Sunday, 28 December 2014

Banjir Terbesar di Pantai Timur - Jangan Hanya jadi Keyboard Warrior, JOM BANTU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Di saat entry ini ditulis, hujan masih berterusan dan  sangat lebat di bumi Kuantan. Mungkin juga di seluruh Pantai Timur keadaannya sama. Saya masih berada di dalam rumah yang selesa, tetapi hati sungguh gundah gulana memikirkan saudara2, sahabat handai, orang-orang di Kelantan, serta seluruh rakyat Malaysia yang menghadapi banjir yang terburuk dan terbesar dalam sejarah negara.

Hati lebih sedih memikirkan nasib mereka yang tidak mendapat bantuan, kelaparan, tiada tempat perlindungan, tiada air bersih, kesejukan, tiada rawatan bagi yang sakit.. mungkin juga ramai yang telah 'pergi' tetapi tak dapat dipastikan, tiada nama disenaraikan seperti detailnya nama senarai mangsa AirAsia flight QZ8501.

Melihat keadaan pasca banjir lagi meruntun jiwa.. Allah.. besar sungguh ujianMu, terutama bagi rakyat Kelantan. banyak.. sangat banyak rumah, kenderaan yang musnah teruk.. ada yang hanya tinggal tapak.. dan saya fikir, orang2 kampung ini, hanya insurans kereta yang mereka tahu. Insurans lain mungkin tidak pernah didengar atau pada mereka tiada keperluan. Semoga mereka diberi kekuatan yang HEBAT oleh yang Maha Kuat dan Maha Hebat untuk mengharungi dungaan ini.


Video2 ini dirakam sendiri oleh mangsa2 banjir. Pihak berkuasa dan media mungkin tidak dapat sampai ke kawasan ini


Ringkasan 14 video yang diambil sepanjang banjir besar berlaku di Kelantan


Video amatur selepas air surut di Kelantan (lokasi belum dapat dipastikan)


Maaf jika tumpuan saya lebih kepada Kelantan, mungkin sebab ini adalah negeri tanah air saya yang saya cintai, dan mungkin juga banjir di Kelantan sangat2 teruk tahun ini dan mungkin juga pada pengamatan saya, sangat ramai mangsa banjir di sini dan bantuan sangat tidak mencukupi.

Ini semua ketentuan Allah, ini semua takdir Allah.. tetapi Allah tidak zalim, Allah masih sayangkan kita.. mungkin sudah lama kita membelakangi hukum Allah, sudah lama kita mengabaikan perintah Allah, sudah lama kita mencabar dan memperlekehkan apa yang Nabi Muhammad serta para sahabat perjuangkan sehingga titisan darah terakhir, sehingga hembusan nyawa terakhir.

Mungkin ini peringatan untuk kita supaya kita kembali padaNya, kembali ke pangkal jalan, kembali menjadi hambaNya yang taat


Saya yakin ramai yang mengikuti perkembangan banjir di Malaysia melalui media alternatif merasa sedih, kecewa, marah, gusar dan gundah gulana memikirkan nasib mangsa-mangsa banjir di seluruh Malaysia. Bagaimanalah mereka yang lari ke bukit dan masih belum diselamatkan, bagaimanakan ibu2 yang baru bersali, bagaimanakah bayi2 yang baru mengenal dunia, bagaimanakah pakcik makcik yang telah uzur? bagaimanakah ibu2 yang menunggu masa untuk bersalin, bagaimanakah mereka yang masih terperangkap di rumah? bagaimanakah keadaan emosi mereka yang melihat sendiri kehilangan ahli keluarga tercinta di hadapan mata?

NGO, Syarikat Swasta, sukarelawan dan orang persendirian serta pasukan penyelamat serta kakitangan perubatan bertungkus lumus untuk menyelamat, memberi bantuan dan menyediakan keperluaan asas kepada mangsa banjir ini.. Alhamdulillah, masih sangat ramai yang prihatin dan sanggup turun padang sendiri menghulurkan bantuan. 

Cuma mungkin hari kecil ini mengharapkan lebih banyak bantuan dan perhatian dari pihak berkuasa yang mempunyai lebih banyak kemampuan. Maaf jika lebih dari yang terbaik sudah diberikan, mungkin kami tidak nampak dari mana2 liputan, samaada media arus perdana atau media alternatif

Namun sekarang bukan masanya untuk menuding jari, menyalahkan mana2 pihak, menjadi keyboard warrior mengutuk di sana sini. Sekarang adalah waktu kita gerak gempur membantu, usah ditanya mereka buat apa, tanyalah diri sendiri, adakah aku sudah beri sehabis baik? Adakah lagi yang boleh dibantu. Fokuskan fikiran dan tenaga kita untuk membantu mengikut kapasiti masing-masing.

Macam mana nak bantu?


Senarai bantuan yang boleh anda hulurkan:


1) Derma utk belian pek Brahim's sedia dimakan -->https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152652546671775&set=a.460261496774.249324.688956774&type=1&theater.

Ini adalah inisiatif adik beradik Shaklee saya

2) Firesale amal 15 produk dari IM Lejen Malaysia --> http://rajakamil.biz/bah14/

3) Tabung bencana banjir iBantu dari Pertubuhan IKRAM Malaysia -->https://www.facebook.com/iBantu.IKRAM

4) Dana misi banjir FAWA (rakyat marhaen plg teruk di fitnah setakat nih) -->https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10204550476513302&set=a.1644862892850.83202.1575230306&type=1&theater

5) Jadi sukarelawan i-Bantu di bawah kelolaan Pertubuhan Ikram -->https://docs.google.com/…/1iE2vK0ae3oxOuk11iCh7-NJ…/viewform

i-Bantu Ikram kini telah menghantar skuad2 bantuan serta Medic team, Ikram Health ke kebanyakan kawasan2 yang terjejas banjir






6) Jadi sukarelawan PAPISMA --> https://docs.google.com/…/1znk_xVTInvRxJtBzmMsxQYc…/viewform

7) Update from sukarelawan at Raja Shamri and Syed Azmi


8) Cash donation kepada pertubuhan-pertubuhan ini, yang mana yang anda lebih yakin akan sampai kepada mangsa banjir sasaran anda




Pentingnya Penyusuan Susu Ibu Ketika Bencana

Sebagai ibu menyusu juga saya ingin menggalakkan ibu2 yang mempunyai bayi dan anak2 kecil yang menjadi mangsa banjir, yang berada di pusat pemindahan atau terperangkap di rumah dan kekurangan air bersih dan makanan, berilah susu ibu sebanyak mungkin kepada anak anda, jika anda sudah menceraikan susu, cuba bagi anak menyusu juga. InsyaAllah beberapa hari anak anda menghisap, akan keluar balik susu badan anda. Ianya sangat penting kerana dalam keadaan sebegini, susu ibu adalah makanan dan minuman paling selamat untuk anak anda.




Sama2 lah kita berdoa agar musibah ini segera berlalu, semoga Allah ringankan beban dan penderitaan mangsa2, semoga bantuan sampai kepada mangsa banjir, semoga Allah lindungi mereka semua dan berikan peluang yang banyak untuk kita membantu.

Sama2 juga kita muhasabah diri, semoga peristiwa ini menyatukan kita dan menjadikan kita seorang insan yang lebih baik. InsyaAllah.

JOM BANTU!! 

-Ummu Amirul-


About Unknown

A mom to three adorable heroes, insyaAllah will be our Imam Muda(s). A wife to a loving and very supportive husband. Being blessed with all great family and friends around us. A Shaklee Independent Distributor by choice, SID 882031. Dedicated to spread the goodness of Shaklee and promote healthy life.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment