Showing posts with label nutrisi untuk kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label nutrisi untuk kanak-kanak. Show all posts

Sunday, 30 November 2014

Cara Mudah Atasi Masalah Kurang Berat Badan Si Manja

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Si Manja, rata-rata dari umur 3 bulan ke 12 bulan mereka menjadi tumpuan ramai, dengan muka yang bulat, badan berkatang-katang, mata yang besar dan pipi yang tembam. Tetapi menginjak ke umur 2 tahun mereka semakin lasak, sentiasa sibuk meneroka dan mencuba benda baru dan mula lah kurang makan dan ibu-ibu mula risau anak mereka kurang berat badan.

Atasi masalah kurang berat anak
Bayi yang sihat
Saya juga tidak terkecuali. Imam Muda Amirul Hakim bila dah mula berjalan dan mendapat skil-skil baru memang susah nak makan. Tambahan pula masa tu dia eczema, memang kami agak berhati-hati dengan apa yang di makan Abg Hakim. Hasilnya dia menjadi 'picky eater'. Berat badannya sangat lambat naik dan membuat kan kami suami isteri sangat risau. Pastinya semua ibu bapa pun akan risau kalau berat badan anak kurang naik selari dengan pertambahan umurnya.

atasi masalah anak kurus, kurang berat badan
Graf Tumbesaran Ideal Kanak-Kanak Perempuan Sehingga 2 Tahun

atasi masalah berat badan anak
Graf Tumbesaran Ideal untuk Kanak-kanak Lelaki Sehingga 3 Tahun

Bila dibandingkan berat badan Abang Hakim semasa berumur setahu ke atas dengan Graf Tumbesaran Ideal ini memang dia berada di kalangan underweight. Pemeriksaan doktor atau lebih baik pakai kanak-kanak adalah penting untuk memastikan anak tiada masalah yang serius berkaitan dengan organ atau enzim-enzim dalam badan yang menyebabkan tumbesarannya sedikit perlahan.
Atasi masalah berat badan anak
Ramai kanak-kanak yang kurang selera makan

Kami mencuba pelbagai susu untuk merangsang kenaikan berat badan yang sihat untuk Abang Hakim tetapi hasilnya kurang memuaskan. Walaupun Abang Hakim aktif dan doktor mengatakan tiada masalah yang serius, kami masih lagi risau. Pakar kanak-kanak mencadangkan kami memberikan Abang Hakim Multivitamin. Macam-macam juga vitamin di pasaran kami cuba namun hasilnya masih sama, sehingga lah kami berkenalan dengan Mealshake Shaklee.

Mealshake Penyelesaian Untuk Masalah Berat Badan Anak

Alhamdulillah, setelah 6 bulan pengambilan ( yang tak berapa konsisten), nampak lah tumbesaran Abang Hakim semakin baik, dapat catch up dengan rakan sebayanya. Setelah 3 bulan mengambil secara konsisten agak ketara selera makannya bertambah. Kalau sebelum ni, berperang ibu nak suruh dia makan, tapi akhir-akhir ni, Abang Hakim yang minta nak makan nasi dan boleh habis sepinggan atau sebungkus nasi (portion separuh dari standard hidangan orang dewasa). Syukur sangat. Dan bonusnya juga masalah eczema Abang Hakim beransur-ansur kurang dan kini dah hilang sepenuhnya.  :)

Tiada apa yang lebih menggembirakan kami sebagai ibu bapa dari pada melihat anak membesar dengan sihat. Inilah salah satu Shaklee Effect kami.

Ikuti perkongsian ibu-ibu yang pernah menghadapi masalah yang sama dan sangat berpuas hati dengan Shaklee Effect yang mereka rasai dengan Mealshake Shaklee.


Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.


Nak tahu apa khasiat yang terkandung dalam Mealshake? klik pada link- link di bawah

Berikan Si Manja Nutrisi Terbaik


Jemput share artikel ini di media sosial jika anda rasakan ianya bermanfaat. Mungkin ramai saudara mara dan sahabat kita mengahadapi masalah yang sama dan tengah mencuba pelbagai cara untuk memastikan Si Manja mereka dapat membesar dengan sihat.

Sharing is Caring :)

Rujukan.
Ingin dapatkan Mealshake untuk Si Manja anda sekarang? Klik di bawah


Untuk pembelian sebarang supplement Shaklee atau pertanyaan lanjut dan konsultasi sila hubungi saya 

Hanun Farha
SID: 882031
Call/SMS/Whatsapp: 0129503142
Read More

Saturday, 27 September 2014

10 Sebab Kenapa Mealshake Penting Untuk Tumbesaran Si Manja

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hari ni nak sambung sharing pasal nutrisi untuk Si Manja. Kenapa saya rasa subjek ni penting?
Sebagai seorang ibu kepada anak2 yang sedang membesar, tiada yang lebih mengembirakan dari melihat anak2 membesar dengan sihat. Sebab saya pernah mengalami pengalaman anak demam tinggi sampai sawan, anak ekzema teruk (acute eczema) sampai berdarah-darah, sampai tak nampak mukanya yang comel tu dan anak kena pneumonia sampai masuk ICU.

Pastinya saya tidak mahu melihat anak-anak mengalami kesakitan sebegitu lagi dan saya berharap dapat membantu ibu-ibu lain supaya tidak perlu menghadapi pengalaman yang memeritkan itu. Antara faktor utama yang mempengaruhi kesihatan anak kita adalah pemakanannya atau nutrisi, penjagaan kebersihan dan semestinya doa dari ibu bapa :)

Kenapa Nutrisi Penting Di Awal Perkembangan?


Bekalan nutrisi yang cukup membantu perkembangan optimum dari segi fizikal, mental, intelek, sosial dan aspek emosi. Nutrisi yang lengkap juga membantu mencegah dari penyakit kronik.

Kanak-kanak yang sihat adalah  mereka yang kuat, aktif, pantas, yakin dan menyedari kebolehan sebenar.






Kanak-kanak yang tidak sihat mempunyai sistem imunisasi yang rendah serta mengalami simptom-simptom seperti sering pening, muntah dan cirit birit , sentiasa batuk dan bersin, serta mengalami sakit kepala dan sakit perut, Pertumbuhan mungkin terbantut kerana kekurangan nutrisi tertentu.


Serangan Alergik juga sering mengganggu perkembangan fizikal, mental dan emosi anak2, Alergik boleh mengakibatkan pencapaian akedemik kurang memusakan, terpaksa ponteng sekolah kerana badan gatal, bengkak dan sebagainya serta mungkin menghadapi masalah dalam pembelajaran dan fokus.

Kanak-kanak yang kekurangan zat besi akan menghidap Anemia, iaitu kekurangan sel darah merah yang sihat.  Meraka akan sentiasa penat dan tak mampu untuk fokus justeru menghadkan keupayaan mereka untuk meneroka dan berinteraksi dengan persekitaran.

Nutrisi yang tidak seimbang pula boleh mengakibatkan Obesiti yang biasanya berkait rapat dengan penyakit kronik yang lain seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan lain2.



Sudah pasti lah setiap kesakitan anak itu menjadi penderitaan pada ibubapa. Nutrisi yang lengkap dan gaya hidup yang sihat bukan sahaja mempengaruhi kesihatan tetapi juga membei kesan kepada masa depan anak-anak kita.




Boleh kah anak-anak mendapat nutrisi secukupnya dari makanan seharian?
jawapannya boleh rujuk entry saya yang sebelum ini Kesihatan Si Manja - Apa yang Perlu Ibubapa Tahu

Ok, hari ni saya nak share pasal supplement yang memang setiap hari saya bancuhkan untuk anak2 sejurus selepas mereka bangun tidur waktu pagi iaitu Mealshake. InsyaAllah, Mealshake mampu memberi lebih dari apa yang Si Manja kita perlukan untuk pertunbuhan dan perkembangan.


10 Sebab Kenapa Mealshake Penting Untuk Tumbesaran Si Manja

1. Karbohidrat 
Mealshake membekalkan karbohidrat yang mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Karbohidrat dari Mealshake ditukarkan kepada tenaga secara perlahan-lahan dan ini akan membekalkan tenaga sepanjang hari untuk Si Manja kekal aktif

2. Protin
Dilengkapi dengan 9 asid amino yang penting untuk pertunbuhan dan pembaikan tisu badan

3. Vitamin A, C, E
Kaya dengan antioksidan yang megekalkan kesihatan kulit dan membaiki sel-sel badan serta melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal-radikal bebas


4. Serat
Membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit

5. Vitamin-Vitamin B
Meningkatkan fokus dan perhatian dan memelihara kesihatan saraf



6. Sodium & Magnesium
Membantu memlihara keseimbangn air dalam badan, mengurangkan rasa letih

7. Vitamin C
Untuk kesihatan gigi. gusi dan kulit serta menentang infeksi kuman

8. Vitamin A
Vitamin A diperlukan untuk kesihatan epitelium (lapisan sel luar) kornea dan konjuntiva (membran mukus lembut yang menutupi bahagian depan dan dalam kelopak mata).



9. Kalsium & Vitamin D
Kalsium penting untuk kesihatan dan pembentukan tulang anak-anak. Vitamin  pula penting untuk membantu penyerapan kalisum yang optimum

10. Zat Besi(Iron) & B12
Penting untuk pembinaan sel darah merah


Cara Pengambilan Mealshake


Mealshake hanya boleh diberikan kepada kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas sahaja. Walaupun Mealshake biasa disarankan untuk kanak2, tetapi ia adalah Supplement Multivitamin yang sangan sesuai untuk dinikmati bersama.

Berikut adalah cadangan pengambilan Mealshake mengikut usia:

Umur 1-3 Tahun ; Satu sudu teh sehari dicampur dengan susu

Umur 4-6 Tahun : Satu sudu besar sekali sehari dicampur dengan air kosong atau susu

Umur 7-12 Tahun : Satu sudu besar, dua kali sehari dicampur dengan air kosong atau susu

Atas 12 Tahun - Warga Emas : 3 sudu besar sehari dicampur dengan air kosong atau susu


Mealshake boleh dicampur dengan minuman kegemerana anak-anak atau dewasa, cuma jangan dibancuh menggunakan air panas, air berkarbonat dan berkafein



Ayuh ibu2, berikan yang terbaik utk anak-anak kita. Ini adalah usaha kita untuk mengurangkan kesakitan anak-anak dan penderitaan kita melihat anak sakit dan membantu mereka membesar dengan sihat,bijak, yakin dan cergas


 




Jangan lepaskan peluang membeli sambil menyumbang dengan penjimatan yang hebat bulan ini dengan Promosi Beli 3 Percuma 1 Mealshake :D





Untuk pembelian sebarang supplement Shaklee atau pertanyaan lanjut dan konsultasi ekslusif sila hubungi saya 

Hanun Farha
SID: 882031
Call/SMS/Whatsapp: 0129503142

Read More

Monday, 22 September 2014

Berikan Si Manja Nutrisi Terbaik

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Ok, sambungan dari entry sebelum ini Kesihatan Si Manja - Apa Yang Perlu Ibubapa Tahu?

Pemberian nutrisi yang lengkap dan kuantiti yang diperlukan adalah amat penting untuk tumbesaran anak-anak yang baik. Apabila anak-anak membesar dengan sihat dan kurang masalah kesihatan, hidup mereka akan lebih berkualiti. Perkembangan fizikal, mental dan keupayaan mereka belajar akan lebih baik secara kesulurahannya.

Oleh kerana kita sudah tahu dan sedar yang pemakanan seharian anak-anak kita tidak mampu memberikan semua nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran sihat anak-anak, pengambilan supplement adalah amat penting.

Sudah tentu Shaklee pilihan saya kerana ianya dijamin HALAL, SELAMAT, SENTIASA BERKESAN dan mesra alam.

Seperti yang dicadangkan oleh Pakar Nutrisi Shaklee, Mealshake, Omega Guard Dan Lecithin.

Ok, jom kita lihat apakah fungsi utama dan kelebihan supplemen-supplemen ini.


MEALSHAKE

Mealshake Shaklee adalah minuman yang lazat berperisa French Vanilla yang diperbuat daripada bahan semualajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, lactalbumin (sejenis susu) dan lain2.

Shaklee Meal Shake merupakan sumber protein yang lengkap dengan penambahan vitamin dan mineral. Ia membekalkan sembilan asid amino dalam nisbah yang seimbang untuk kesejahteraan tubuh anda dan amat diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar
Di samping itu, Mealshakes Shaklee juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein, termasuk asid amino perlu dan tidak perlu.
Mealshake Shaklee

Fungsi dan Kelebihan Mealshake Shaklee
  • Menyediakan hidangan lengkap berserta asid amino
  • Nutrisinya mudah diserap untuk kegunaa harian
  • Memberikan 19 jenis vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrien untuk kanak- kanak yang sedang membesar
  • Sumber pemakanan protin terbaik
  • Kaya dengan sumber kalsium dan Vitamin D untuk tumbesaran tulang yang sihat.Kalsium memerlukan vitamin D untuk membantu penyerapan maksimum.
  • Mengandungi vitamin A,C,E,zink dan selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak  mengelakkan kerosakan sel oleh radikal bebas.   
  • Mengandungi Vitamin B yang meningkatkan daya fokus  dan perhatian dan baik untuk sel darah merah (mencegah Anemia)
  • Magnesium dan sodium mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan, berfungsi sebagai electrolit untuk mengurangkan rasa letih
  • Bekalan serat terbaik untuk membantu penghadaman bagi mengelakkan sembelit
  • Membekalkan karbohidrat dengan glisemik indeks yang rendah untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari
  • Kaya dengan Vitamin C untuk kesihatan gusi, gigi dan kulit dan membantu fungsi sel darah merah melawan jangkitan (sgt sesuai untuk anak2 yang sering demam, selsema dan ekzema)
  • Vitamin A baik untuk kesihatan mata. Amat perlu untuk kanak-kanak sekarang yang selalu sangat mengadap gadgets
  • Mengandungi zat besi dan B12 yang penting untuk pembinaan sel-sel darah

Mealshake Shaklee tidak mengandungi laktosa - anak-anak yang ada lactose intolarence atau alergik dengan laktosa pun boleh mengambil Mealshake

Rasanya yang lazat menyebabkan anak2 anda pasti menginginkannya setiap hari. Boleh dicampur dengan susu mereka.



Mealshake -membekal hidangan lengkap penuh berkhasiat


LECITHIN


Lecithin Shaklee

Lecithin Shaklee mengandungi choline yang sangat perlu untuk otak berfungsi. Lecitin meningkatkan bekalan choline dan acethylcholine. Acethylcholine penting untuk fungsi otak -berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman,dan sebagainya


Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat.30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati adalah lecitin.


Fungsi dan kelebihan Lecithin Shaklee

  • Lecithin dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak.
  • Mencergas dan mencerdaskan otak
  • Memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 badan
  • Sebagai pengemulsi lemak semulajadi - membantu mencegah dan mengatasi masalah obesiti
  • Lecithin merupakan asid lemak yang perlu untuk menjaga paru-paru - mencairkan mukus dan mencegah iritasi, oleh itu sangat baik untuk anak-anak yang mempunyai masalah alergik, hay fever, asthma, bronkitis
  • Lecithin perlu dalam penghasilan rambut yang sihat, berkilat, kulit yang sihat dan lembut serta membantu mencegah ekzema
  • Lecithin Shaklee diperbuat dari lecithin kacang soya- sumber  terkaya lecithin tanpa kolesterol 

OMEGA GUARD

Omega Guard

Omega Guard Shaklee ialah minyak ikan terbaik dunia yang menggunakan penyulingan molekul 3 peringkat yang sangat eksklusif di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghlangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya.

Fungsi dan Kelebihan Shaklee Omega Guard
  • Meningkatkan sistem imun tubuh kanak-kanak - mengatasi masalah selsema, demam dan asthma
  • Kesihatan sistem kardiovascular (jantung, arteri, salur darah yang sihat)
  • Membantu merawat eczema. Omega Guard penting untuk kesihatan kulit.
  • DHA dan EPA dengan untuk perkembangan minda kanak-kanak.
  • Penting untuk kesihatan mata dan otak
  • Disyorkkan untuk kanak-kanak hyperactive dan autisme




Anak-anak adalah anugerah terindah dan juga amanah yang besar yang perlu ibu bapa jaga, didik dan besarkan dengan baik.

Pastikan hanya yang terbaik untuk anak anda :)

Anak sihat ceria, ibu bapa pasti bahagia :D


Untuk pembelian sebarang supplement Shaklee atau pertanyaan lanjut dan konsultasi sila hubungi saya 

Hanun Farha
SID: 882031
Call/SMS/Whatsapp: 0129503142
Read More

Saturday, 20 September 2014

Kesihatan Si Manja - Apa Yang Perlu Ibubapa Tahu?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dua hari lepas saya berpeluang menghadiri Health & Wellness Talk yang disampain oleh Pakar Nutrisi Shaklee.

Tajuknya adalah Nutrisi Terbaik Untuk Si Kecil. Sesi yang sangat menarik dan sgt informatif.

So hari ni saya just nak share apa yang saya dapat dari talk tersebut :) semoga sedikit sebanyak membantu ibu dan ayah di luar sana.

MASALAH KESIHATAN KANAK-KANAK 

Akhir-akhir ini anak-anak kita senang terdedah kepada macam2 penyakit dan ibu ayah terpaksa ulang alik ke klinik atau hospital dan tidak kurang juga anak2 yang terpaksa keluar masuk hospital akibat masalah kesihatan.

Antara masalah kesihatan anak-anak yang biasa kita dengar adalah seperti berikut

Batuk, Selsema Yang Berpanjangan

Kanak -kanan yang dihantar ke taska atau day care selalunya akan menghadapi masalah ini. Imam-Imam Muda saya juga tidak terkecuali. Bila berada di dalam satu ruang yang ada ramai kanak-kanak, akan senang berjangkit kerana kebanyak virus akan berpindah dari satu individu ke individu yang lain melalui udara. Kadang2 anak kita dah nak sihat, berjangkit balik ngan kanak2 yang baru dijangkiti kuman ni. Jika dibiarkan berlarutan, mungkin akan menyebabkan pneumonia yang sgt berbahaya kepada nyawa anak2.



Asthma

Asthma adalah masalah pernafasan yang kronik. Asthma disebabkan oleh sistem imun yang rendah. Bakteria masuk ke dalam patu-paru dan salur pernafasan menyebabkan jangkitan kuman (infection). Ini akan menyebabkan salur pernafasan menjadi bengkak dan sempit dan kanak-kanak akan menghadapi kesukaran bernafas. Anak-anak yang mengalami serangan Asthma jika tidak diberi rawatan segera, akan menghadapi risiko kekurangan Oksigen yang boleh membawa maut.


Pertumbuhan Terbantut

Ketinggian seseorang ditentukan dalam 5 tahun pertama dan ia dipengaruhi oleh faktor genetik dan nutrisi.  Pertumbuhan kanak-kanak yang perlahan mungkin disebabkan kekurangan nutrisi terutamanya Protin, Kalsium dan Vitamin D.



Tips dari Pn Sarah (Nutritionist Shaklee)- jika ketinggian anak nampak terbantut, jangan risau. Pastikan anak-anak mendapat kalsium yang banyak daripada makanan dan minuman sehingga dia akil baligh.

Obesiti

Obesiti di kalangan kanak-kanak adalah satu fenomenan yang amat merungsingkan. Badan mereka pada zahirnya besar tetapi malangnya tubuh mereka tidak mendapat nutrisi yang diperlukan dengan lengkap. Kegemukan atau obesiti ini akan menyebabkan komplikasi-komplikasi kesihatan yang lain seperti yang dilami oleh orang dewasa. Pemakanan yang tidak dikawal, selalu bagi anak makan fast food, air berkarbonat, kordial, dan membiarkan mereka mengadap gadget dari pagi ke malam adalah antara faktor yang boleh menyebabkan anak kita jadi obes.





Alergik

Jika kita lihat kulit anak-anak sekarang sangat sensitif. adalah pemandangan biasa bila kita tengok anak-anak dari bayi hingga ke pre-schoolers dengan pipi yang merah, menggaru-garu akibat alergik/alahan kepada allergen yang hadir di dalam udara. Ini juga disebabkan oleh sistem imunisasi yang rendah dan kehadiran banyak jenis allergen dalam udara kita. Ada yang alergik terhadap habuk, bulu kucing, spora, debunga, asap dan bahan kimia.




Anemia

Anemia aialah kondisi kekurangan sel darah merah yang sihat untuk mengangkut oksigen yang cukup the tisu-tisu badan kita. Ini mengakibatkan individu yang mengalami anemia selalu kelihatan letih, tidak bermaya dan kurang fokus, Keadaan ini dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam badan anak2.




BOLEHKAH ANAK-ANAK MENDAPAT NUTRISI YANG CUKUP DARI MAKANAN?


Pada pendapat anda, adakah anak2 kita mendapat semua nutrisi yang diperlukan dari makanan seharian nya? Karbohidrat, protin, asid lemak tidak tepu, serat, kalsium, zink, zat besi, Vitamin A, B,C, D & E.



Cuba kita tgk balik tabiat pemakanan anak2 kita:


  • Adakah kita memberi mereka makan yang di masak di rumah dengan menggunakan bahan2 mentah yang segar?
  • Adakah kita menitik beratkan bahagian makanan seperti yang dicadangkan dalam piramid makanan?
  • Adakah anak-anak kita makan apa sahaja yang kita hidangkan termasuk sayur-sayuran dan buah-buahan?
  • Cukupkah bekalan dari susu yang anak2 kita minum seharian? Adakah kalsium diambil bersama Vitamin D untuk membantu penyerapan?

Jika jawapan untuk setiap soalan ialah tidak atau anda tidak pasti, kemungkinan besar anak kita sedang membesar tanpa nutrisi yang lengkap.

Adakah anak kita makan dari semua kelas makanan yang perlu?



Pada zahirnya mereka nampak sihat tetapi cuba kita amati betul-betul. Adakah anak-anak kita memenuhi semua kriteria kanak-kanak sihat seperti di bawah?



Ciri Kanak-Kanak Sihat. credit to redmamamall




FAKTOR ANAK SENANG SAKIT


Kebiasaan kita pada zaman ini memberi anak2 processed food seperti nugget, sausage, burger dan juga makanan di dalam tin seperti sardin, sos spageti, lauk pauk yang dah siap di tinkan, hanya panaskan bila nak makan. Ini disebabkan oleh kekangan masa ibu yang bekerja.

Makanan2 ini biasanya ada byk bahan pengawet. begitu juga dengan air2 kordial dan air gas yang pelbagai warna. Nampak sangat menarik pada pandangan kanak-kanak tetapi ianya dipenuhi dengan gula, perasa dan pewarna sintentik. Semua ini mengurangkan tahap imunisasi anak-anak dan tidak hairan lah mereka senang sakit. 

Tambahan pula dengan aktiviti fizikal yang terhad berbanding dengan kanak-kanak masa zaman saya dulu. Anak-anak sekarang lebih banyak menghabiskan masa di hadapan TV, laptop, tab, smart phone. Keadaan cuaca yang tak menentu dah ucara yang tercemar dengan asap, jerebu dan pelbagai bahan-bahan kimia juga melemahkan antibodi anak-anak.

Anak saya sendiri, Amirul Hakim tak pernah kena Asthma sebelum ini dan dalam keluarga kami takde pun yang menghidap Asthma tetapi baru-baru ini masa pergi KL time berjerebu, dia terkena serangan Asthma. Doktor kata "something in the air'.



PERLUKAH MENGAMBIL SUPPLEMENT?


Dengan persekitaran yang tak sebersih zaman mak ayah kita kecik-kecik dulu, di tambah dengan gaya hidup dan cara pemakanan sekarang, supplement amat perlu untuk membantu si manja kita membesar dengan sihat, cergas, cerdas dan ceria. Bila anak2 sihat dan happy tentulah mak ayah pun happy. Takde lah asyik2 emergency leave sebab anak sakit. :) Boss pun turut happy.. hehe..

Jadi supplement apa yang perlu diambil oleh anak2 kita?

 v Multivitamin yang mempunyai hampir keseluruhan nutrisi yang dicadangkan dalam piramid makanan dalam kuantiti yang mencukupi untuk menampung kekurang dalam makanan seharian

 v Supplement mestilah selamat, semulajadi bukan diperbuat dari bahan sintetik

 v Kualiti dan keberkesanan supplement dijamin oleh pengeluar supplement dengan ujian-ujian qualiti, disokong dengan ujian klinikal dan testimoni-testimoni pengguna

 v Sudah berada lama di pasaran sekurang-kurangnya lebih dari 20 tahun




Pilihan saya untuk Imam-Imam Muda saya tentulah supplement Shaklee :)
Pakar Nutrisi Shaklee mencadangkan Mealshake, Lecithin dan Omega Guard.
Apakah fungsi,kelebihan dan kebaikan ketiga-tiga supplement untuk Si Manja kita?

Akan saya kongsikan dalam entry yang seterusnya InsyaAllah :)


Untuk pembelian sebarang supplement Shaklee atau pertanyaan lanjut dan konsultasi sila hubungi saya 


    Hanun Farha
    SID: 882031
    Call/SMS/Whatsapp: 0129503142
    Read More