Sunday, 30 November 2014

Cara Mudah Atasi Masalah Kurang Berat Badan Si Manja

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Si Manja, rata-rata dari umur 3 bulan ke 12 bulan mereka menjadi tumpuan ramai, dengan muka yang bulat, badan berkatang-katang, mata yang besar dan pipi yang tembam. Tetapi menginjak ke umur 2 tahun mereka semakin lasak, sentiasa sibuk meneroka dan mencuba benda baru dan mula lah kurang makan dan ibu-ibu mula risau anak mereka kurang berat badan.

Atasi masalah kurang berat anak
Bayi yang sihat
Saya juga tidak terkecuali. Imam Muda Amirul Hakim bila dah mula berjalan dan mendapat skil-skil baru memang susah nak makan. Tambahan pula masa tu dia eczema, memang kami agak berhati-hati dengan apa yang di makan Abg Hakim. Hasilnya dia menjadi 'picky eater'. Berat badannya sangat lambat naik dan membuat kan kami suami isteri sangat risau. Pastinya semua ibu bapa pun akan risau kalau berat badan anak kurang naik selari dengan pertambahan umurnya.

atasi masalah anak kurus, kurang berat badan
Graf Tumbesaran Ideal Kanak-Kanak Perempuan Sehingga 2 Tahun

atasi masalah berat badan anak
Graf Tumbesaran Ideal untuk Kanak-kanak Lelaki Sehingga 3 Tahun

Bila dibandingkan berat badan Abang Hakim semasa berumur setahu ke atas dengan Graf Tumbesaran Ideal ini memang dia berada di kalangan underweight. Pemeriksaan doktor atau lebih baik pakai kanak-kanak adalah penting untuk memastikan anak tiada masalah yang serius berkaitan dengan organ atau enzim-enzim dalam badan yang menyebabkan tumbesarannya sedikit perlahan.
Atasi masalah berat badan anak
Ramai kanak-kanak yang kurang selera makan

Kami mencuba pelbagai susu untuk merangsang kenaikan berat badan yang sihat untuk Abang Hakim tetapi hasilnya kurang memuaskan. Walaupun Abang Hakim aktif dan doktor mengatakan tiada masalah yang serius, kami masih lagi risau. Pakar kanak-kanak mencadangkan kami memberikan Abang Hakim Multivitamin. Macam-macam juga vitamin di pasaran kami cuba namun hasilnya masih sama, sehingga lah kami berkenalan dengan Mealshake Shaklee.

Mealshake Penyelesaian Untuk Masalah Berat Badan Anak

Alhamdulillah, setelah 6 bulan pengambilan ( yang tak berapa konsisten), nampak lah tumbesaran Abang Hakim semakin baik, dapat catch up dengan rakan sebayanya. Setelah 3 bulan mengambil secara konsisten agak ketara selera makannya bertambah. Kalau sebelum ni, berperang ibu nak suruh dia makan, tapi akhir-akhir ni, Abang Hakim yang minta nak makan nasi dan boleh habis sepinggan atau sebungkus nasi (portion separuh dari standard hidangan orang dewasa). Syukur sangat. Dan bonusnya juga masalah eczema Abang Hakim beransur-ansur kurang dan kini dah hilang sepenuhnya.  :)

Tiada apa yang lebih menggembirakan kami sebagai ibu bapa dari pada melihat anak membesar dengan sihat. Inilah salah satu Shaklee Effect kami.

Ikuti perkongsian ibu-ibu yang pernah menghadapi masalah yang sama dan sangat berpuas hati dengan Shaklee Effect yang mereka rasai dengan Mealshake Shaklee.


Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.


Nak tahu apa khasiat yang terkandung dalam Mealshake? klik pada link- link di bawah

Berikan Si Manja Nutrisi Terbaik


Jemput share artikel ini di media sosial jika anda rasakan ianya bermanfaat. Mungkin ramai saudara mara dan sahabat kita mengahadapi masalah yang sama dan tengah mencuba pelbagai cara untuk memastikan Si Manja mereka dapat membesar dengan sihat.

Sharing is Caring :)

Rujukan.
Ingin dapatkan Mealshake untuk Si Manja anda sekarang? Klik di bawah


Untuk pembelian sebarang supplement Shaklee atau pertanyaan lanjut dan konsultasi sila hubungi saya 

Hanun Farha
SID: 882031
Call/SMS/Whatsapp: 0129503142
Read More

Sunday, 16 November 2014

Cara Khusyuk Dalam Solat: Persoalan Sepanjang Zaman

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh

Solat adalah tiang agama bagi setiap Muslim.
Setiap hari kita solat, dari umur 7 tahun, atau lagi muda... sehingga sekarang.. dah berapa tahunkah kita solat? 25,30, 40 tahun? Lama dah kan?  

Pernah terfikir tak mengapa kita masih lagi rasa berat, rasa liat nak solat? Sehinggakan kita kita tangguhkannya di hujung2 waktu..

Yea... sbb kita belum menjumpai cara untuk mendapat khusyuk dalam solat. Banyak dah tip2 yang kita dengar dan cuba amalkan. contohnya, tetap kan pandangan pada satu titik pada sejadah atau tempat sujud, fahami apa yang dibaca dalam solat, solat dengan ihsan (seolah-olah kita nampak Allah) dan sebagainya..

Di sini saya nak share tips cara khusyuk dalam solat, dari nukilan
Dr Fuad Latip. Saya agak terkesan dengan nukilan ini, semoga anda juga sama.




MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG.

Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari melakukan apa jua kerja.

1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak
memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah.
Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa
saja.

2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil
wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk
bertemu denganNya secara formal.

Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan
kemaksiatan.

4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran
bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.

Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.

5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu.
Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya
Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya
Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”

“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit
dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya
Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”

“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah,
hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”

“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan
untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri.

8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita
berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita
komunikasikan dengan Allah adalah….

“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk ya Allah.”

“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan
Penyayang ya Allah”.

“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah.
Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.

Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami
mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)

Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah
Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat ya Allah.”

ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.

10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan
bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah. Terima kasih yang datang dari hati ini.

Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati.
Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata.

” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”

Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan benar disamping
fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan jantung.

Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan
solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN..bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….tetapi Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali. Allah..

Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….

“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”

Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?
siapa kita yang sering ingin dipuji?
Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita?
Siapa kita?…. Astaghfirullah.

13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini
kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi.
Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita
mengharapkan redha Allah semata-mata.

Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….

“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”

Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar benar-benar pujian
itu dari hati kita dalam kesedaran padaNya.

14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan mengharap padaNya.
Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi mohonlah… mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang daripadaNya.

“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”

“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”

“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”

“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.
Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak
mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan
kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus hidup).

“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”

“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”

“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”

“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”

Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan
lebih berserah kita padaNya.

****
Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah sendiri keindahan
solat. Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak pernah
sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekarang. Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.

Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang dekat dengan Allah
sentiasa menunggu-nunggu waktu solat.

Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu-tunggu.

Dari tinta Dr Fuad Latip
5 Sept 2014.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semoga kita semua dapat menemukan khusyuk  yang hilang itu supaya solat kita jadi solat yang berkualiti.

Wassalam



























































































































                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          
Read More

Wednesday, 12 November 2014

Cara Didik Anak, Pesan UZAR (Part 2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sambungan dari entry sebelum ni . Setiap hari memikirkan keadaan di rumah, hati merasa sedih dan sayu.. persoalannya kenapa.. kenapa kita tidak dapat menyediakan persekitaran yang baik untuk anak2 membesar menjadi anak yang lembut jiwanya, hati yang penuh dengan kasih sayang, dan akhlak yang baik lagi terpuji? 

Kekurangan itu terletak pada kita, ibubapa dan natijahnya terlihat jelas pada anak2, tetapi anak2 juga yang dipersalahkan.. kenapa degil sangat, kenapa tak boleh dengar cakap ibu ayah, kenapa nakal semacam.. kita, yea, kita yang membentuk perangai itu, nilai itu, kita yang membentuk anak kita samaada untuk jadi Ulama atau Penjenayah.. hakikat yang rata2 ibu bapa menidakkan tapi itu lah yang berlaku.

Bila didikan secara spontan, akan didorong oleh keadaan semasa, tanpa kesedaran yang nyata, anak2 lebih 'disuap' dengan perkara2 negatif di rumah, ibu bapa yang bermasam muka, cakap jerit2, asyik marah dan mengamuk, permintaan anak2 kebanyakan masanya tidak diendah malah dibalas dengan tengking dan maki hamun.. astaghfirullah hal adzim..




Ikutilah sambungan nukilan UZAR yang seterusnya


WAHAI IBUBAPA, HORMATI ANAKMU NESCAYA KAMU 

DIHORMATINYA

"Treat your child with respect" itu saranan Richard Templer, penulis buku parenting yang popular.


Saya amat selesa dengan saranan tersebut, seorang ibubapa yang bijak perlu mengendalikan dan melayan anak-anak mereka dengan penuh penghormatan. Kelak anak-anak akan mencontohi tatacara yang sama.

Biasanya apabila orang dewasa meminta bantuan seorang dewasa yang lain, mereka akan menggunakan bahasa yang sopan. Itu adalah kerana mereka sedar, yang diminta itu tidak mesti untuk membantu, kita perlukan ihsan mereka untuk membantu. Atas sebab itu, kata-kata sopan digunakan, demi memujuk dan mearih ihsan.

Bukankah elok jika cara yang sama untuk anak-anak kita, cuba kita jangan merasakan si anak sentiasa WAJIB untuk mematuhi arahan kita. Kelak nanti si anak apabila meminta kepada ibubapanya atau orang lain, dirasakan mereka semua wajib menurut arahannya.

Si anak juga kerap meminta ibubapanya, mainan itu dan ini. Namun sedikit yang diperolehi.

Maka si anak akan menghadapi kekeliruan.

"ibubapa minta, semua aku kena buat, aku minta, ibubapa tak buat semua pulak"

Lebih teruk dari itu, arahan dari ibubapa kerap dihamburkan dengan kata-kata perintah tanpa hormat dan pujukan serta ihsan. Contohnya:

"makan tu"

"Habiskan ini!"

"Pergi mandi!"

"Cepat masuk kereta!"

"Gosok gigi!"

"Kenapa sepah sangat ni, cepat bersihkan!"

"Heiii, kenapa buat macam tu!"

Itulah yang kerap dilaungkan oleh ibubapa, memekik melolong setiap pagi dan petang serta malam.

Setiap hari anak akan mendengar lolongan kuat menerjah telinga dan hatinya. Kalimah-kaalimah arahan dan larangan sebegitu sudah terlalu biasa, lali hingga ia menjadi masak dan sebati dek pemikiran dan hatinya.

Pada masa yang sama, kita akan dengar kedapatan ibubapa yang mengeluh kerana anaknya kurang beradab ketika remaja dan dewasa. Sedarkah bahawa si anak sebenarnya telah ‘berjaya'. Ya berjaya dalam mencontohi model yang diterapkan oleh ibubapanya sendiri. Namun kini ibubapa merasa sedih dan tidak selesa. Sedarkah ibubapa bahawa si anak yang dibesarkan sedemikian rupa menyangka itulah cara arahan dan permintaan yang terbaik. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka?.

Justeru, lebih kasar sang ibubapa terhadap anaknya, akan kasar jualah anak terhadap ibubapanya dan orang lain, khususnya di ketika remaja dan dewasa. Malah lebih mendukacitakan, itulah cara yang akan dibawa ke sekolah, mempengaruhi kawan-kawan dan akhirnya menjadi penjenayah yang merasakan tindakannya ‘ok' atau tidak bersalah. Puncanya dari cara didikan dan layanan ibubapa yang kasar.

Patut kita sedari di awal bulan hijrah 1431 ini, bahwa anak layak mendapat sebuah penghormatan, semudah-mudah penghormatan adalah dengan memilih ayat dan kata-kata yang manis didengari, intonasi yang sedap didengar. Cuba tambah sikit sahaja sebagai contoh

"boleh tolong ibu ambilkan barang itu"

"Adik baikkan, tolong ummi kemaskan meja ini boleh?"

Dan pelbagai lagi bentuk ayat yang serupa dengannya.

Di samping itu, jangan sesekali memungkiri janji,, membohongi anak dan lain-lain kelakuan negaitf. Selain anak akan mengambil contoh, mereka juga akan merasa kurang penting berbanding yang lain.

TUNJUKKAN PERHARGAAN TERHADAPNYA

Juga menjadi kebiasaan ibubapa hari ini. Bangun sahaja anak dari tidur dan terus dia menghala ke dapur.

Ibu yang terlihat anak, ayat pertamanya :

"hah apa lagi tu, dah gosok gigi, pergi basuh muka dan gosok gigi!"

"Lepas tu pergi buat itu ini bla la bla"

"Mak boleh tolong angah buat kerja ini tak" pinta si anak lembut

"Ehhh nanti-nanti!, mak tengah sibuk goreng ayam ini" mungkin itu jawapan si ibu.

Terasa dalam hati si anak, dirinya ibarat tidak berharga, kemunculannya hanya bersedia untuk diarah dan ditengking.

Permintaan tidak banyak erti buat si ibu, ‘gorengan ayam lebih utama dari perminataannya.

Malah ketika pulang dari sekolah juga, ibubapa tidak menyambut tetapi dibiarkan anak begitu sahaja.

Tahap si anak ibarat sebuah perabot buruk dan pekakas rumah sahaja. Wujudnya tidak disedari, hilangnya tidak diendah.

Pastinya, anak akan menyimpan itu sebagai standard kehidupan. Nanti kelak itu jugalah yang diperlakukan di masa hadapan.

Kalau ada perhatian dari ibubapa, mungkin hanya perintah demi perintah, larangan demi larangan sahaja.

Justeru, sudah sampai masa kita mengubahnya, kita berhijrah.

Sedarilah bahawa, tatkala kita sedang melakukan tugasan harian di rumah, mengemas baju, memasak dan sebagainya, tatkala anak muncul, anak punyai priority yang lebih tinggi. Jangan dijadikan alasan, tengah buat kerja, basuh baju, gosok baju, jahit baju dan lainnya, kerana tatkala anak muncul, itulah kerja yang paling besar keutamaannya untuk dipenuhi.

Tunjukkan rasa seronok dan gembira kita selaku ibubapa ketika melihatnya, sewaktu pulang dari sekolah (atau sewaktu kita pulang dari kerja), melihatnya di awal pagi dan berpisah dengannya ketika waktu malam untuk tidur. Ia boleh dilakukan dengan ucapan-ucapan yang baik, atau sedikit pelukan dan sentuhan tanda mereka penting buat kita.

KESIMPULAN

Semoga dengan sedikit peringatan untuk diri ini, kita semua mampu berubah menjadi ibubapa yang berperancangan dan memperbaiki pendidikan anak-anak.

Kerana anak-anak itulah kelak bakal menjadi sama ada Imam besar, Pemimpin Negara, Ulama Besar, atau sebaliknya menjadi perompak terulung, penjenayah bersiri dan pengkorup unggul. Nauzubillah.

Perbaikilah masyarakat kita melalui kesedaran peranan ibubapa. Jenayah hakikatnya bermula dari rumah dan perlu ditangani bermula di rumah juga.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Add caption
Semoga dapat kita refleksi dan koreksi diri sebagai ibubapa

Ya Allah, bantulah kami menjadi ibu bapa yang lebih baik.. bantulah kami untuk melahirkan Ulama2 dari rumah kami, dan bukannya Penjenayah..
Amin ya Rabbal 'Alamin
Read More

Cara Didik Anak, Pesan UZAR (PART 1)


Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh & Sejahtera

Bila belum dapat anak, beria-ia nak dapatkan anak, usaha, doa, makan itu makan ini, ikut petua itu, amalkan nasihat ini.. tetapi, bila dah dapat anak, macam mana kita jaga, kita didik, kita lengkapi anak itu, permata yang tiada tolok banding nilainya itu?
Anak permata hati ibubapa

Ramai ibu bapa mengeluh, anak2 zaman millenium ini sukar diurus, sukar dibentuk, macam2 masalah, macam2 karenah.. internet, rakan2, TV, cikgu, semuanya dipersalahkan.. bagaimana pula dengan ibu ayah? Yang melahirkan dan menjadi contoh telandan pertama dan utama anak2?

Bagaimana cara kita mendidik anak? adakah kita pernah muhasabah?

Semalam terbaca artikel tulisan Ustaz Zaharudin Abdul Rahman ynag dishare di group Mak Tak Marah Anak MTMA. Sungguh menyentap perasaan, menusuk ke jiwa, merentap kesedaran diri.

Ingin saya kongsikan intipati artikel itu di sini, semoga menjadi panduan dan pedoman kepada kita, ibu bapa dan juga kepada imam-imam muda ibu..juga sebagai platform itu kita muhasabah diri, sejauh mana kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai ibubapa, pemengang amanah terbesar kepada anak2 kurnian Allah. 

Kita harapkan anak yang soleh, hormatkan orang tua, anak yang bertanggunjawab, kasihkan ibu bapa.. namun adakah kita sudah menunjukkan contoh sebagai orang yang soleh pada anak2?  adakah kita layani anak2 dengan hormat, sudahkan kita penuhi semua tanggungjawab kita kepada anak2? percakapan kita, perlakuan kita, marah kita, adakah dipenuhi dengan kasih sayang? atau sebaliknya
Ibu memberi pengarauh besar terhadap anak-anak


Ulama & Penjenayah Dibentuk Dari Rumah : Fikirkan Wahai Ibubapa

 Oleh Zaharuddin Abd Rahman





Minggu lalu, ketika menjamah makanan makan malam di sebuah restoran semasa dalam perjalanan ke airport, rakan-rakan yang bersama menghantar saya berbicara berkenaan pelbagai isu. Hj Rosman kemudian menzahirkan kebimbangan beliau berkenaan kes jenayah yang wujud di Malaysia. Kes-kes sedemikian agak kurang berlaku di Bahrain.

Natijah dari kebimbangan tersebut, beliau bertanya

"pada pandangan ustaz, macam mana cara untuk selesaikan masalah ini"

Saya berfikir sejenak, sudah tentulah jawapan paling mudah bagi seorang ustaz adalah berkata

"kita kena kembali kepada Islam"

Tetapi disebabkan jawapan itu terlalu umum, maka saya mengambil keputusan untuk tidak memberikan idea itu.

"Ia perlukan penyelesaian secara kolektif, semua pihak perlu ada kesedaran untuk merubah keadaan" demikian jawapan permulaan saya.

"Namun yang paling utama perlu berperanan, adalah ibu bapa atau keluarga"

Saya mengulang kembali ingatan sedih dan pedih kita kepada kes Al-Marhumah Nurin Jazlin yang dibunuh kejam dan masih gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa Malaysia sehingga kini.

"Bukankah Nurin dibunuh oleh seorang manusia?, sudah tentunya manusia ini dilahirkan ke dunia oleh seorang ibu dan pastinya dia punyai bapa dan keluarga"

"Namun apakah yang menjadikannya sebegitu kejam?" saya menerang sambil mengajak berfikir.

Memang benar, pelbagai faktor menyumbang, namun bagi saya ia bermula dari hasil didikan pertama ibubapa, sesuai dengan apa yang disabdakan oleh nabi s.a.w

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya? (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Sudah tentu juga ibubapa yang berperanan untuk mencorakkan seorang bayi sehingga menjadi seorang Muslim, mukmin yang bertaqwa.

Kita tidak nafikan faktor persekitaran yang sentiasa menghurungi anak-anak kita khususnya di sekolah, melalui internet, rakan-rakan, games, TV dan lainnya.
Bapa membentuk jiwa anak-anak


JANGAN DIDIK ANAK SECARA SPONTAN


Namun tidak boleh dinafikan, ibubapa mempunyai saham terbesar. Anak-anak adalah satu tugas terbesar buat ibubapa yang sering diabaikan. Sedangkan mereka semua adalah suatu aset dan ‘pelaburan' terpenting. Namun amat kerap mereka menjadi mangsa kurang teliti, kurang perhatian dan tiada perancangan jitu oleh sang ibubapa.

Akhirnya, sebuah aset yang ditangani secara lebih kurang akan menghasilkan hasil yang bukan lebih kurang juga, tetapi hasil lebih buruk malah membawa padah.

Memang benar, kegagalan merancang pendidikan anak-anak adalah sebuah kegagalan masa depan.

Ramai yang merasakan, pendidikan anak-anak boleh dibuat secara spontan, bergantung kepada hari dan masa. Dalam kata lain, bergantung kepada keadaan.

Hakikatnya, anak tidak boleh dididik secara spontan, ia memerlukan satu pelan perancangan khas untuk menjadikan lebih mudah dibentuk. Mendidik mereka seperti mengendalikan sebuah syarikat awam yang sentiasa memerlukan plan induk, teknik khas, contingency plan dan monitoring system.

Kerana itu kita perlukan seorang Chief Operating Officer (COO) untuk anak-anak. Menurut teori ideal Islam, COO yang paling ideal bagi pendidikan anak-anak adalah seorang IBU. Bapa bertindak sebagai Chief Executive Officer(CEO) yang mana,, ruang lingkup tugasan, peranan dan tanggungjawabnya lebih besar dan menyeluruh.

"Namun apabila hari ini kedua-dua ibubapa sibuk mencari nafkah, aset di rumah terabai dek kerana pendapatan RM 2,000 (purata) atau RM 5,000 sebulan si ibu"

Anak-anak diswastakan kepada nursery yang kurang pengalaman. Kurang penghayatan, kurang sensitiviti dan seumpamanya.

Kita boleh menghantar mereka ke pelbagai jenis kursus dan kem untuk menyuntik sesuatu, namun pokok pangkalnya tetap di atas bahu kita selaku ibubapa. Kalaupun anak telah berubah hasil tarbiyah di dalam kursus, mereka akan tetap melupakan nilai baik tersebut jika ibu bapa masih di takuk lama.
Artikel asal
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tepuk dada tanya diri kita, kita ada cara tertentu kah didik anak kita? Cara didik anak yang bagaimana kita amalkan?
hakikatnya memang kita didik anak secara spontan, tiada plan, tiada perancangan, hari ni nak terapkan nila apa, masa makan apa yang kita nak ajar anak2, anak2 tersepit di celah aktiviti rutin harian kita yang fokus terbesarnya adalah kerja kita. Selalunya anak2 harus mengikut jadual aktiviti harian kita yang tiada satu pun kita khususkan semata-mata untuk mereka, untuk mendidik akhlak mereka, jiwa mereka dan nilai2 hidup yang menentukan sama ada mereka bakal menjadi Ulama atau Penjenayah..

Ada lagi pesan UZAR, nantikan  Part 2
Read More

Friday, 7 November 2014

Tips Tak Nak Marah Anak

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Subhanallah, minggu ni minggu yang hebat!!

Sebab saya jumpa dan dapat join group Fb yang hebat! :) Group Mak Tak Marah Anak (MTMA).

Tak pernah terfikir pun ada group mcm ni kan?
Thanks to admin MTMA sebab create group yang hebat ini.

Pastinya ramai ibu2 yang menghadapi dilema yang sama seperti kami. Setiap hari kita marahkan anak2, dah setiap hari juga kita menyesal dan berazam untuk jadi ibu yang lebih baik, lebih lemak lembut, tak nak marah anak lagi.

Looks familiar?


Namun, azam hanya tinggal azam sebab hari2 cycle tu akan berulang.. 
marah--> menyesal---> berazam---> lupa---->marah anak semula...
sedih kan? 

Saya ada juga membuat pembacaan macam mana nak jadi ibu yang cool dan tenang, tapi agak susah nak amalkan.

Harga dari sebuah kemarahan
Pertama, ingatlah mengamuk di depan anak bukan cara tepat menjadi ibu bapa. Hal itu boleh menyebabkan gangguan pada jiwa anak-anak, ujar ahli psikologi Matthew McKay, Ph.D, profesor dari Wright University di Berkeley, California, yang penulis “When Anger Hurt Your Kids”.

"Studi yang ada menunjukkan bahwa ibubapa yang menunjukkan kemarahan di depan anaknya akan membuat anak tersebut menjadi kurang empati kata McKay.

Anak tersebut akan menjadi agresif dan mudah mengalami depresi dibandingkan anak yang berasal dari keluarga yang tenang, dan memiliki pencapaian yang kurang baik di sekolah. Kemarahan dapat mengurangi kemampuan anak untuk beradaptasi dengan dunia, ujar McKay.

Semakin muda usia anak tersebut, maka semakin besar impaknya. "Ketika anak masih kecil, Anda adalah dunianya," ujar ahli psikologi Robert Puff, Ph.D, penulis “Anger Work: How to Express Your Anger and Still Be Kind”. "Ketika Anda marah, dunia mereka tergoncang. 


Huhu.. sangat besar kan impak bila kita melepaskan emosi amarah kita hanya utk memuaskan hati kita.

Dalam buku Saat Berbahagia Untuk Anak Kita tulisan Muhammad Fauzil Adhim pun ada menyentuh tentang amukan ibubapa ketika anak melakukan kesalahan walhal anak itu masih kecil akan memberi kesan kepada jiwa mereka. Anak yang selalu dimarahi dan dihujani dengan kata-kata kesat dari ibubapa yang sepatutnya menjadi pendokong utama mereka akan betul2 meninggalkan parut pada jiwa mereka.


Beliau juga ada mengatakan kita harus cari ilmu utk didik anak2 dengan baik.. tapi ilmu sahaja tak cukup. Kita mesti mempunyai kekuatan hati yang mampu ikhlas utk terima kerenah anak2, celoteh mereka, ragam mereka, pertanyaan yang tak ada endingnya dan idea2 kreatif mereka yang kadang2 mencuit kesabaran kita yang nipis ni. Tanpa ada kekuatan hati ilmu yang kita ada tak banyak memberi erti..

So ibu2 ayah semua, kita kena mencari kekuatan hati itu untuk tidak memarahi anak secara melampaui batas. Saya perasan anak2 ini terutama yang 7 tahun ke bawah, kalau kita marah2, jerit2, tengking2 pun bukannya dia faham nasihat dan pesanan kita masa kita marah tu, dia hanya dengar kita menjerit, dan itu mengguris hati suci anak2. 

Ingat.. anak2 ini anak syurga, mereka takde dosa.. apa yang mereka buat adalah proses self learning dan self exploration yang perlu untuk setiap manusia dalam proses membesar. Mereka akan lebih faham dan ingat jika kita beritahu secara baik dan berulang-ulang. jangan harap anak2 ini akan ingat dengan sekali ajar yea.
Anak anak lahirnya suci, kitalah yang membentuknya


InsyaAllah bakal Imam-Imam Muda

OK, mana nya tips tak nak marah anak ni?
hehe..
banyak tips tapi bak kata di atas, kena ada kekuatan hati. 
Macam mana nak bina kekuatan hati?

Tips Tak Marah Anak Dengan Bina Kekuatan Hati

Doa pada Allah
Setiap hari, kalau boleh setiap waktu solat. Mohon diberi kesabaran yang tinggi dan mampu menujukkan akhlak yang baik depan anak2, dapat didik anak2 menjadi anak yang soleh dengan penuh hikmah dan kasih sayang.. tengking2 NO-NO

Self Talk
Bangun pagi jer cakap pada diri sendiri hari ni saya nak jadi ibu/ayah yang baik, yang sabar, tak kira apa anak buat, saya akan jadi ibu/ayah paling cool kat dunia, bila anak2 buat perangai, tarik nafas dalam2, peluk anak bila rasa nak marah, dan nasihatinya dengan baik dan berhikmah. Kita pasti boleh!

Dapatkan Support Group/ Kumpulan Sokongan
Support group ni bagi saya sangat berkesan. Ni bukan support group yang jumpa seminggu sekai, atau sebulan sekali. Tapi yang hari2 dok citer pasal jangan marah anak2 syurga, camner nak cool down time nak marah, camner nak 'Switch' dari nak menyinga kepada penyanyi drama sketsa yang tak bertauliah :), yang kongsikan tips2 dan doa2 setiap hari supaya ibubapa dapat manage anak dengan lebih baik, parents jadi lebih sabar dan anak2 jadi lebih baik dan lebih behave.
Pengalaman saya join group macam ni memang sangat membantu.. bila berdepan ngan karenah anak2, semacam ada suara2 kecil yang ingatkan saya pasal apa yang ibu2 lain share dalam group, so dari nak marah tu boleh jadi lebih tenang dan lebih rasioanal, InsyaAllah :)

Berkongsi masalah dengan ibu2 lain yang rupanya 2x5 je dengan kita pun sangat membantu mengurangkan stress kita. We are not alone after all. Itu adalah satu benda yang melegakan ibubapa dan bila kita rasa orang lain pun hadapi masalah yang sama, takde lah kita rasa anak2 kita ni pelik sangat.. normal jer anak2 mcm tu.. so kita mampu jadi ibu ayah yang lebih cool :)

So join lah group mcm MTMA tu.. hehe.. :)

Tingkatkan Amalan Rohani

Amalan rohani seperti zikir, solat sunat, Al-Mathurat, puasa adalah penting untuk membina kekuatan hati dan jiwa kita sebagai ibu bapa. Allah yang memegang hari-hati kita, oleh itu mohonlah kekuatan dengan amalan2 yang mendekatkan diri dan hati kita padaNya

Setakat tu sahaja tips dari Ummu Amirul ni.. saya pun masih banyak perlu belajar dan praktikkan.
Semoga Ibu dapat jadi ibu yang tegas dalam lemah lembut pada anak2 ibu

Saya doakan semua ibubapa yang membaca entry ni dapat menjadi ibu bapa yang lebih penyabar, lemah lembut, bijaksana dalam menangani anak2 dan berakhlak baik untuk mendidik anak2 menjadi anak yang soleh :)

InsyaAllah
Read More

Wednesday, 5 November 2014

Panduan Penting Pengambilan Omega 3

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ok, dalam entry yang lepas, Omega 3 Dari Minyak Ikan Terbaik Dunia kita dah tahu tentang pentingnya Omega 3 untuk badan kita. So hari ni saya nak bercerita sikit tentang panduan penting pengambilan Omega 3, seperti dos pengambilan, siapa yang perlu ambil Omega 3 dan siapa yang tidak boleh mengambil Omega 3.

Dos Pengambilan

Menurut artikel Omega-3 fatty acids dari University of Maryland Medical Center , dos pengamblan minyak ikan mestilah berdasarkan kandungan EPA & DHA, bukan berapa amaun minyak ikan itu sendiri. Supplement yang ada dipasaran berbeza kandungan dan ratio EPA & DHA. Biasanya kita dapati asid lemak  Omega 3 dalam kapsul minyak ikan mengandungi 0.18 gram (180mg) EPA dan 0.12gram (120mg) DHA. Kandungan Omega 3 berbeza dalam setiap jenis ikan.

Kanak-Kanak

Omeg 3 digunakan di dalam sesetengah susu formula bayi, yang kita nampak ada DHA & EPA tu. Tetapi tiada garis panduan yang tetap berapakah amaun Omeg 3 yang perlu diambil oleh kanak2. Cuma kanak-kanak perlu elakkan dari memakan ikan yang mungkin mengandungi kandungan merkuri yang tinggi seperti  shark, swordfish, king mackerel, dan tilefish

Minyak Ikan Terbaik

Dewasa

Orang Dewasa hasruslah mengambil Omega 3 tidak lebih dari 3gram sehari. Jika anda ingin makan lebih atas sebab-sebab tertentu, minta nasihat doktor kerana Omega 3 yang berlebihan boleh mengakibatkan risiko pendarahan.
  • Dewasa yang sihat, tidak sejarah sakit jantung : American Heart Asscociation (AHA) mencadangkan untuk makan ikan 2 kali seminggu.
  • Dewasa yang mengalami penyakit jantung coronary: AHA mencadangkan pengambilan supplement Omega -3 (dalam bentuk minyak ikan) 1 gram sehari yang mengandungi EPA dan DHA. Mungkin mengambil masa 2-3 minggu untuk melihat kesan pengambilan minyak ikan tersebut.
  • Dewasa yang tinggi kolesteronya : AHA mencadangkan mencadangkan pengambilan supplement Omega -3 (dalam bentuk minyak ikan) 2-4 gram sehari yang mengandungi EPA dan DHA. Mungkin mengambil masa 2-3 minggu untuk melihat kesan pengambilan minyak ikan tersebut
  • Dewasa yang mempunya darah tinggi saintis mencadangkan 3 - 4 grams sehari.

Peringatan!!
Anda dinasihatkan tidak mengambil Asid lemak Omega 3 jika anda sedang mengambil ubat pencair darah seperti aspirin, warfarin (Coumadin), and clopedigrel (Plavix) kerana asid lemak Omega-3 fatty mungkin menambah kesan ubat pencair darah itu. 


Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

Siapakah yang perlu mengambil Omega 3 ini dan semestinya kita nakkan Omega 3 dari minyak ikan terbaik dunia iaitu Omega Guard kan? Mereka adalah :
  1. Warga Emas
  2. Pesakit Jantung
  3. Wanita yang telah melahirkan anak
  4. Pesakit darah tinggi
  5. Pesakit kulit seperti psoriasis dan ekzema
  6. Orang yang selalu lupa
  7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
  8. Pesakit Asma dan alahan
  9. Pesakit Gout atau mempunyai masalah asid urik yang tinggi
  10. Selalu mengalami sakit sendi dan kebas-kebas
  11. Pelajar yang ingin cerdas dan cepat tangkap apa yang diajar
  12. Ibu hamil dan menyusu untuk perkembangan otak anak
  13. Mereka yang ingin lansing dan kulit cantik
  14. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus

Siapa yang memerlukan Omega Guard



Omega Guard Shaklee membekalkan
1000mg asid lemak Omega 3
 termasuklah EPA & DHA

Satu capsul Omega Guard Shaklee mengandungi 330mg asid lemak Omega 3 termasuk 180mg EPA dan 120mg DHA. Cadangan pengambilan adalah 3 capsul sehari, tetapi jika anda mengalami masalah kesihatan seperti yang tertera di atas, dos pengambilan harus ditingkatkan. Konsultasi percuma tentang dos pengambilan Omega Guard berdasarkan tahap kesihatan anda akan diberikan kepada pelanggan saya :)


Nak dapatkan Omega Guard anda hari ini? Bolek Klik link di bawah


atau hubungi saya untuk promosi hebat bulan ini (November 2014)


Hubungi saya utk cadangan supplement Shaklee dan FREE consultation dan order supplement anda sekarang :)


Hanun Farha
SID: 882031

Call/SMS/Whatsapp: 0129503142

fb:https://www.facebook.com/hanunfarha
Fan Page: My Precious Health Cube
Read More

Tuesday, 4 November 2014

Hidup Untuk Memberi

Assalamualaikum & Salama Sejahtera







[Memberi]

Lumrah manusia suka menerima
Jarang2 yang suka memberi
Sebab stigma tinggi dan keyakinan tipis


Stigma yang kalau memberi kita yang kurang

Kalau beri harta , nanti kita nak makan apa? Nanti kita nak itu ini x dpt pula

Kalau beri tenaga, nanti kita penat, kerja kita nanti mcm mana nak selesaikan

Kalau beri masa, nanti terlepas pulak waktu rehat kita, waktu tgk tv kita, waktu kita berseronok ngan keluarga

Kalau kita beri senyuman, nanti org tu x senyum jatuh lah air muka kita

Kalau kita beri salam, jatuh lah ego diri ni

Keyakinan tentang janji Allah itu masih tipis.. kalau kita memberi Allah akan gandakan utk kita
Tahu.. Bukan x tahu.. Tapi kurang percaya yang jika;

Kita memberi apa2 sahaja, Allah akan balas dengan 10 kali ganda kebaikan
Kita memberi kita sebenarnya menabung saham khirat
Kita memberi kita sedang menjemput rezeki datang pada kita
Kita memberi kita akan rasa lebih bahagia
Kita memberi, kita dapat lebih ramai kawan2 dan saudara yg baik2

Apa yg kita beri itulah kekal menjadi milik kita hingga akhirat,
apa yang kita gunakan, abis setakat itu sahaja..

Jom memberi utk jadi kaya dan jom kaya untuk memberi sebanyak-banyaknya

Kaya ilmu
Kaya kasih sayang
Kaya senyuman
Kaya harta
Kaya jiwa



pesan ibu untuk diri sendiri dan Imam-Imam Muda ibu

~ Hanun Farha~
Read More

Monday, 3 November 2014

Trip ke Cameron Highlands: Tips & Tricks

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera


Cameron Highlands adalah salah satu destinasi pelancongan yang popular kat Malaysia. Tanya jer sesiapa yang pernah pergi dan belum pernh pergi pun mesti akan cakap seronoknya pergi Cameron. :)
Cuaca di tanah tinggi dan pemandangan yang cantik adalah satu ciri unik Cameron Highland. Kalau pergi kena waktunyer boleh feeling2 mcm berada kat oversea lah senang cakap. Dengan suhu yang mencecah 15 darjah celcius, ramai orang bersweater, berjacket dan ada jugak yang pakai glove, suasana yang berkabus-kabus, cakap keluar "asap" dan kehijaun terbentang luas ngan orkid2 liar di kiri kanan jalan mmg lain lah perasaannya kan?

Alhamdulillah, Allah rezekikan kami ke sana 2 kali tahun ni untuk bercuti bersama keluarga. Kali pertama bersama Imam2 Muda dan Opah mereka, kali kedua, satu family besar belah hubby berpeluang bercuti bersama :) The more the merrier lah of course kan :D
Pemandangan dari Cameron Valley Tea House
Strawberry yang masak ranum di YZ Strawberry Farm & Cafe

InsyaAllah entry kali ini saya akan sharekan pengalaman kali serta tips dan trick percutian ke Cameron. Mudah-mudahan anda dapat mengoptimumkan masa di sana dah percutian anda lebih bermakna dan enjoyable :)

Rancang Perjalanan

Ini perkara common tapi ramai orang ambil mudah. Akhirnya percutian yang patutnyer menyeronokkan jadi sebaliknya. Apa yang kami buat sebelum ke sana adalah 1st, check weather forcast kat AccuWeather.com. Supaya kita boleh bersedia mental dan fizikal. Kalau suhu sangat sejuk, 15-20 darjah celcius bawalah baju/sweater yang sedikit tebal dan extra stokin sebab tidur malam akan sangat sejuk. Persedian ni penting terutama yang bawak anak2 kecik. Pastikan baju anak2 cukup tebal. Dan jangan tak tahu suhu kat Cameron pun boleh mencecah 32oC. So kalau anda pergi time suhu tinggi tak dapat lah feeling2 sejuk cam kat oversea. Itu pentingnye check weather forcast.
  
Di Big Red Strawberry Farm


Kedua rancang samaada anda hendak pergi weekdays atau weekend ataupun masa public holiday yang kapit ngan weekend..aha..pemilihan masa utk pergi Cameron ni juga menentukan kelancaran perjalanan anda. Kalau anda nak perjalanan naik ke Cameron dan sight seeing sekitar Cameron yang lancar, stress free, boleh berhenti kat mana2 tempat ikut kehendak anda dan parking kereta depan tempat yang anda nak lawati, trip hari bekerja adalah paling baik. Jalan raya tu macam anda yang punya :)

Kalau anda memilih untuk pergi weekend (Jumaat, Sabtu, Ahad) dan cuti umum yang panjang, bersedialah untuk menghadapi traffic jam yang mungkin mengambil masa berjam-jam walaupun biasanya dari Brinchang ke Tanah Rata tu dalam 15 minit je. kena bawak bekalan SABAR byk2 yea.Tetapi kemeriahan pada hujung minggu dan cuti umum ni lagi best. Lebih banyak kedai2 dan gerai2 dibuka, dan ada Pasar Malam Brinchang. Masa peak time ni, cuba rancang perjalanan anda supaya semasa anda sampai ke Cameron dan semasa nak pergi melawat tempat2 yang agak2nya ramai orang nak pergi pada awal2 pagi.


Ketiga, book siap2 tempat penginapan di sana, supaya masa tak terbazir untuk mencari-cari tempat penginapan yang sesuai untuk family anda. Boleh survey dulu kat internet. Kami survey dan buat tempahan di Booking.com. Mudah dan memuaskan hati :) All at your finger tips je kata orang..
Masa pergi kami sekeluarga je, kami menginap ni Copthorne Hotel Cameron Highland di Kea Farm.

Memang sejuk kat sini


Blok kami menginap, Apartment 2 bilik. Selesa dan pemandangannya amat cantik 

Time pergi dengan big family kami menginap di Crown Imperial Court. Service Apartment 3 bilik yang sangat selesa menghadap bandar Brinchang


Crown Imperial Court di Brinchang


Night view dari apartment kami

Pemandangan Bandar Brinchang


Plan Agenda

Berdasarkan pengalaman kami, percutian 3 hari 2 malam adalah yang terbaik. Kira ngam2 untuk cover tempat2 menarik yang wajib pergi semasa di Cameron Highlands.

Plan ke mana hendak dituju setiap hari, cari sedikit maklumat tentang tempat-tempat menarik yang worth pergi, waktu operasinya, lokasi dan sebagainya supaya trip anda teratur dah masa digunakan dengan optimum. Takde lah on the road baru nak decide baru nak tercari-cari. Dan yang penting supaya anda tak terperangkap dalam jam. Kalau bawak anak2 kecik lagi lah perlu untuk plan agenda ni. betul tak ibu ayah?

Ini Agenda Trip Cameron kami yang baru2 ni.. thanks hubby plan baik punya.. :)
Alhamdulillah kami stuck dalam jam pun paling lama setengah jam jer during long weekend tu.

 
Agenda 3 Hari 2 Malam di Cameron Highlands

Tempat2 yang kami pergi last weekend ni kira "must go places" kat Cameron lah. Kalau ada lagi boleh share kat ruang komen yea :)

Setibanya kat Cameron kami singgah kat Cameron Valley Tea House. Memang syok lah sejuk2 tu minum teh 'O' panas sambil tengok kehijaun ladang teh. MasyaAllah, saujana memandang pokok2 teh tu..gigih mereka yang kerja menanam dan mengutip daun teh kat lereng2 bukit tinggi dan ladang yang luas amat tu.

Hafiz melayan Rayyan Syafiq

Imam-Imam Muda kelaparan

Hadi & Ayahanda

Anak cucu Mak

Lunch kat Restoran Erra ni memang lah Superb!
Restoran ni betul2 menyentuh hati saya..Makanannya sedap, premis bersih, harga murah.. Tapi bukan itu yg menyentuh hati.. Ownernye sekeluarga layan pelanggan mcm layan tetamu dtg rumah makan kenduri..Siap mintak halal lagi kalau ada apa yang kurang bila customer dah bayar apa yg dimakan..
Terbaik lah kak liza!Semoga murah rezeki akak sekeluarga..




Buffet RM10 sekepala, ada sup ayam, kari ikan siakap penang original recipe, lala berlada, sayur2, ulam2, setiap hari menu lauknya lain2, hari nak balik ada sambal tumis udang(udang besar2 ok) ngan ayam masak gulai lemak kunyit dll.. Dah nama buffet, mesti lah boleh tambah2 kan.. Sgt worth.. Rasa nak nangis ok!

Big Red Strawberry Farm

Big Red Strawberry Farm - Satu Taman Agro Tourism di mana kita boleh petik sendiri Strawberry yang ditanam, dan boleh menikmati pelbagai makanan yang diolah dari hasil tanaman yang dituai di taman ini.

Baik jangan datang sini time perut tengah lapar, sebab desert2 dia sangat menggoda, rasa nak try semua. Masa kami tiba kat sana hujan lebat. Seronok ler menjamu selera sambil tgk pokok2 sayur menghijau, ada cactus, bunga2 dll :)
Like father like son

Hijau yang menceriakan

Memang geram tengok..MasyaAllah, menyegarkan mata dan minda

Hadi pun teringin tengok semua makan. abis 2 biji strawberry dia makan dengan muka steady

Saya dah kenyang! baru boleh senyum

Threesome

Next destination ialah Pasar Malam Brinchang yang famous tu. Walaupun hujan renyai-renyai tetap ramai orang kat Pasar Malam Brinchang ni. Apa yang best kat sini? Kami terkam jagung rebus dan jagung bakar, ubi manis dan sayur2 celup tepung.


Ladang & Kilang Teh Boh Sg Palas

Sebelum ni bukan tak pernah pergi Cameron, tapi tahun ni baru tahu kewujudan Ladang Teh Boh Sg Palas ni. Nak sampai ke sana memang agak mencabar, jalan di lereng bukit, muat 1 kenderaan jer, lepas tu dah sampai kena mendaki sikit samaada ikut jalan raya atau naik tangga.

Nak pergi Ladang Teh Sungai Palas ni kena pergi pagi2 sebelum dia buka.. Kalau x jammed nak masuk dan nak keluar.. Kalau hari bekerja takpe.. Sementara tunggu pagar bukak, royan amek gambar kat ladang teh tu.. Scenary subhanallah cantik amat.. Menikmati mentari pagi sambil amek Vitamin D, dingin.. Amek gambar celah2 pokok teh ala2 citer Hindustan.. Daun berembun lagi.. Mmg syok!!


Selfie sefamily

Superman & Batman ready to rescue

Opah feeling kutip daun teh

Superman nak terbang ke tu?

Ber"Onya" ngan Hadi, tak sampai 2 minit dah lena dalam tu

Sebelum misi mendaki tangga ke puncak :)

Imam2 Muda

What a beautiful scenery

Hadi ngan Maksu

We are sisters :)

Kilang teh Sungai Palas ni bagus untuk bawak anak2 tengok cara pemprosesan teh, sebenarnya mak budak ni pun baru tahu.. hehe..

Khusyuk semua tengok teh dihancurkan

Peringakt ke-5 adalah pengasingan :)
Ni lah Cafe Ladang Teh Sg Palas ni, lokasi scene Ombak Rindu 

Kalau nak tengok tomato besar2, segar kat pokok dan anggur bergugus2 tergantung kat pokoknya, boleh pergi Grape & Tomato Farm. Mungkin ramai yang tak tahu tempat ni sebab dia terletak jauh sikit dari main towns Cameron Highlands. Ladang anggur ngan tomato ni kat Blue Valley. Dua-dua kali kami pergi dapat tgk je anggur yang dah masak, tak dapat petik sebab belum waktu menuai lagi.. Kalau you all teringin nak petik anggur tu, boleh pergi bulan July ngan bulan December. Anggur2 ni bergred tinggi, tak dijual kat Malaysia, export to Japan. ditanam secara organik, takde baja kimia dan racun perosak.


Seronok dapat tengok anggur, tapi sayang, tengok jer takleh sentuh


Macam anggur yang buat Vivix tu kan?  tapi Muscadine Grape tu lagi besar

Hadi pun tak tahan nak petik anggur
Lunch kami hari ke-2 kat Cafe Strawberry Moment. Ohh.. suasana dia memang lain dari yang lain. Susun atur dia, tema kaler yang kebanyakan nya putih dan ada garden kat tepi restoran tu memang menenangkan. Desserts kat sini yang jenis jarang jumpa.. selalu tgk dalam TV rancangan masak2 overseas jer. rambang mata nak cuba yang mana. Tapi this time makan berat sebab perut lapo. Garden kat sini ada binatang2, so budak2 seronok lah, jalan2 tgk binatang sambil mak ayah menjamu selera. Ada lavender garden, itik, kura2 bird.. Cantik jugak utk amek gambar.

Strawberry Strudle yang sangat menggoda


Small Lavender Garden

Anggur pun ada kat sini

Close up Lavender

Rumah2 binatang yang sangat attarctive

Camera man yang mantap

cantik kan rumah arnab tu :)


Lavender Garden adalah tempat yang mesti dilawati jugak. Yang ni ada Entrance fee, RM 5 utk dewasa, RM3 utk kanak-kanak.

Imam Muda Amirul Hafiz

aksi feveret 2 beradik ni- lompat!

Carnation tu boleh petik sendiri, tapi kena bayar lah kan.
 
bed of flowers membuatkan sesiapa melihat pasti tersenyum

Rose Valley tempat yang paling best nak tengok bunga2 hidup especially roses. Rasanya lebih 50 jenis ros ada ditanam kat situ. masuk jer bau rose yang wangi. Subhanallah, ni baru kat dunia, kat Syurga nanti mesti best lagi kan
Penuh ngan ros, terapi stress yang sgt bagus


Happy family


On the way balik ke hotel kami singgah beli sayur kat Kea Farm. agak sesak sikit so kami limitkan masa kat sini. Sayur memang murah tapi kalau nak lagi murah boleh beli kat Pasar Pagi Tanah Rata. Kat Kea Farm harga pelancong, kat Pasar Pagi tu harga utk orang2 Cameron, so lagi murah :)

Malamnya kami dinner di Steamboat Glory-78 kat Tanah Rata bersebelahan dengan Hotel De La Ferns. Better buat reservation dulu sebelum pergi takut nanti hampa sebab selalu full tempat ni. Dalam dingin malam makan steambot panas2 memang terbaik! :)

Portion steamboat kat sini agak banyak, so kami order set untuk 5 orang, boleh makan kenyang untuk 8 orang. Alhamdulillah
Glory 78, Halal Steamboat kat Cameron Highland
Hari ke-3 kami bersarapan pagi di YZ Strawberry Farm & Cafe kat Taman Sedia. Yang ni milik Melayu Muslim. Seronok pergi ke sini sebab rasa suasana kampung Melayu. Taman Sedia ni memang perkanpungan Melayu, rumah-rumahnya kebanyakan rumah kayu tapi cantik sebabnya banyak buat homestay. Nasi lemak kat YZ Cafe ni sedap, RM 2.50 jer sepinggan. ok lah kan. ada juga mee & bihun kari
Sign board YZ kat simpang nak masuk Taman Sedia, boleh nampak from main road

Siap ada pintu gerbang tu :)

Strawberry Farm

Khusyuk semua menjamu selera

Hafiz pun selera makan


Kalau nak pergi beakfast hari Ahad, better keluar awal pagi, dalam pukul 8 sebab kalau keluar lewat sikit takut terpaksa makan angin dalam traffic jam je lah.

Owh yea, untuk yang ada anak2 kecik, sangat- sangat digalakkan untuk bawak baby carrier, sebabnya nak bawak stroller agak kurang sesuai kat Cameron ni. Jalan banyak bertangga dan sempit. Melawat Cameron ni kiyaa mmg banyak berjalan, cuaca pulak sejuk.. so untuk pastikan semua sihat dan bertenaga, supplement kami memang bawa bersama. . Vivix untuk tenaga dan panaskan badan, Nutriferon untuk tingkatkan imunisasi anak2, Phytocol tu sebab dah tahu nak makan macam2 yang best so better buat penghadang kolesterol dulu, Alfalfa ngan Omega dan bakar lemak2, Ginger standby kalau silap maka ke angin ke, Mighty Triple Gem dalam tupperware pun ada utk energy dan retain air and of course Collagen I tak tinggal, bukan untuk kulit jer tau, untuk sendi2 ni, dok dukung dan carry Hadi yang semangat ni naik turun tangga, bukit :)
Supplement semasa travel

Alhamdulillah, pengalaman yang sangat menyeronokkan kami sekeluarga.

Thanks to En Hubby sebab tekun buat research dan come up with best agenda for the trip. :)

Semoga sharing ini bermanfaat untuk semua. Mintak maaf kalau ada terlebih terkurang. Saya alu-alukan komen anda semua :)



Wassalam.
Read More