Saturday, 1 November 2014

Omega 3 Dari Minyak Ikan Terbaik Dunia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam Sejahtera :)

Kalau kita shopping barang2 rumah kan, mesti ibu2 perasan banyak dah benda kat pasaran  ada tambahan Omega 3. Contohnya susu, nestum, roti, minyak masak, telur dll. ini menunjukkan pengguna di negara kita dah sedar tentang kepentingan Omega 3 dalam diet seharian kita. Oleh itu pengeluar makanan mengambil inisiatif memperkayakan produk makanan keluaran mereka dengan Omega 3 utk lebih kompetatif.

Minyak Ikan Sumber Utama Omega 3

APA ITU OMEGA 3?

Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh kerana itu ia digelar Omega 3.

Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)

2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)

3. Alpha Linolenic Acid (ALA)




Selalu kan kita tengok singkatan EPA dan DHA pada label tin-tin susu yang ada di pasaran. Sekarang kita tahu bahawa susu itu mengandungi tambahan Omega 3 :)

KENAPA PENTING OMEGA 3 PADA SAYA?

Kenapa saya dan anda, yea anda :) memerlukan Omega 3 ini? 
Omega 3 sangat diperlukan oleh badan kita tetapi tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan. Oleh itu kita haruslah dapatkan Omega 3 ni dari makanan seharian.

Omega 3 adalah nutrient yang sangat penting untuk badan kita terutama untuk fungsi otak, jantung, sistem saraf, retina mata, hati, sendi, kulit dan lain-lain. Eh, mcm semua jer perlukan Omega 3 ni??
Sebab tu ler Omega ni dalam kategori Essential Nutrient, maksudnyer wajib dapatkan untuk badan kita.

Pada 8 September 2004, USFDA iaitu badan yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal perubatan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega 3 (EPA & DHA) sebagai satu supplement yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Di antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan adalah:

  1. Mengurangkan risiko serangan jantung
  2. Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
  3. Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
  4. Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
  5. Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.
  6. Mengurangkan risiko darah beku
  7. Mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan
  8. Mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki (varicose veins).
  9. Mengurangkan KOLESTEROL Triglycerides & LDL dalam darah & menaikkan paras KOLESTEROL BAIK (HDL) 
  10. Mengurangkan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung (heart attack).
  11. Mengurangkan risiko mendapat STROKE (ANGIN AHMAR) sama ada jenis ischemia atau haemorrhagic.
  12. Mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi (hypertension) dengan mengurangkan masalah pengerasan saluran darah
  13. Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi.
  14. Mengurangkan radang sendi dalam penyakit sendi Rheumatoids
  15. Mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn’s
  16. Mengurangkan masalah radang usus dalam penyakit Ulcerative Colitis
  17. Memberi kesan positif dalam penyakit SLE (Systemic Lupus Erymatosis)
  18. Memberi kesan positif dalam penyakit Asma
  19. Memberi kesan positif dalam masalah kulit Eczema dan Atopic dermatitis
  20. Membantu pesakit yang menjalani pemindahan organ (implant).
  21. Membantu dalam perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Susu ibu amat kaya dengan DHA (Omega 3). Oleh itu, banyak syarikat pengeluar susu yang menambahkan DHA dalam keluaran susu merekA.
  22. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat tambahan DHA dalam minuman susu mereka akan mengalami masalah hiperaktif (ADHD) yang kurang
  23. Kanak-kanak yang kekurangan Omega 3 dalam pemakanan mereka mempunyai masalah tumbesaran otak

Fuh!! banyakkan manfaatnya? Itu sebahagian yang disenaraikan oleh Dr Norman. Saya percaya banyak lagi manfaatnya. Antaranya tingkatkan sistem imunisasi badan kan sebab ibu2 selalu bagi anak2 makan minyak ikan kod tu supaya anak tak senang kena jangkitan kat tadika/sekolah :)

SUMBER OMEGA 3

Seperti yang kita maklum, badan kita tak boleh menghasilkan Omega 3 sendiri, oleh itu kita kena dapatkan Omega 3 ni dari makanan seharian kita. 

Sumber utama Omega 3 EPA dan DHA adalah ikan air sejuk seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis dan ikan hering. Ramai orang risau tentang kehadiran merkuri dan toksin lain dalam ikan, terutamanya semasa mengandung. Atas sebab ini, sumber minyak ikan EPA dan DHA dari vitamin ataupun suplemen adalah paling selamat. Minyak ikan yang berkualiti tinggi daripada pengilang yang mempunyai reputasi yang baik memberikan manfaat kesihatan EPA dan DHA tambahan tanpa risiko ketoksinan.

Ikan laut dalam kaya dengan Omega 3


Ramai orang ingat bahawa flaxseed dan / atau minyak flaxseed mengandungi Omega 3. Tetapi flaxseed mengandungi rantai pendek omega 3, ALA (asid alfa-linolenik), yang berbeza dari EPA dan DHA yang mengandungi rantai panjang omega 3. EPA dan DHA Omega 3 memberi keperluan badan untuk pembangunan kesihatan yang optimum. Walaupun ia pernah berfikir bahawa badan manusia boleh menukar ALA kepada EPA dan DHA, penyelidikan terkini menunjukkan bahawa pertukaran tersebut jarang berlaku. Minyak ikan merupakan sumber EPA dan DHA yang lebih dipercayai.


OMEGA 3 Dari Minyak Ikan Terbaik Dunia

Bila memilih supplement Omega 3 ni tentunya kita  nak pilih yang terbaik kan?

Harga dan jenama tidak menjamin ia adalah minyak ikan yang bagus. Ikan boleh mengumpul toksin laut dalam sistem mereka, seperti PCB(sejenis bahan kimia industri yang sangat toksid) dan merkuri. Tambahan pula rantaian makanan ikan menjadikan lebih tinggi kepekatan toksin yang kita mesti jauhi.

Atas sebab ini supplement Omega 3 mesti dihasilkan dengan teknologi yang tinggi dan melalui saringan yang ketat bagi memastikan ia benar-benar bebas daripada mana-mana bahan cemar.Terdapat piawaian antarabangsa yang ketat untuk memantau tahap pencemaran yang terdapat dalam suplimen Omega 3. Supplement Omega 3 yang terbaik mesti bebas daripada sebarang bentuk pencemaran kimia. Oleh itu mereka menggunakan ikan yang didapati di bahagian yang paling bersih lautan dunia, mereka memproses ikan dengan cara yang tertentu supaya pencemaran sama sekali dihapuskan.

Melihat kepada ciri2 ini, saya memilih OMEGA GUARD dari Shaklee  untuk memenuhi keperluan Omega 3 kami sekeluarga :)


Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee


1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair
sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies) 


2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.

3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 lain di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-
satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3
semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.


5. Satu sajian Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA. 

6. Kebanyakan pengusaha kilang menggunakan penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan,,sesetengah nutrien, malah tidak dapat menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.
Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini. Ia dihasilkan melalui satu proses penyulingan propriteri tiga peringkat untuk mengekstrak asid lemak Omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB. 




Dah hari ini saya ada berita baik untuk anda semua :)
Shaklee mengadakan promosi Omega Guard bulan November ini.

Kali ni lebih special sebab biasanya konsep promo Shaklee adalah Beli 6 Percuma 1. tapi kali ni ada tambahan, beli 2 botol Omega Guard dengan 5% diskaun :)

Harga Retail Omega Guard : RM 136 sebotol
Sebotol Omega Guard mengandungi 90 kapsul Omega -3 

Beli 6 Percuma 1


Beli 2 dengan Diskaun 5%

Hubungi saya utk cadangan supplement Shaklee dan FREE consultation dan order supplement anda sekarang :)


Hanun Farha
SID: 882031

Call/SMS/Whatsapp: 0129503142

fb:https://www.facebook.com/hanunfarha
Fan Page: My Precious Health Cube

About Unknown

A mom to three adorable heroes, insyaAllah will be our Imam Muda(s). A wife to a loving and very supportive husband. Being blessed with all great family and friends around us. A Shaklee Independent Distributor by choice, SID 882031. Dedicated to spread the goodness of Shaklee and promote healthy life.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment