Wednesday, 31 December 2014

Misi Bantuan Banjir #BanjirBOX


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Subhanallah.. Maha Suci Allah..
Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah..

Walaupun hati meratap sedih melihat keadaan mangsa-mangsa banjir di pantai timur dan keadaan pasca banjir yang sgt mirip Tsunami di Acheh, hati ini juga berbunga-bunga melihat sangat ramai orang yang mengambil tindakan untuk membantu mangsa-mangsa banjir :) sangat banyak kumpulan orang persendirian yang tampil dengan inisiatif sendiri untuk mengumpul dan menyalurkan sendiri bantuan kepada mangsa2.

Group adik beradik Shaklee saya #copsisters juga terpanggil untuk sama2 menggembleng tenaga dan meluangkan masa untuk membantu mangsa2 banjir mengikut kemampuan kami. Oleh kerana kebanyakan kami adalah ibu-ibu yang masih mempunyai anak kecil, sangat risau memikirkan ibu2 muda di sana yang terpaksa mengharungi dugaan yang amat berat ini. Dari kerisauan itu tercetuslah perbincangan yang membuahkan idea untuk melancarkan #BanjirBOX ini.


#BanjirBOX


#BanjirBox from MOM 2 MOM
Kami bukan sesiapa. Bukan dari kalangan ternama atau artis. Malah tiada logo pun dalam poster ini

Kami hanya sekumpulan emak-emak muda yang sangat kesian dengan penderitaan emak-emak mangsa banjir

Kami akan kumpulkan 4 items utama ini, dan akan kami serahkan kepada NGO berdekatan lokasi kami.

Tempoh serahan akan bergantung kepada lokasi. Jika anda ingin menyumbang, sila hubungi focal person bagi setiap lokasi seperti didalam poster ini.

Pakaian dalam dan barangan bayi hanya yang BARU sahaja kami terima. Utk telekung dan pakain bayi, yang baru dan pre-loved di alu-alukan

Jika anda ingin membantu, tolong sebarkan poster ini.
Moga kebaikannya dapat kepada kita semua

#kurma4banjir untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir

Satu lagi kami tengah usahakan untuk mengagihkan kurma kepada mangsa banjir di Kelantan. Kita sedia maklum bekalan makanan sangat terhad dan semakin berkurang, ada yang tidak dapat makan berhari-hari. Kurma adalah makanan yang paling senang disediakan -ready to eat food, mempunyai banyak khasiat dan memberi tenaga segera serta cepat mengenyangkan.

Kandungan nutrisi kurma:
"kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin"
Anda boleh mengikuti perkembangan terkini misi #BanjirBOX dan #Kurma4banjir dia page Banjir Box by iReach .

Di sini ingin saya selitkan juga pesanan untuk para sukarelawan dari iKRAMHealth yang saya rasa sangat-sangat penting untuk menyediakan fizikal, mental dan hati para sukarewalan.


NASIHAT PENTING UNTUK PARA SUKARELAWAN MISI BANTUAN BANJIR


السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ

Semuga Kita tak lupa berdzikir kepada Allah dengan Dzikir2 Harian.

Just sharing.

Terharu mendengar teman-teman berusaha keras membantu mangsa banjir. Tidak dinafikan sangat ramai yang ingin turun padang. Ada pelbagai orang yang turun ke padang walaupun mungkin semua berniat baik.

i. mereka yang ingin meninjau dan melapor dalam sosial media dan jarijemarinya tidak lekang dari smart phone.
ii. mereka yang hanya bercakap dan menganggap dirinya amat penting membuat penyelarasan untuk memberi laporan kepada YB agar dapat pujian politik
iii. mereka yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Masyarakat kita tidak seperti orang Jepun yang sangat berdisiplin dalam kerja-kerja kesukarelawanan. Mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menyelaraskan bantuan sedangkan kita lebih mengikut cara sendiri dan sering timbul kecelaruan. Kita akan bertemu dengan pelbagai situasi yang tidak menyenangkan.

Pengalaman bertahun-tahun mengetuai misi membantu mangsa banjir CENSERVE setiap kali berlaku musibah, membuat hamba terasa ingin berkongsi sedikit tips dengan mereka yang baru mencuba:

i. Sebelum pergi, solatlah dua rakaat, bersihkan hati, berdoa agar diberi petunjuk dan hikmah dari Allah agar apa yang bakal dilakukan dapat memberi manfaat kepada mangsa.

ii. usah pergi sekiranya ia lebih menyusahkan dari membantu

iii. Mereka yang ditimpa musibah biasanya sangat sensitif. Pastikan kehadiran kita bukan sebagai penonton sebagaiamana orang melihat haiwan di zoo. Rendahkan hati, ringankan tulang, bukakan mata dan telinga sehingga mangsa merasa mereka adalah istimewa dengan bantuan kita.

iv. Usah terlalu memilih siapa yang perlu dibantu kerana sakit bencana sama saja walau mereka berlainan faham politik, bangsa dan agama.

v. Usah sebut siapa kita sekiranya tidak amat perlu. Yang diperlukan adalah bantuan kita bukan nama atau pangkat kita.

vi. Bawa buah tangan seperti coklat dalam kocek atau beg untuk diberikan apabila bertemu kanak-kanak yang boleh mengembirakan mereka.

vii. Bawalah keperluan peribadi yang diperlukan supaya tidak menyusahkan orang lain.

viii. Utamakan membantu orang tua. Dekati mereka dengan penuh hormat.

ix. Usah merasa diri atau kumpulan kita yang lebih hebat dari orang lain kerana ia akan merosakkan misi kita. Mangsa perlukan bantuan dan mereka tidak ada masa untuk memuji dan mengagumi kita.

x. Bertugaslah dengan penuh tawadhu' namun ceria semasa berhadapan dengan mangsa yang sedang kita bantu. Tanamkan rasa sayang tanpa syarat.

XI. Jagalah 3 batas utama iaitu batas pergaulan, batas aurat dan batas masa solat kerana ketiga-tiga itu membantu kita menjaga batas syariat yang lain.

xii. Doakan mereka kerana doa kebaikan untuk orang lain itu akan diaminkan oleh malaikat dan malaikat akan mendoakan kebaikan juga untuk yang berdoa.

Kata ulama di padang masyar nanti akan ada orang yang sedang dinaungi dan duduk bersenang lenang. Mereka adalah orang yang semasa di dunia sibuk membantu orang lain sedang orang lain duduk bersenang lenang dengan nikmat dunia.
dipetik dari fb iKRAMhealth

SELAMAT MERAIH PAHALA


Read More

Sunday, 28 December 2014

Banjir Terbesar di Pantai Timur - Jangan Hanya jadi Keyboard Warrior, JOM BANTU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Di saat entry ini ditulis, hujan masih berterusan dan  sangat lebat di bumi Kuantan. Mungkin juga di seluruh Pantai Timur keadaannya sama. Saya masih berada di dalam rumah yang selesa, tetapi hati sungguh gundah gulana memikirkan saudara2, sahabat handai, orang-orang di Kelantan, serta seluruh rakyat Malaysia yang menghadapi banjir yang terburuk dan terbesar dalam sejarah negara.

Hati lebih sedih memikirkan nasib mereka yang tidak mendapat bantuan, kelaparan, tiada tempat perlindungan, tiada air bersih, kesejukan, tiada rawatan bagi yang sakit.. mungkin juga ramai yang telah 'pergi' tetapi tak dapat dipastikan, tiada nama disenaraikan seperti detailnya nama senarai mangsa AirAsia flight QZ8501.

Melihat keadaan pasca banjir lagi meruntun jiwa.. Allah.. besar sungguh ujianMu, terutama bagi rakyat Kelantan. banyak.. sangat banyak rumah, kenderaan yang musnah teruk.. ada yang hanya tinggal tapak.. dan saya fikir, orang2 kampung ini, hanya insurans kereta yang mereka tahu. Insurans lain mungkin tidak pernah didengar atau pada mereka tiada keperluan. Semoga mereka diberi kekuatan yang HEBAT oleh yang Maha Kuat dan Maha Hebat untuk mengharungi dungaan ini.


Video2 ini dirakam sendiri oleh mangsa2 banjir. Pihak berkuasa dan media mungkin tidak dapat sampai ke kawasan ini


Ringkasan 14 video yang diambil sepanjang banjir besar berlaku di Kelantan


Video amatur selepas air surut di Kelantan (lokasi belum dapat dipastikan)


Maaf jika tumpuan saya lebih kepada Kelantan, mungkin sebab ini adalah negeri tanah air saya yang saya cintai, dan mungkin juga banjir di Kelantan sangat2 teruk tahun ini dan mungkin juga pada pengamatan saya, sangat ramai mangsa banjir di sini dan bantuan sangat tidak mencukupi.

Ini semua ketentuan Allah, ini semua takdir Allah.. tetapi Allah tidak zalim, Allah masih sayangkan kita.. mungkin sudah lama kita membelakangi hukum Allah, sudah lama kita mengabaikan perintah Allah, sudah lama kita mencabar dan memperlekehkan apa yang Nabi Muhammad serta para sahabat perjuangkan sehingga titisan darah terakhir, sehingga hembusan nyawa terakhir.

Mungkin ini peringatan untuk kita supaya kita kembali padaNya, kembali ke pangkal jalan, kembali menjadi hambaNya yang taat


Saya yakin ramai yang mengikuti perkembangan banjir di Malaysia melalui media alternatif merasa sedih, kecewa, marah, gusar dan gundah gulana memikirkan nasib mangsa-mangsa banjir di seluruh Malaysia. Bagaimanalah mereka yang lari ke bukit dan masih belum diselamatkan, bagaimanakan ibu2 yang baru bersali, bagaimanakah bayi2 yang baru mengenal dunia, bagaimanakah pakcik makcik yang telah uzur? bagaimanakah ibu2 yang menunggu masa untuk bersalin, bagaimanakah mereka yang masih terperangkap di rumah? bagaimanakah keadaan emosi mereka yang melihat sendiri kehilangan ahli keluarga tercinta di hadapan mata?

NGO, Syarikat Swasta, sukarelawan dan orang persendirian serta pasukan penyelamat serta kakitangan perubatan bertungkus lumus untuk menyelamat, memberi bantuan dan menyediakan keperluaan asas kepada mangsa banjir ini.. Alhamdulillah, masih sangat ramai yang prihatin dan sanggup turun padang sendiri menghulurkan bantuan. 

Cuma mungkin hari kecil ini mengharapkan lebih banyak bantuan dan perhatian dari pihak berkuasa yang mempunyai lebih banyak kemampuan. Maaf jika lebih dari yang terbaik sudah diberikan, mungkin kami tidak nampak dari mana2 liputan, samaada media arus perdana atau media alternatif

Namun sekarang bukan masanya untuk menuding jari, menyalahkan mana2 pihak, menjadi keyboard warrior mengutuk di sana sini. Sekarang adalah waktu kita gerak gempur membantu, usah ditanya mereka buat apa, tanyalah diri sendiri, adakah aku sudah beri sehabis baik? Adakah lagi yang boleh dibantu. Fokuskan fikiran dan tenaga kita untuk membantu mengikut kapasiti masing-masing.

Macam mana nak bantu?


Senarai bantuan yang boleh anda hulurkan:


1) Derma utk belian pek Brahim's sedia dimakan -->https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152652546671775&set=a.460261496774.249324.688956774&type=1&theater.

Ini adalah inisiatif adik beradik Shaklee saya

2) Firesale amal 15 produk dari IM Lejen Malaysia --> http://rajakamil.biz/bah14/

3) Tabung bencana banjir iBantu dari Pertubuhan IKRAM Malaysia -->https://www.facebook.com/iBantu.IKRAM

4) Dana misi banjir FAWA (rakyat marhaen plg teruk di fitnah setakat nih) -->https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10204550476513302&set=a.1644862892850.83202.1575230306&type=1&theater

5) Jadi sukarelawan i-Bantu di bawah kelolaan Pertubuhan Ikram -->https://docs.google.com/…/1iE2vK0ae3oxOuk11iCh7-NJ…/viewform

i-Bantu Ikram kini telah menghantar skuad2 bantuan serta Medic team, Ikram Health ke kebanyakan kawasan2 yang terjejas banjir






6) Jadi sukarelawan PAPISMA --> https://docs.google.com/…/1znk_xVTInvRxJtBzmMsxQYc…/viewform

7) Update from sukarelawan at Raja Shamri and Syed Azmi


8) Cash donation kepada pertubuhan-pertubuhan ini, yang mana yang anda lebih yakin akan sampai kepada mangsa banjir sasaran anda




Pentingnya Penyusuan Susu Ibu Ketika Bencana

Sebagai ibu menyusu juga saya ingin menggalakkan ibu2 yang mempunyai bayi dan anak2 kecil yang menjadi mangsa banjir, yang berada di pusat pemindahan atau terperangkap di rumah dan kekurangan air bersih dan makanan, berilah susu ibu sebanyak mungkin kepada anak anda, jika anda sudah menceraikan susu, cuba bagi anak menyusu juga. InsyaAllah beberapa hari anak anda menghisap, akan keluar balik susu badan anda. Ianya sangat penting kerana dalam keadaan sebegini, susu ibu adalah makanan dan minuman paling selamat untuk anak anda.




Sama2 lah kita berdoa agar musibah ini segera berlalu, semoga Allah ringankan beban dan penderitaan mangsa2, semoga bantuan sampai kepada mangsa banjir, semoga Allah lindungi mereka semua dan berikan peluang yang banyak untuk kita membantu.

Sama2 juga kita muhasabah diri, semoga peristiwa ini menyatukan kita dan menjadikan kita seorang insan yang lebih baik. InsyaAllah.

JOM BANTU!! 

-Ummu Amirul-


Read More

Sunday, 21 December 2014

Vitamin Untuk Lelaki Kuat Bersukan Tapi Malas Nak Telan Pil

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.

Lelaki dan vitamin...Agak susah untuk disatukan.
Nak2 lelaki yang kuat bersukan. Sebab lelaki yang kuat bersukan merasakan mereka telah menjalani hidup sihat, healthy life style gitu, jadi kenapa perlu ambil vitamin?

Biasanya lelaki akan mengelak dari mengambil vitamin kerana:



♋ semua perasan kuat (walaupun dah malas bersenam)
♋ semua perasan sihat (walaupun asyik makan fastfood aje), dan
♋ semua perasan tak payah makan apa2 pun boleh kekal kuat & sihat

Ooops.. pedas tapi benar.. Tak caya cuba tanya isteri tuan2 yang sayangkan tuan2 dan dah beli macam2 vitamin supaya suami tersayang lebih sehat, cergas dan bertenaga. Tapi, en suami tercinta agak liat nak makan vitamin-vitamin tu. Ada tak isteri2 gojes yang pernah mengalami apa yang saya alami ni?

  • Berapa kali kena paksa suami telan vitamin?
  • Nak kena sediakan vitamin2 tu baru en suami nak telan?
  • Malas nak telan banyak2?
  • Takmo makan apa2 vitamin selagi tak sakit?

Biasanya bila dan sakit atau ada tanda2 kurang sihat barulah encik lelaki yang kuat bersukan ni mencari-cari supplement atau vitamin yang mereka harus ambil.

Lelaki yang kuat bersukan terdedah kepada kecederaan soft tissue atau lebih dikenali 'soft tissue injury'. Kecederaan ini boleh mengakibatkan bengkak, kesakitan yang amat sangat dan mungkin sehingga mengakibatkan hilang keupayaan melakukan sesetengah pergerakan.

Jadi, macam mana penyelesaiannya?
Mari kita tonton perkongsian En Abdul Halim yang kuat bersukan dan pernah mengalami soft tissue injury sehingga hampir lumpuh

LELAKI KUAT SUKAN LIAT TELAN VITAMIN SEHINGGA HAMPIR LUMPUH




Sebenarnya pun, kalau lelaki tu nak kekal sihat, cergas & kuat macam dolu2 muda-muda; memang perlukan vitamin seawal mungkin, kan?

Dan, suami2 berterima kasih lah pada isteri2 anda yang telah membelikan vitamin-vitamin untuk anda.. nak2 kalau dah beli Vivix, Ostematrix dan Advance Joint Health Tablet untuk anda.


Set Suplemen untuk Lelaki Kuat Bersukan

VIVIX

Kesan-kesan Utama Vivix

  • Melindungi dan mengaktifkan mitokondria – Setiap sel badan mengandungi ratusan mitokondria, ia dikenali sebagai “kilang menjana tenaga” atau “loji tenaga sel”. Selain daripada menjana tenaga dan menyelaras metabolisma tubuh, mitokondria juga mengawal proses tumbesaran dan kematian sel-sel. Organ-organ kita akan terpengaruh jika mitokondria mengalami sebarang kerosakan.
  • Mengaktifkan gen anti-penuaan (Sirtuin 1) – Sirtuin 1 adalah gen anti-penuaan yang membawa kesan terapeutik kepada penyakit-penyakit seperti gangguan metabolik, masalh neurodegeneratif, kanser serta penyakit kardivaskular. Apabila gen Sirtuin 1 diransangkan oleh Resveratrol, ia akan:
     -Mengaktifkan pertumbuhan sel yang normal dan sihat dan
     - Mematikan pertumbuhan virus, bakteria serta sel-sel abnormal seperti sel kanser.
  • Melanjutkan jangka hayat – Penyelidikan oleh Dr. David Sinclair dan ahli-ahli sains Itali memaklumkan bahawa Resveratrol mempunyai kesan melanjutkan jangka hayat.
  • Meningkatkan daya ketahanan – Bagaimana meningkatkan daya ketahanan? Dengan Resveratrol, bilangan dan fungsi mitokondria dalam sel-sel otot ditingkatkan untuk membentuk fiber otot seperti otot ahli-ahli sukan. Daya ketahanan dapat ditingkatkan melalui proses ini.


OSTEMATRIX



ADVANCE HEALTH JOINT TABLET (AJHT)





Dapatkan Set Suplemen untuk Lelaki Kuat Bersukan sekarang agar anda akan terus sihat, cergas dan aktif melakukan aktiviti yang anda sukai :)



Atau hubungi saya sekarang untuk ketahui peluang penjimatan hebat, bonus berganda serta free consultation :)

Hanun Farha

SID: 882031

Call/SMS/Whatsapp: 0129503142

fb:https://www.facebook.com/hanunfarha

Fan Page: My Precious Health Cube

Read More

Wednesday, 17 December 2014

TIPS MEMILIH KOLAGEN TERBAIK



Assalamualaikum & Salam Sejahtera :)
tips pilih kolagen
Kulit yang sihat

                              
Cuba tekan kulit pipi anda?

Toing2 tak??

Maksud saya masih tegang dan anjal tak? Hehe

Kalau tegang maksudnya kulit anda masih punya banyak kolagen.

Kalau rasa dah makin kendur x toing2 lagi dah, itu tandanya kolagen dalam badan dah semakin merosot.

Jgn risau, kita boleh amek supplement kolagen utk kembalikan keanjalan, kelembapan dan keremajaan kulit..

Banyak dijual di pasaran..
Tapi pastikan anda dptkan kolagen yg betul dan terbaik

Nak tahu tips memilih kolagen terbaik?


TIPS MEMILIH KOLAGEN TERBAIK


Dengan lambakan produk yang dilabelkan mengandungi kolagen di pasaran, pastikan anda membeli kolagen yang terbaik dan nilainya berpatutan dengan harga yang anda bayar.

Tips memilih kolagen adalah seperti berikut:

TIPS PEMILIHAN KOLAGEN 

#1 SAIZ MOLEKUL

Pilih kolagen yang mempunyai saiz molekul yang lebih kecil. Kolagendalam bentuk sebenar adalah bermolekul besar dan sukar diserap oleh tubuh manusia

Saiz molekul kolagen yang biasa dijumpai ialah 300,000 Dalton dan size molekul kolagen yang terkecil yang stabil dan mudah diserap oleh tubuh ialah 1000 Dalton

Cuba lihat betapa cepatnya Shaklee Collagen Powder larut dalam air, tanpa perlu dikacau..

https://www.facebook.com/video.php?v=903055886388607

Ini kerana berat molekulnya sgt rendah..
Begitu juga lah Shaklee Collagen Powder senang diserap oleh badan kita..

Berat molekul Shaklee Collagen Powder ialah 1000 Dalton shj berbanding dengan kolagen biasa ialitu 300,000 Dalton 

Collagen Powder Shaklee

‪#‎tipsmemilihkolagen



#2 JENIS MAKAN/ MINUM


Terdapat kajian menunjukkan produk kolagen yang digunakan pada kulit dalam bentuk produk kosmetik adalah tidak berkesan disebabkan saiz molekul kolagen yang terkecil pun tidak mampu melalui sel kulit. Supplemen kolagen dalam bentuk oral (makanan/ minuman) adalah lebih baik kerana mampu diserap oleh tubuh






#3 MEMPUNYAI TAMBAHAN ANTIOKSIDAN

Produk kolagen oral yang baik sepatutnya mempunyai tambahan bahan antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin E dan sebagainya kerana bahan-bahan tersebut diperlukan untuk kesan optimum kolagen terhadap tubuh badan

Shaklee Collagen Powder


#4 TELAH DIUJI SECARA KLINIKAL

Bagi menjamin keberkesanan dan keselamatan produk kolagen, ia sepatutnya telah diuji secara klinikal terlebih dahulu.


#5 HALAL

Perkara yang sangat penting untuk dititikberatkan oleh pengguna Muslim. Pastikan kolagen dari sumber haiwan anda adalah dari sumber yang halal. Sumber dari khinzir, haiwan yang tidak disembelih dan organ manusia adalah tidak dibenarkan dalam Islam.


Kolagen Shaklee



#6 SUMBER SELAMAT

Kolagen dari ikan adalah lebih selamat, Halal dan mempunyai molekul yang 7 kali lebih mudah diserap berbanding sumber lain.


Jadi, anda dah tahu kan apa yang perlu diambil kira bila memilih kolagen kan?

Pilihlah kolagen dan terbaik dan terbukti berkesan supaya kulit kita kembali tegang toing toing semula :)



Untuk order dan konsultasi percuma dan info tentang promosi hangat sekarang, jangan malu jangan segan, hubungi saya, kita sembang2 :)


Hanun Farha

SID: 882031

Call/SMS/Whatsapp: 0129503142

fb:https://www.facebook.com/hanunfarha

Fan Page: My Precious Health Cube
Read More

Monday, 15 December 2014

Rahsia Awet Muda, Dari Umur Berapa Harus Ambil Kolagen?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera


Collagen anti aging
Awet Muda idaman setiap wanita


Awet Muda... idaman setiap wanita... dan lelaki juga.. hehe.. banyak petua yang boleh diamalkan untuk kelihatan dan rasa muda walaupun usia dan makin meningkat.

Salah satu petua atau rahsia yang agak famous adalah dengan pengambilan kolagen.


Apa itu kolagen?

Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat dalam badan manusia. Ia menyumbang kepada kira-kira 75% berat dalam tahap kulit yang sihat. Sekiranya badan kita cukup kolagen, rupa dan badan kita akan nampak lebih sihat dan muda. 

Bilakah Kolagen Dalam Badan Mula Berkurangan?

Perkembangan tubuh badan manusia berubah saat demi saat. Bila menjangkau usia 20 tahun, tubuh mula kehilangan 1.5 % kolagen dari tubuh badan. Pada usia 30-an, tubuh mula kehilangan 15 % kolagen dan bila berusia 40-an mula kehilangan 35 % kolagen dari badan kita.

Perbezaan kulit yang cukup kolagen dan kekurangan kolagen


Semakin banyak kita kehilangan kolagen dalam badan semakin kurang agen sokongan untuk kulit jadi anjal. Kehilangan kolagen dari dalam badan manusia bergantung kepada individu. Ada sesetengah agak pesat dan ada pula yang agak lambat. Ini bergantung kepada diet pemakanan, persekitaran dan toksin yang secara tidak kita sedari mengganggu sistem kesihatan tubuh badan.Oleh bila kita semakin tua berkedutlah muka, kulit jadi kering, rambut tak sihat dan gugur dan kuku menjadi rapuh. Itu tandanya kolagen dalam badan kita sudah berkurangan. 

Apabila kolagen dalam badan makin berkurangan, keadaan kulit menjadi lebih teruk. Pengambilan kolagen seperti dalam bentuk minuman membantu badan untuk menambah dan memperbaiki kolagen yang didapati di bahagian-bahagian seperti kulit dan juga berfaedah kepada ligamen, tulang, sendi, 'muscle', 'tendon', gusi, gigi, mata, saluran darah, kuku dan rambut.

Sebagai salah satu cara untuk mengekalkan kandungan kolagen dalam badan ialah dengan mengambil kolagen tambahan. Ia membantu pembentukan semula tisu-tisu penghubung. Ini telah dibuktikan sebagai satu kaedah anti penuaan. Kolagen boleh mencegah tanda-tanda awal penuaan. Dengan pengambilan kolagen secara berterusan, kulit muka anda lebih tampak cantik, halus, anjal dan lembap. 




Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Mula Mengambil Kolagen?

Semasa muda 75-80% kulit kita terdiri dari kolagen. Apabila menjangkau umur 25 tahun, kita akan kehilangan kira-kira 1% kolagen dari kulit setahun. Ini menyebabkan kulit mula berkedut dan kendur - hilang keanjalan.

Tentunya kita mencegah lebih baik dari mengatasinya kan? Kalau boleh kita dan bersiap sedia awal2 memberikan kolagen tambahan kepada badan sebelum tanda-tanda penuaan itu timbul dengan ketara. Oleh itu amat digalakkan anda mula mengambil kolagen tambahan dari umur 25 tahun ke atas untuk kekal awet muda.



Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat from iReach HD on Vimeo.



Pilih Kolagen Terbaik

Penjagaan kulit amatlah penting bagi setiap wanita samaada dari dalam atau luaran. Biasanya dari dalaman itu akan lebih kekal dari luaran. Pastikan anda memilih kolagen dari sumber premium yang terbaik dan halal serta dijamin berkesan. #tipsmemilihkolagen akan membantu anda memilih kolagen terbaik untuk kulit dan badan anda.

Berdasarkan #tipsmemilihkolagen itu saya memilih Shaklee Collagen Powder sebagai sumber kolagen tambahan saya dan ternyata itu adalah pilihan tepat :) Kulit saya lebih halus, mulus dan anjal dalam masa 3 bulan pengambilan dan kesan optimum bakal dilihat setelah 4 bulan pengambilan seperti yang dicadangkan pakar nutrisi Shaklee.

Jangan tak tahu, sekarang ni ada promosi Shaklee Collagen Powder beli 3 kotak PERCUMA 1. Hanya utk Disember 2014 sahaja. Year End Sale bersama Vitamin2 Cantik dan Awet Muda yang lain.


hubungi saya sekarang untuk order dan free consultation dan penjimatan hebat serta peluang untuk mendapat bonus berganda :)

Hanun Farha

SID: 882031

Call/SMS/Whatsapp: 0129503142

fb:https://www.facebook.com/hanunfarha

Fan Page: My Precious Health Cube


Sharing is caring :)

Read More

Friday, 12 December 2014

Adakah Vitamin E Selamat?

Assalamualaikum & Good Day :)


Vitamin E
VITAMIN E

Vitamin E selalu dikaitkan dengan kulit cantik dan memang terbukti dari zaman atuk nenek kita lagi.
Vitamin E telah dijumpai oleh saintis pada tahun 1922 Pada tahun 1968, Food and Nutrition Boards of the National Academy of Sciences US secara rasminya mewartakan Vitamin E sebagai satu nutrien yang perlu untuk manusia. 
Persoalannya, adakah ianya selamat? Apa pula kesan sampingannya?



Adakah Vitamin E Selamat?

Mereka yang mengambil Vitamin E selama bertahun-tahun pasti boleh menjawab soalan ini dengan yakin, Namun bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan supplemen vitamin E ataupun masih berkira-kira untuk mengambil supplement vitamin E mesti tertanya-tanya kan?

Ok, dalam buku 'Prescription For Longevity' yang ditulis oleh Dr. James Scala terdapat perbincangan mengenai keselamatan Vitamin E dengan terperinci. Secara global terdapat lebih dari 1000 laporan perubatan berkenaan keberkesanan dan keselamatan penggunaan Vitamin E. Kajian bertahun-tahun oleh University Harvard ke atas lelaki dan wanita membuktikan Vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% dan strok dengan 3%.

Kajian juga membuktikan dos selamat ialah 3,200IU.


IU adalah international unit, di mana 1 mg vitamin E bersamaan dengan 1.5 IU.


Satu persoalan dah terjawab.. soalan kedua..


Kesan Sampingan Vitamin E

Sebenarnya banyak 'kesan sampingan'  selain daripada mendapat kulit yang cantik dan membantu mengurangkan risiko sakit jantung dan strok jika kita mengambil Vitamin E mengikut dos yang sepatutnya seperti yang dicadangkan oleh doktor atau pakar nutrisi. Dengan kata lain, Vitamin E mempunyai pelbagai manfaat, sebab itu lah ia diwartakan sebagai essential nutrient.

Jom kita tengok apakah manfaat utama vitamin E

Manfaat Utama

Anti Penuaan - 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat kecik dan bintik-bintik penuaan, Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot paha

Anti-Oksidan yang Kuat - Pengambilan lebih dari 3 kapsul sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, kurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Juga embantu memperbaiki masalah oksidasi katarak dan masalah penglihatan

Mempertingkatkan Kesuburan - Kajian pada tahun 1924 mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. para suami yang mengambil 600IU-800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka

Kelestarian Tenaga - Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih

Membantu Pesakit Arthritis - Vitamin E membantu meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, melegakan bahu kejang, pening, buasir, urat verikos dan sakit sendi

Membantu Mencegah Keguguran - Kajian perubatan menunjukkan pengambilan 200IU-400IU Vitamin E sehari sangat membantu mengurangkan risiko keguguran

Mengurangkan Parut - Vitamin E boleh disapu terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut

haaa.. banyakkan 'kesan sampingan' vitamin E ini?
Anda tak perlu risau jika anda mengambil Vitamin E dari sumber semulajadi (bukan sintetik) dan mengikut dos yang betul, InsyaAllah tiada kesan sampingan yang perlu dikhuatiri.

Jadi, sekarang anda sudah yakin untuk mengambil Vitamin E sebagai sebahagian dari diet harian anda bukan?

Kita ada pilihan samaada untuk mengambil sumber vitamin E dari makanan yang kita makan seharian atau mengambil supplement vitamin E yang ada di pasaran


Vitamin E shaklee
Sumber Vitamin E dari Makanan Semulajadi

Jika anda memilih untuk mengambil dari sumber makanan seharian, anda seharusnya tahu cara untuk memastikan anda mendapat kuantiti Vitamin E yang cukup setiap hari.

Cara yang lebih senang adalah mengambil supplement kerana supplement Vitamin E disediakan dalam dos tertentu, memenuhi dos keperluan seharian untuk pelbagai keperluan dan dalam had yang selamat.


Memilih Supplement Vitamin E Terbaik

Ada beberapa perkara penting yang perlu kita tahu sebelum membeli supplement Vitamin yang banyak terdapat di pasaran.

Vitamin E dan Selenium

Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

Vitamin E Semulajadi vs Vitamin E Sintetik

Vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'. Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber sintetik atau sumber kimia.

Vitamin E Pilihan Saya

Sudah tentu saya memilih supplement Vitamin E yang saya pasti dari sumber semulajadi dan mengandugi Selenium dan pilihan saya adalah Vita- E Complex Shaklee
Vitamin E terbaik Shaklee
Vitamin E Shaklee
Vitamin E Shaklee diperbuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktid secara fisiologi dan digabungkan dengan 8 jenis vitamin E. Ianya vitamin E paling lengkap di pasaran

Mengandungi 10 mg Selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap Vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga penyahtoksik semulajadi dan melindungi retina

VITAMIN E DAN EKSTRAK BIJI ANGGUR


Vita-E Complex Shaklee ini lebih ISTIMEWA kerana diperkaya dengan GRAPE SEED EXTRACT yang menambahkan lagi khasiatnya.


Kebaikan kesihatan ekstrak biji anggur 
  • Menyingkirkan radikal bebas 
  • Melambatkan proses penuaan 
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit 
  • Mengurangkan radang (inflammatory) 
  • Meningkatkan daya pertahanan 
  • Membantu kesihatan otak, kulit dan mata. 
  • Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular. 
  • Mencegah masalah kelenjar prostat 
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet 
  • Membantu fungsi sistem saraf otak 

Softgel Vita-E Complex
Dapatkan Vitamin E terbaik untuk  jantung, kulit, mata, kesuburan, anti penuaan dan kesihatan keseluruhan anda hari ini :)

Dah lama cuba atasi masalah jerawat dan parut jerawat?
Anda wajib cuba Vitamin E Shaklee.

Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat from iReach HD on Vimeo.


Berita baik untuk anda kerana bulan ini adalah bulan promosi Vita- E Complex Shaklee!!
Klik di sini untuk info lanjut tentang promosi hebat bulan ini.

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut :)

Hanun Farha

SID: 882031

Call/SMS/Whatsapp: 0129503142

fb:https://www.facebook.com/hanunfarha

Fan Page: My Precious Health Cube
Read More

Wednesday, 10 December 2014

BIRTHDAYS & ANNIVERSARY GIVE AWAY!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, cuaca di Kuantan sangat baik bulan Disember ini.. jauh berbeza dengan tahun lepas.

Bulan ini juga adalah bulan celebration kerana ketiga-tiga Imam Muda lahir pada bulan Disember dan ulang tahun perkahwinan kami juga adalah pada bulan ini :)

So in the mood of celebration dan sebagai tanda kesyukuran kami, raisingupimammudas.blogspot.com ingin mengadakan BIRTHDAY & ANNIVERSARY GIVEAWAY yang pertama!!



Macam mana nak sertai giveaway ini? Jom tgk syarat2 nya.. konfirm mudah saja. :)

Eh, jap sebelum ni elok rasanya saya kongsi dulu apa yg bakal anda dapat untuk giveaway ini :D






haaa. dah nampak kan? Telekung eksklusif dari Siti Khadijah Apparel bakal menjadi milik anda!!

Dengan syarat-syarat giveway yg sangat mudah anda bakal mendapat barangan dari Siti Khadijah (SK) Apparel.


Tempat Pertama - Barangan SK bernilai RM300

Tempat Kedua - Barangan SK bernilai RM200

Tempat Ketiga - Barangan SK bernilai RM 150




Syarat-Syarat Penyertaan

Anda hanya perlu tonton kesemua video yang ada dalam entry ini dan  menjawab 5  soalan mudah untuk layak mendapat giveaway yang awesome tu :)

Cara-caranya:

  1. Menonton ketiga-tiga video di bawah
  2. Jawab 5 solana yang diberikan
  3. Emailkan kesemua jawapan anda ke hanunf12@gmail.com dengan subject GIVEAWAY sebelum 31 Disember 2014
  4. Tinggalkan komen 'Saya join' pada entry ini. Komen membina juga dialu-alukan


Soalan-Soalannya


  1. Bilakah Amirul Hadi dilahirkan? Clue
  2. Namakan kesemua Imam Muda kami. Clue  dan lagi clue
  3. Apakah yang membuatkan Pn Dilla berpuas hati? rujuk video
  4. Dalam Video manakah ada disebutkan 'Inilah Shaklee Effect saya'? rujuk video
  5. Apakah kelebihan dan kekurangan blog ini pada pendapat anda?

Penilaian pemenang adalah berdasarkan jawapan yang paling tepat untuk soalan 1 hingga 4 dan jawapan yang paling menarik dan membina untuk soalan ke 5. Keputusan kami adalah muktamad.


VIDEO 1



VIDEO 2



VIDEO 3




ALL THE BEST untuk anda :)

Pemenang give away ini akan diumumkan pada 3 Januari 2015 di blog ini, InsyaAllah.

Jangan lupa share giveaway entry ini kepada kawan2 dan saudara mara anda.
Sharing is caring!! :)

Jika ada apa2 pertanyaan jemput komen di bawah atau contact terus saya melalui:
Call/SMS/Whatsapp: 0129503142

fb:https://www.facebook.com/hanunfarha

Read More

Monday, 8 December 2014

Tadika Muslim Innovative Grand Ihtifal - Abg Hakim's Convo

Assaslamualaikum & Good Day

Seminggu sebelum Majlis convocation Abg Hakim ibu dah rasa excited :) mana taknya, nak tgk Imam-Imam Muda ibu buat persembahan dengan kawan2. I always love kids' show. Tak kisah lah how imperfect their performances are, they never fail to bring smiles to our face kan?

Pada tanggal 16 November yang lalu, Tadika Muslim Inovatif tempat di mana Abh Hakim & Hafiz belajar mengadakan Majlis Grand Ihtifal & Performance Day of the year. Last year majlis ni dibuat di Shahzan Inn Kuantan, this year buat kat Hotel Seri Malaysia. Dewan lebih besar untuk menampung pertambahan bilangan parents dan murid yang lebih ramai.

Majlis dirasmikan oleh Penolong Pengarah Unit Pendidikan Swasta Negeri Pahang, En Isnaruddin. Apa yang menarik dalam ucapan beliau adalah, betapa bezanya kualiti dan standard pendidikan pra sekolah (tadika) swasta dengan pra sekolah kerajaan. Oleh kerana pra sekolah swasta mempunyai persaingan yang tinggi, pengusaha dan tenaga pengajar kena give all out supaya tadika masing-masing ada kelebihan tersendiri dan berdaya saing. Kualiti dan standard tadika swasta jauh lebih tinggi dari pra sekolah kerajaan. Dan Unit Pendidikan Swasta Negeri Pahang menyediakan latihan percuma untuk guru-guru taska swasta. Kalau ibu nak bukak tadika nanti boleh ler hantar staff for free training.. :)


Hadi tak sabar nak tengok Abang-Abang buat persembahan
Habis je perasmian majlis, ibu dah get ready ngan camera nak rakam persembahan anak2 kecil yang comel2 ni. Ayah pulak bersedia utk jadi photographer.

Persembahan pertama bacaan doa nak start belajar (doa Nabi Musa bila nak gi mengadap Firaun tu ) dari anak-anak 4 years. Comel sangat2 :)

Oh Hadi.. belum apa-apa dah lena..

Second persembahan ni yang ibu tunggu-tunggu sangat. Hafazan dari anak-anak six years. Abang Hakim baca surah Al-Maun. Teacher bagitahu yang Abg Hakim terpilih sebab Abg Hakim seorang je yang dah hafal Surah Al- Maun. Alhamdulillah, terserlah minat dia nak hafaz Al-Quran. Ibu ngan ayah kena gilap minat tu supaya berterusan sehingga menjadi Al-Hafiz, InsyaAllah.

Sebab ibu rasa bila tengok abang atas stage baca surah Al-Maun dengan lancar dan yakin. Semoga Abang dapat realisasikan harapan ibu yang besar terhadap abang. Ibu impikan Abg jadi seorang Da'ie yang menyentuh hati ramai orang, yang menjadi asbab datangnya nur Islam kepada umat manusia di seluruh dunia, dan memimpin manusia ke jalan kebenaran, sesuai dengan nama Abg, Muhammad Amirul Hakim

Abg Hakim baca Surah Al Maun,
partnernya bacakan terjemahan ayat
Lepas itu selang seli persembahan dari anak2 4 tahun dan 5 tahun. Bacaan doa untuk ibu bapa, doa Dhuha,Choral speaking "At the Farm,
Persembahan Doa Dhuha oleh 4 Years & 5 Years

Hafiz masuk persembahan Five Little Ducks.. Hafiz jadi itik.. comel sangat pakai baju ngan seluar kuning, pastu ada ekor belon bulu-bulu. Alhamdulillah, Hafiz semangat buat persembahan dan dapat ikut arahan teacher. His first stage appearance.

Hafiz is quacking! :P
ihtifal
Happy anak-anak ada part masing-masing
ihtifal
Hafiz yang tengah jalan no 2 dari kanan :)

2nd persembahan Abg Hakim ialah dikir barat Ya Hanana. bukan main semangat lagi dia, elok teacher letak microphone depan dia, suara Abg Hakim lah paling kuat. Dah lah lagu favourite dia. Ibu tak sangka ada bakat berdikir barat cam ibu.. hehe.. nampak effortless dia nyanyi sambil buat gaya2 dikir barat tu.


Persembahan ke-dua Abag Hakim 

Penutup persembahan adalah lagu Terima Kasih Cikgu oleh graduating students. Sayu pulak dengar. bergenang air mata ibu. Satu sebab memang tak terbalas jasa teachers yang ajar Abg Hakim sampai dah pandai solat, doa, hafal surah2 pendek, pandai baca buku, mengira tu dah jadi feveret dia, zikir2 sangat banyak dihafal. Ibu ngan ayah hanya perlu polish je kat rumah dan jadikan semua yang abang hakim dah belajar kat sekolah tu amalan bersama di rumah.
Kedua sebab rasa cepat bebenor anak ibu ni membesar, tak lama lagi dah nak masuk darjah 1. Syukur ya Allah meminjamkan kami anak2 syurga ini untuk menjadi penyeri hidup kami.


Hafiz seronok dapat hadiah :)

Abg Hakim's first graduation ceremony.. Congratulations  dear :)

Proud faces of graduated students with the hardworking teachers of tadika Muslim Inovatif


Imam Muda Amirul Hakim & his best friends


Hafiz, Rayyan, Abg Hakim, Irfan, Husna... ukhuwah fillah till Jannah InsyaAllah

Tahniah Abang Hakim :)

Thanks to all teachers at Tadika Muslim Inovatif for your endless effort creating your Chaliphs in our children. May Allah bless you always,
Jazakumullahu khairan kathira


Read More