Sunday, 14 September 2014

Pesan Ustaz

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Minggu lepas minggu yang sangat best utk ibu sebab ada 2 orang Ustaz yang hebat datang tempat kerja ibu untuk menyampaikan ceramah sempena minggu HSE dan Quality. Mereka adalah Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang dan Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani.

Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang



Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani
Teruja sebab dapat tengok Ustaz2 ni beraksi life. :)

Antara point penting yang ibu ingat Ustaz2 ni pesan ialah:

BERKAT

Dalam hidup kita nak kan keberkatan, sebab dengan keberkatan dari Allah tu akan lahir ketenangan hati. Ramai orang yang kaya raya, famous, pangkat besar, tapi hati tak tenang, hidup tak gembira, mungkin tiada keberkatan. Ustaz kata kita boleh check sendiri hidup kita berkat atau tidak.
Petanda arasnya ialah, ada pertambahan kebaikan dalam hidup kita ( ziyadatul khair)

Contohnya dulu2 kita solat wajib 5 waktu tu je, solat pun hujung2 waktu.. Pastu dah kawen start solat jemaah, pastu lama2 tambah pulak solat sunat, sekarang dah start bgn solat malam.. camtu lah..

Tapi x confine pada ibadah khusus atau sedekah jer, kalau kita semakin byk buat baik kat org, semakin byk tuntut ilmu, semakin kurang panas baran dan ego, semakin tekun dan cekap buat kerja kerana Allah , makin sempurna tutup aurat, itu mungkin tanda2 hidup kita diberkati

EGO

Ustaz kata, satu penyakit yang kalau ada pada sesorang tu, orang kat sekeliling dia yang merana. Penyakit tu adalah penyakit Ego. Penyakit Ego ni penyakit hati, asyik rasa dia je betul. Ego adalah satu racun yang boleh menghalang kecemerlangan seseorang individu, sesebuah keluarga, sesebuah institusi atau oragnisasi. EGO = Takabbur.

Ada 7 sebab manusia jadi ego menurut Imam Al Ghazali Rahimahullahu taala:

  1. Rasa banyak ilmu agama
  2. Rasa diri banyak beribadaha dan  beramal soleh
  3. Keturunan
  4. Kekayaan
  5. Kecantikan (biasanya pada perempuan)
  6. Kekuatan fizikal (biasanya pada lelaki)
  7. Ramai pengikut /kekuasaan
Semoga kita dapat mengikis sikap2 ego yang ada dalam diri kerana semua kelebihan di atas tu datangnya dari Allah



HARTA & KAWAN

Harta dan kawan adalah aset yang berharga.

Jangan takut untuk jadi kaya sebab dengan jadi kaya kita berpeluang utk buat lebih byk saham akhirat. Mereka yang kaya boleh lebihbyk bersedekah, membantu orang lain dan menyumbang dana untuk kerja-kerja agama. Orang yang kaya juga ada lebih byk masa utk beribadah, bukan mcam kita yang makan gaji ni, Masa terikat ngan majikan.

Ustaz cerita pasal seorang yang kaya raya, masih muda, dalam 40-an, kereta mewah boleh gilir2, tapi dia bawak keta2 dia gi masjid solat jemaah, gi ceramah, bawak ustaz2 ke sana ke mari. Subuh2 dia dan anak2nya orang pertama yang ada kat masjid. Subhanallah.. Ustaz pesan, kita minta Allah bg kekayaan pada kita untuk kita manage, bukan kekayaan tu manage kita, dan bukan kerana kekayaan tu kita jadi ego, tapi makin rendah diri dan lebih dekat pada Allah.

Ustaz pesan carilah kawan orang2 yang soleh sebab kita senang terpengaruh dengan kawan2 kita. Ustaz juga pesan cari kawan yang boleh nasihat kita, yang boleh ckp NO pada kita kalau kita buat benda2 yang tak betul mengikut syarak.


ZIKIR

Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Oleh itu sentiasalah zikrullah. Zikir terbahagi pada 2:

  • Zikir dengan lisan - Lafaz tahmid, tasbih, istighfar, takbir, selawat, dll
  • Zikir dengan perilaku - ingat Allah dalam setiap langkah dan tindakan kita


Ustaz tanya, kita online FB, twitter sumer2 tu dapat apa? Kalau sentiasa ONLINE dengan ALLAH kita dapat apa? InsyaAllah akan dapat hati yang tenang dan kerja yang cemerlang :)


ILMU

Ustaz tekankan juga pasal ilmu. kalau kita nak baiki diri, tak boleh tidak kena cari ilmu. Sebab dengan ilmu kita dapat buang sifat2 buruk kita, dengan ilmu kita dapat perbaiki amalan kita dan dengan ilmu kita akan lebih kenal pencipta kita Allah swt. Ilmu adalah cahaya yang menyuluh kehidupan ini. Sekarang kita byk alasan utk mencari ilmu. Sibuk ngan kerja lah, susah anak kecik lah, jauh lah, penat lah.. tapi Ustaz remind yang kat akhirat nanti we have no excuse in front of Allah.


DOA

Doa adalah senjata orang mukmin. Doa is very powerful. Cuma kita kena yakin dan sentiasa berdoa, tak kira lah tengah buat kerja ke, tengah drive ke, nak masak nasi ke. Doa tu adalah direct communication kit ngan Allah.. mintalah segalanya dengan Allah sbb Allah memang suka kita minta padaNya.

Ustaz ajar kami satu doa yang Nabi Muhammad saw ajar kepada Muaz B Jabar. Nabi saw pesan kat Muaz supaya baca doa ni setiap kali lepas solat. Ustaz ajar sungguh2 sekali ngan makna dan praktikal (suh penonton ulang2 baca)



InsyaAllah ibu akan amalkan pesan2 Ustaz dan akan sampaikan pesan-pesan ini pada Imam-Imam Muda ibu.. Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati para Ustaz tak pernah jemu, penat, letih dalam menyebarkan dakwah Islam dan semoga Imam-Imam Muda ibu membesar menjadi seperti Ustaz2 ini.. InsyaAllah :)

Wallahu'alam


About Unknown

A mom to three adorable heroes, insyaAllah will be our Imam Muda(s). A wife to a loving and very supportive husband. Being blessed with all great family and friends around us. A Shaklee Independent Distributor by choice, SID 882031. Dedicated to spread the goodness of Shaklee and promote healthy life.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment