Monday, 8 December 2014

Tadika Muslim Innovative Grand Ihtifal - Abg Hakim's Convo

Assaslamualaikum & Good Day

Seminggu sebelum Majlis convocation Abg Hakim ibu dah rasa excited :) mana taknya, nak tgk Imam-Imam Muda ibu buat persembahan dengan kawan2. I always love kids' show. Tak kisah lah how imperfect their performances are, they never fail to bring smiles to our face kan?

Pada tanggal 16 November yang lalu, Tadika Muslim Inovatif tempat di mana Abh Hakim & Hafiz belajar mengadakan Majlis Grand Ihtifal & Performance Day of the year. Last year majlis ni dibuat di Shahzan Inn Kuantan, this year buat kat Hotel Seri Malaysia. Dewan lebih besar untuk menampung pertambahan bilangan parents dan murid yang lebih ramai.

Majlis dirasmikan oleh Penolong Pengarah Unit Pendidikan Swasta Negeri Pahang, En Isnaruddin. Apa yang menarik dalam ucapan beliau adalah, betapa bezanya kualiti dan standard pendidikan pra sekolah (tadika) swasta dengan pra sekolah kerajaan. Oleh kerana pra sekolah swasta mempunyai persaingan yang tinggi, pengusaha dan tenaga pengajar kena give all out supaya tadika masing-masing ada kelebihan tersendiri dan berdaya saing. Kualiti dan standard tadika swasta jauh lebih tinggi dari pra sekolah kerajaan. Dan Unit Pendidikan Swasta Negeri Pahang menyediakan latihan percuma untuk guru-guru taska swasta. Kalau ibu nak bukak tadika nanti boleh ler hantar staff for free training.. :)


Hadi tak sabar nak tengok Abang-Abang buat persembahan
Habis je perasmian majlis, ibu dah get ready ngan camera nak rakam persembahan anak2 kecil yang comel2 ni. Ayah pulak bersedia utk jadi photographer.

Persembahan pertama bacaan doa nak start belajar (doa Nabi Musa bila nak gi mengadap Firaun tu ) dari anak-anak 4 years. Comel sangat2 :)

Oh Hadi.. belum apa-apa dah lena..

Second persembahan ni yang ibu tunggu-tunggu sangat. Hafazan dari anak-anak six years. Abang Hakim baca surah Al-Maun. Teacher bagitahu yang Abg Hakim terpilih sebab Abg Hakim seorang je yang dah hafal Surah Al- Maun. Alhamdulillah, terserlah minat dia nak hafaz Al-Quran. Ibu ngan ayah kena gilap minat tu supaya berterusan sehingga menjadi Al-Hafiz, InsyaAllah.

Sebab ibu rasa bila tengok abang atas stage baca surah Al-Maun dengan lancar dan yakin. Semoga Abang dapat realisasikan harapan ibu yang besar terhadap abang. Ibu impikan Abg jadi seorang Da'ie yang menyentuh hati ramai orang, yang menjadi asbab datangnya nur Islam kepada umat manusia di seluruh dunia, dan memimpin manusia ke jalan kebenaran, sesuai dengan nama Abg, Muhammad Amirul Hakim

Abg Hakim baca Surah Al Maun,
partnernya bacakan terjemahan ayat
Lepas itu selang seli persembahan dari anak2 4 tahun dan 5 tahun. Bacaan doa untuk ibu bapa, doa Dhuha,Choral speaking "At the Farm,
Persembahan Doa Dhuha oleh 4 Years & 5 Years

Hafiz masuk persembahan Five Little Ducks.. Hafiz jadi itik.. comel sangat pakai baju ngan seluar kuning, pastu ada ekor belon bulu-bulu. Alhamdulillah, Hafiz semangat buat persembahan dan dapat ikut arahan teacher. His first stage appearance.

Hafiz is quacking! :P
ihtifal
Happy anak-anak ada part masing-masing
ihtifal
Hafiz yang tengah jalan no 2 dari kanan :)

2nd persembahan Abg Hakim ialah dikir barat Ya Hanana. bukan main semangat lagi dia, elok teacher letak microphone depan dia, suara Abg Hakim lah paling kuat. Dah lah lagu favourite dia. Ibu tak sangka ada bakat berdikir barat cam ibu.. hehe.. nampak effortless dia nyanyi sambil buat gaya2 dikir barat tu.


Persembahan ke-dua Abag Hakim 

Penutup persembahan adalah lagu Terima Kasih Cikgu oleh graduating students. Sayu pulak dengar. bergenang air mata ibu. Satu sebab memang tak terbalas jasa teachers yang ajar Abg Hakim sampai dah pandai solat, doa, hafal surah2 pendek, pandai baca buku, mengira tu dah jadi feveret dia, zikir2 sangat banyak dihafal. Ibu ngan ayah hanya perlu polish je kat rumah dan jadikan semua yang abang hakim dah belajar kat sekolah tu amalan bersama di rumah.
Kedua sebab rasa cepat bebenor anak ibu ni membesar, tak lama lagi dah nak masuk darjah 1. Syukur ya Allah meminjamkan kami anak2 syurga ini untuk menjadi penyeri hidup kami.


Hafiz seronok dapat hadiah :)

Abg Hakim's first graduation ceremony.. Congratulations  dear :)

Proud faces of graduated students with the hardworking teachers of tadika Muslim Inovatif


Imam Muda Amirul Hakim & his best friends


Hafiz, Rayyan, Abg Hakim, Irfan, Husna... ukhuwah fillah till Jannah InsyaAllah

Tahniah Abang Hakim :)

Thanks to all teachers at Tadika Muslim Inovatif for your endless effort creating your Chaliphs in our children. May Allah bless you always,
Jazakumullahu khairan kathira


About Unknown

A mom to three adorable heroes, insyaAllah will be our Imam Muda(s). A wife to a loving and very supportive husband. Being blessed with all great family and friends around us. A Shaklee Independent Distributor by choice, SID 882031. Dedicated to spread the goodness of Shaklee and promote healthy life.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment