Monday 3 November 2014

Trip ke Cameron Highlands: Tips & Tricks

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera


Cameron Highlands adalah salah satu destinasi pelancongan yang popular kat Malaysia. Tanya jer sesiapa yang pernah pergi dan belum pernh pergi pun mesti akan cakap seronoknya pergi Cameron. :)
Cuaca di tanah tinggi dan pemandangan yang cantik adalah satu ciri unik Cameron Highland. Kalau pergi kena waktunyer boleh feeling2 mcm berada kat oversea lah senang cakap. Dengan suhu yang mencecah 15 darjah celcius, ramai orang bersweater, berjacket dan ada jugak yang pakai glove, suasana yang berkabus-kabus, cakap keluar "asap" dan kehijaun terbentang luas ngan orkid2 liar di kiri kanan jalan mmg lain lah perasaannya kan?

Alhamdulillah, Allah rezekikan kami ke sana 2 kali tahun ni untuk bercuti bersama keluarga. Kali pertama bersama Imam2 Muda dan Opah mereka, kali kedua, satu family besar belah hubby berpeluang bercuti bersama :) The more the merrier lah of course kan :D
Pemandangan dari Cameron Valley Tea House
Strawberry yang masak ranum di YZ Strawberry Farm & Cafe

InsyaAllah entry kali ini saya akan sharekan pengalaman kali serta tips dan trick percutian ke Cameron. Mudah-mudahan anda dapat mengoptimumkan masa di sana dah percutian anda lebih bermakna dan enjoyable :)

Rancang Perjalanan

Ini perkara common tapi ramai orang ambil mudah. Akhirnya percutian yang patutnyer menyeronokkan jadi sebaliknya. Apa yang kami buat sebelum ke sana adalah 1st, check weather forcast kat AccuWeather.com. Supaya kita boleh bersedia mental dan fizikal. Kalau suhu sangat sejuk, 15-20 darjah celcius bawalah baju/sweater yang sedikit tebal dan extra stokin sebab tidur malam akan sangat sejuk. Persedian ni penting terutama yang bawak anak2 kecik. Pastikan baju anak2 cukup tebal. Dan jangan tak tahu suhu kat Cameron pun boleh mencecah 32oC. So kalau anda pergi time suhu tinggi tak dapat lah feeling2 sejuk cam kat oversea. Itu pentingnye check weather forcast.
  
Di Big Red Strawberry Farm


Kedua rancang samaada anda hendak pergi weekdays atau weekend ataupun masa public holiday yang kapit ngan weekend..aha..pemilihan masa utk pergi Cameron ni juga menentukan kelancaran perjalanan anda. Kalau anda nak perjalanan naik ke Cameron dan sight seeing sekitar Cameron yang lancar, stress free, boleh berhenti kat mana2 tempat ikut kehendak anda dan parking kereta depan tempat yang anda nak lawati, trip hari bekerja adalah paling baik. Jalan raya tu macam anda yang punya :)

Kalau anda memilih untuk pergi weekend (Jumaat, Sabtu, Ahad) dan cuti umum yang panjang, bersedialah untuk menghadapi traffic jam yang mungkin mengambil masa berjam-jam walaupun biasanya dari Brinchang ke Tanah Rata tu dalam 15 minit je. kena bawak bekalan SABAR byk2 yea.Tetapi kemeriahan pada hujung minggu dan cuti umum ni lagi best. Lebih banyak kedai2 dan gerai2 dibuka, dan ada Pasar Malam Brinchang. Masa peak time ni, cuba rancang perjalanan anda supaya semasa anda sampai ke Cameron dan semasa nak pergi melawat tempat2 yang agak2nya ramai orang nak pergi pada awal2 pagi.


Ketiga, book siap2 tempat penginapan di sana, supaya masa tak terbazir untuk mencari-cari tempat penginapan yang sesuai untuk family anda. Boleh survey dulu kat internet. Kami survey dan buat tempahan di Booking.com. Mudah dan memuaskan hati :) All at your finger tips je kata orang..
Masa pergi kami sekeluarga je, kami menginap ni Copthorne Hotel Cameron Highland di Kea Farm.

Memang sejuk kat sini


Blok kami menginap, Apartment 2 bilik. Selesa dan pemandangannya amat cantik 

Time pergi dengan big family kami menginap di Crown Imperial Court. Service Apartment 3 bilik yang sangat selesa menghadap bandar Brinchang


Crown Imperial Court di Brinchang


Night view dari apartment kami

Pemandangan Bandar Brinchang


Plan Agenda

Berdasarkan pengalaman kami, percutian 3 hari 2 malam adalah yang terbaik. Kira ngam2 untuk cover tempat2 menarik yang wajib pergi semasa di Cameron Highlands.

Plan ke mana hendak dituju setiap hari, cari sedikit maklumat tentang tempat-tempat menarik yang worth pergi, waktu operasinya, lokasi dan sebagainya supaya trip anda teratur dah masa digunakan dengan optimum. Takde lah on the road baru nak decide baru nak tercari-cari. Dan yang penting supaya anda tak terperangkap dalam jam. Kalau bawak anak2 kecik lagi lah perlu untuk plan agenda ni. betul tak ibu ayah?

Ini Agenda Trip Cameron kami yang baru2 ni.. thanks hubby plan baik punya.. :)
Alhamdulillah kami stuck dalam jam pun paling lama setengah jam jer during long weekend tu.

 
Agenda 3 Hari 2 Malam di Cameron Highlands

Tempat2 yang kami pergi last weekend ni kira "must go places" kat Cameron lah. Kalau ada lagi boleh share kat ruang komen yea :)

Setibanya kat Cameron kami singgah kat Cameron Valley Tea House. Memang syok lah sejuk2 tu minum teh 'O' panas sambil tengok kehijaun ladang teh. MasyaAllah, saujana memandang pokok2 teh tu..gigih mereka yang kerja menanam dan mengutip daun teh kat lereng2 bukit tinggi dan ladang yang luas amat tu.

Hafiz melayan Rayyan Syafiq

Imam-Imam Muda kelaparan

Hadi & Ayahanda

Anak cucu Mak

Lunch kat Restoran Erra ni memang lah Superb!
Restoran ni betul2 menyentuh hati saya..Makanannya sedap, premis bersih, harga murah.. Tapi bukan itu yg menyentuh hati.. Ownernye sekeluarga layan pelanggan mcm layan tetamu dtg rumah makan kenduri..Siap mintak halal lagi kalau ada apa yang kurang bila customer dah bayar apa yg dimakan..
Terbaik lah kak liza!Semoga murah rezeki akak sekeluarga..




Buffet RM10 sekepala, ada sup ayam, kari ikan siakap penang original recipe, lala berlada, sayur2, ulam2, setiap hari menu lauknya lain2, hari nak balik ada sambal tumis udang(udang besar2 ok) ngan ayam masak gulai lemak kunyit dll.. Dah nama buffet, mesti lah boleh tambah2 kan.. Sgt worth.. Rasa nak nangis ok!

Big Red Strawberry Farm

Big Red Strawberry Farm - Satu Taman Agro Tourism di mana kita boleh petik sendiri Strawberry yang ditanam, dan boleh menikmati pelbagai makanan yang diolah dari hasil tanaman yang dituai di taman ini.

Baik jangan datang sini time perut tengah lapar, sebab desert2 dia sangat menggoda, rasa nak try semua. Masa kami tiba kat sana hujan lebat. Seronok ler menjamu selera sambil tgk pokok2 sayur menghijau, ada cactus, bunga2 dll :)
Like father like son

Hijau yang menceriakan

Memang geram tengok..MasyaAllah, menyegarkan mata dan minda

Hadi pun teringin tengok semua makan. abis 2 biji strawberry dia makan dengan muka steady

Saya dah kenyang! baru boleh senyum

Threesome

Next destination ialah Pasar Malam Brinchang yang famous tu. Walaupun hujan renyai-renyai tetap ramai orang kat Pasar Malam Brinchang ni. Apa yang best kat sini? Kami terkam jagung rebus dan jagung bakar, ubi manis dan sayur2 celup tepung.


Ladang & Kilang Teh Boh Sg Palas

Sebelum ni bukan tak pernah pergi Cameron, tapi tahun ni baru tahu kewujudan Ladang Teh Boh Sg Palas ni. Nak sampai ke sana memang agak mencabar, jalan di lereng bukit, muat 1 kenderaan jer, lepas tu dah sampai kena mendaki sikit samaada ikut jalan raya atau naik tangga.

Nak pergi Ladang Teh Sungai Palas ni kena pergi pagi2 sebelum dia buka.. Kalau x jammed nak masuk dan nak keluar.. Kalau hari bekerja takpe.. Sementara tunggu pagar bukak, royan amek gambar kat ladang teh tu.. Scenary subhanallah cantik amat.. Menikmati mentari pagi sambil amek Vitamin D, dingin.. Amek gambar celah2 pokok teh ala2 citer Hindustan.. Daun berembun lagi.. Mmg syok!!


Selfie sefamily

Superman & Batman ready to rescue

Opah feeling kutip daun teh

Superman nak terbang ke tu?

Ber"Onya" ngan Hadi, tak sampai 2 minit dah lena dalam tu

Sebelum misi mendaki tangga ke puncak :)

Imam2 Muda

What a beautiful scenery

Hadi ngan Maksu

We are sisters :)

Kilang teh Sungai Palas ni bagus untuk bawak anak2 tengok cara pemprosesan teh, sebenarnya mak budak ni pun baru tahu.. hehe..

Khusyuk semua tengok teh dihancurkan

Peringakt ke-5 adalah pengasingan :)
Ni lah Cafe Ladang Teh Sg Palas ni, lokasi scene Ombak Rindu 

Kalau nak tengok tomato besar2, segar kat pokok dan anggur bergugus2 tergantung kat pokoknya, boleh pergi Grape & Tomato Farm. Mungkin ramai yang tak tahu tempat ni sebab dia terletak jauh sikit dari main towns Cameron Highlands. Ladang anggur ngan tomato ni kat Blue Valley. Dua-dua kali kami pergi dapat tgk je anggur yang dah masak, tak dapat petik sebab belum waktu menuai lagi.. Kalau you all teringin nak petik anggur tu, boleh pergi bulan July ngan bulan December. Anggur2 ni bergred tinggi, tak dijual kat Malaysia, export to Japan. ditanam secara organik, takde baja kimia dan racun perosak.


Seronok dapat tengok anggur, tapi sayang, tengok jer takleh sentuh


Macam anggur yang buat Vivix tu kan?  tapi Muscadine Grape tu lagi besar

Hadi pun tak tahan nak petik anggur
Lunch kami hari ke-2 kat Cafe Strawberry Moment. Ohh.. suasana dia memang lain dari yang lain. Susun atur dia, tema kaler yang kebanyakan nya putih dan ada garden kat tepi restoran tu memang menenangkan. Desserts kat sini yang jenis jarang jumpa.. selalu tgk dalam TV rancangan masak2 overseas jer. rambang mata nak cuba yang mana. Tapi this time makan berat sebab perut lapo. Garden kat sini ada binatang2, so budak2 seronok lah, jalan2 tgk binatang sambil mak ayah menjamu selera. Ada lavender garden, itik, kura2 bird.. Cantik jugak utk amek gambar.

Strawberry Strudle yang sangat menggoda


Small Lavender Garden

Anggur pun ada kat sini

Close up Lavender

Rumah2 binatang yang sangat attarctive

Camera man yang mantap

cantik kan rumah arnab tu :)


Lavender Garden adalah tempat yang mesti dilawati jugak. Yang ni ada Entrance fee, RM 5 utk dewasa, RM3 utk kanak-kanak.

Imam Muda Amirul Hafiz

aksi feveret 2 beradik ni- lompat!

Carnation tu boleh petik sendiri, tapi kena bayar lah kan.
 
bed of flowers membuatkan sesiapa melihat pasti tersenyum

Rose Valley tempat yang paling best nak tengok bunga2 hidup especially roses. Rasanya lebih 50 jenis ros ada ditanam kat situ. masuk jer bau rose yang wangi. Subhanallah, ni baru kat dunia, kat Syurga nanti mesti best lagi kan
Penuh ngan ros, terapi stress yang sgt bagus


Happy family


On the way balik ke hotel kami singgah beli sayur kat Kea Farm. agak sesak sikit so kami limitkan masa kat sini. Sayur memang murah tapi kalau nak lagi murah boleh beli kat Pasar Pagi Tanah Rata. Kat Kea Farm harga pelancong, kat Pasar Pagi tu harga utk orang2 Cameron, so lagi murah :)

Malamnya kami dinner di Steamboat Glory-78 kat Tanah Rata bersebelahan dengan Hotel De La Ferns. Better buat reservation dulu sebelum pergi takut nanti hampa sebab selalu full tempat ni. Dalam dingin malam makan steambot panas2 memang terbaik! :)

Portion steamboat kat sini agak banyak, so kami order set untuk 5 orang, boleh makan kenyang untuk 8 orang. Alhamdulillah
Glory 78, Halal Steamboat kat Cameron Highland
Hari ke-3 kami bersarapan pagi di YZ Strawberry Farm & Cafe kat Taman Sedia. Yang ni milik Melayu Muslim. Seronok pergi ke sini sebab rasa suasana kampung Melayu. Taman Sedia ni memang perkanpungan Melayu, rumah-rumahnya kebanyakan rumah kayu tapi cantik sebabnya banyak buat homestay. Nasi lemak kat YZ Cafe ni sedap, RM 2.50 jer sepinggan. ok lah kan. ada juga mee & bihun kari
Sign board YZ kat simpang nak masuk Taman Sedia, boleh nampak from main road

Siap ada pintu gerbang tu :)

Strawberry Farm

Khusyuk semua menjamu selera

Hafiz pun selera makan


Kalau nak pergi beakfast hari Ahad, better keluar awal pagi, dalam pukul 8 sebab kalau keluar lewat sikit takut terpaksa makan angin dalam traffic jam je lah.

Owh yea, untuk yang ada anak2 kecik, sangat- sangat digalakkan untuk bawak baby carrier, sebabnya nak bawak stroller agak kurang sesuai kat Cameron ni. Jalan banyak bertangga dan sempit. Melawat Cameron ni kiyaa mmg banyak berjalan, cuaca pulak sejuk.. so untuk pastikan semua sihat dan bertenaga, supplement kami memang bawa bersama. . Vivix untuk tenaga dan panaskan badan, Nutriferon untuk tingkatkan imunisasi anak2, Phytocol tu sebab dah tahu nak makan macam2 yang best so better buat penghadang kolesterol dulu, Alfalfa ngan Omega dan bakar lemak2, Ginger standby kalau silap maka ke angin ke, Mighty Triple Gem dalam tupperware pun ada utk energy dan retain air and of course Collagen I tak tinggal, bukan untuk kulit jer tau, untuk sendi2 ni, dok dukung dan carry Hadi yang semangat ni naik turun tangga, bukit :)
Supplement semasa travel

Alhamdulillah, pengalaman yang sangat menyeronokkan kami sekeluarga.

Thanks to En Hubby sebab tekun buat research dan come up with best agenda for the trip. :)

Semoga sharing ini bermanfaat untuk semua. Mintak maaf kalau ada terlebih terkurang. Saya alu-alukan komen anda semua :)



Wassalam.
About Unknown

A mom to three adorable heroes, insyaAllah will be our Imam Muda(s). A wife to a loving and very supportive husband. Being blessed with all great family and friends around us. A Shaklee Independent Distributor by choice, SID 882031. Dedicated to spread the goodness of Shaklee and promote healthy life.

You Might Also Like

9 comments:

  1. Blog yg sgt membantu..lebih2 lagi berada di cameron skrg..so mmg xtahu kedai2 yg best utk kenyangkan perut & tmpt2 utk dilawat..:)

    ReplyDelete
  2. Terima ksh sudi berkongsi pengalaman.. amat berguna utk kami yg bru nk g sanq..

    ReplyDelete
  3. terbaik..info yg sgt bermanfaat .

    ReplyDelete
  4. kak, nak tanye strawberry moments halal ke?

    email saya please di firdaus.safety@gmail.com

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Hanun, ai follow..nok gi cuti awal muharram ni insyaAllah :)

    ReplyDelete