Tuesday, 9 September 2014

Resepi Nasi Ayam Madu Along


Assalamualaikum & Good Day

Hari ni just nak share resepi nasi ayam, saya punya style.. sebab tu letak nama Along kat resepi tu heheh.. :)



Gambar Hiasan



Resipi Nasi Ayam Madu Along (4 orang makan)

Bahan-Bahan
  • Ayam setengah ekor
  • 2 cawan beras
  • 2 sudu mentega
  • 2 kiub ayam
  • ¼ bawang besar
  • 6 ulas bawang putih ( 4 utk sup, 1 utk sambal, 1 utk kicap)
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 sup bunjut adabi
  • ½ inci halia
  • Kicap manis, kicap pekat, sos tiram
  • Sos cili
  • 4 biji cili merah
  • Sebiji limau nipis
  • Garam
  • Gula
  • Rempah ratus- bunga lawang, jintan manis, jintan putih, kulit kayu manis,
  • Madu
  • Timun Batang
  • Tomato
  • Salad
  • Bawang goreng
  • Daun Sup

Cara buat.

  1. Bersihkan ayam, potong ikut suka.
  2. Tumbuk bawang ngan halia. Tumis bawang dan halia dengan minyak yang sikit sampai bawang jadi perang, bukan hangit tau. Boleh jugak kalau nak masukkan jintan manis ngan jintan putih sikit tapi kalau tak masuk pun takpe.Masukkan ayam, gaul2 sikit sampai dah keluar air ayam sket, masukkan air (agak2 cukup untuk buat masak nasi, dah spare untuk sup).Pastu masukkan bawang besar, sup bunjut ngan kiub ayam.
  3. Masak sehingga ayam masak. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa.Tips: tulang ayam seperti kaki ngan leher dan bahagian2 tulang2 yang lain bagus utk masukkan dalam sup – lagi sedap dan manis sbb air tulang keluar.
  4. Kemudian keluarkan ayam, toskan sekejap dan perap dgn kicap manis, sos tiram,kicap pekat dan madu. Perap sekurang-kurangnyer setengah jam. Lagi lama lagi sedap ayam tu.. Sos perapan tu kena rasa jugak, jgn terlalu masin. Pastikan rasa sos perapan tu sedap, secukup rasa.
  5. Untuk nasi pulak, basuh beras bersih2 dan masukkan 2 cawan kuah sup atau ikut sukatan air biasa utk masak beras tu.. lebih sikit pun takpe.
  6. Tumiskan rempah ratus (sikit jer, dalam sesuap campur2 semua bahan sbb byk sgt tak sedap, nak dapat bau jer sebenarnyer) dgn mentega sampai naik bau. Kemudian tuangkan rempah ratus skali ngan mentega cair tu dalam periuk nasi dan masak nasi macam biasa.
  7. Untuk sambal, kisarkan 4 biji cili merah ngan seulas bawang putih ( campur air dalam separuh cawan). Pastikan cili dibuang biji dulu. Kemudian masakkan cili blend tadi dengan sedikit sos cili (sesedap rasa). Masukkan garam dan gula secukup rasa. Bila dah mendidih dah rasa dah cukup pekat, matikan api dan perah sedikit limau nipis secukup rasa.
  8. Untuk kuah kicap pulak, hiris halus2 1 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih. Tumis ngan minyak sikit sampai naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sos tiram dan sedikit sup ayam (dalam 2-3 sudu besar).
  9. Goreng ayam yang dah diperap dengan minyak byk dalam 3-4 minit. Kalau nak garing sikit boleh lama sikit.
  10. Dah masak semua boleh dihidang ngan tomato, salad ngan timun. Sup boleh ditambah bawang gorng dan daun sup utk hiasan.

Sekian, selamat mencuba!
About Unknown

A mom to three adorable heroes, insyaAllah will be our Imam Muda(s). A wife to a loving and very supportive husband. Being blessed with all great family and friends around us. A Shaklee Independent Distributor by choice, SID 882031. Dedicated to spread the goodness of Shaklee and promote healthy life.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment