Showing posts with label eczema. ekzema. Show all posts
Showing posts with label eczema. ekzema. Show all posts

Wednesday, 5 November 2014

Panduan Penting Pengambilan Omega 3

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ok, dalam entry yang lepas, Omega 3 Dari Minyak Ikan Terbaik Dunia kita dah tahu tentang pentingnya Omega 3 untuk badan kita. So hari ni saya nak bercerita sikit tentang panduan penting pengambilan Omega 3, seperti dos pengambilan, siapa yang perlu ambil Omega 3 dan siapa yang tidak boleh mengambil Omega 3.

Dos Pengambilan

Menurut artikel Omega-3 fatty acids dari University of Maryland Medical Center , dos pengamblan minyak ikan mestilah berdasarkan kandungan EPA & DHA, bukan berapa amaun minyak ikan itu sendiri. Supplement yang ada dipasaran berbeza kandungan dan ratio EPA & DHA. Biasanya kita dapati asid lemak  Omega 3 dalam kapsul minyak ikan mengandungi 0.18 gram (180mg) EPA dan 0.12gram (120mg) DHA. Kandungan Omega 3 berbeza dalam setiap jenis ikan.

Kanak-Kanak

Omeg 3 digunakan di dalam sesetengah susu formula bayi, yang kita nampak ada DHA & EPA tu. Tetapi tiada garis panduan yang tetap berapakah amaun Omeg 3 yang perlu diambil oleh kanak2. Cuma kanak-kanak perlu elakkan dari memakan ikan yang mungkin mengandungi kandungan merkuri yang tinggi seperti  shark, swordfish, king mackerel, dan tilefish

Minyak Ikan Terbaik

Dewasa

Orang Dewasa hasruslah mengambil Omega 3 tidak lebih dari 3gram sehari. Jika anda ingin makan lebih atas sebab-sebab tertentu, minta nasihat doktor kerana Omega 3 yang berlebihan boleh mengakibatkan risiko pendarahan.
  • Dewasa yang sihat, tidak sejarah sakit jantung : American Heart Asscociation (AHA) mencadangkan untuk makan ikan 2 kali seminggu.
  • Dewasa yang mengalami penyakit jantung coronary: AHA mencadangkan pengambilan supplement Omega -3 (dalam bentuk minyak ikan) 1 gram sehari yang mengandungi EPA dan DHA. Mungkin mengambil masa 2-3 minggu untuk melihat kesan pengambilan minyak ikan tersebut.
  • Dewasa yang tinggi kolesteronya : AHA mencadangkan mencadangkan pengambilan supplement Omega -3 (dalam bentuk minyak ikan) 2-4 gram sehari yang mengandungi EPA dan DHA. Mungkin mengambil masa 2-3 minggu untuk melihat kesan pengambilan minyak ikan tersebut
  • Dewasa yang mempunya darah tinggi saintis mencadangkan 3 - 4 grams sehari.

Peringatan!!
Anda dinasihatkan tidak mengambil Asid lemak Omega 3 jika anda sedang mengambil ubat pencair darah seperti aspirin, warfarin (Coumadin), and clopedigrel (Plavix) kerana asid lemak Omega-3 fatty mungkin menambah kesan ubat pencair darah itu. 


Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

Siapakah yang perlu mengambil Omega 3 ini dan semestinya kita nakkan Omega 3 dari minyak ikan terbaik dunia iaitu Omega Guard kan? Mereka adalah :
  1. Warga Emas
  2. Pesakit Jantung
  3. Wanita yang telah melahirkan anak
  4. Pesakit darah tinggi
  5. Pesakit kulit seperti psoriasis dan ekzema
  6. Orang yang selalu lupa
  7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
  8. Pesakit Asma dan alahan
  9. Pesakit Gout atau mempunyai masalah asid urik yang tinggi
  10. Selalu mengalami sakit sendi dan kebas-kebas
  11. Pelajar yang ingin cerdas dan cepat tangkap apa yang diajar
  12. Ibu hamil dan menyusu untuk perkembangan otak anak
  13. Mereka yang ingin lansing dan kulit cantik
  14. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus

Siapa yang memerlukan Omega Guard



Omega Guard Shaklee membekalkan
1000mg asid lemak Omega 3
 termasuklah EPA & DHA

Satu capsul Omega Guard Shaklee mengandungi 330mg asid lemak Omega 3 termasuk 180mg EPA dan 120mg DHA. Cadangan pengambilan adalah 3 capsul sehari, tetapi jika anda mengalami masalah kesihatan seperti yang tertera di atas, dos pengambilan harus ditingkatkan. Konsultasi percuma tentang dos pengambilan Omega Guard berdasarkan tahap kesihatan anda akan diberikan kepada pelanggan saya :)


Nak dapatkan Omega Guard anda hari ini? Bolek Klik link di bawah


atau hubungi saya untuk promosi hebat bulan ini (November 2014)


Hubungi saya utk cadangan supplement Shaklee dan FREE consultation dan order supplement anda sekarang :)


Hanun Farha
SID: 882031

Call/SMS/Whatsapp: 0129503142

fb:https://www.facebook.com/hanunfarha
Fan Page: My Precious Health Cube
Read More

Saturday, 1 November 2014

Omega 3 Dari Minyak Ikan Terbaik Dunia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam Sejahtera :)

Kalau kita shopping barang2 rumah kan, mesti ibu2 perasan banyak dah benda kat pasaran  ada tambahan Omega 3. Contohnya susu, nestum, roti, minyak masak, telur dll. ini menunjukkan pengguna di negara kita dah sedar tentang kepentingan Omega 3 dalam diet seharian kita. Oleh itu pengeluar makanan mengambil inisiatif memperkayakan produk makanan keluaran mereka dengan Omega 3 utk lebih kompetatif.

Minyak Ikan Sumber Utama Omega 3

APA ITU OMEGA 3?

Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh kerana itu ia digelar Omega 3.

Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)

2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)

3. Alpha Linolenic Acid (ALA)




Selalu kan kita tengok singkatan EPA dan DHA pada label tin-tin susu yang ada di pasaran. Sekarang kita tahu bahawa susu itu mengandungi tambahan Omega 3 :)

KENAPA PENTING OMEGA 3 PADA SAYA?

Kenapa saya dan anda, yea anda :) memerlukan Omega 3 ini? 
Omega 3 sangat diperlukan oleh badan kita tetapi tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan. Oleh itu kita haruslah dapatkan Omega 3 ni dari makanan seharian.

Omega 3 adalah nutrient yang sangat penting untuk badan kita terutama untuk fungsi otak, jantung, sistem saraf, retina mata, hati, sendi, kulit dan lain-lain. Eh, mcm semua jer perlukan Omega 3 ni??
Sebab tu ler Omega ni dalam kategori Essential Nutrient, maksudnyer wajib dapatkan untuk badan kita.

Pada 8 September 2004, USFDA iaitu badan yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal perubatan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega 3 (EPA & DHA) sebagai satu supplement yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Di antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan adalah:

  1. Mengurangkan risiko serangan jantung
  2. Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
  3. Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
  4. Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
  5. Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.
  6. Mengurangkan risiko darah beku
  7. Mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan
  8. Mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki (varicose veins).
  9. Mengurangkan KOLESTEROL Triglycerides & LDL dalam darah & menaikkan paras KOLESTEROL BAIK (HDL) 
  10. Mengurangkan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung (heart attack).
  11. Mengurangkan risiko mendapat STROKE (ANGIN AHMAR) sama ada jenis ischemia atau haemorrhagic.
  12. Mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi (hypertension) dengan mengurangkan masalah pengerasan saluran darah
  13. Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi.
  14. Mengurangkan radang sendi dalam penyakit sendi Rheumatoids
  15. Mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn’s
  16. Mengurangkan masalah radang usus dalam penyakit Ulcerative Colitis
  17. Memberi kesan positif dalam penyakit SLE (Systemic Lupus Erymatosis)
  18. Memberi kesan positif dalam penyakit Asma
  19. Memberi kesan positif dalam masalah kulit Eczema dan Atopic dermatitis
  20. Membantu pesakit yang menjalani pemindahan organ (implant).
  21. Membantu dalam perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Susu ibu amat kaya dengan DHA (Omega 3). Oleh itu, banyak syarikat pengeluar susu yang menambahkan DHA dalam keluaran susu merekA.
  22. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat tambahan DHA dalam minuman susu mereka akan mengalami masalah hiperaktif (ADHD) yang kurang
  23. Kanak-kanak yang kekurangan Omega 3 dalam pemakanan mereka mempunyai masalah tumbesaran otak

Fuh!! banyakkan manfaatnya? Itu sebahagian yang disenaraikan oleh Dr Norman. Saya percaya banyak lagi manfaatnya. Antaranya tingkatkan sistem imunisasi badan kan sebab ibu2 selalu bagi anak2 makan minyak ikan kod tu supaya anak tak senang kena jangkitan kat tadika/sekolah :)

SUMBER OMEGA 3

Seperti yang kita maklum, badan kita tak boleh menghasilkan Omega 3 sendiri, oleh itu kita kena dapatkan Omega 3 ni dari makanan seharian kita. 

Sumber utama Omega 3 EPA dan DHA adalah ikan air sejuk seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis dan ikan hering. Ramai orang risau tentang kehadiran merkuri dan toksin lain dalam ikan, terutamanya semasa mengandung. Atas sebab ini, sumber minyak ikan EPA dan DHA dari vitamin ataupun suplemen adalah paling selamat. Minyak ikan yang berkualiti tinggi daripada pengilang yang mempunyai reputasi yang baik memberikan manfaat kesihatan EPA dan DHA tambahan tanpa risiko ketoksinan.

Ikan laut dalam kaya dengan Omega 3


Ramai orang ingat bahawa flaxseed dan / atau minyak flaxseed mengandungi Omega 3. Tetapi flaxseed mengandungi rantai pendek omega 3, ALA (asid alfa-linolenik), yang berbeza dari EPA dan DHA yang mengandungi rantai panjang omega 3. EPA dan DHA Omega 3 memberi keperluan badan untuk pembangunan kesihatan yang optimum. Walaupun ia pernah berfikir bahawa badan manusia boleh menukar ALA kepada EPA dan DHA, penyelidikan terkini menunjukkan bahawa pertukaran tersebut jarang berlaku. Minyak ikan merupakan sumber EPA dan DHA yang lebih dipercayai.


OMEGA 3 Dari Minyak Ikan Terbaik Dunia

Bila memilih supplement Omega 3 ni tentunya kita  nak pilih yang terbaik kan?

Harga dan jenama tidak menjamin ia adalah minyak ikan yang bagus. Ikan boleh mengumpul toksin laut dalam sistem mereka, seperti PCB(sejenis bahan kimia industri yang sangat toksid) dan merkuri. Tambahan pula rantaian makanan ikan menjadikan lebih tinggi kepekatan toksin yang kita mesti jauhi.

Atas sebab ini supplement Omega 3 mesti dihasilkan dengan teknologi yang tinggi dan melalui saringan yang ketat bagi memastikan ia benar-benar bebas daripada mana-mana bahan cemar.Terdapat piawaian antarabangsa yang ketat untuk memantau tahap pencemaran yang terdapat dalam suplimen Omega 3. Supplement Omega 3 yang terbaik mesti bebas daripada sebarang bentuk pencemaran kimia. Oleh itu mereka menggunakan ikan yang didapati di bahagian yang paling bersih lautan dunia, mereka memproses ikan dengan cara yang tertentu supaya pencemaran sama sekali dihapuskan.

Melihat kepada ciri2 ini, saya memilih OMEGA GUARD dari Shaklee  untuk memenuhi keperluan Omega 3 kami sekeluarga :)


Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee


1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair
sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies) 


2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.

3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 lain di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-
satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3
semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.


5. Satu sajian Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA. 

6. Kebanyakan pengusaha kilang menggunakan penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan,,sesetengah nutrien, malah tidak dapat menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.
Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini. Ia dihasilkan melalui satu proses penyulingan propriteri tiga peringkat untuk mengekstrak asid lemak Omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB. 




Dah hari ini saya ada berita baik untuk anda semua :)
Shaklee mengadakan promosi Omega Guard bulan November ini.

Kali ni lebih special sebab biasanya konsep promo Shaklee adalah Beli 6 Percuma 1. tapi kali ni ada tambahan, beli 2 botol Omega Guard dengan 5% diskaun :)

Harga Retail Omega Guard : RM 136 sebotol
Sebotol Omega Guard mengandungi 90 kapsul Omega -3 

Beli 6 Percuma 1


Beli 2 dengan Diskaun 5%

Hubungi saya utk cadangan supplement Shaklee dan FREE consultation dan order supplement anda sekarang :)


Hanun Farha
SID: 882031

Call/SMS/Whatsapp: 0129503142

fb:https://www.facebook.com/hanunfarha
Fan Page: My Precious Health Cube

Read More

Monday, 22 September 2014

Berikan Si Manja Nutrisi Terbaik

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Ok, sambungan dari entry sebelum ini Kesihatan Si Manja - Apa Yang Perlu Ibubapa Tahu?

Pemberian nutrisi yang lengkap dan kuantiti yang diperlukan adalah amat penting untuk tumbesaran anak-anak yang baik. Apabila anak-anak membesar dengan sihat dan kurang masalah kesihatan, hidup mereka akan lebih berkualiti. Perkembangan fizikal, mental dan keupayaan mereka belajar akan lebih baik secara kesulurahannya.

Oleh kerana kita sudah tahu dan sedar yang pemakanan seharian anak-anak kita tidak mampu memberikan semua nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran sihat anak-anak, pengambilan supplement adalah amat penting.

Sudah tentu Shaklee pilihan saya kerana ianya dijamin HALAL, SELAMAT, SENTIASA BERKESAN dan mesra alam.

Seperti yang dicadangkan oleh Pakar Nutrisi Shaklee, Mealshake, Omega Guard Dan Lecithin.

Ok, jom kita lihat apakah fungsi utama dan kelebihan supplemen-supplemen ini.


MEALSHAKE

Mealshake Shaklee adalah minuman yang lazat berperisa French Vanilla yang diperbuat daripada bahan semualajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, lactalbumin (sejenis susu) dan lain2.

Shaklee Meal Shake merupakan sumber protein yang lengkap dengan penambahan vitamin dan mineral. Ia membekalkan sembilan asid amino dalam nisbah yang seimbang untuk kesejahteraan tubuh anda dan amat diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar
Di samping itu, Mealshakes Shaklee juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein, termasuk asid amino perlu dan tidak perlu.
Mealshake Shaklee

Fungsi dan Kelebihan Mealshake Shaklee
  • Menyediakan hidangan lengkap berserta asid amino
  • Nutrisinya mudah diserap untuk kegunaa harian
  • Memberikan 19 jenis vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrien untuk kanak- kanak yang sedang membesar
  • Sumber pemakanan protin terbaik
  • Kaya dengan sumber kalsium dan Vitamin D untuk tumbesaran tulang yang sihat.Kalsium memerlukan vitamin D untuk membantu penyerapan maksimum.
  • Mengandungi vitamin A,C,E,zink dan selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak  mengelakkan kerosakan sel oleh radikal bebas.   
  • Mengandungi Vitamin B yang meningkatkan daya fokus  dan perhatian dan baik untuk sel darah merah (mencegah Anemia)
  • Magnesium dan sodium mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan, berfungsi sebagai electrolit untuk mengurangkan rasa letih
  • Bekalan serat terbaik untuk membantu penghadaman bagi mengelakkan sembelit
  • Membekalkan karbohidrat dengan glisemik indeks yang rendah untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari
  • Kaya dengan Vitamin C untuk kesihatan gusi, gigi dan kulit dan membantu fungsi sel darah merah melawan jangkitan (sgt sesuai untuk anak2 yang sering demam, selsema dan ekzema)
  • Vitamin A baik untuk kesihatan mata. Amat perlu untuk kanak-kanak sekarang yang selalu sangat mengadap gadgets
  • Mengandungi zat besi dan B12 yang penting untuk pembinaan sel-sel darah

Mealshake Shaklee tidak mengandungi laktosa - anak-anak yang ada lactose intolarence atau alergik dengan laktosa pun boleh mengambil Mealshake

Rasanya yang lazat menyebabkan anak2 anda pasti menginginkannya setiap hari. Boleh dicampur dengan susu mereka.



Mealshake -membekal hidangan lengkap penuh berkhasiat


LECITHIN


Lecithin Shaklee

Lecithin Shaklee mengandungi choline yang sangat perlu untuk otak berfungsi. Lecitin meningkatkan bekalan choline dan acethylcholine. Acethylcholine penting untuk fungsi otak -berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman,dan sebagainya


Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat.30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati adalah lecitin.


Fungsi dan kelebihan Lecithin Shaklee

  • Lecithin dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak.
  • Mencergas dan mencerdaskan otak
  • Memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 badan
  • Sebagai pengemulsi lemak semulajadi - membantu mencegah dan mengatasi masalah obesiti
  • Lecithin merupakan asid lemak yang perlu untuk menjaga paru-paru - mencairkan mukus dan mencegah iritasi, oleh itu sangat baik untuk anak-anak yang mempunyai masalah alergik, hay fever, asthma, bronkitis
  • Lecithin perlu dalam penghasilan rambut yang sihat, berkilat, kulit yang sihat dan lembut serta membantu mencegah ekzema
  • Lecithin Shaklee diperbuat dari lecithin kacang soya- sumber  terkaya lecithin tanpa kolesterol 

OMEGA GUARD

Omega Guard

Omega Guard Shaklee ialah minyak ikan terbaik dunia yang menggunakan penyulingan molekul 3 peringkat yang sangat eksklusif di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghlangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya.

Fungsi dan Kelebihan Shaklee Omega Guard
  • Meningkatkan sistem imun tubuh kanak-kanak - mengatasi masalah selsema, demam dan asthma
  • Kesihatan sistem kardiovascular (jantung, arteri, salur darah yang sihat)
  • Membantu merawat eczema. Omega Guard penting untuk kesihatan kulit.
  • DHA dan EPA dengan untuk perkembangan minda kanak-kanak.
  • Penting untuk kesihatan mata dan otak
  • Disyorkkan untuk kanak-kanak hyperactive dan autisme




Anak-anak adalah anugerah terindah dan juga amanah yang besar yang perlu ibu bapa jaga, didik dan besarkan dengan baik.

Pastikan hanya yang terbaik untuk anak anda :)

Anak sihat ceria, ibu bapa pasti bahagia :D


Untuk pembelian sebarang supplement Shaklee atau pertanyaan lanjut dan konsultasi sila hubungi saya 

Hanun Farha
SID: 882031
Call/SMS/Whatsapp: 0129503142
Read More