Saturday, 20 September 2014

Kesihatan Si Manja - Apa Yang Perlu Ibubapa Tahu?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dua hari lepas saya berpeluang menghadiri Health & Wellness Talk yang disampain oleh Pakar Nutrisi Shaklee.

Tajuknya adalah Nutrisi Terbaik Untuk Si Kecil. Sesi yang sangat menarik dan sgt informatif.

So hari ni saya just nak share apa yang saya dapat dari talk tersebut :) semoga sedikit sebanyak membantu ibu dan ayah di luar sana.

MASALAH KESIHATAN KANAK-KANAK 

Akhir-akhir ini anak-anak kita senang terdedah kepada macam2 penyakit dan ibu ayah terpaksa ulang alik ke klinik atau hospital dan tidak kurang juga anak2 yang terpaksa keluar masuk hospital akibat masalah kesihatan.

Antara masalah kesihatan anak-anak yang biasa kita dengar adalah seperti berikut

Batuk, Selsema Yang Berpanjangan

Kanak -kanan yang dihantar ke taska atau day care selalunya akan menghadapi masalah ini. Imam-Imam Muda saya juga tidak terkecuali. Bila berada di dalam satu ruang yang ada ramai kanak-kanak, akan senang berjangkit kerana kebanyak virus akan berpindah dari satu individu ke individu yang lain melalui udara. Kadang2 anak kita dah nak sihat, berjangkit balik ngan kanak2 yang baru dijangkiti kuman ni. Jika dibiarkan berlarutan, mungkin akan menyebabkan pneumonia yang sgt berbahaya kepada nyawa anak2.



Asthma

Asthma adalah masalah pernafasan yang kronik. Asthma disebabkan oleh sistem imun yang rendah. Bakteria masuk ke dalam patu-paru dan salur pernafasan menyebabkan jangkitan kuman (infection). Ini akan menyebabkan salur pernafasan menjadi bengkak dan sempit dan kanak-kanak akan menghadapi kesukaran bernafas. Anak-anak yang mengalami serangan Asthma jika tidak diberi rawatan segera, akan menghadapi risiko kekurangan Oksigen yang boleh membawa maut.


Pertumbuhan Terbantut

Ketinggian seseorang ditentukan dalam 5 tahun pertama dan ia dipengaruhi oleh faktor genetik dan nutrisi.  Pertumbuhan kanak-kanak yang perlahan mungkin disebabkan kekurangan nutrisi terutamanya Protin, Kalsium dan Vitamin D.



Tips dari Pn Sarah (Nutritionist Shaklee)- jika ketinggian anak nampak terbantut, jangan risau. Pastikan anak-anak mendapat kalsium yang banyak daripada makanan dan minuman sehingga dia akil baligh.

Obesiti

Obesiti di kalangan kanak-kanak adalah satu fenomenan yang amat merungsingkan. Badan mereka pada zahirnya besar tetapi malangnya tubuh mereka tidak mendapat nutrisi yang diperlukan dengan lengkap. Kegemukan atau obesiti ini akan menyebabkan komplikasi-komplikasi kesihatan yang lain seperti yang dilami oleh orang dewasa. Pemakanan yang tidak dikawal, selalu bagi anak makan fast food, air berkarbonat, kordial, dan membiarkan mereka mengadap gadget dari pagi ke malam adalah antara faktor yang boleh menyebabkan anak kita jadi obes.





Alergik

Jika kita lihat kulit anak-anak sekarang sangat sensitif. adalah pemandangan biasa bila kita tengok anak-anak dari bayi hingga ke pre-schoolers dengan pipi yang merah, menggaru-garu akibat alergik/alahan kepada allergen yang hadir di dalam udara. Ini juga disebabkan oleh sistem imunisasi yang rendah dan kehadiran banyak jenis allergen dalam udara kita. Ada yang alergik terhadap habuk, bulu kucing, spora, debunga, asap dan bahan kimia.




Anemia

Anemia aialah kondisi kekurangan sel darah merah yang sihat untuk mengangkut oksigen yang cukup the tisu-tisu badan kita. Ini mengakibatkan individu yang mengalami anemia selalu kelihatan letih, tidak bermaya dan kurang fokus, Keadaan ini dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam badan anak2.




BOLEHKAH ANAK-ANAK MENDAPAT NUTRISI YANG CUKUP DARI MAKANAN?


Pada pendapat anda, adakah anak2 kita mendapat semua nutrisi yang diperlukan dari makanan seharian nya? Karbohidrat, protin, asid lemak tidak tepu, serat, kalsium, zink, zat besi, Vitamin A, B,C, D & E.



Cuba kita tgk balik tabiat pemakanan anak2 kita:


  • Adakah kita memberi mereka makan yang di masak di rumah dengan menggunakan bahan2 mentah yang segar?
  • Adakah kita menitik beratkan bahagian makanan seperti yang dicadangkan dalam piramid makanan?
  • Adakah anak-anak kita makan apa sahaja yang kita hidangkan termasuk sayur-sayuran dan buah-buahan?
  • Cukupkah bekalan dari susu yang anak2 kita minum seharian? Adakah kalsium diambil bersama Vitamin D untuk membantu penyerapan?

Jika jawapan untuk setiap soalan ialah tidak atau anda tidak pasti, kemungkinan besar anak kita sedang membesar tanpa nutrisi yang lengkap.

Adakah anak kita makan dari semua kelas makanan yang perlu?



Pada zahirnya mereka nampak sihat tetapi cuba kita amati betul-betul. Adakah anak-anak kita memenuhi semua kriteria kanak-kanak sihat seperti di bawah?



Ciri Kanak-Kanak Sihat. credit to redmamamall




FAKTOR ANAK SENANG SAKIT


Kebiasaan kita pada zaman ini memberi anak2 processed food seperti nugget, sausage, burger dan juga makanan di dalam tin seperti sardin, sos spageti, lauk pauk yang dah siap di tinkan, hanya panaskan bila nak makan. Ini disebabkan oleh kekangan masa ibu yang bekerja.

Makanan2 ini biasanya ada byk bahan pengawet. begitu juga dengan air2 kordial dan air gas yang pelbagai warna. Nampak sangat menarik pada pandangan kanak-kanak tetapi ianya dipenuhi dengan gula, perasa dan pewarna sintentik. Semua ini mengurangkan tahap imunisasi anak-anak dan tidak hairan lah mereka senang sakit. 

Tambahan pula dengan aktiviti fizikal yang terhad berbanding dengan kanak-kanak masa zaman saya dulu. Anak-anak sekarang lebih banyak menghabiskan masa di hadapan TV, laptop, tab, smart phone. Keadaan cuaca yang tak menentu dah ucara yang tercemar dengan asap, jerebu dan pelbagai bahan-bahan kimia juga melemahkan antibodi anak-anak.

Anak saya sendiri, Amirul Hakim tak pernah kena Asthma sebelum ini dan dalam keluarga kami takde pun yang menghidap Asthma tetapi baru-baru ini masa pergi KL time berjerebu, dia terkena serangan Asthma. Doktor kata "something in the air'.



PERLUKAH MENGAMBIL SUPPLEMENT?


Dengan persekitaran yang tak sebersih zaman mak ayah kita kecik-kecik dulu, di tambah dengan gaya hidup dan cara pemakanan sekarang, supplement amat perlu untuk membantu si manja kita membesar dengan sihat, cergas, cerdas dan ceria. Bila anak2 sihat dan happy tentulah mak ayah pun happy. Takde lah asyik2 emergency leave sebab anak sakit. :) Boss pun turut happy.. hehe..

Jadi supplement apa yang perlu diambil oleh anak2 kita?

 v Multivitamin yang mempunyai hampir keseluruhan nutrisi yang dicadangkan dalam piramid makanan dalam kuantiti yang mencukupi untuk menampung kekurang dalam makanan seharian

 v Supplement mestilah selamat, semulajadi bukan diperbuat dari bahan sintetik

 v Kualiti dan keberkesanan supplement dijamin oleh pengeluar supplement dengan ujian-ujian qualiti, disokong dengan ujian klinikal dan testimoni-testimoni pengguna

 v Sudah berada lama di pasaran sekurang-kurangnya lebih dari 20 tahun




Pilihan saya untuk Imam-Imam Muda saya tentulah supplement Shaklee :)
Pakar Nutrisi Shaklee mencadangkan Mealshake, Lecithin dan Omega Guard.
Apakah fungsi,kelebihan dan kebaikan ketiga-tiga supplement untuk Si Manja kita?

Akan saya kongsikan dalam entry yang seterusnya InsyaAllah :)


Untuk pembelian sebarang supplement Shaklee atau pertanyaan lanjut dan konsultasi sila hubungi saya 


    Hanun Farha
    SID: 882031
    Call/SMS/Whatsapp: 0129503142
    About Unknown

    A mom to three adorable heroes, insyaAllah will be our Imam Muda(s). A wife to a loving and very supportive husband. Being blessed with all great family and friends around us. A Shaklee Independent Distributor by choice, SID 882031. Dedicated to spread the goodness of Shaklee and promote healthy life.

    You Might Also Like

    0 comments:

    Post a Comment