Si Manja, rata-rata dari umur 3 bulan ke 12 bulan mereka menjadi tumpuan ramai, dengan muka yang bulat, badan berkatang-katang, mata yang besar dan pipi yang tembam. Tetapi menginjak ke umur 2 tahun mereka semakin lasak, sentiasa sibuk meneroka dan mencuba benda baru dan mula lah kurang makan dan ibu-ibu mula risau anak mereka kurang berat badan.
Bayi yang sihat |
Graf Tumbesaran Ideal Kanak-Kanak Perempuan Sehingga 2 Tahun |
Graf Tumbesaran Ideal untuk Kanak-kanak Lelaki Sehingga 3 Tahun |
Bila dibandingkan berat badan Abang Hakim semasa berumur setahu ke atas dengan Graf Tumbesaran Ideal ini memang dia berada di kalangan underweight. Pemeriksaan doktor atau lebih baik pakai kanak-kanak adalah penting untuk memastikan anak tiada masalah yang serius berkaitan dengan organ atau enzim-enzim dalam badan yang menyebabkan tumbesarannya sedikit perlahan.
Ramai kanak-kanak yang kurang selera makan |
Kami mencuba pelbagai susu untuk merangsang kenaikan berat badan yang sihat untuk Abang Hakim tetapi hasilnya kurang memuaskan. Walaupun Abang Hakim aktif dan doktor mengatakan tiada masalah yang serius, kami masih lagi risau. Pakar kanak-kanak mencadangkan kami memberikan Abang Hakim Multivitamin. Macam-macam juga vitamin di pasaran kami cuba namun hasilnya masih sama, sehingga lah kami berkenalan dengan Mealshake Shaklee.
Mealshake Penyelesaian Untuk Masalah Berat Badan Anak
Alhamdulillah, setelah 6 bulan pengambilan ( yang tak berapa konsisten), nampak lah tumbesaran Abang Hakim semakin baik, dapat catch up dengan rakan sebayanya. Setelah 3 bulan mengambil secara konsisten agak ketara selera makannya bertambah. Kalau sebelum ni, berperang ibu nak suruh dia makan, tapi akhir-akhir ni, Abang Hakim yang minta nak makan nasi dan boleh habis sepinggan atau sebungkus nasi (portion separuh dari standard hidangan orang dewasa). Syukur sangat. Dan bonusnya juga masalah eczema Abang Hakim beransur-ansur kurang dan kini dah hilang sepenuhnya. :)Tiada apa yang lebih menggembirakan kami sebagai ibu bapa dari pada melihat anak membesar dengan sihat. Inilah salah satu Shaklee Effect kami.
Ikuti perkongsian ibu-ibu yang pernah menghadapi masalah yang sama dan sangat berpuas hati dengan Shaklee Effect yang mereka rasai dengan Mealshake Shaklee.
Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.
Nak tahu apa khasiat yang terkandung dalam Mealshake? klik pada link- link di bawah
Berikan Si Manja Nutrisi Terbaik
Jemput share artikel ini di media sosial jika anda rasakan ianya bermanfaat. Mungkin ramai saudara mara dan sahabat kita mengahadapi masalah yang sama dan tengah mencuba pelbagai cara untuk memastikan Si Manja mereka dapat membesar dengan sihat.
Sharing is Caring :)
Rujukan.
Ingin dapatkan Mealshake untuk Si Manja anda sekarang? Klik di bawah
Untuk pembelian sebarang supplement Shaklee atau pertanyaan lanjut dan konsultasi sila hubungi saya
Hanun Farha
SID: 882031
Call/SMS/Whatsapp: 0129503142
0 comments:
Post a Comment