Wednesday 13 August 2014

Home Made Baby Food utk Imam Muda Hadi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera

Hari ni datang mood nak share pasal home made baby food.. :)
Sekarang ni ibu tgh rajin buat makanan untuk hadi sebab imam muda kecik ni semangat makan..masa abg2 dulu buat juga tapi selang seli ngan nestum, dan biskut baby and all sorts of ready made baby food yang available kat kedai..

So far, hadi makan mostly home made baby food. Pernah try bagi biskut baby Milna tu time travel balik raya, dia tak berapa suka.. so ibu punya masakan jugak kegemaran adik yea.. walaupun tak berapa ada rasa..memang purposely tak letak garam ngan gula sebab baby under 2 years kalau boleh kita elakkan, kita elakkan garam ngan gula or any additional seasoning.

Ini kerana ginjal bayi masih belum mampu memproses garam berlebihan dan akan mendedahkan bayi anda dengan risiko kerosakan ginjal (buah pinggang).  Bayi juga boleh mendapat penyakit darah tinggi pada usia muda dan mengalami sawan. Sumber.

Pemberian gula pula boleh menyebabkan bayi lebih cenderung kepada makanan manis dan menyebabkan 'sweet tooth'. Bila terbiasa dengan makanan manis bayi mungkin akan menolak makanan2 yang tidak manis. Ia juga boleh menyebabkan gigi anak kita cepat rosak. Sumber.

Penting juga utk kita memberi perhatian makanan apakah yang sesuai mengikut umur bayi kita kerana perlu diingat, sistem penghadaman bayi kita masih belum matang. Pernah sekali tu akibat terlalu excited nak bagi Amirul Hadi makan sayur-sayuran, saya buatkan broccoli puree masa adik Hadi baru 7 bulan. Nasib baik ada kawan ingatkan dan terus saya cari chart untuk refer sebelum bagi baby apa2 makanan baru :)
Dan saya selalu refer kat wholesomebabyfood.momstastic.com untuk resepi, panduan serta tips2 penyediaan dan penyimpanan homemade baby food.



Panduan pengenalan makanan untuk bayi mengikut bulan (umur bayi)


Panduan di atas adalah hanya sebagai guideline dan nasihat doktor adalah lebih utama. Jika anda atau pasangan ada allergic to certain food dan baby yang dah start makan pun pernah kena allergic, mintalah nasihat doktor untuk panduan pemakanan baby supaya baby tak terdedah kepada makanan yang boleh mendatangkan alahan.

Saya pasti ibu2 semua bila anak dah masuk 6 bulan excited nak sediakan makanan untuk si comel anda kan? tak sabar tgk mulut dia mengunyah makanan. :) Saya sarankan, buat sedikit pembacaan atau ikuti pembelajaran tentang introducing solid food to your baby supaya kita menyediakan dan memberi makanan kepada anak kita dengan ilmu. Ini sangat penting agar kita tidak membahayakan anak kita sama ada dalam jangkamasa pendek atau panjang dek kerana keterujaan kita utk memberi makan kepada permata hati kesayangan kita.

Daripada anak pertama, Imam Muda Amirul Hakim, saya start introduce solid food dengan Avocado.
 Avocado - Nature's Perfect Food

Kenapa Avocado?
Avocado dikenali sebagai Nature's perfect food kerana ianya mengandungi semua nutrient yang perlu untuk seseorang meneruskan hidup. Avocado yang dilecek bersama susu ibu (atau susu formula) adalah sangat sesuai untuk dijadikan makanan pertama bayi kerana teksturnya yang halus dan rasanya yang berlemak.. creamy gitu..Ianya sesuai bagi bayi kerana kandungan lemak tidak tepunya akan membantu perkembangan fizikal dan mental bayi :)

Ia mengandungi Vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin), C dan E serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink selain tidak mengadungi kolesterol dan sodium.

Selain itu ia juga mengandungi antioksida dan potasium untuk mengelakkan daripada penyakit radang sendi dan kandungan asid foliknya pula dapat mengelak serangan jantung dan kanser. Actually Avocado ni pun bagus untuk kita2 orang dewasa ni kan?

Dan yang bestnya, Avocado tak perlu dimasak..hanya lenyek isinya sehingga lembut.. senang bukan? dan penuh khasiat! sebab tu saya suka. :) dan hadi pun suka : -D

Avocado puree

Berikut adalah sedikit gambar yang sempat di memorikan semasa menyediakan makanan pejal untuk Imam Muda Amirul Hadi yang tembam.. :)

Zucchini puree


Bubur nasi+ carrot+ zucchini + salmon

Sebagai seorang ibu bekerja, saya akan masak makanan utk Hadi dalam kuantiti yang byk sekali masak, cukup untuk 2-3 hari consumption. So saya akan letak dalam baby food cube untuk memudahkan saya ambil satu hidangan untuk dipanaskan. Untuk penggunaan lebih dari 2 hari saya akan letak dalam freezer.
Frzen baby food boleh tahan selama 3 bulan maksimum, tetapi sebaiknya guna secepat mungkin kerana makin lama di dalam freezer, khasiatnya semakin merosot.Sumber

Baby food cubes - 2 oz


Dek kerana seronok sangat sediakan makanan utk Imam Muda Amirul hadi ni, ke mana-mana saja kami pergi, saya akan usaha bawak bahan mentah dan blender comel untuk buatkan makanan adik Hadi.
As long as ada dapur dan periuk, insyaAllah boleh buat makanan Amirul Hadi di mana-mana sahaja.

Homemade baby food in the making
dan ini adalah Imam Muda Amirul Hadi yang tombam!

Ibu & Hadi

Semoga entry ini sedikit sebanyak memberi manfaat pada supermoms yang sudi singgah di blog ini. :)
Wassalam 

L0vE
Hanun

About Unknown

A mom to three adorable heroes, insyaAllah will be our Imam Muda(s). A wife to a loving and very supportive husband. Being blessed with all great family and friends around us. A Shaklee Independent Distributor by choice, SID 882031. Dedicated to spread the goodness of Shaklee and promote healthy life.

You Might Also Like

2 comments:

  1. Salam. Tq for sharing. Nak tanya kalau yg dah siap blender banyak2. Tak letak dlm freezer sis letak kat chiller je ke? Boleh tahan berapa hari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sis,
      terima kasih sudi singgah di blog saya.
      ada saya tuliskan dalam entry di atas pasal penyimpanan stock baby food. saya copy dan paste balik di sini yea.

      'Sebagai seorang ibu bekerja, saya akan masak makanan utk Hadi dalam kuantiti yang byk sekali masak, cukup untuk 2-3 hari consumption. So saya akan letak dalam baby food cube untuk memudahkan saya ambil satu hidangan untuk dipanaskan. Untuk penggunaan lebih dari 2 hari saya akan letak dalam freezer.
      Frozen baby food boleh tahan selama 3 bulan maksimum, tetapi sebaiknya guna secepat mungkin kerana makin lama di dalam freezer, khasiatnya semakin merosot'

      Delete