Thursday 9 January 2014

Pengalaman Berpantang Dengan Set Bersalin Shaklee Lengkap

Tanggal 4 Disember 2013, tgh dalam kelam kabut banjir, takde letrik dan takde air kat Kuantan ni, saya selamat melahirkan Imam Muda ketiga kami, Muhammad Amirul Hadi.. hehe.. mmg mencemaskan at the same time rasa mcm Allah bg smooth je semuanya masa nak bersalin ni..panjang ceritanyer.. nanti saya share dalam special entry utk kisah ni.. hehe..

Hari ni Adik Hadi dah berumur 39 hari.. apa maksudnyer tu?? Ibu dah nak habis pantang!!! hoorey! :D
Alhamdulillah rasa seronok sgt berpantang kali ni.. Seronok ke pantang? hehe.. iya seronok sbb rasa byk accomplishment.. idok ler makan, tido, menyusu, basuh berak baby jer..

Berpantang kali ni mmg lain dari time berpantang Abg Hakim ngan Hafiz. Badan rasa lebih segar, emosi stabil, lebih kepada rasa gembira dan cool jer, takde sengal2 badan, baby pun sehat..tak meragam sangat, senang nak handle. Alhamdulillah, syukur sgt Amirul Hadi tak kena jaundice (org panggil demam kuning).. kalau tak jenuh nak ulang alik klinik amek darah dia.. sian sungguh tgk baby2 kena cucuk kat tapak kaki tu selang sehari utk check bacaan bilirubin budak2 kena kuning ni..

Masih kena uruskan Imam Muda 2 org lagi walaupun tgh dalam pantang sebab dua-dua manja ngan ibu.. anak omak ler katakan..Abg Hakim at 5 years still nak ibu buatkan certain things utk dia, Hafiz pulak, segalanyer nak ibu.. padahal ada jer ayah ngan opah offer nak buat.. nak ibu jugak.. Alhamdulilllah lah ibu sehat, tak lemah badan dlm pantang ni, so ikutkan je lah kehendak anakanda sorang ni selagi tak melibatkan benda yg kena angkat berat or pergerakan yg lasak sgt.. I dalam pantang kannn.. hehe..
Sempat jugak ajar Abg Hakim baca Al-Furqan, layan diorng main2 ( just be there and layan celoteh diorg)
Syukur tak stress melayan kerenah anak2 teruna saya yg masih dahagakan layanan dan belaian ibu ni..hehe..tak kena gaya boleh meroyan org kata.

Persediaan sebelum bersalin kali ni tak byk, sebab most benda dah ada turun termurun dari abg2 Amirul Hadi ni.. pastu adik ipar bg semua kain baju baby, bantal, bantal, selimut, tilam anak dia punya.. (kitorng pass2, lagipun baju baby ni pakai kejap je, tak sempat lusuh pun.. jimat :D).. beli benda2 yg pakai buang jer.. and of course for ibu kena lah ada set bersalin kan..

Biasanya orang nak bersalin sibuk survey sana sini utk pilih set bersalin mana yang paling best dan value buy untuk bantu proses pemulihan diri ibu selepas bersalin.. Ingat, know your intention when buying set2 bersalin ni.. bukan sekadar ikut2 trend sahaja.. sbb akhirnya set bersalin yang beratus ringgit tu tak fully utilized pun..
Ketahuilah apa benda yang ada dalam set bersalin tu, fungsi2 dia dan what to expect apabila kita dah guna benda-benda tu. Kali ni saya pilih Set Bersalin Lengkap Shaklee..
Jom saya share kenapa saya pilih Set Bersalin Shaklee, apa yang ada dalam set ni, apa fungsi setiap vitamin utk ibu dan baby dan pengalaman saya sendiri menggunakan set ini.

Kenapa saya pilih Set Bersalin Shaklee ni?

Semua produk dalam set ni senang dimakan, mostly tablets dan produk-produk ni bukan ubat, bukan jamu tapi vitamin yang dijamin natural dan halal. Boleh terus dimakan lepas bersalin, tak perlu tunggu seminggu or dua minggu macam jamu or ubat2 herba yang lain. Set Shaklee ni kita mengandungi semua benda yang perlu utk pemulihan ibu dan yg lebih best kita boleh pilih produk apa yang kita nak amek berdasarkan bajet kita.. dan lagi boleh terus guna walaupun dah habis pantang sebagai set menyusu jugak.. i like!! 

Apa yang ada dalam Set Bersalin Shaklee ni?



Apakah fungsi dan manfaat setiap jenis Vitamin dalam Set Bersalin Shaklee?

Jom tgk video ni..

Atau boleh baca kat bawah  ni bagi anda yang lebih suka baca or tak dapat bukak video di atas.

Anda ada option utk amek Set Bersalin Asas (Vitalea, B- Complex, Vitamin C & Zinc Complex) ataupun ambil Set Bersalin Lengkap ( Set Asas + Ostematrix, ESP, Alfalfa dan Lecithin)










 Testimoni saya

Setelah hampir 40 hari saya guna set bersalin Shaklee ni secara konsisten, saya ulang.. secara konsisten, saya sangat berpuas hati lah.. mcm saya cerita kat atas tu, saya rasa seronok sepanjang tempoh pantang kali ni.
Badan tak rasa lemah, muka tak pucat, badan rasa bertenaga, boleh uruskan baby dan 2 anak lain, rasa ceria, tak stress, lebih cool, tak rasa seram sejuk sepanjang berpantang.
Luka jahitan cepat sembuh, pusat baby pun cepat kering, hari ke-5 dah tanggal. Alhamdulillah baby dan ibu tak demam atau sakit setakat ini.
Kombinasi ESP + Alfalfa mmg terbaik! Susu badan saya banyak, walaupun pam sejurus lepas baby dah kenyang menyusu boleh dapat 5-7 oz sekali pam. :) Baby cepat kenyang bila menyusu, takde lah all the time nak nenen. So far, tak kena bengkak susu lagi.
Tiada lagi masalah sembelit bila amek alfalfa dengan konsisten dan Alhamdulillah, now dah dapat balik berat sebelum mengandung.

Tinggal beberapa hari je lagi untuk habis pantang.. doakan saya terus sehat untuk menjaga dan mendidik hero2 saya menjadi Imam Muda.. nanti 3-3 boleh masuk rancangan Imam Muda, tak pun Pencetus Ummah..ahaqs.. :P
Thanks a lot to my dearest hubby and MIL yang banyak tolong uruskan rumah dan anak2 dan jaga saya time pantang ni.. sayang kamu!!

Haa.. sebelum saya sign off hari ni, kalau anda berminat nak tahu lebih lanjut pasal Set Bersalin Shaklee ni atau nak order set bersalin/berpantang, boleh ler contact saya yea.. Saya pengedar Shaklee yang sah :)

ATAU
anda boleh terus membuat pembelian di sini




Hanun Farha
SID: 882031
Call/SMS/Whatsapp: 0129503142


till we meet again in next entry..
About Unknown

A mom to three adorable heroes, insyaAllah will be our Imam Muda(s). A wife to a loving and very supportive husband. Being blessed with all great family and friends around us. A Shaklee Independent Distributor by choice, SID 882031. Dedicated to spread the goodness of Shaklee and promote healthy life.

You Might Also Like

1 comment: