Saturday, 4 October 2014

Salam Aidil Adha 1435 Hijrah

Assalamualaikum wbt :)

Di kala Jemaah Haji di Mekah menunaikan rukun Islam ke-5, kita menyambut Hari Raya Aidil Adha.
berbondong-bondong masyarakat Muslim di Malaysia menunaikan ibadan korban bermula hari ini hingga 13 Zulhijah.

Iklaskan lah niat kita menunaikan korban itu, niatkan hanya semata-mata untuk Allah SWT, tidak kepada selain daripada-Nya, sebagai tanda syukur terhadap apa yang telah dianuggerahkan Allah yang tidak terhingga banyaknya.

Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Tiada satu amalan yang paling dicintai Allah SWT. daripada Bani Adam a.s ketika Hari Raya Aidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.”   (Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.)

Semoga sirah di sebalik pensyariatan ibadah korban itu kita fahami dah hayati. Betapa besarnya pengorbanan seorang hamba kerana taat pada Sang Pencipta.

Berikut adalah perkara-perkara sunat yang dianjurkan untuk kita lakukan pada Hari Raya Pertama Aidiladha iaiyu pada 10 Zulhijah dan juga amalan sunat ketika melakukan ibadah korban

PAGI 10 ZULHIJAH

  1. Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
  2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
  3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
  4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
  5. Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.
  6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
  7. Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
  8. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
  9. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
  10. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
  11. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
  12. Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak

PERKARA SUNAT KETIKA KORBAN

  1. Menjelang 10 Zulhijah, tidak digalakkan empunya korban memotong rambut dan kukunya hingga dia melaksanakan ibadat korban.
  2. Ketika menyembelih haiwan korban disunatkan :
  • Membaca Bismillahirrohmanirrahim.
  • Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
  • Menghadapkan haiwan itu ke arah kiblat di atas rusuk kirinya.
  • Bertakbir sebelum membaca Bismillah dan selepasnya.
  • Membaca doa, maksudnya: “Ini adalah nikmat daripada-Mu dan aku mendekatkan diri kepada-Mu dengannya.”

Semoga amalan kita diterima oleh Allah subhanahuwataala. Taqabbalallahu minna wa minkum

Salam Eidul Adha dari kami sekeluarga di raisingupimammudas.blogspot.com



About Unknown

A mom to three adorable heroes, insyaAllah will be our Imam Muda(s). A wife to a loving and very supportive husband. Being blessed with all great family and friends around us. A Shaklee Independent Distributor by choice, SID 882031. Dedicated to spread the goodness of Shaklee and promote healthy life.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment