Sunday, 3 August 2014

Gaza, Palestin Berdarah - Apa Peranan Kita?

Sudah hampir sebulan Gaza diserang, dari Ramadhan hingga ke Syawal. Israel rakus menghancurkan Gaza tanpa belas kasihan. Setiap hari ada sahaja yang syahid. Mereka tidak mengira samaada bayi atau kanak2, kaum wanita atau warga tua, yang sakit mahupun lumpuh.. tujuan mereka adalah untuk menghapuskan bangsa Arab dari bumi Palestin.

Rumah, Masjid, sekolah, pejabat, kem2 pelarian, taman permainan, malah hospital juga tak terlepas dari bedilan2 roket tentera Zionis. Angka korban meningkat setiap hari dan kini mencecah 2000 orang.
Just imagine, orang2 yang terkorban itu suami kita, anak2 kita, ibu bapa kita.. x dpt nak gambarkan betapa sedihnya kan?




Setiap kali tgk update pasal Gaza, pasal Palestin, hati rasa mcm dirobek-robek, rasa sangat helpless sbb takde immideate action yg saya boleh buat. Tgk mereka berjuang, berjihad di sana dengan darah dan nyawa mereka, kita di sini hanya melihat dengan perasaan sedih, geram, marah dan berlandaskan emosi-emosi itu rasa ingin sangat ke sana bersama-sama mengangkat senjata. 

Tapi... tapi... mampukah kita? mampukan kita melangkah walau satu langkah ke hadapan jika Allah makbulkan keinginan kita utk berada di sana? Mampukah kita menghadapi trauma di zon perang dengan segala kekurangan dan segala keperitan? 
Jangan samakan kita dengan rakyat Palestin, kalau dibandingkan dengan anak2 kecil Palestin pun belum tentu kita seberani mereka. Kerana mereka adalah hamba-hambaNya yang terpilih.

Oleh itu apa PERANAN kita? 
Apa yg kita boleh buat untuk membantu saudara2 kita di Palestin? 
Apa yang kita boleh perjuangkan supaya kita tak rasa tak berdaya dan tak berguna?
Dan yang paling penting, apa yg boleh kita ambil tindakan supaya di akhirat kelak, bila ditanya Allah apa yg kamu buat utk saudara2 di Palestin, kita ada hujjah utk membela diri kita?

Ketahuilah, ada banyak perkara yg kita boleh dan mampu buat dari tempat kita bermukim.. yea tak perlu pergi ke Gaza.. Jihad kita di sini, di mana sahaja kita berada.

Berikut adalah beberapa langkah yg boleh kita ambil.

LANGKAH PERTAMA:

KONGSIKAN BERITA TERKINI- Sebarkan  apa yg berlaku pada masyarakat

Langkah ini paling mudah kerana tak memerlukan duit atau keringat pun utk lakukannya.. saya yakin kebanyakan dari kita ada akaun facebook yg kita takleh berenggang pun.. kejap2 mesti nak scroll newsfeed nak tgk update terkini. Apa kata like dan follow pages yang berterusan membawakan perkembangan terbaru di Palestin, yang boleh dipercayai contohnya page Aqsa Syarif atau  Aman Palestin. It just take one click to share the news. we never know that with this simple step, kita boleh sedarkan kenalan-kenalan kita dari terus dibuai mimpi, keselesaan dan keseronokan dalam dunia dia sendiri.


LANGKAH KEDUA

BOIKOT BARANGAN ISRAEL

Langkah ini sepatutnya mudah tapi mungkin jadi benda yang agak sukar sebab ita dah sebati dengan barangang keluaran Israel atau dari Syarikat-syarikat yang menyokong Israel. Jika kita dengan penuh kesedaran sedaya upaya memboikot barang2 yang kita biasa guna atas niat berjuang utk Palestin, InsyaAllah itulah jihad kita.. jihad melawan nafsu sendiri. Untuk senarai barangan dan syarikat yang mesti kita boikot, sila layari Inminds UK.

Cuba fahami juga kenapa kita perlu memboikot barangan dari syarikat-syarikat tersebut, bukan pukul rata memboikot barang keluaran Yahudi atau Amerika Syarikat. Syarikat2 yang disenaraikan tersebut menyalurkan beberapa % dari keuntungan syarikat kepada negara haram Israel yang digunakan utk menindas, membunuh dan mencabul hak2 rakyat Palestin.




Macam mana nak tahu produk mana yang kita harus boikot? takkan nak bawak list boikot tu ke mana-mana yea tak? haaa.. jangan risau, sekarang kan dah ada apps Buycott. Available for both iPhone and Androids.
Bila dah download apps tu, join the Long Live Palestine Boycott Israel campaign. Scan the barcodes dan dia akan beritahu samaada barang tu termasuk dalam senarai kita boikot atau tidak.


LANGKAH KETIGA

SEDEKAH, INFAQ, DERMA - Whatever you call it

Ini adalah antara langkah yang boleh kita buat secara aktif dan boleh memberi impak segera terhadap rakyat Palestin. Dengan konflik yang semakin meruncing, kebanyakan kemudahan di Palestin sudah musnah, tempat berteduh, air bersih dan juga elekrtik terputus, ubat-ubatan semakin kurang, adalah amat penting utk kita menghantar bantuan kemanusiaan dengan segera ke sana. Kenal pasti NGO2 yang mendedikasikan usaha mereka utk membantu rakyat Palestin secara berterusan dan salurkan sumbangan kita melalui NGO-NGO tersebut. kalau tak mampu untuk menyumbang atas kapasiti individu, anjurkan kempen, anjuran event utk mengutip dana bagi Palestin. Apa yang saya dan rakan2 pernah buat adalah menjual Choc 4 Gaza keluaran Coklat Gaza . Setiap seringgit dari penjualan satu bar coklat akan disalurkan ke Tabung Palestin di bawah pengurusan Aqsa Syarif.

Jikalau anda seorang usahawan, peruntukan 5-10% atau mungkin 50% daripada keuntungan perniaggan anda utk membantu Palestin. Oleh sebab itu lah sangat penting utk kita, memperkasakan ekonomi kita supaya kita boleh menyumbang sebanyak-banyaknya utk Palestin secara berterusan.

Berikut adalah organisasi yang kan mengurusakan sumbangan anda dengan baik dengan memberi bantuan berterusan kepada Palestin


LANGKAH KEEMPAT

TEGAKKAN ISLAM DALAM DIRI

Itu adalah pesan rakyat serta Pemimpin Palestin kepada kita, pemuda-pemuda di Malaysia. Hanya dengan mengamalkan Islam secara total berlandaskan Al-Quran dan sunnah umat Islam akan menjadi kuat, seperti mana zaman Nabi Muhammad Saw, Khalifah Ar-Rasyidin dan semasa zaman Kegemilangan Empire2 Islam yang telah menakluk 2/3 dunia.

Jangan biarkan diri kita, fikiran kita dijajah oleh agenda2 Yahudi yang melalaikan kita. Bangkitlah! 
Dalami ilmu agama, amalkan ilmu itu dan sebarkan, berkawan lah dengan orang2 soleh, tingkatkan ibadah kita,  dekatkan diri dengan masjid, lazimkan solat berjemaah di masjid.

Rakyat Palestin masih menegakkan solat berjemaah walaupun di keliling ancaman dari tentera zionist sentiasa ada, walaupun masjid-masjid mereka dibom. Apa alasan kita utk tidak pergi solat berjemaah di Masjid?
Tahu kah kita yang Zionis Israel hanya akan takut pada umat Isalam bilamana solat berjemaah subuh di masjid seramai solat Jumaat? Jika benar kita mahu Palestin bebas, jika benar kita mahu kekejaman terhadap rakyat Palestin berakhir, ayuh berjihad utk solat subuh di Masjid wahai Muslimin!!

LANGKAH KELIMA
TEMBAKKAN DOA UTK MEREKA & UTK KITA

Ingat mereka di dalam doa kita setiap masa. Kirimkan doa Qunut Nazilah setiap hari. rebutlah masa2 mustajab utk berdoa, contohnya waktu tahajjud, waktu hujan lebat, hari Jumaat, malam Hari Raya dan sebagainya.

Doa kita mesti seiring dengan usaha kita seperti yang disenaraikan dalam langkah 1-4. Doa dengan sepenuh hati dan usaha sedaya upaya. Mudah-mudahan Allah berikan ganjaran jihad kepada kita.


Jangan lupa didik anak2 kita untuk kenal siapa itu Israel, musuh terbesar kita, dan didik mereka untuk perihatin terhadap Palestin, tanah suci ketiga umat Islam, dan turun mendokong perjuangan kita untuk membantu Palestin sedari kecil lagi.

Alhamdulilla, anak saya Imam Muda Amirul Hakim, mendokong kuat usaha memboikot barangan Israel.
Pada usia seawal lima tahu, Abg Hakim sudah sensitif ttg pemboikotan ini. Setiap kali nampak lambang Nestle, terus dia cakap ' Ini Israel, tak boleh beli '. Pernah saya dileterinya sebab terbeli nestum bayi jenama Nestle.. huhu..
Imam Muda Amirul Hafiz pula, setiap kali tengok saya sedih bila baca tentang berita terkini di Palestin, dia akan cakap,' Takpe ibu, nanti Hafiz dah besar Hafiz gi lawan Israel!'

Semoga Imam- Imam Muda ibu menjadi pejuang pembebas Palestin mengikut kepakaran masing2.

Saya tinggalkan anda dengan satu doa yg boleh kita amalkan dan juga sebuah lagu yang menggambarkan keutuhan semangat rakyat Gaza walaupun dizalimi sebegitu rupa.

Ayuh sahabat2, kita aminkan doa ini

Ya Allah,
Jadikah hambaMu ini MAMPU mendidik anak2 menjadi hambaMu yg taat, mujahid penegak kebenaran, daie yg berpengaruh, menyampaikan risalahMu di segenap pelusuk dunia dan pejuang pembebas Al- Aqsa

Ya Allah,
Tunjukkan lah jalan dan permudahkanlah agar hambaMu ini MAMPU memperkukuhkan ekonomi umat Islam, menjadi jutawan dan membantu org lain menjadi JUTAWAN.. Agar umat Islam tak perlu takut, tak perlu tunduk kepada Israel dan sekutu-sekutunya, supaya kami dpt menyalurkan dana sebanyak-banyaknya kepada umat Islam yg ditindas di seluruh dunia, dpt menyumbang sebanyak2nya utk membantu Palestin

Ya Allah,
Tetapkan lah hati kami, semangat kami utk terus memboikot brg2 yg menyumbang kepada ekonomi Israel, dan berikan kekuatan kepada kami utk mengajak semua Muslim & non Muslim utk bersatu dlm usaha ini.

Ya Allah,
Jadikan lah suami, anak2, adik2, abang, ayah dan semua saudara lelaki kami mencintai rumahMu dan menjadi org yg meramaikan masjid2Mu setiap waktu solat, terutama sekali subuh..

Ya Allah,

Kurniakanlah kemenangan kepada Mujahidin di Palestin dan juga Syria..
Kurniakanlah kemenangan kepada kami.







Kemenangan akan menjadi milikmu Gaza..soon!!
InsyaAllah



"We Will Not Go Down (Song For Gaza)"

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In the night, without a fight
We will not go down
In Gaza tonight



#supportgaza
#freepalestine


About Unknown

A mom to three adorable heroes, insyaAllah will be our Imam Muda(s). A wife to a loving and very supportive husband. Being blessed with all great family and friends around us. A Shaklee Independent Distributor by choice, SID 882031. Dedicated to spread the goodness of Shaklee and promote healthy life.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment