Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Subhanallah.. Maha Suci Allah..
Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah..
Walaupun hati meratap sedih melihat keadaan mangsa-mangsa banjir di pantai timur dan keadaan pasca banjir yang sgt mirip Tsunami di Acheh, hati ini juga berbunga-bunga melihat sangat ramai orang yang mengambil tindakan untuk membantu mangsa-mangsa banjir :) sangat banyak kumpulan orang persendirian yang tampil dengan inisiatif sendiri untuk mengumpul dan menyalurkan sendiri bantuan kepada mangsa2.
Group adik beradik Shaklee saya #copsisters juga terpanggil untuk sama2 menggembleng tenaga dan meluangkan masa untuk membantu mangsa2 banjir mengikut kemampuan kami. Oleh kerana kebanyakan kami adalah ibu-ibu yang masih mempunyai anak kecil, sangat risau memikirkan ibu2 muda di sana yang terpaksa mengharungi dugaan yang amat berat ini. Dari kerisauan itu tercetuslah perbincangan yang membuahkan idea untuk melancarkan #BanjirBOX ini.
#BanjirBOX
#BanjirBox from MOM 2 MOM |
Kami hanya sekumpulan emak-emak muda yang sangat kesian dengan penderitaan emak-emak mangsa banjir
Kami akan kumpulkan 4 items utama ini, dan akan kami serahkan kepada NGO berdekatan lokasi kami.
Tempoh serahan akan bergantung kepada lokasi. Jika anda ingin menyumbang, sila hubungi focal person bagi setiap lokasi seperti didalam poster ini.
Pakaian dalam dan barangan bayi hanya yang BARU sahaja kami terima. Utk telekung dan pakain bayi, yang baru dan pre-loved di alu-alukan
Jika anda ingin membantu, tolong sebarkan poster ini.
Moga kebaikannya dapat kepada kita semua
#kurma4banjir untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir |
Satu lagi kami tengah usahakan untuk mengagihkan kurma kepada mangsa banjir di Kelantan. Kita sedia maklum bekalan makanan sangat terhad dan semakin berkurang, ada yang tidak dapat makan berhari-hari. Kurma adalah makanan yang paling senang disediakan -ready to eat food, mempunyai banyak khasiat dan memberi tenaga segera serta cepat mengenyangkan.
Kandungan nutrisi kurma:
"kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin"Anda boleh mengikuti perkembangan terkini misi #BanjirBOX dan #Kurma4banjir dia page Banjir Box by iReach .
Di sini ingin saya selitkan juga pesanan untuk para sukarelawan dari iKRAMHealth yang saya rasa sangat-sangat penting untuk menyediakan fizikal, mental dan hati para sukarewalan.
NASIHAT PENTING UNTUK PARA SUKARELAWAN MISI BANTUAN BANJIR
السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
Semuga Kita tak lupa berdzikir kepada Allah dengan Dzikir2 Harian.
Just sharing.
Terharu mendengar teman-teman berusaha keras membantu mangsa banjir. Tidak dinafikan sangat ramai yang ingin turun padang. Ada pelbagai orang yang turun ke padang walaupun mungkin semua berniat baik.
i. mereka yang ingin meninjau dan melapor dalam sosial media dan jarijemarinya tidak lekang dari smart phone.
ii. mereka yang hanya bercakap dan menganggap dirinya amat penting membuat penyelarasan untuk memberi laporan kepada YB agar dapat pujian politik
iii. mereka yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Masyarakat kita tidak seperti orang Jepun yang sangat berdisiplin dalam kerja-kerja kesukarelawanan. Mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menyelaraskan bantuan sedangkan kita lebih mengikut cara sendiri dan sering timbul kecelaruan. Kita akan bertemu dengan pelbagai situasi yang tidak menyenangkan.
Pengalaman bertahun-tahun mengetuai misi membantu mangsa banjir CENSERVE setiap kali berlaku musibah, membuat hamba terasa ingin berkongsi sedikit tips dengan mereka yang baru mencuba:
i. Sebelum pergi, solatlah dua rakaat, bersihkan hati, berdoa agar diberi petunjuk dan hikmah dari Allah agar apa yang bakal dilakukan dapat memberi manfaat kepada mangsa.
ii. usah pergi sekiranya ia lebih menyusahkan dari membantu
iii. Mereka yang ditimpa musibah biasanya sangat sensitif. Pastikan kehadiran kita bukan sebagai penonton sebagaiamana orang melihat haiwan di zoo. Rendahkan hati, ringankan tulang, bukakan mata dan telinga sehingga mangsa merasa mereka adalah istimewa dengan bantuan kita.
iv. Usah terlalu memilih siapa yang perlu dibantu kerana sakit bencana sama saja walau mereka berlainan faham politik, bangsa dan agama.
v. Usah sebut siapa kita sekiranya tidak amat perlu. Yang diperlukan adalah bantuan kita bukan nama atau pangkat kita.
vi. Bawa buah tangan seperti coklat dalam kocek atau beg untuk diberikan apabila bertemu kanak-kanak yang boleh mengembirakan mereka.
vii. Bawalah keperluan peribadi yang diperlukan supaya tidak menyusahkan orang lain.
viii. Utamakan membantu orang tua. Dekati mereka dengan penuh hormat.
ix. Usah merasa diri atau kumpulan kita yang lebih hebat dari orang lain kerana ia akan merosakkan misi kita. Mangsa perlukan bantuan dan mereka tidak ada masa untuk memuji dan mengagumi kita.
x. Bertugaslah dengan penuh tawadhu' namun ceria semasa berhadapan dengan mangsa yang sedang kita bantu. Tanamkan rasa sayang tanpa syarat.
XI. Jagalah 3 batas utama iaitu batas pergaulan, batas aurat dan batas masa solat kerana ketiga-tiga itu membantu kita menjaga batas syariat yang lain.
xii. Doakan mereka kerana doa kebaikan untuk orang lain itu akan diaminkan oleh malaikat dan malaikat akan mendoakan kebaikan juga untuk yang berdoa.
Kata ulama di padang masyar nanti akan ada orang yang sedang dinaungi dan duduk bersenang lenang. Mereka adalah orang yang semasa di dunia sibuk membantu orang lain sedang orang lain duduk bersenang lenang dengan nikmat dunia.
dipetik dari fb iKRAMhealth
SELAMAT MERAIH PAHALA
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima kasih Tuan Syahmi Zaludin kerana sudi singgah. MasyaAllah, semoga organisasi Tuan dan Tuan sendiri diberkati Allah saw. jom sama2 kita membantu mereka mengikut kapasiti kita :)
Delete