي الْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ

Terjemahan:


(Luqman menasihati anaknya): Wahai anakku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara sekalipun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dibalas-Nya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuan-Nya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.


Membaca Surah Luqman ayat 17 ketika menyusukan di sebelah kiri

يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
Terjemahan:


Wahai anakku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki melakukannya.


Membaca Surah Luqman ayat 18-20 atau zikir ketika bayi sendawa


وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
Terjemahan (ayat 18):


Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.


وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِن صَوْتِكَ إِنَّ أَنكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ
Terjemahan (ayat 19):

Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu, sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.
  

أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُم مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً وَمِنَ النَّاسِ مَن يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلَا هُدًى وَلَا كِتَابٍ مُّنِيرٍ

Terjemahan (ayat 20):

Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-Nya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak sebarang pengetahuan atau petunjuk; dan tidak berdasarkan Kitab Allah yang menerangi kebenaran.


Banyak lagi doa2 dari Al-Quran yang boleh diamalkan, contohnya:

  • Doa memohon rahmat :Surah Ali-Imran, ayat 8-9.
  • Doa anak lembut hati: Surah Al-Anbiya, (ayat 69) atau Al-Hasyar (ayat 22-24) Surah Al-Imran ayat 200
  • Doa mohon zuriat yang baik: Surah Ali-Imran (ayat 38)
Anak2 adalah anugerah tuhan yang tidak ternilai, jagalah mereka sebaik-baiknya, dan doakan lah mereka dengan doa2 yang baik, supaya mereka menjadi anak2 yang soleh, penyejuk mata, penenang hati dan mampu memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak dengan izin Allah swt.

Wallahua'lam :)

Imam Muda Hakim & Hafiz yang suka posing

Imam Muda Hadi yang ceria meria sokmo


Read More

Sunday, 14 September 2014

Pesan Ustaz

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Minggu lepas minggu yang sangat best utk ibu sebab ada 2 orang Ustaz yang hebat datang tempat kerja ibu untuk menyampaikan ceramah sempena minggu HSE dan Quality. Mereka adalah Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang dan Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani.

Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang



Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani
Teruja sebab dapat tengok Ustaz2 ni beraksi life. :)

Antara point penting yang ibu ingat Ustaz2 ni pesan ialah:

BERKAT

Dalam hidup kita nak kan keberkatan, sebab dengan keberkatan dari Allah tu akan lahir ketenangan hati. Ramai orang yang kaya raya, famous, pangkat besar, tapi hati tak tenang, hidup tak gembira, mungkin tiada keberkatan. Ustaz kata kita boleh check sendiri hidup kita berkat atau tidak.
Petanda arasnya ialah, ada pertambahan kebaikan dalam hidup kita ( ziyadatul khair)

Contohnya dulu2 kita solat wajib 5 waktu tu je, solat pun hujung2 waktu.. Pastu dah kawen start solat jemaah, pastu lama2 tambah pulak solat sunat, sekarang dah start bgn solat malam.. camtu lah..

Tapi x confine pada ibadah khusus atau sedekah jer, kalau kita semakin byk buat baik kat org, semakin byk tuntut ilmu, semakin kurang panas baran dan ego, semakin tekun dan cekap buat kerja kerana Allah , makin sempurna tutup aurat, itu mungkin tanda2 hidup kita diberkati

EGO

Ustaz kata, satu penyakit yang kalau ada pada sesorang tu, orang kat sekeliling dia yang merana. Penyakit tu adalah penyakit Ego. Penyakit Ego ni penyakit hati, asyik rasa dia je betul. Ego adalah satu racun yang boleh menghalang kecemerlangan seseorang individu, sesebuah keluarga, sesebuah institusi atau oragnisasi. EGO = Takabbur.

Ada 7 sebab manusia jadi ego menurut Imam Al Ghazali Rahimahullahu taala:

  1. Rasa banyak ilmu agama
  2. Rasa diri banyak beribadaha dan  beramal soleh
  3. Keturunan
  4. Kekayaan
  5. Kecantikan (biasanya pada perempuan)
  6. Kekuatan fizikal (biasanya pada lelaki)
  7. Ramai pengikut /kekuasaan
Semoga kita dapat mengikis sikap2 ego yang ada dalam diri kerana semua kelebihan di atas tu datangnya dari Allah



HARTA & KAWAN

Harta dan kawan adalah aset yang berharga.

Jangan takut untuk jadi kaya sebab dengan jadi kaya kita berpeluang utk buat lebih byk saham akhirat. Mereka yang kaya boleh lebihbyk bersedekah, membantu orang lain dan menyumbang dana untuk kerja-kerja agama. Orang yang kaya juga ada lebih byk masa utk beribadah, bukan mcam kita yang makan gaji ni, Masa terikat ngan majikan.

Ustaz cerita pasal seorang yang kaya raya, masih muda, dalam 40-an, kereta mewah boleh gilir2, tapi dia bawak keta2 dia gi masjid solat jemaah, gi ceramah, bawak ustaz2 ke sana ke mari. Subuh2 dia dan anak2nya orang pertama yang ada kat masjid. Subhanallah.. Ustaz pesan, kita minta Allah bg kekayaan pada kita untuk kita manage, bukan kekayaan tu manage kita, dan bukan kerana kekayaan tu kita jadi ego, tapi makin rendah diri dan lebih dekat pada Allah.

Ustaz pesan carilah kawan orang2 yang soleh sebab kita senang terpengaruh dengan kawan2 kita. Ustaz juga pesan cari kawan yang boleh nasihat kita, yang boleh ckp NO pada kita kalau kita buat benda2 yang tak betul mengikut syarak.


ZIKIR

Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Oleh itu sentiasalah zikrullah. Zikir terbahagi pada 2:

  • Zikir dengan lisan - Lafaz tahmid, tasbih, istighfar, takbir, selawat, dll
  • Zikir dengan perilaku - ingat Allah dalam setiap langkah dan tindakan kita


Ustaz tanya, kita online FB, twitter sumer2 tu dapat apa? Kalau sentiasa ONLINE dengan ALLAH kita dapat apa? InsyaAllah akan dapat hati yang tenang dan kerja yang cemerlang :)


ILMU

Ustaz tekankan juga pasal ilmu. kalau kita nak baiki diri, tak boleh tidak kena cari ilmu. Sebab dengan ilmu kita dapat buang sifat2 buruk kita, dengan ilmu kita dapat perbaiki amalan kita dan dengan ilmu kita akan lebih kenal pencipta kita Allah swt. Ilmu adalah cahaya yang menyuluh kehidupan ini. Sekarang kita byk alasan utk mencari ilmu. Sibuk ngan kerja lah, susah anak kecik lah, jauh lah, penat lah.. tapi Ustaz remind yang kat akhirat nanti we have no excuse in front of Allah.


DOA

Doa adalah senjata orang mukmin. Doa is very powerful. Cuma kita kena yakin dan sentiasa berdoa, tak kira lah tengah buat kerja ke, tengah drive ke, nak masak nasi ke. Doa tu adalah direct communication kit ngan Allah.. mintalah segalanya dengan Allah sbb Allah memang suka kita minta padaNya.

Ustaz ajar kami satu doa yang Nabi Muhammad saw ajar kepada Muaz B Jabar. Nabi saw pesan kat Muaz supaya baca doa ni setiap kali lepas solat. Ustaz ajar sungguh2 sekali ngan makna dan praktikal (suh penonton ulang2 baca)



InsyaAllah ibu akan amalkan pesan2 Ustaz dan akan sampaikan pesan-pesan ini pada Imam-Imam Muda ibu.. Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati para Ustaz tak pernah jemu, penat, letih dalam menyebarkan dakwah Islam dan semoga Imam-Imam Muda ibu membesar menjadi seperti Ustaz2 ini.. InsyaAllah :)

Wallahu'alam


Read More

Monday, 17 March 2014

Umrah Bersama Anak-Anak


Pengalaman Menunaikan Umrah Bersama Imam- Imam Muda Kami


Assalamualaikum,

Hari ni InsyaAllah saya akan berkongsi pengalaman kami menunaikan Umrah bersama anak.

Dah lama kami sebenarnya kami pergi Umrah iaitu pada bulan hujung bulan Jun 2013 tapi hari ni baru ada kelapangan dan mood untuk buat entry ni :)

Alhamdulillah tahun lepas Allah telah menjemput kami sekeluarga menunaikan Umrah di Tanah Suci Mekah dan menziarahi Makam Nabi Muhammad saw di kota Madinah al Munawwarah. Kami juga direzekikanNya utk melawat kota yg disebut dalam Hadith Nabi dan telah berjaya ditakluk oleh Kerajaan Islam truki Othmaniah, lebih 800 thn lepas nabi bersabda tentangnya.



”Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tenteranya sebaik-baik tentera," (Al Hadis)

Kami ambil pakej Umrah Ziarah Istanbul dengan Andalusia. Alhamdulillah servisnya sangat memuaskan.
Perjalanan kami bersama Andalusia ke Kota penuh bersejarah, Istanbul dan seterusnya ke Madinah  dan Mekah bermula pada 26 Jun 2013 dan selamat kembali semula ke Malaysia pada 11 Julai 2013.

Pada masa tu saya sedang berbadan dua, bersama suami dan Imam-imam Muda kami, Amirul Hakim, 4 setengah tahun dan Amirul Hafiz, 2 setengah tahun melali perjalanan yg sangat bermakna dalam hidup kami :)

InsyaAllah saya akan kongsikan pengalaman kami dalam bentuk persoalan-persoalan yang sering ditanya berkaitan dengan Umrah dan Umrah bersama anak-anak kecil seperti:

  1. Apakah persediaan yang perlu untuk menunaikan Umrah?
  2. OK ke pergi Umrah semasa mengandung?
  3. Bawa anak2 menunaikan Umrah tak ganggu ibadah ke?
  4. Bilakah masa yang sesuai utk pergi menunaikan Umrah bersama anak2 kecil?
  5. Perlukah anak2 lelaki dikhatankan sebelum ke tanah suci?
  6. Macam mana nak pastikan anak tak hilang sebab tetamu Allah sangatlah ramai di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram
  7. Patut ke ambil Pil tahan haid bagi perempuan?
  8. Kenapa kami pilih Istanbul sebagai destinasi sebelum ke tanah Suci?


1. Apakah persedian yang perlu untuk menunaikan Umrah?

Persediaan untuk menunaikan umrah mungkin tidak serumit persediaan untuk menunaikan ibadah Haji, namun harus diberi perhatian yang sewajarnya juga kerana bukan senang kita hendak mendapat peluang ke sana, dijemput sebagai tetamu Allah ke dua tanah haramNya. Walaupun kita sihat dan cukup duit, belum tentu dapat pergi tanpa izinNya, oleh itu hargailah peluang jika anda dijemputNya.

Antara persedian yang kami lakukan adalah:

A. Lengkapkan Diri dgn Ilmu Tentang Ibadah Umrah

i. Baca Buku Panduan Umrah & Ziarah
 Apabila dah register ngan travel agent, biasanya anda akan diberi buku Panduan Mengerjakan Umrah &        Ziarah. Baca dan munkin buat nota sikit supaya senang ingat. Catatkan juga apa yang tak faham, boleh          tanya masa kurus Umrah.

ii. Menghadiri Kursus Umrah
Kami menghadiri kursus Umrah yang dianjurkan oleh pihak Travel Agent kami, Andalusia. Diwajibkan semua bakal jemaah untuk menghadiri 3 sesi kursus supaya dapat dipelajari semua perkara asas yang perlu kita tahu berkaitan Ibadah Umrah seperti rukunnya, wajibnya, syarat sahnya, perkara-perkara yang dikenakan dam, kaifiah setiap rukun itu dan sebagainya. Kursus ini akan disampaikan oleh Ustaz yang bertauliah, teori beserta amali dan juga live demo. Kalau ada sebarang kemushkilan atau permasalahan, seelok-eloknya utarakan dapatkan penjelasan dari Ustaz semasa kursus ini.

Anak2 kami bawa bersama masa kursus ni untuk beri pendedahan pada mereka.

iii. Tengok video/YouTube pasal Ibadah Umrah
Video ni available kat kedai2 jual buku2 Islamik dan kalau search kat youtube pun senang jumpa InsyaAllah

iv Ikuti Pengalaman Orang Yang dah Pergi
Boleh tanya pengalaman sahabat dan saudara mara yang pernah pergi dan boleh juga baca kat blog-blog.

B. Persiapan Fizikal

Persiapan fizikal juga sangat penting sebagai salah satu usaha kita supaya perjalanan kita dan ibadah kita dapat dilakukan dengan lancar. Barang2 keperluan seperti pakaian, kelengkapan Umrah, ubat-ubatan, makanan anak2 hendaklah disediakan secukupnya. Kesihatan diri kena jaga dan stamina pun kena tingkatkan sebelum pergi. 

i. Barang Kelengkapan Umrah
Bila kita register biasanya travel agent akan bg juga senarai cadangan kelengkapan utk dibawa masa pergi Umrah. Boleh dapatkan barang2 tu kat kedai yg jual barang kelengkapan Umrah.Online Shop pun banyak sekarang. Beli dan bawa ikut keperluan. Kedai jual barang2 ni biasanya akan bagi kita list jugak. Tak semestinya semua kena beli. Macam saya, jubah untuk pakai di tanah Suci bawak 4 pasang sahaja. Boleh basuh baju dalam bilik dan sidai dalam bilik. Kalau ada bajet lebih boleh je hantar dobi. Kebanyakan hotel ada khidmat dobi. Uncang kasut tu kalau guna plastik2 yang kita beli barang pun OK je.
Kain ihram untuk kanak2 pun ada di jual cumanya saiz dia just nice untuk budak2 sekolah rendah. Untuk toddler umur 2-4 tahun kena adjust sikit.

Contoh barang2 keperluan Umrah

Contoh barang2 keperluan Umrah

Toiletries, lotion dan lip balm yang boleh dipakai masa dalam ihram pun ada dijual. Highly recommended untuk bawa set ni.
Toilettries tanpa wangian boleh di pakai dalam ihram

ii. Ubat-ubatan
Ubat kat Arab Saudi tak sama ngan ubat kat negara kita. Nak dapatkan ubat kat sana kosnya mahal dan mungkin tak sesuai ngan penyakit kita. So sebelum pergi pastikan ubat-ubatan anda cukup untuk keperluan di sana especially kepada mereka yang on medication. Yang sihat walafiat pun seeloknya sediakan ubat-ubatan yang basic mcm ubat demam, selsema, batuk, cirit birit, gatal2, sakit tekak dan sebagainya. Boleh dapatkan kat farmasi atau klinik.

iii. Susu dan Makanan Anak2
Susu dan makanan anak2 perlu dibawa secukupnya sebab susah nak cari susu yang biasa anak kita minum kat sana. Pantaulah pengambilan susu anak2 selama seminggu dan sediakan secukupnya untuk tempoh perjalanan kita tu. Mungkin kena bawa lebih sebab kadang2 makanan yang disedia di hotel atau tempat2 yang kita lawati tu tak kena dengan selera anak2, mereka lebih suka nak minum susu. Saya bawa 4 kotak susu untuk seorang anak selama 16 hari kami bermusafir. Kalau tak cukup juga, 2 atau 3 hari sebelum pulang ke Malaysia boleh cuba bg minum air susu kotak berperisa atau susu soya. Nak beli setin susu kanak2 kat sana yang belum tentu anak kita nak minum bagi saya tak perlu. Bawalah juga biskut2 kegemaran anak2 dan roti2 untuk bekalan mereka semasa dalam perjalanan.

iv) Vitamin dan Supplement
Bagi saya, vitamin dan supplement sangatlah penting masa travelling, lebih-lebih lagi bila kita pergi untuk mengerjakan Umrah. Waktu makan semasa perjalanan tidak menentu, cuaca yang panas/sejuk yang kering, dan terdedah kepada perlbagai jenis virus dan bakteria yang dibawa dari seluruh pelusuk dunia menyebabkan saya mengambil berat pengambilan supplement oleh kami sekeluarga. Since saya tengah mengandung masa tu, saya bawa Set Hamil Shaklee ( Vitamin C, B- Complex, Vitalea, Omeaga Guard, Ostematrix + ESP) untuk memastikan saya kekal bertenaga untuk berjalan ulang alik ke masjid, menunaikan ibadah (Solat, tawaf & saie) di samping melayan kerenah anak2, tidak stress, mempunyai daya tahan badan yang baik dan tidak mengalami simptom tekanan darah rendah. Vitamin ini juga dikongsi bersama suami saya sebab dia juga perlu lebih bertenaga nak dukung anak2 dan lakukan kerja2 berat yang lain. Untuk anak2 pula saya bawakan Chewable Vitamin C, Omega Guard dan Nutriferon untuk meningkatkan tahap immunisasi badan mereka dan untuk seisi keluarga saya bawa satu cannister Performance Drink. Performance Drink ni untuk mengurangkan kadar kehilangan air dari badan kita kerana kat sana kelembapannya rendah. Sebelum keluar dari bilik hotel kami, saya akan pastikan semua minum Performance Drink ni.

v) Tingkatkan Stamina Diri
Jika berkesempatan, sebulan atau beberapa minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci, biasakan diri bersenaman atau paling kurang brisk walking atau berjalan jauh secara konsisten. Jalan pusing satu taman perumahan pun ok untuk bina stamina badan. Kebanyak kita kerja office yang tak perlu jalan banyak sangat so kena buat persediaan ni. hampir setiap hari kami perlu berjalan kaki dalam masa yang lama dari hari pertama perjalanan kami. Ibadah tawah dan saie pun kena 7 kali pusing, kalau tak biasa jalan jauh memang semput lah. Last day kami di Istanbul hampir 8 jam kami berjalan semasa melawat Hagia Sophia dan Topkapi Palace dan kemudiannya terus ke Airport untuk penerbangan ke Madinah.

C. Persediaan Mental

Persediaan mental juga sama penting dengan persedian fizikal, tambahan pula kita pergi bersama anak2 kecil. Kena imagine macam mana kerenah anak2 kat sana nak2 time dia penat, time pergi tempat yang luas yang buat dia excited dan kena expect apakah cubaan dan diugaan yang bakal kita hadapi sepanjang perjalanan dan semasa menunaikan ibadah. Siapkan skema macam mana kita sepatutnya react bila diuji sedemikian. Visualization bagus utk tolong kita lebih prepare. Macam mana kalau pampers anak bocor? macam mana kalau anak tertido masa nak solat? bayangkan senario2 yang bakal dihadapi. InsyaAllah kita akan lebih bersedia dah kurang stress.
Anggaplah cubaan2 itu semua dari Allah untuk menguji kita dan ada hikmahnya. Keep on remind diri sendiri dan pasangan untuk bersangka baik pada anak2, orang sekeliling dan paling penting bersangka baik pada Allah kerana Allah mengikut sangkaan hambaNya.

Dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, Allahسبحانه وتعالى berfirman,
أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى
“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.” (Muttafaqun ‘alaih).

Allah سبحانه وتعالى mengikut sangkaan hambanya Maksudnya, Allah سبحانه وتعالى menurut dan mengikut sebagaimana prasangka hambanya. Jika seorang hamba bertaubat dengan Taubatan Nasuha (yang tulus ikhlas), maka Allah سبحانه وتعالى akan menerima taubatnya. Jika dia yakin doanya akan dikabulkan, maka Allah سبحانه وتعالى akan mudah mengabulkan. Berbeza keadaannya, jika seseorang itu sejak awal, sudah berputus asa dan sudah berburuk sangka terhadap Allah سبحانه وتعالى.
Hadis ini mengajarkan bagaimana seorang muslim harus husnuzon pada Allah سبحانه وتعالى dan mempunyai sikap berharap pada-Nya. (Sumber: Shafiqolbu)

D. Persediaan Spritual

Mak mertua saya pesan, sebelum ke Tanah Suci, lazimkan buat solat sunat taubat. Kita sebagai manusia biasa ni hari2 confirm ada buat dosa dan maksiat pada Allah. Kalau boleh nak pergi jadi tetamu Allah dalam keadaan yang bersih. Kalau mampu, rajinkanlah diri untuk bangun malam, tunaikan solat2 sunat dan rapatkan diri dengan Al-Quran. Selain memohon ampun pada Allah, meminta agar dipermudahkan urusan sepanjang perjalanan dan semoga diterima Ibadah di sana dan juga bila pulang nanti, amalan ini insyaAllah akan mendekatkan hati kita pada Allah dan jika kita diuji di sana nanti, InsyaAllah kita mampu menghadapinya dengan tenang dan redha. :)

2. OK ke pergi Umrah semasa mengandung?

Jawapan saya bergantung kepada kondisi anda semasa mengandung. Bagi saya alhamdulillah, inilah waktu paling sesuai saya mengerjakan Umrah kerana mejelang 4 bulan mengandung dah takde alahan sangat, janin dah agak kuat dan sebelum pergi saya buat pemeriksaan dengan pakar sakit puan dan minta pendapat beliau. Melihat kondisi kandungan saya dan kesihatan saya sendiri, pakar sakit puan saya malah menggalakan saya pergi Umrah waktu itu cuma dia berpesan jangan terlalu memaksa diri. Kalau rasa penat, rehat. Advantage pergi masa pregnant ni kita tak perlu risau datang haid dan tak sempat nak buat Umrah.
Alhamdulillah Allah beri saya kesihatan yang baik serta kekuatan untuk mermusafir dan menjalankan ibadah Umrah bersama suami dan anak-anak.

3. Bawa anak2 menunaikan Umrah tak ganggu ibadah ke?

Ini berbalik kepada niat dan cita-cita anda. tepuk dada tanya selera.Tidak dinafikan akan ada cabaran-cabaran bila bawak anak2 kecil bersama. Kalau anak yang dah sekolah rendah tu maybe lah kita boleh control. Saya dan suami memang bercita-cita untuk bawak anak bersama-sama menunaikan Umrah dan kami buat persediaan sewajarnya dari segi fizikal dan mental serta sentiasa berdoa kepada Allah supaya anak2 kami behave especially semasa menunaikan Umrah dan Alhamdulillah Amirul Hafiz hanya 2 kali menangis kerana mengantuk dan selebihnya dia sangat behave. Semasa pakai ihram dia tak gaduh nak cabut atau tukar baju pun, masa solat fardu di masjid sama ada hafiz tidur di tepi, atau duduk di sebelah sambil main kereta Hotwheelnya. Hanya sekali sekala mahu didukung kerana mengantuk dan takut dengan makcik2 Arab dan Turki kat tepi kitorng yang suka peluk dan cium dia. Saya bawa hafiz bersama ke ruang solat wanita masa di masjid dan Amirul Hakim ikut ayahnya. 

Amirul Hakim pula walaupun baru berumur 4 tahun setengah dia sangat memberi kerja sama. Masa menunaikan tawaf wida' jemaah yang berkerusi roda tak dibenarkan masuk sebab ramai sangat orang (biasanya kami tolak dua beradik ni atas kerusi roda masa tawaf), kena tunggu satu masa yang dikhaskan so husband dukung Hafiz, dan saya pimpin abang Hakim. Abg Hakim berjaya menghabiskan 7 pusingan tawaf itu tanpa merengek. Subhanallah, Alhamdulillah. Ini semua berbalik kepada sangkaan kita pada Allah dan pengharapan kita padaNya.

Sangat ramai jemaah yang bawak anak2 kecil, yang baru lepas pantang pun ada dan orang2 Arab sangat mengalu-alukan anak kecil ke masjid. mesti ada je yang nak peluk, cium, tegur, cubit pipi, bagi gula2, biskut, kurma.. yang bagi duit pun ada.. Subhanallah.. memang pengalaman yang menarik dan mengharukan

4. Bilakah masa yang sesuai utk pergi menunaikan Umrah bersama anak2 kecil?

Saya sendiri pernah bertanya soalan ini kepada seseorang yang berkongsi pengalaman berUmrah bersama anak2 di blognya. Mula2 saya ingat kalau nak bawa anak2, waktu paling sesuai adalah musim sejuk sebab kalau musim panas, kat Arab bukan macam kat Malaysia. Dah lah panas, kering pulak tu. Suhu boleh mencecah 54oC. Tapi akak tersebut bgtau, bila2 masa pun takpe, InsyaAllah Allah perlihara mereka dan permudahkan urusan bersama mereka.

Kami pergi tahun lepas bulan 6, masa musim panas. Kalau keluar pukul 12 ke atas memang rasa macam dudk dekat api yang sedang marak. Bahangmya memang panas. Tapi Alhamdulillah, anak2 tidak sakit atau demam. Banyakkan minum air zamzam. Air zamzam kat Mekah ngan Madinah percuma dan free flow. Manfaatkannya sebaik mungkin. bila kami keluar untuk melawat tempat bersejarah di tengah hari dan terdedah kepada panas matahari, saya akan sapukan sedikit air zamzam ke muka dan kepala anak-anak, beri mereka minum sepuas-puasnya sambil berdoa supaya Allah perlihara mereka dan supaya mereka tak terkesan dengan cuaca yang panas itu.

5. Wajibkah anak2 lelaki dikhatankan sebelum ke tanah suci?

Ada beberapa pendapat tentang perkara ini. Carilah seorang Ustaz yang anda percayai dan ambil lah pendapatnya. Ustaz yang saya tanya kata tak mengapa kalau tak dikhatankan dahulu sebab waktu yang sesuai dikhatankan adalah semasa anak masih bayi, dari lahir sehingga umur 40 hari. Jika terlepas waktu itu, elok lah di tunggu sehingga anak berusia 7 tahun ke atas.

6. Macam mana nak pastikan anak tak hilang sebab tetamu Allah sangatlah ramai di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram?

Agak risau bila terfikir anak-anak boleh hilang dalam lautan manusia kat Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Kalau hilang susahnya nak jumpa. Antara usaha yang kita boleh buat untuk supaya anak kita tak hilang ialah:
  • Pegang erat anak-anak ketika melalui kawasan yang sesak terutama bila nak keluar masjid, rushing masuk masjid bila dan masuk waktu solat dan ketika tawaf. Jika perlu dukung mereka.
  • Pakaikan anak2 kecik bagpack yang berstrap ni, ikatkan kat tangan kita, insyaAllah tak terlepas jauh kalau yang jenis happy go lucky tak takut kat orang. 



  • Sentiasa remind anak2 supaya sentiasa ada di sisi parents. InsyaAllah diorng boleh paham tapi kena hati2 juga.
  • Sentiasa pakaikan tag yg travel agent bagi  sebab kalau terhilang jugak regardless of how carefull we are, at least orang boleh tolong hantar ke hotel.
  • Berdoa dengan penuh harapan agar Allah lindungi dan pelihara anak2 kita setiap masa.

7.Kenapa kami pilih Istanbul sebagai destinasi sebelum ke tanah Suci?

Ramai orang bercita-cita nak lawat Istanbul lepas tgk cerita Istanbul Aku Datang sebab pemandangan dia sangat cantik. Kalau musim bunga tu memang superb lah scenery kat sana. Tapi kami pilih Istanbul kerana kota ini sarat dengan sejarah. Lambang kekuatan pemerintahan Islam, lambang kehebatan Empayar Turki Uthmaniah, kota yang menjadi saksi sabda Nabi SAW setelah lebih 800 tahun. Kota yang amat sinonim dengan nama Sultan Muhammad Al Fateh, sebaik-baik pemimpin yang memimpin sebaik-baik tentera yang berjaya membuka kota ini pada umurnya baru 21 tahun. Kota yang menyingkap kisah2 kehebatan dan kealiman pemerintah-pemerintah dan umat Islam di zaman kegemilangan Turki Othmaniah. Sejarah yang perlu kita ketahui, perlu kita hayati dan perlu kita ulangi. :)
Semoga Imam-Imam Muda ibu mewarisi ciri-ciri penakluk Kota hebat ini.


Kesimpulannya, kami sangat bersyukur diberi peluang oleh Allah Subhanahuwataala untuk mengalami perjalanan kerohanian yang begitu indah sekali bersama anak- anak dan kami doakan semua pembaca berpeluang merasai pengalaman yang sama atau lebih baik :)

Alhamdulillah, setakat ini dulu perkongsian saya kali ini. Jika ada kesempatan saya akan kongsikan pengalaman-pengalaman menarik dan cerita-cerita yang tak dapat di lupakan semasa melawat Istanbul.

Semoga perkongsian dari pengalaman kami yang sedikit ini memberi manfaat.
Jika ada persoalan, sila tinggalkan di bahagian komen. InsyaAllah kami cuba bantu apa yang kami mampu :). 


Hafiz dengan kawan baru - orang Turki

Hafiz ngan Mutawif kami, Ustaz Yusof Halib

Abang Hakim di Jabal Rahmah

Berihram sebelum bertolak dari Madinah


Hafiz berihram
Abang Hakim depan Masjid Quba'

Kanak-kanak Ribena kat Istanbul


Read More