Mengimbau kisah setahun yang lalu pada tanggal 3 Disember 2013, Kuantan dilanda musim tengkujuh yang agak dasyat dalam sejarah. Ibu tengah sarat mengandungkan Hadi, EDD lagi seminggu tetapi ibu dah dapat MC dari Doktor Suriati untuk berehat di rumah. Abang Hakim & Hafiz pun ada di rumah bersama ibu kerana Taska Hafiz dah dinaiki Air.
Ayahanda masih bekerja walaupun keadaan sudah meruncing. Banyak tempat di sekitar Kuantan sudah dinaiki air. Menjelang tengah hari jalan-jalan utama yang menghubungkan Gebeng dan Kuantan turut dinaiki air. Tengok update di Facebook dan Whatsapp rasa macam darurat. Semua orang tengah update pasal banjir. Ramai rumah sahabat dinaiki air dan terpaksa berpindah keluar.
Ibu dari pagi sudah merasa contraction yang agak nyata, datang dan pergi. Melayan anak-anak syurga di rumah. Hati sudah tidak tenteram kerana dapat rasakan dah tak lama lagi ni baby ibu nak keluar ni, tapi ayah belum balik dan dapat pulak berita yang jalan ke Kuantan Medical Center (KMC), tempat yang kami rancang untuk melahirkan Hadi sudah dinaiki air dan ditutup kepada kenderaan ringan. Tak lama kemudian dapat berita jalan bypass Kuantan Gebeng dan jalan pantai juga dinaiki air.
Allah sahaja yang tahu risaunya hati ini.
Pukul 2 petang, rasa contraction semakin kuat, terus ibu call ayah minta balik. Dalam hati tak putus berdoa agar Allah permudahkan perjalan balik ayahanda sebab masa tu dah terima berita jalan bypass sudah ditenggelami air dan kenderaan ringan dah tak boleh lalu. Alhamdulillah, masa ayahanda balik, hujan reda sekejap dan air surut membolehkan ayahanda selamat sampai ke rumah dengan cepat..
Debaran Makin Kuat
Menjelang malam contraction makin kuat, tetapi berdasarkan pengalaman melahirkan dua Imam Muda sebelum ini, rasanya belum masanya perlu ke hospital. Berita menyatakan bekalan eletrik di seluruh bandar Kuantan akan terputus kerana pencawang elektrik terpaksa ditutup kerana paras air banjir semakin meningkat. Kami betul-betul berserah kepada Allah semoga segala urusan melahirkan Hadi dipermudahkan.Kuantan dilanda banjir terburuk dalam sejarah. Ayahanda tidak putus2 mendapatkan update terbaru tentang keadaan jalan2 yang boleh dilalui untuk ke KMC, dan mungkin sebagai alternatif kami perlu ke Hospital Tengku Ampuan Afzan. Ayahanda siap bagitahu komuniti taman perumahan kami yang ibu sedang menunggu masa, dan mungkin perlukan bantuan doktor jika jalan ke hospital masih belum boleh dilalui.
Menjelang tengah malam kami masuk tidur dulu dengan harapan keadaan akan bertambah baik. Pukul 2 pagi ibu terjaga kerana bekalan elektrik dah terputus. Contraction makin kuat. Ibu buat 'timing contraction' dalam masa sejam. Dah regular, dalam 7-10 minit sekali contraction datang. Ibu kejut ayah dalam pukul 3 pagi. Ayah terus call hotline MPK dan alhamdulillah jalan dah clear dan kami boleh ke KMC. Hafiz dan Hakim kami tinggalkan dengan Aunty dan Opah yang kebetulan berada di rumah waktu itu. Sebelum tu mak mertua tak tahu pun tengah sakit nak bersalin dah.. Cantik kan Allah susun :)
Pengalaman Melahirkan Yang Mungkin Takkan Berulang -Sangat Unik!
Sampai je kat KMC dalam pukul 4 pagi, suasana suram je, ye lah.. kan blackout satu bandar. Yang ada hanyalah lampu-lampu emergency dan sedikit bekalan elektrik dari generator untuk support alatan-alatan yang kritikal. Nurse terus buat ECG untuk check contraction dan heart beat baby. Mak bidan pulak check bukaan, baru 1.5 cm. Sedikit kecewa masa tu sebab ibu rasa sakit dah kuat tapi bukaan sikit ajer. Nak balik ke rumah semula risau air naik balik dan mungkin tak dapat sampai ke KMC, jadi kami tunggu je lah kat labour room yang kepanasan tu sebab power genset tak cukup untuk support aircond sekali. Ayahanda berusaha nak bagi ibu tak berpeluh sangat dengan guna apa saja yang ada kat dalam bilik tu untuk kipas ibu :)
Bila sakit contraction datang menyerang, doa Nabi Yunus menjadi peneman setia. Air zam zam dan kurma juga benda yang wajib ibu bawa ke labour room untuk beri tenaga. Set Bersalin Shaklee pun ibu bawak siap sebab nak amek terus lepas bersalin supaya nanti tenaga cepat pulih.
Tips untuk mudah bersalin, InsyaAllah |
Proses 'Labour' Bermula
Setiap kali ibu hampir bersalin dari anak pertama sampai lah anak ketiga tanda darah keluar. Orang selalu tanya dah kuar darah perlu solat lagi tak? Ada beberapa pendapat ulama dan kami berijtihad dengan pendapat mengatakan darah itu bukan darah haid, jadi wajib solat. Boleh rujuk di link ini untuk cara solat bagi ibu hampir bersalinAzan subuh ibu terus pergi solat dan doa semoga dipermudahkan. Dalam pukul 7 pagi contraction semakin kuat, dah takleh nak baring, takleh nak duduk, sambil berdiri, goyang kanan goyang kiri. mcam menari tapi very slow motion..hehe. konon nyer tengah practise amalan dalam gentle birthing
embrace the pain, bayangkan baby tengah make way untuk keluar, contraction sebagai normal body process untuk tolong baby keluar. Dah 2 kali beranak, kali ketiga ni baru dapat practice cara pernafasan yang betul and it really help a lot!Alhamdulillah ibu mampu tenang dan menikmati sakit contraction tu.
Masa ni juga teringat perjuangan Rasulullah dengan para sahabat. perjuangan selama 23 tahun penuh kesakitan, diseksa, cedera masa berperang, kesusahan semasa berhijrah di padang pasir yang panas, perjalanan ke medan perang yang jauh, Nabi sendiri pernah dibaling batu sehingga darah mengalir memenuhi sepatu yang Rasullullan saw pakai. Kalau nak dibandingkan dengan kesakitan yang ibu tgh rasai masa tu rasa kecik sangat berbanding dengan kesakitan yang Rasululllah dan sabahat lalui dulu utk tegakkan dakwah Islam.Tetiba air mata mengalir dan ibu berharap sangat anak ibu yang bakal lahir ini akan menyambung perjuangan Nabi dan para sahabat.
Pukul 8.30 pagi, sakit dah memuncak, panggil Mak Bidan tolong check bukaan. Sudah 8 cm, mula2 mak bidan nampak tenang.. katanya belum lagi ready. tapi seminit lepas tu Mak Bidan kalut ready kan alatan sambil bagitau diorng masih tak dapat hubungi Doktor Suriati sebab line telefon tak elok. Mak Bidan atau ibu panggilnya Aunty sahaja sebab umurnya dalam 50-an gitu mintak misi kat kaunter call doktor pakai handphone sebab patient nak bersalin dah ni.
Agak cemas jugak tapi Aunty kata kalau doktor tak sampai Aunty boleh sambut. tapi ibu masih perlukan Doktor Sue sebab dia punya personal touch tu lain, ibu selesa dengan kelembutan dia dan yakin nak push dengan ketegasasan nya.
Ayahanda pun sama kelam kabut ngan Aunty sebab nak pasang alatan tapi power point yang ada power sangat limited. Ibu senyum je tengok gelagat diorng.. boleh senyum sebab tengah 'embrace the pain' kan. :)
Dah Sampai Masa
Jam kat dinding labour room tunjuk pukul 9 pagi. Ibu dah tak tahan sakit, rasa nak push dah, Doktor Sue tak sampai lagi.. Aunty kata belum boleh push lagi! Nafas dulu!..Cuba lah sedaya upaya tahan sambil breathing tarik tarik kot hidung lepas kot mulut.. :) Tengah-tengah struggle tu tetiba dengan orang bagi salam, Assalamualaikum~~ dengan lembut dan ceria. ALHAMDULILLAH!! Doktor Sue sampai just in time.. ' Saya dapat call kata patient dah 10 cm, terkejut saya' kata Doktor Sue kat Aunty. Alhamdulillah, Allah susun memang cantik :)
Terus Doctor Sue pakai Apron dia, pecahkan air ketuban lepas tu suruh ibu push, dan gegak gempita lah bilik kecik tu dengan cheering yang bersilih ganti.
"Tarik nafas, push sekuat hati!
Jangan angkat bontot!
Sikit lagi kepala baby dah nampak!
Kuat lagi Hanun!
Jangan push kat muka, push kat bawah!"
sampai situ ibu benti push sekejap nak amek nafas dan nak tergelak jugak..kikiki..ini lah semangat yang kita nak.. ayahanda pun dah jadi expert cam doktor ngan mak bidan..
Dah amek nafas, kumpul tenaga sket, sekali lagi push sekuat hati, keluarlah baby boy yang menangis sangat kuat ini.
Alhamdulillah, selamat melahirkan bayi lelaki yang sihat pada 4 Disember 2013, 9.22 pagi |
Dah potong tali pusah, Doktor Sue letak Hadi atas ibu sekejap sebelum Nurse bawak Hadi untuk dibersihkan. Perasaan gembira, lega dan syukur tak dapat dibayangkan. Ayah tengok hadi dalam pelukan ibu dan cium dahi ibu sambil cakap terima kasih. Rasa complete segala nikmat Allah berikan sebagai ganjaran bawak perut sembilan bulan dan bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak. Alhamdulillah :)
Doktor sambung prosedur untuk keluarkan uri dan jahit kawasan yang terkoyak. Haa, masa doktor nak jahit tu lah, bekalan letrik emergency habis dan lampu yang nak suluh tempat yang dijahit tu terpadam. Ayahanda dengan pantas bukak lampu suluh telefon.. Doktor Sue tak puas hati, dia pergi bukak langsir tingkap labour room tu.. cerah terus satu bilik tu dapat cahaya matahari. Hujan dah berhenti rupanya.
Sekejap je doktor jahit sambil berborak-borak ngan ibu. Alhamdulillah tak rasa penat sangat dan tak rasa nak tertidur pun lepas bersalin, Syukur tak terhingga pada Allah swt kerana permudahkan semuanya. Pengalaman melahirkan Hadi paling mudah walaupun masa tu keadaan mencemaskan dah serba kekurangan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan : Al- Insyirah 5-6
TERIMA KASIH
Perjalanan melahirkan Hadi sungguh mencabar tapi Allah permudahkan dan Allah hantarkan pertolongan dari pelbagai sudut.Terima kasih Aunty dan Doctor Sue yang tolong sambut hadi dan jaga ibu dengan baik lepas bersalin.
Terima kasih ayahanda kerana sentiasa bersama ibu beri semangat, layan ibu time tgh2 sakit tu.
Terima kasih Aunty Shikin, Uncle Amin dan Opah jaga Abg Hakim ngan Hafiz kat rumah.
Terima kasih Atuk ngan Nekmi datang lawat Hadi kat hospital dari Kelantan, 10 jam perjalanan sebab kena lalu Gua Musang ke bentong dulu sebab jalan belah Terengganu dah ditenggelami air.
Terima kasih saudara mara dan sahabat-sahabat yang mendoakan kami :)
Jazakumullahu khairan kathira
Semoga Allah membalas kebaikan kalian dengan kebaikan yang lebih banyak.
Hadi nyenyak tidur lepas dibersihkan |
Nekmi dan Atuk yang datang dari jauh |
Imam Muda Muhammad Amirul Hadi B Khirul Akmal |
Hadi dah sampai rumah |
Saya dah setahun :) Alhamdulillah |
berapa kos bersalin di KMC tu ye?
ReplyDelete