Wednesday, 12 November 2014

Cara Didik Anak, Pesan UZAR (PART 1)


Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh & Sejahtera

Bila belum dapat anak, beria-ia nak dapatkan anak, usaha, doa, makan itu makan ini, ikut petua itu, amalkan nasihat ini.. tetapi, bila dah dapat anak, macam mana kita jaga, kita didik, kita lengkapi anak itu, permata yang tiada tolok banding nilainya itu?
Anak permata hati ibubapa

Ramai ibu bapa mengeluh, anak2 zaman millenium ini sukar diurus, sukar dibentuk, macam2 masalah, macam2 karenah.. internet, rakan2, TV, cikgu, semuanya dipersalahkan.. bagaimana pula dengan ibu ayah? Yang melahirkan dan menjadi contoh telandan pertama dan utama anak2?

Bagaimana cara kita mendidik anak? adakah kita pernah muhasabah?

Semalam terbaca artikel tulisan Ustaz Zaharudin Abdul Rahman ynag dishare di group Mak Tak Marah Anak MTMA. Sungguh menyentap perasaan, menusuk ke jiwa, merentap kesedaran diri.

Ingin saya kongsikan intipati artikel itu di sini, semoga menjadi panduan dan pedoman kepada kita, ibu bapa dan juga kepada imam-imam muda ibu..juga sebagai platform itu kita muhasabah diri, sejauh mana kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai ibubapa, pemengang amanah terbesar kepada anak2 kurnian Allah. 

Kita harapkan anak yang soleh, hormatkan orang tua, anak yang bertanggunjawab, kasihkan ibu bapa.. namun adakah kita sudah menunjukkan contoh sebagai orang yang soleh pada anak2?  adakah kita layani anak2 dengan hormat, sudahkan kita penuhi semua tanggungjawab kita kepada anak2? percakapan kita, perlakuan kita, marah kita, adakah dipenuhi dengan kasih sayang? atau sebaliknya
Ibu memberi pengarauh besar terhadap anak-anak


Ulama & Penjenayah Dibentuk Dari Rumah : Fikirkan Wahai Ibubapa

 Oleh Zaharuddin Abd Rahman





Minggu lalu, ketika menjamah makanan makan malam di sebuah restoran semasa dalam perjalanan ke airport, rakan-rakan yang bersama menghantar saya berbicara berkenaan pelbagai isu. Hj Rosman kemudian menzahirkan kebimbangan beliau berkenaan kes jenayah yang wujud di Malaysia. Kes-kes sedemikian agak kurang berlaku di Bahrain.

Natijah dari kebimbangan tersebut, beliau bertanya

"pada pandangan ustaz, macam mana cara untuk selesaikan masalah ini"

Saya berfikir sejenak, sudah tentulah jawapan paling mudah bagi seorang ustaz adalah berkata

"kita kena kembali kepada Islam"

Tetapi disebabkan jawapan itu terlalu umum, maka saya mengambil keputusan untuk tidak memberikan idea itu.

"Ia perlukan penyelesaian secara kolektif, semua pihak perlu ada kesedaran untuk merubah keadaan" demikian jawapan permulaan saya.

"Namun yang paling utama perlu berperanan, adalah ibu bapa atau keluarga"

Saya mengulang kembali ingatan sedih dan pedih kita kepada kes Al-Marhumah Nurin Jazlin yang dibunuh kejam dan masih gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa Malaysia sehingga kini.

"Bukankah Nurin dibunuh oleh seorang manusia?, sudah tentunya manusia ini dilahirkan ke dunia oleh seorang ibu dan pastinya dia punyai bapa dan keluarga"

"Namun apakah yang menjadikannya sebegitu kejam?" saya menerang sambil mengajak berfikir.

Memang benar, pelbagai faktor menyumbang, namun bagi saya ia bermula dari hasil didikan pertama ibubapa, sesuai dengan apa yang disabdakan oleh nabi s.a.w

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya? (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Sudah tentu juga ibubapa yang berperanan untuk mencorakkan seorang bayi sehingga menjadi seorang Muslim, mukmin yang bertaqwa.

Kita tidak nafikan faktor persekitaran yang sentiasa menghurungi anak-anak kita khususnya di sekolah, melalui internet, rakan-rakan, games, TV dan lainnya.
Bapa membentuk jiwa anak-anak


JANGAN DIDIK ANAK SECARA SPONTAN


Namun tidak boleh dinafikan, ibubapa mempunyai saham terbesar. Anak-anak adalah satu tugas terbesar buat ibubapa yang sering diabaikan. Sedangkan mereka semua adalah suatu aset dan ‘pelaburan' terpenting. Namun amat kerap mereka menjadi mangsa kurang teliti, kurang perhatian dan tiada perancangan jitu oleh sang ibubapa.

Akhirnya, sebuah aset yang ditangani secara lebih kurang akan menghasilkan hasil yang bukan lebih kurang juga, tetapi hasil lebih buruk malah membawa padah.

Memang benar, kegagalan merancang pendidikan anak-anak adalah sebuah kegagalan masa depan.

Ramai yang merasakan, pendidikan anak-anak boleh dibuat secara spontan, bergantung kepada hari dan masa. Dalam kata lain, bergantung kepada keadaan.

Hakikatnya, anak tidak boleh dididik secara spontan, ia memerlukan satu pelan perancangan khas untuk menjadikan lebih mudah dibentuk. Mendidik mereka seperti mengendalikan sebuah syarikat awam yang sentiasa memerlukan plan induk, teknik khas, contingency plan dan monitoring system.

Kerana itu kita perlukan seorang Chief Operating Officer (COO) untuk anak-anak. Menurut teori ideal Islam, COO yang paling ideal bagi pendidikan anak-anak adalah seorang IBU. Bapa bertindak sebagai Chief Executive Officer(CEO) yang mana,, ruang lingkup tugasan, peranan dan tanggungjawabnya lebih besar dan menyeluruh.

"Namun apabila hari ini kedua-dua ibubapa sibuk mencari nafkah, aset di rumah terabai dek kerana pendapatan RM 2,000 (purata) atau RM 5,000 sebulan si ibu"

Anak-anak diswastakan kepada nursery yang kurang pengalaman. Kurang penghayatan, kurang sensitiviti dan seumpamanya.

Kita boleh menghantar mereka ke pelbagai jenis kursus dan kem untuk menyuntik sesuatu, namun pokok pangkalnya tetap di atas bahu kita selaku ibubapa. Kalaupun anak telah berubah hasil tarbiyah di dalam kursus, mereka akan tetap melupakan nilai baik tersebut jika ibu bapa masih di takuk lama.
Artikel asal
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tepuk dada tanya diri kita, kita ada cara tertentu kah didik anak kita? Cara didik anak yang bagaimana kita amalkan?
hakikatnya memang kita didik anak secara spontan, tiada plan, tiada perancangan, hari ni nak terapkan nila apa, masa makan apa yang kita nak ajar anak2, anak2 tersepit di celah aktiviti rutin harian kita yang fokus terbesarnya adalah kerja kita. Selalunya anak2 harus mengikut jadual aktiviti harian kita yang tiada satu pun kita khususkan semata-mata untuk mereka, untuk mendidik akhlak mereka, jiwa mereka dan nilai2 hidup yang menentukan sama ada mereka bakal menjadi Ulama atau Penjenayah..

Ada lagi pesan UZAR, nantikan  Part 2
About Unknown

A mom to three adorable heroes, insyaAllah will be our Imam Muda(s). A wife to a loving and very supportive husband. Being blessed with all great family and friends around us. A Shaklee Independent Distributor by choice, SID 882031. Dedicated to spread the goodness of Shaklee and promote healthy life.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment